DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Sunday, June 29, 2014

Rawatan Alternatif Penyakit Kronik

Kapsul Biji Aprikot Murah B17
Ditempah oleh Doktor dan juga Hopital, Sebagai Rawatan Alternatif Terbaik!!.. Insya Allah.
Mampu merawat dan mencegah penyakit kanser. Kaya dengan Amigladin (perencat sel kanser)
Mampu merawat penyakit kronik yang lain.
Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi dan kolesterol dalam darah
Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
Meningkatkan kesihatan mental dan memori
Membersih dan mencuci arteri jantung
Mengurangkan sakit sendi
Membantu masalah buasir (ramai yang hidapi ini dalam diam,)
Berfungsi sebagai tonik dan antioksidan yang mampu menyingkirkan toksin dengan cepat dalam badan
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka,
Menyelesaikan masalah senggugut dan keputihan/ menghilangkan bau hamis
Membantu mengatasi masalah gatal-gatal kulit dan alahan
Menyelesaikan masalah JERAWAT dan RESDONG
Menghaluskan kulit
Anti PENUAAN
Mengecutkan TUMOR
Melawaskan pembuangan air besar
Setiap kapsul gelatin halal mengandungi 4-5 biji aprikot yang pahit.

CARA PENGAMBILAN:
5 biji selepas makan - langkah pencegahan
5 biji 3 kali sehari selepas makan - penyakit kronik

AMARAN!!
Tidak sesuai bagi perempuan mengandung
Tidak sesuai bagi yang menyusukan bayi
Tidak sesuai bagi kedatangan haid.

KAPSUL DAUN BELALAI GAJAH
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Diantara keberkesanan produk daun belalai gajah ini adalah merawat serta memulihkan pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kesihatan seperti berikut:

Memulihkan semua jenis Kanser (Cancer).
Memulihkan Penyakit buah pinggang.
Memulihkan Penyakit Darah Tinggi.
Memulihkan Tekanan Darah Tinggi.
Memulihkan Penyakit Kencing Manis (Diabetes).
Memulihkan Radang Prostat.
Memulihkan Asid Urid Tinggi (Toksid dalam badan).
Memulihkan Gastrik.
Memulihkan Penyakit Gout.
Memulihkan Tahap Kolesterol Tinggi.
Memulihkan Penyakit Aplastic Aneamia (adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah).
Memulihkan Thalassaemia.
Memulihkan Masalah Haid Tidak Teratur.
Memulihkan Sembelit.
Memulihkan Masalah Sukar Buang Air Besar.
Memulihkan Masalah Thyroid.
Memulihkan Sakit Belakang.
Memulihkan Penyakit Migrain.
Memulihkan Masalah Kelesuan.
Merawat Masalah Asma (Semput)
Membantu menurunkan Kadar Gula.
Memulihkan Buasir.
Memulihkan Eksim atau Dermatitis (Permasalahan pada kulit seperti radang, kulit kegatalan, kemerahan, biasanya pada tangan dan kaki dan lain-lain).
Meredakan Bengkak.
Meredakan Ketumbuhan/Tumor.
Dapat Melegakan Rasa Senak Pada Perut.
Dapat mencegah Kanser Kolon (usus)
Dapat Merawat Masalah Kemurungan, Melindungi hati, Meningkatkan Tenaga, Melegakan keletihan, Meningkatkan Imun sistem dan melancarkan fungsi darah.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

p/s: Perbanyakkan memakan buah betik dan nenas kerana buah-buahan ini banyak membantu semasa pemprosesan merawat penyakit..

