DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Saturday, October 25, 2014

Keutamaan Bangun Subuh - Antara Kesihatan dan Agama

Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur?Jika hari bekerja atau sekolah, mungkin kita mampu untuk bangun lebih awal namun jika hari cuti umum, adakah kita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain ? Amat rugi jika kita menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat untuk tidur. Sabda Rasulullah SAW, "Ya Allah berikan keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." riwayat al-Tarmizi
Sebenarnya, sewaktu kita tidur ada yang sedang menantikan kita. Dia tidak pernah tidur dan sentiasa hendak mengganggu kita bahkan waktu tidur. Siapa? syaitan lah yang selalu hendak menggoda kita. Ketika kita tidur, dia datang membawa 3 rantai untuk merantai seluruh badan kita. Pertama kita dirantai pada kepala, kedua badan dan ketiga pada kaki. Syaitan mengikat pada seluruh badan kita supaya kita malas untuk bangun pada waktu subuh. Tapi walaupun ikatan rantai ini begitu kuat, ada caranya untuk kita melepaskannya. Nabi kita mengajarkan tiga perkara untuk meleraikan ikatan semua rantai ini.

Pertama, ketika bangun bacalah Bismillah dan doa bangun tidur. Maka terlepaslah ikatan rantai yang pertama. Kedua lepas bangun, kita terus ke bilik air dan ambil wudhuk. Maka terlepaslah ikatan yang kedua. Terakhir kita dirikanlah solat, maka terlepaslah ikatan yang ketiga. Kita tafakur sejenak, imbas semula ke belakang. Adakah semua rantai tersebut sudah terlepas dari badan kita? Mungkin kita sehari-hari merasa tidak bermaya, tidak tenang dan berserabut disebabkan masih ada rantai yang belum putus di badan kita. Kalau ada, cepat-cepatlah mencari kunci untuk meleraikannya..., rajin-rajinlah berzikir, berselawat dan bertasbih kerana syaitan kan terseksa bila bibir tidak henti-henti melakukannya

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita. Punca utama kerosakan hati adalah:
·       Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
·       Tidak buang air kecil di pagi hari.
·       Terlalu banyak makan.
·       Tidak mengambil sarapan.
·       Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
·       Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
·       Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika kita dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
·       Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm – 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti mendengar berzikir. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya. Sebolehnya cuba hindari, jangan amalkan hingga melewatkan masa berehat

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini kita akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memkitangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, kita harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika kita terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas. Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini:
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu kita. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan kita. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari kita sekiranya masih sukar untuk bangun!

Sebagai orang islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikan secara berjemaah di masjid, namun manfaat bangun awal bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di masjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan.Maka sebab itulah islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal pagi dan mengelakkan kita tidur selepas waktu subuh. Berikut adalah merupakan manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:

1.FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR.
Bangun seawal pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan strees dalam diri kita.Fikirkan yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang di lakukan pada hari tersebut menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon koristol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

2.DAPAT MENGAMBIL SARAPAN.
Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

3.DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN.
Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada badan kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikamati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat bermanfaat untuk kita. Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi" terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.

4.TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.
Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Keja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan,kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi, bangun awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti dengan sempurna dan terancang.
Kita tengok kebaikan bangun awal pagi dari sudut agama
Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah SAW yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”. Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”. Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar: “‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”. Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya. Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dan uzur.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki. Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah.

Kita tengok pula kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan
Fakta 6 kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut:

1. Kulit lebih lembut dan halus - Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah - Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan - Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi - Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang - Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat kita yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk kita menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih - Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Kebaikan bangun awal pagi mengikut kata pakar / usahawan yang berjaya dan terkenal

Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti kita.  Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.
Kemungkinan besar kita tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi

Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika kita menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, kita mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.

Kita mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi

Walaupun kita bukan seorang yang suka bangun pagi, kita mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad kita umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.

Bangun di awal pagi memberi peluang kepada kita untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut. Pernahkah kita menghadapi situasi di mana kita lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Kita akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, kita berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.

Kita sudah tahu kebaikan bangun awal pagi, sekarang kita boleh buat pilihan untuk berubah atau terus bangun lewat.

