Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Sunday, December 1, 2013
WIRID SELEPAS SOLAT
Setelah
kita selesai berwirid, berdoalah terlebih dahulu.. mohon doa ke hadrat Allah
sebelum kita bangun meninggalkan tikar solat.Firman Allah dalam ayat 60 Surah
al-Ghaffir Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam
keadaan hina."
Pesan
ustaz, awali dan akhiri-lah doa dengan ucapan
'Alhamdulillahirabbil'alamin'diikuti dengan berselawat ke atas Nabi SAW. Dari
Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW, sabdanya: "Segala perkara yang
mempunyai kepentingan - menurut syara' - yang tidak dimulai melakukannya dengan
ucapan Alhamdulillah, maka perkara itu menjadi kurang keberkahannya." Hadis
hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya.
Dari
Fadhalah bin 'Ubaid ra, katanya: "Rasulullah SAW pernah mendengar
seseorang yang berdoa dalam solatnya, tetapi ia tidak mengucapkan pui-pujian
kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi SAW., lalu
Rasulullah SAW bersabda: "Tergesa-gesa sekali orang ini,' kemudian orang
itu dipanggilnya. Nabi SAW lalu bersabda
pada orang itu atau pada orang lain juga:
"Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka
hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Tuhannya yang Maha Suci
serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi SAW.,
seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendaki olehnya." Diriwayatkan
oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis shahih.
Allah Ta'ala
berfirman; yang bermaksud: "Katakanlah: "Segala puji-pujian itu
adalah bagi Allah."(al-Isra':111) Allah Ta'ala berfirman pula: "Dan
akhir doa mereka - dalam syurga - ialah bahawa segenap puji-pujian itu adalah
bagi Allah yang Maha Menguasai seluruh alam. (Yunus: 10)
Aku
mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup
dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya
Tiada
Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya,
bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang
sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan.
Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu
Ya
Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka
Ya
Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau
kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan
masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera
Bertambah-tambah
berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha
Mulia
Aku
berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu
bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari
Akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang
lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula
(jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Dan
Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain
dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Baqarah ayat 163)
Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan
tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan)
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah
Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah
ayat 255)
Allah
menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta
orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana (Ali-Imran ayat 18)
Sesungguhnya
agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Ali-Imran ayat 19)
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau
kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke
dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu
malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang
mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan
tiada hitungan hisabnya". (27) (Ali-Imran ayat 26-27)
Katakanlah
(wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah
Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia
tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun
yang serupa denganNya (Al-Ikhlas ayat 1-4)
Katakanlah
(wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan
sekalian makhluk, (1)"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2)"Dan
dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan
makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan
ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia
melakukan dengkinya". (5) (Al-Falaq ayat 1-5)
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia. (1) "Yang Menguasai sekalian manusia, (2) "Tuhan yang berhak
disembah oleh sekalian manusia, (3) "Dari kejahatan pembisik penghasut
yang timbul tenggelam, - (4) "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke
dalam hati manusia, - (5) "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan
jin dan manusia". (6) (An-nas ayat 1-6)
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1) Segala puji tertentu
bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2) Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(hari Akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang
lurus. (6) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula
(jalan) orang-orang yang sesat. (7)
Tuhanku/kami,
Penjagaku/kami
Maha
Suci Allah
Maha
Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya
Segala
puji bagi Allah
Segala
puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan
kenikmatan
Allah
Maha Besar
Allah
Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan
keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya
segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas
segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung.
No comments:
Post a Comment