KAPSUL BIJI TUNJUK LANGIT
Adalah dari ramuan tumbuhan herba yang tumbuh di hutan negara kita Malaysia. Ramai yang masih tidak mengetahui khasiat buah tunjuk langit boleh merawat bermacam macam penyakit termasuk penyakit kronik. Khasiat yang hebat dari ramuan ini digunakan untuk mengubati penyakit seperti:
kencing manis
darah tinggi
gout/stroke
asma/resdung
migrain
mati pucuk
insomia
stress/tension
keletihan dan banyak lagi…..
Ramai yang telah mencuba dan kagum dengan keberkesanannya terutama yang menghidap kencing manis-kandungan gula jadi stabil. Antara khasiat-khasiatnya Buah Tunjuk Langit adalah untuk:

Menstabilkan dan melancarkan sistem peredaran darah - Sangat sesuai untuk Pesakit Darah Tinggi, Kebas-Kebas, Sakit Sendi, Sakit Urat
Menstabilkan kadar glukosa dan meningkatkan paras insulin pankreas - Sangat sesuai untuk Pesakit Kencing Manis, Gangguan Metabolisma
Mengurangkan kandungan kolestrol jahat (LDL) - Sangat sesuai untuk Pesakit Jantung, Stroke, Obesiti, Kekejangan Otot
Menyahtoksid bahan kimia dan menguatkan sistem imun tubuh -Sangat sesuai untuk Pesakit Alahan Jangkitan, Asma, Gout, Artritis, Malaria, Keletihan
Membantu meningkatkan sel-sel darah merah dan menguatkan struktur pembuluh darah - Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan Awet Muda, Keremajaan Usia
Mengimbangi proses metabolisma tubuh - Untuk merawat Penyakit Kencing Tak Puas, Kencing Kerap, Batu Karang, Kegagalan Ginjal, Prostat
Kandungan flavanoid, Saponin, Alkoloid dan Antasionin yang 10 kali ganda lebih tinggi dari herba Tongkat Ali - Untuk merawat masalah berkaitan Tenaga Batin Lelaki, Mati Pucuk, Ejakulasi Pramatang
Cara makan kapsul tunjuk langit bagi mereka yg mempunyai darah tinggi , kencing manis , gout dan penyakit2 lain:

Untuk seminggu pertama makan 1 kapsul 3 x sehari iaitu selepas makan pagi , makan tengahari dan lepas makan malam.
Untuk minggu kedua dan seterusnya cuma ambil 1 kapsul 2x sehari iaitu lepas makan pagi dan lepas makan malam.
Bila bacaan sudah stabil makan sebiji sehari sahaja.

Sila ambil perhatian kepada sesiapa yang ambil ubat hospital kalau nak makan buah tunjuk langit perlu jarakkan masa 2 jam.

Friday, June 27, 2014

Sakit Itu Nikmat Allah

Saban hari, para doktor dan pelajar perubatan seringkali ditayangkan adegan "malaikat izrael mencabut nyawa" pesakit di hadapan mata mereka secara live. Biasanya pesakit tersebut sudah dalam kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi. Bagi pelajar perubatan yang buat pertama kali melihat adegan suspen tersebut, pasti akan ada air jernih mengalir dan badan menggeletar menyaksian azab kesakitan yang dahsyat.
Berbeza pula bagi seorang doktor, air mata mereka sudah kering. Mereka sudah lali dan "tiada perasaan" mengurus kematian mahupun kelahiran, ada yang berjaya diselamatkan. Ada pula yang kecundang. Sesungguhnya, doktor bukanlah Tuhan untuk mencegah atau merawat penyakit mati apabila takdir sudah tersurat.

Pernah pada satu masa, saya melihat salah seorang daripada keluarga si mati meraung-raung di dalam ward, sambil menghentak-hentak kepala di dinding. Dia seolah-olah diserang histeria dan bertindak liar. Saya yang sedang clerk case turut terganggu dek aksi liar tersebut. Jururawat dengan segera menjalankan tugas dan doktor cuba berbicara dengan muka yang tenang.

BICARA KESAKITAN
Sakit itu nikmat
Sakit itu penghapus dosa (kafarah)
Sakit itu ujian
Sakit itu bukti cinta Allah
Sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan. Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
REDHALAH YANG PALING UTAMA
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT?
Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Mengapa ada yang sihat tubuh badan tetapi bayak berbuat maksiat?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Firman Allah SWT: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157) 

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH
Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan” Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja” Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.

Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT. Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Untuk itu, jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan? Allah SWT berfirman: “Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30. 