Tuesday, October 21, 2014

Padang Mahsyar - Antara Syafaat Nabi SAW dan Pembalasan Dari Allah (Wajib Baca Bagi semua Mukmin)

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a, bapa saudara Nabi SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah SWT serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas r.a berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Malaikat Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad SAW.” Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Malaikat Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, Baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW  menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah SWT di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Malaikat Jibril a.s. menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah SWT.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Malaikat Jibril as. berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah SWT? Sudahkah Allah SWT perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah SWT akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.” Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh. Allah SWT berfirman: “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil a.s. menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah SWT berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah SWT, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW  merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Malaikat Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah SWT.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah SWT muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW . Baginda SAW  juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah SWT berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW ?” Malaikat Jibril a.s. berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah SWT berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah SWT.” Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah SWT. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah SWT. Allah SWT berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah SWT terdiam.
Allah SWT berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah SWT telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malaikat Malik bertanya: “Apakah hari ini?” Malaikat Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malaikat Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah SWT telah mengumpulkan makhluk?” Malaikat Jibril menjawab: “Ya!” Malaikat Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Malaikat Jibril berkata: “Di hadapan Allah SWT!” Malaikat Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Malaikat Jibril berkata: “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di Padang Mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.” Allah SWT berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.” Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”Nabi Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru:“Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud dihadapan Tuhannya. Allah SWT berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah SWT. Ia berhenti di hadapan Allah SWT. Allah SWT berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?” Allah SWT berfirman: “Aku percaya!”

Allah SWT telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk. Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertitis dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.” Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah SWT ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.”

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.” Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah SWT.” “Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.” Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?” Baginda SAW  menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah SWT, “Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.” (Surah ‘Abasa, ayat 37)
Fatimah r.h. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.” Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?” Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.” Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah SWT lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.” Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang. Apabila seruan dari tengah Arasy kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW !” Allah SWT berfirman kepada mereka, “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?” Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.” Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW . Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka.” Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW . Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah SWT untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah SWT: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.” Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW ) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh a.s. berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah SWT! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!” Nabi Ibrahim a.s. berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa a.s, Mintalah pertolongan darinya!” Nabi Musa a.s berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa a.s.!” Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah SWT telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah SWT. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah SWT.” Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah SWT untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.  

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.” Nabi Adam a.s. pergi menemui Allah SWT. Allah SWT berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam a.s. bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?” Allah SWT berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.” Allah SWT berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.” Nabi Adam a.s. berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”


Wallahu A’lam Bish Shawab,  (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) - Shafiqolbu

Monday, October 13, 2014

Agenda Harian Seorang Mukmin Sejati (calun syurga)

Agenda Harian
Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang boleh dilakukan:
1. Agenda pada sepertiga malam akhir
a. Menunaikan solat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya.
b. Menunaikan solat witir.
c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)

2. Agenda Setelah Terbit Fajar
a. Menjawab seruan azan untuk solat subuh
 “Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, solat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)
b. Menunaikan solat sunnah fajar di rumah dua rakaat
Rasulullah SAW bersabda: “Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim). “Nabi SAW pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.
c. Menunaikan solat subuh berjamaah di masjid, khususnya bagi lelaki.
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih). “Berikanlah khabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)
d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat solat. Rasulullah SAW bersabda: “Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)
e. Duduk di masjid bagi lelaki/mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi. Dalam hadits nabi disebutkan: ” Nabi SAW jika selesai solat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)
Agenda Keutamaan
Membaca Al-Quran. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:
- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.
3. Menunaikan solat Dhuha walau hanya dua rakaat
Rasulullah SAW bersabda: “Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan solat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap kerana Allah
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari). Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda: “Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim). Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman: “Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28). Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban).

5. Agenda saat solat Zohor
a. Menjawab azan untuk solat Zohor, lalu menunaikan solat Zohor berjamaah di Masjid khususnya bagi lelaki.
b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zohor 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zohor. Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di syurga”. (Muslim).