Semoga kita tidak seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya - MD

Tuesday, June 10, 2014

Menjaga Kesihatan Menurut Islam

Penjagaan Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam
Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.
Kesihatan dalam perubatan
“Complete physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak. Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik daripada berubat” (preventive medicine)
1. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2. Pemakanan yang seimbang
3. Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian

Kebersihan
Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable). Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri."

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.

Pemakanan Yang Seimbang
Dalam kehidupan seharian kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti sehari hari. Allah telah menukilkan di dalam Al Quranul Karim melalui firmannya: “Wahai manusia, makanlah apa-apa diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.”

Firman Allah juga: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepadaMu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepadanyalah kamu bersembah sujud (beribadat). Makanan yang kita makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya, oleh yang demikian amat perlu untuk kita memilih makanan yang kita makan dari jenis makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manafaat yang optimum daripada apa yang kita makan. Secara umumnya kaedah pemakanan yang seimbang adalah berdasarkan teori piramid makanan sebagaimana di bawah.
Aras Pertama: Lemak. Minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 1 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Aras Kedua: Hasil tenusu juga terletak di Aras 2 Piramid. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
SATU SAJIAN HASIL TENUSU
• 1 gelas susu
• ½ cawan dadih rendah lemak
• 1 keping keju

Aras Ketiga: Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin b, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
SATU SAJIAN DAGING, AYAM, IKAN, DAN KEKACANG
• 1 ketul peha ayam bersaiz sederhana
• 1 ekor ikan kembong bersaiz sederhana
• 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
• 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
• 2 biji telur bersaiz sederhana
• 2 keping tempe
• 2 keping taukua
• 4 sudu makan mentega kacang

Aras Keempat: Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
SATU SAJIAN SAYUR-SAYURAN
• ½ cawan sayur berdaun hijau bersama batangnya (dimasak)
• ½ cawan sayuran buah berumbi, seperti terung, tomato (dimasak) 

SATU SAJIAN BUAH-BUAHAN
• ½ biji jambu batu bersaiz sederhana
• 1 biji oren, pir atau epal bersaiz kecil
• 1 biji pisang bersaiz sederhana
• 1 hiris betik, nenes atau tembikai

Aras Kelima: Bijiran, hasil bijiran dan ubu-ubian Aras 5 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil penuh.
SATU SAJIAN BIJIRIN DAN UBI-UBIAN
• 1 keping roti mil penuh
• ½ cawan nasi
• ½ cawan bihun/ mi/ pasta
• ½ keping capati bersaiz kecil
• 1 cawan bubur nasi kosong
• ½ cawan bijirin sarapan
• 1 biji kentang bersaiz sederhana
• 3 keping biskut kraker kosong 

Begitulah pembahagian kelas-kelas makanan yang dianjurkan bagi membolehkan seseorang antara kita mendapatkan manafaat yang secukupnya dari apa yang dimakan dan supaya apa yang dimakan tidaklah kurang daripada yang sepatutnya dan tidak pula sebaliknya, lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan.
KATEGORI ZAT-ZAT MAKANAN
Secara amnya makanan-makanan yang kita makan terbahagi kepada 4 kategori iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak dan zat vitamin dan mineral. Jumlah tenaga bagi setiap kategori atau kelas makanan tersebut boleh dilihat dari jadual di bawah: KELAS MAKANAN NILAI KALORI (kilokalori) SUMBER Karbohidrat 4 nasi Lemak 9 minyak masak protein 4 ikan dan daging

Karbohidrat
Karbohidrat adalah merupakan kategori makanan yang paling utama dalam menu kita sehari-hari kerana tenaga yang dijana dalam badan kita adalah majoritinya diambil daripada kumpulan ini. Ini kerana makanan daripada kumpulan karbohidrat akan melalui proses penghadapan dan pencernaan untuk membolehkannya ditukarkan kepada bentuk yang paling ringkas iaitu sebagai gula penurun atau glukosa yang merupakan sumber utama tenaga dalam badan. Hasil atau lebihan karbohidrat yang tidak ditukarkan kepada glukosa akan terus disimpan oleh badan di bahagian hati sebagai glikogen dan akan digunakan apabila glukosa habis digunakan.

Glukosa yang dihasilkan ini akan digunakan oleh badan selama lebih kurang 2 jam sebelum ianya habis. Pada waktu inilah glikogen yang disimpan di dalam badan kita ditukarkan kembali kepada bentuk glukosa untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan sehinggalah ianya habis digunakan. Simpanan glikogen di dalam badan dapat bertahan dalam menyalurkan sumber tenaganya kepada badan sehingga 12 jam apabila bekalannya habis. Selain glikogen, badan juga mendapat sumber glukosanya daripada sumber-sumber bukan karbohidrat seperti gliserol, asid amino dan lactate, Bahan-bahan ini akan memberikan sumber glukosa yang berterusan kepada badan bagi memastikan fungsi-fungsi berjalan dan berperanan dengan baik.

Lemak
Lemak juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun kita tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dan melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi. Kita tidak memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asteroclerosis dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini amat merbahaya dan boleh membawa kepada maut.
Selain itu hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah penggunaan lemak tak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan.

Protin.
Protin juga adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita, ia merupakan benda asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan secukupnya. Tanpa protin perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh terbantut selain akan menghidapi pelbagai menyakit seperti kwashyiokor, merasmus dan sebagainya. Selain itu, protin juga merupakan sumber tenaga yang penting apabila kandungan glukosa dan glikogen sudah habis digunakan bagi membolehkan tenaga dibekalkan dengan secukupnya kepada badan terutamanya otak dan bahagian yang tidak boleh menjana tenaga sendiri seperti sel-sel darah, retina, dan sebagainya.

Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk mengawal pemakanan kita agar tidak terlebih dan tidak terkurang agar apa yang kita makan adalah sesuai dengan keperluan badan kita seperti sabda Rasulullah SAW; “Kami adalah umat yang makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang” Selain itu, sabda Rasulullah juga. “Tiada bekas yang diisi oleh anak adam yang lebih keji daripada perut” Bermakna di sini jangan lah kita mengisi perut kita dengan sewenang-wenangnya sehingga akhirnya nanti kita akan menghadapi pelbagai masalah kerana tabiat pemakanan kita yang tidak dijaga sejak awal lagi.

Senaman dan Kesihatan Fizikal
Sebagai individu amnya dan penuntut khususnya, senaman dan kecergasaan merupakan antara komponen utama di dalam kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkat oleh Muslim mengatakan, Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah. Hadith lain pula adalah sabda Rasulullah yang berbunyi, “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”

sebagai justifikasi betapa Islam mengambil berat soal bersukan untuk melahirkan individu yang kuat dan sihat dan bersedia untuk melakukan apa jua tugas yang diberikan. Begitu juga dengan Firmah Allah SWT yang berbunyi: “Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi rajamu, dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa”
Jelas menunjukkan kita disini betapa Islam mementingkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal dan berusaha untuk menjadi umat yang kuat dan cergas sepanjang masa.Namun, kebanyakan daripada kita agak mengabaikan perkara ini dengan beralaskan tugas dan pelajaran. Sikap sebegini amat merugikan kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dengan mengamalkan senaman dan mengekalkan kecergasan. Senaman dapat membantu:
" Mengekalkan berat badan yang ideal
" Memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja
" Memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan
" Mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
" Memberi kerehatan dan tidur yang lena
" Melicinkan peredaran darah dan pernafasan
" Memperbaiki penampilan diri anda

Apabila anda bersenam atau bersukan, anda sebenarnya membakar kalori yang menyumbang kepada pembentukan lemak di dalam badan. Pengambilan 500 kalori sehari di dalam seminggu ( 500 x 7 ) bermakna anda menambah berat anda sebanyak 2 pound!

Kita dapat mengelaskan senaman ini kepada empat jenis senaman
Pertama : Senaman aerobik
Kedua : Senaman anaerobik
Ketiga : Senaman isometrik
Keempat : Senaman isotonik
Senaman aerobik adalah senaman yang kita lakukan dalam keadaan oksigen dapat disalurkan secara terus kepada sel-sel badan dan seseorang itu tidak akan mengalami ketidakcukupan oksigen (hutang oksigen) berbanding senaman anaerobik yang menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap selepas melakukannya.