6.Agenda saat dan setelah solat Asar
a. Menjawab azan untuk solat Asar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan solat Asar secara berjamaah di masjid.
b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada). Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan sahih)
c. Istirahat sejenak dengan niat yang kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.
Agenda Keutamaan
Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:
- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali.
- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali.
- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib
a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran.
b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media.
c. Menyibukkan diri dengan doa.
Rasulullah SAW bersabda: “Doa adalah ibadah”
8. Agenda setelah terbenam matahari.
a. Menjawab azan untuk solat Maghrib.
b. Menunaikan solat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi lelaki).
c. Menunaikan solat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat.
d. Membaca dzikir petang.
e. Mempersiapkan diri untuk solat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)
9. Agenda pada waktu solat Isyak
a. Menjawab azan untuk solat Isya kemudian menunaikan solat Isya secara jamaah di masjid.
b. Menunaikan solat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat.
c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim.
d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid.
e. Dakwah melalui media atau lainnya.
f. Melakukan mudzakarah.
g. Menghafal Al-Quran.

Agenda Keutamaan
Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:
- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali
- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali
- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

Apa yang sampaikan di sini merupakan satu urutan atau panduan, tidak semestinya sama dengan yang telah dinyatakan. Ianya bergantung pada kemampuan masing-masing secara individu, tidak mampu buat semua, buatlah yang kita mampu tetapi untuk menjadi yang terbaik kita perlu berkorban. Jangan pula ditinggalkan atau tidak buat lansung kerana kita tidak mahu menjadi pendosa. Semuga ikhtiar ini akan memandu kita untuk mengoptimakan ibadah semata-mata kerana Allah SWT, Insya Allah. – (bekalan-imanamal)
Fungsi Hizb Dalam Al-Qur'an
Berikut artikel tentang cara mengenali sistem penandaan dalam halaman al-Qur’an khususnya cara untuk mengetahui permulaan setiap kisah/cerita dalam al-Qur’an. Sebagaimana yang diketahui:
1 Al-Qur'an = 30 Juz,
1 Juz = 2 Hizb,
1 Hizb = 4 Maqra’ (pecahan 1/4 hizb , 1/2 hizb) , 3/4 hizb dan 1 hizb penuh),
1 Al-Qur’an = 240 Maqra’ @ pecahan,

Al-Quran mempunyai 30 juz. Setiap juz mempunyai 2 Hizb dan setiap Hizb pula mempunyai 4 pecahan atau maqra’. Paling mudah untuk tahu ada perkataan hizb (حزب). Kerapkali kita akan berjumpa dengan tanda, 1/4, 1/2, 3/4 dan hizb penuh. Apabila kita menjumpai hizb itu (selalu berada di luar kotak ayat), yang bermakna/merupakan tanda yang menunjukkan permulaan kisah atau cerita yang baru. Sebagai contoh, ayat 123 surah Al-Baqarah dan sebelumnya menceritakan tentang perihal Bani Israel. Petunjuk hizb: tedapat tanda bunga selepas ayat 123. Bermula ayat 124 surah yang sama, Allah menceritakan pula tentang kisah nabi Ibrahim dan Ismail.


Kita biasanya akan berhenti membaca Al-Qur’an mengikut surah atau halaman. Sebaiknya berhenti pada setiap عatau maqra’ hizb.


Doa Pagi


Saturday, October 11, 2014

Apabila Semua Perkara Tidak Seperti Yang Kita Mahukan

Jangan ‘mengeluh’ pada apa yang kita hadapi dalam hidup ini kerana disuatu tempat didunia ini mungkin ada insan yang hidup hanya berserah pada Allah SWT, mereka tidak pernah kenal erti kemewahan dunia, keseronokan hidup yang berganti siang dan malam, merasai kelazatan makanan yang adakala berlaku pembaziran, mereka hanya tidur beratapkan langit bertilamkan bumi, dimanakah mereka berlindung pada hujan, rebut dan panas. Mereka begitu sabar, tabah dan redha berhadapan dengan apa saja yang mendatang, menerima seadanya kurnia Allah yang bernama ‘nikmat’ sedangkan kita bangun subuh belum pun keluar dari selimut sudah mula berkira dan berkeluh, ‘apalagi yang musibah terjadi hari ini’. 

Sukarnya kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki dosa semalam. Gelapkah penglihatan kita sepanjang 86,400 saat yang kita lalui terlalu banyak ‘nikmat’ yang dikurniakan kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita. Tidak ada seorangpun yang tahu apa yang akan terjadi dalam hidup mereka. Kita memang boleh berharap dan merancang, tapi kadangkala hidup tersasar ke arah yang tak disangka-sangka. Ketika perkara yang terjadi tak menepati pengharapan kita, kita mula sibuk memenyesali diri. Maka, muhasabahlah wahai calon penghuni syurga, “Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2). Pujuklah hati andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagi kita. Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kita terduduk, membuat kita menangis dan membuat kita lebih banyak ingat Dia. Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhati kita dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupan kita.