Dalam hal ini, kita disarankan untuk mengamalkan senaman aerobik dalam aktiviti harian yang kita lakukan, tentu bila memperkatakan tentang senaman aerobik anda akan terbayang senaman yang dilakukan beramai-ramai dengan beberapa orang jurulatih di depan dan diiringi dengan alunan musik bukan? Namun pemahaman senaman aerobik adalah lebih luas daripada itu, apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan pergerakan badan dan tidak menyebabkan keletihan yang melampau disebabkan kekurangan oksigen adalah merupakan senaman aerobik. Cara untuk anda memastikan samada aktiviti atau senaman yang anda lakukan itu adalah senaman aerobik ataupun tidak adalah dengan memastikan bahawa anda masih boleh melakukannya dalam keadaan anda masih boleh bercakap-cakap tanpa termengah-mengah. Dalam hal ini, berjalan adalah merupakan salah satu senaman yang baik untuk diamalkan. Berjalanlah setiap hari selama lebih kurang 30 minit setiap hari bagi memastikan anda telah melakukan senaman yang secukupnya. 

Ini tidak termasuk perjalanan anda untuk kemana-mana, tetapi peruntukkan lah masa untuk berjalan secara terus menerus seperti pada waktu petang dan awal pagi. Berjalan dan beriadah pada waktu petang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak pada waktu malamnya. Selain berjalan, anda juga mungkin boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang anda minati seperti bermain bola sepak, berlari dan sebagainya, namun anda dinasihatkan tidak melakukannya dalam tempoh yang lama kerana senaman yang dilakukan ini agak merbahaya kerana ia menyusutkan bekalan oksigen kepada sel-sel badan. 
Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah SAW yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”( Muttafaq Alaih). Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad danmengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbandingkita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri makahendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudzkeranamarah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT

7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Saturday, June 7, 2014

5 Perkara Yang Membawa Kepada Kemuliaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat dikongsukan sedikit perkongsian ilmu yang menyentuh tentang lima perkara yang boleh menjadikan manusia itu beroleh kemuliaan disisi Allah SWT, satu kemuliaan  yang kita dambakan melebihi kemuliaan disisi manusia. Kemuliaan disisi manusia tidak kekal malah bermusim iaitu bila berharta, berpangkat besar, ada title Dr Prof Tan Sri, Dato' dan sebagainya. Malah ada tempat khusus disediakan didalam satu majlis, diberi keutamaan dan layanan istimewa. Kemuliaan disisi Allah SWT bukan terletak pada semua itu malah seorang penyapu sampah lebih mulia sisi Allah SWT jika dia bersih hati, beriman, bertakwa pada Allah SWT dan menjaga hak-hak Allah SWT dalam kehidupannya, mulia bila mengambil Islam dalam kehidupan!
Jadi, bagi kita perlunya meletakkan nilai kemuliaaan sebenar dalam hidup ini. Janganlah kita rasa bangga diri dengan nikmat sementara yang Allah SWT beri pada kita dengan merasa diri mulia kerana ada kedudukan dalam masyarakat, cepat tersinggung bila kita tidak di muliakan orang! Yang kita nak adalah kita ini mulia disisi Allah SWT. Itu kan lebih utama, lebih baik , lebih abadi! Jadi, diantara lima perkara yang perlu kita usahakan untuk meraih kemuliaan disisi Allah SWT adalah:-

1. Tidak mengikut bisikan atau hasutan syaitan..
Sama-sama kita renungkan ayat-ayat Allah SWT ini. “Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan;kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji,dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui. (Surah al-Baqarah 2:168-169)

Syaitan merupakan musuh kita yang utama yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membisikkan di dalam diri kita bisikan-bisikan yang jahat dan menyeleweng dari apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Melawan bisikan dan hasutan syaitan itu menjadi satu kewajipan yang perlu kita lakukan untuk menempuh jalan yang lurus.Orang yang digoda oleh bisikan syaitan dan menyahut bisikan tersebut akan rasa seronok melakukan maksiat tanpa rasa takut pada Allah. Jadi selalulah kita memohon perlindungan untuk diri kita dan keluarga kita dari bisikan syaitan dengan banyak bertaawwuz dan berdoa. Sesungguhnya orang yang hatinya sentiasa terpaut erat mengingati Allah SWT, banyak berdoa dari bisikan syaitan laknatullah ini yang akan terselamat dari hasutan dan godaannya, Insya-Allah.