Janganlah kita merasa kitalah yang paling menderita, mari kita lihat, renungkan dan fikirkan akan 8 perkara ini yang harus kita ingat bila apa yang kita rencanakan tidak bertepatan dengan apa yang terjadi;
1. Jadikan kesusahan dan kekecewaan membuat kita lebih berusaha
Kesusahan dan kecewa akan adalah sebahagian dari kehidupan. Fikirkan ianya akan membuat hidup kita lebih bermakna. Apa akan jadi jika hidup kita mudah saja? Tentu kebosanan melanda. Dari rasa susah kita akan memahami indahnya keberhasilan yang sedang kita usahakan. Kita perlu menjadikannya cermin dan belajar dari kesilapan-kesilapan yang membuat kisah hidup kita tidak terurus dan berkecamuk. Walaupun sukar, tetaplah optimis dan berpikiran positif. Ingatlah selalu ada asbab dari setiap kejadian yang terjadi pada kita, dalam perkara ini percayalah bahwa rasa kesusahan dan rasa kecewa kita adalah pembelajaran hidup yang akan mendewasakan kita. “Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.  Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

2. Segala perkara yang berlaku di dalam hidup ini hanya sementara
Masa-masa sukar kita akan berlalu dengan seiring perjalanan waktu. Tak kira betapa pantas masa berlalu, hujan yang turun akan pasti berhenti. Setiap titis air mata dan luka tetap akan kering dan sembuh. Dan selama kita masih menyedari matahari yang selalu terbit dan terbenam setiap harinya, di satu waktu kita akan sembuh dan menemukan bahwa hidup kita masih yang terbaik. Jika saat ini kita merasa hidup kita susah dan seluruh dunia mentertawakan kita, maka tabahlah. Semua itu hanyalah fasa kehidupan yang akan kita lalui seiring dengan masa. Jadi kita harus faham bahwa yang tidak pernah berubah dari hidup kita adalah perubahan itu sendiri jika kita masih leka dan lalai serta malas merubahnya.  “Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

3. Mengeluh tentang hidup tidak akan mengubah apapun
Berhentilah ‘mengeluh’. Tak perlu membuang masa kita dengan berkeluh kesah. Itu tidak akan membuat hidup bertambah baik. Jestru kita akan kehilangan kesempatan untuk menikmati kehidupan ayng lebih baik dan indah. Kalau kita kehilangan mimpi, itu bukan bermakna berakhirnya hidup kita tetapi bangunlah dari lena yang panjang dan carilah mimpi yang baru. Berubah dan belajarlah dari masa lalu dan bukan menyesalinya. Jangan biarkan gelapnya masa lalu, memudarkan cerahnya masa depan yang menanti kita. Berhentilah mempertaruhkan masa depan kita dengan meratapi perkara yang telah berlalu. “Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”
 4. Buktikan bahwa kita sebenarnya kuat
Bekas atau parut luka adalah tanda kekuatan kita. Halangan, musibah, maupun kejadian tak diduga yang terjadi di luar perancangan kita itu adalah sebuah halangan yang ingin menguji sejauh mana kekuatan dan ketegaran kita. Apakah kita mampu menghadapi masalah dengan baik, atau hanya akan mendiamkan diri di bilik tidur. Buktikan kita sebenarnya memang kuat dengan menyembuhkan luka dan rasa sakit hingga menjadi bekas luka yang boleh kita tunjukkan pada dunia yanag serba mencabar ini. Orang yang dikatakan kuat, bukan kerana dia tidak pernah jatuh atau gagal. Orang yang kuat adalah mereka yang akan selalu bangkit dan meneruskan kehidupan sekalipun hidup terus diuji dan diduga dengan pelbagai halangan hingga kita menyerah kalah. “Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.”