Di samping itu juga, kita perlu menghindarkan diri kita dari mempunyai sifat-sfat yang disukai syaitan. Satu anologi yang baik yang boleh menarik syaitan pada diri kita adalah umpama seekor anjing yang tertarik pada tulang yang kita pegang. Untuk mengelakkan diri dari menjadi daya tarikan anjing tersebut, kita hendaklah membuang tulang itu dari kita ; dengan kata lain membuang dari diri kita apa yang disukai syaitan.

Jadi untuk kita tidak menjadi daya tarikan syaitan, segala sifat-sifat kesukaan syaitan dalam diri seperti hasad dengki, suka membazir, mengumpat dan semua sifat mazmumah hendaklah kita buangkan dari dalam diri. Pintu-pintu kemasukan syaitan hendaklah ditutup rapat supaya tipislah peluang syaitan untuk menggoda kita tapi jika kita turutkan bisikan syaitan, maka kita akan menjadi kawannya atau menjadi tunggangan syaitan! Sedangkan Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa syaitan itu musuh kita yang nyata! Maka perlakukanlah syaitan itu sebagai musuh kita yang utama!

Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kita tentang bagaimana perlunya kita sentiasa memohon perlindungan dari syaitan iaitu dalam satu hadisnya riwayat Bukhari iaitu... Rasulullah SAW meminta perlindungan Allah SWT kepada cucunya Hasan dan Husin. "Aku memohon perlindungan dari Allah untuk kamu berdua dengan kalimah Allah yang sempurna dari setiap syaitan, dan dari binatang berbisa serta dari  mata yang jahat."

Juga dalam satu hadisnya, beliau juga menegah anak-anak keluar pada waktu senja kerana diwaktu itu syaitan keluar untuk merasuk. Jadi hindarilah diri dari keluar pada waktu tersebut supaya kita tidak mendedahkan diri kita pada rasukan dan hasutan syaitan ini. Juga pentingnya kita sentiasa melakukan wirid harian sebagai pendinding diri dari syaitan ini kerana menurut Ibnu Abbas setiap anak Adam yang dilahirkan akan ada bisikan syaitan yang menghasut dan merasuknya. Jika disebut nama Allah syaitan itu akan lari, tapi jika kita melupakan Allah syaitan itu akan menggoda dan merasuknya. Maka akan mudah dan seronoklah sesaorang itu melakukan maksiat disisi Allah bila termakan bisikan syaitan.
Secara ringkas ada lima strategi untuk melawan bisikan syaitan ini iaitu:- Perlunya kita sentiasa ikhlas dalam beragama dengan berbuat sesuatu kerana Allah SWT dan di atas syariat Allah SWT, Takut pada Allah SWT dalam melakukan dosa dan maksiat, Berusaha selalu melawan bisikan syaitan dengan mujahadah diri, Menjaga perpaduan ummah iaitu sentiasa berjamaah dan janganlah berpecah belah antara satu sama lain Serta banyakkan berzikir dan berdoa minta dilindung dari syaitan ini. Insya-Allah dengan pertolongan dari Allah SWT dan usaha yang istiqamah, kita dapat melawan bisikan syaitan ini.

2. Tidak mengikuti hawa nafsu dalam diri.
Orang yang mengikuti hawa nafsunya akan mudah tergelincir dari landasan yang telah Allah tetapkan. Nafsu dalam diri sebenarnya sentiasa mengajak kepada penyelewengan dari jalan Allah SWT. Nafsu perlu ditundukkan dengan iman yang kuat jika tidak ia jadi tunggangan syaitan yang membisikkan bisikan jahat pada nafsu. Nafsu yang kita kehendaki adalah nafsu mutmainnah, iaitu nafsu yang tenang yang ada hubungannya dengan Allah SWT. Jadi sentiasalah muhasabah diri agar kehendak nafsu dalam diri adakah ia selaras dengan kehendak Allah SWT.