5. Selalu ada orang lain yang bernasib lebih buruk daripada diri kita
Sebenarnya ada orang yang lebih menderita daripada diri kita. Jika di atas langit masih ada langit, maka tetap akan ada disatu tempat didunia ini orang lain yang lebih menderita daripada diri kita. Sesekali perglah ke rumah anak yatim dan lihatlah anak-anak ini yang masih boleh bergembira walaupun mereka tidak memiliki kedua orang tua. Lihat sekeliling dan kita pasti akan bertemu  dengan mereka yang memiliki nasib yang lebih buruk daripada nasib kita disaat ini. Jika kita masih ada rumah untuk pulang, kedua orang tua yang masih menanyakan khabarmu, atau masih mampu minum secawan kopi untuk merehatkan diri, maka percayalah bahwa kita jauh lebih beruntung daripada yang kita rasa atau fikirkan. “Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.” 

6. Fokuslah pada apa yang kamu miliki, bukan pada perkara yang telah hilang
Setiap dari kita pasti mengalami kehilangan, maka relakan apayang telah hilang. Merelakan apa yang telah hilang dari kita memang nampak mudah. Tapi hanya orang yang kurang cerdik yang akan mengabaikan apa yang dimilikinya untuk suatu waktu yang telah hilang darinya. Jadi daripada kita meratapi apa yang telah hilang dari kita, adalah lebih baik ikhlaskan saja dan lebih berfokus dengan apa yang kita ada ketika ini. Jangan sampai kita menyesal untuk kedua kalinya kerana kita kehilangan sesuatu yang sebenarnya boleh kita jaga. “Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.”

7. Sedarilah bahawa beberapa perkara memang telah ditakdirkan
Dalam hidup beberapa perkara memang telah ditakdirkan dan tak boleh diubah. Beberapa perkara di dunia ini memang boleh kita usahakan atau dapatkan, tapi ada juga yang telah ditakdirkan dan tak akan boleh kita ubah dengan cara apa pun usaha yang kita lakukan. Dalam hidup ini ada tujuh perkara yang tidak boleh kita ubah iaitu: Jenis kelamin atau jantina kita, siapa ibubapa kita, bila kita dilahirkan, bentuk dan sifat fizikal kita, masa lalu kita, kedudukan kita dalam keluarga da nasal keturunan bangsa kita yang telah ditetapkan dan digariskan sejak azali kita menjalani hidup dan menjadi manusia. Kit tidak akan pernah menolak kematian yang mendatang atau orang-orang terdekat pada kita, kita tidak berhak mencabut hidup orang lain dan kita tidak akan pernah boleh bersama dengan orang yang tidak ditakdirkan untuk kita. Tak peduli berapa kuatnya kita bertahan, pada akhirnya kita akan tetap berpisahkan dan menjalani kehidupan masing-masing. “Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.”
8. PerkaraTerbaik Yang boleh kita Lakukan Adalah Bangkit Dan Terus meneruskan hidup ini
Bangkit dan meneruskan hidup adalah satu-satu jalan yang terbaik. ‘Move on’ dan teruskan menjalani hidupkita adalah jalan satu-satunya yang boleh kita lakukan saat kehidupan kita tidak berjalan sesuai denagn apa yang direncana. Jangan takut untuk kembali mencuba, tak perlu ragu untuk kembali jatuh cinta, bermimpi dan kembali menata kehidupanmu. Jangan biarkan kenyataan pahit dan kerasnya hidup menggelapkan dan mengeraskan hati kita. Saat kita merasa pintu kebahagiaan tertutup untuk kita, temukan pintu kebahagian yang baru dengan membuka mata, telinga dan hati untuk kita terus menikmati hidup yang indah ini. Jangan pernah berhenti berharap dan mencuba apa yang ingin kita lakukan. Banyak jalan menuju kebahagian. Jika satu jalan membuat kita tersesat, yang harus kita lakukan hanya mencuba untuk mencari jalan lain, bukan mengalah malah tenggelam dan berputar-putar di jalan yang sama. “Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.”

Inilah dia 8 perkara yang harus kita ingat saat kita merasa sedih dan kecewa dengan kehidupan kita. Jangan sedih berterusan, kita pasti mampu melakukan yang terbaik buat diri kita, percayalah disebalik gelap pasti ada cahaya, bila kita lemah carilah kekuatan, dalam kita berduka ada senyum yang mampu merawatnya dan ketika kita hampir jatuh berpautlah didahan yang kuat kerana pasti ada tempat kita berehat sebelum kita meneruskan hidup ini. Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari…. Kemudian Dia datangkan pula mendung lalu hujan bersama guruh dan kilat…. Puas kita menangis dalam keresahan, mencari di mana matahari? Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang paling indah... Itulah kehidupan..