Janganlah kita menjadi orang yang menjadikan nafsu sebagai raja yang memerintah. Akibatnya celakalah diri! Sentiasa ingat akan pesanan dari Allah tentang hakikat orang yang mengikuti hawa nafsunya iaitu Surah Al-Maidah ayat 77.... Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." Firman Allah SWT lagi dalam Surah Al-Mukminun ayat 71 yang bermaksud... " Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu."

Jadi betul jugalah kata pepatah Melayu, ikut hati mati ikut rasa binasa. Justeru itu janganlah kita turuti kata hati kita, rasa yang bergejolak dalam jiwa. Semua itu jika tidak dihubungkan dengan Allah SWT akan menjadi jalan pintu masuk syaitan. Natijahnya cukup hebat. Ia akan membinasakan diri kita, menyebabkan kita rasa tertekan, kecewa, marah, dendam sehingga sakit dada kita menahannya. Paling malang sekali hawa nafsu yang dituruti ini akan menyebabkan tindakan yang melulu, tidak rasional, hilang pertimbangan sehingga sanggup bunuh diri, bunuh orang dan sebagainya. Relakah diri kita jadi sedemikian?? Jadi biarlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian akibat tidakan tidak rasional itu, tidak berguna!

3. Sentiasa rasa ringan untuk berbuat ihsan. iaitu buat yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada kecil atau besar. Ihsan dalam melakukan sesuatu pekerjaan merupakan satu tuntutan dalam Islam dan amat disukai oleh Allah dan dekat dengan rahmatNya. Firman Allah lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 195.. “Dan berbuat baiklah (ihsan), kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
Firman Allah SWT lagi dalam Surah Al-A'raf ayat 5 yang bermaksud... “Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” Jadi kita usahakanlah dalam diri membuat yang terbaik dalam sesuatu amalan itu samada kecil atau besar kerana amalan terbaik itulah kita nak persembahkan pada Allah SWT sebagai amal soleh kita, bukan untuk tunjuk pada manusia atau nak dapat penghargaan manusia semata-mata. Mudah-mudahan dengan itu, kita mendapat rahmat dan kemuliaan disisi Allah SWT.

4. Meletakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah SWT semata-mata dalam hidup ini. Apabila hati tak yakin pada Allah, ini akan meletakkan keyakinan dan pergantungan pada manusia. Sedangkan pergantungan sebenar kita hanyalah pada Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya apa yang ada disisi Allah SWT itu lebih baik dan lebih kekal dari apa yang ada pada manusia. Manusia mungkin boleh simpati dan bantu sekadar yang mampu akan permaslahan kita. Namun jika kita berlebihan dalam meminta-minta pada manusia, ini akan menimbulkan rasa bosan, meluat pada kita. Tetapi sebaliknya bila kita meminta pada Allah SWT! Allah sentiasa membukakan pintu rahmatNya memberikan bantuan, pertolongan pada kita dengan cara yang Allah kehendaki yang sebenarnya itulah terbaik buat diri kita. Jadi kena bina keyakinan diri kita agar benar-benar bulat pada Allah SWT dalam hidup ini!

Marilah kita yakini betul-betul firman Allah SWT dalam surah Al-Ikhlas yang bermaksud .... "Katakanlah, Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allahlah tempat meminta segala sesuatu....."

Disaat kita teruji dan ditimpa musibah, yakini sebenarnya yang dapat mengeluarkan diri kita dari kesan musibah itu adalah hanya Allah SWT sahaja. Maka hadapkanlah hati kita ini dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawaduk pada Allah SWT yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Curahkan lah segala rintihan hati kita pertama-tamanyahanya pada Allah SWT terdahulu dan pasrahkan jiwa kita padaNya...Yakinilah pertolongan Allah SWT itu amat dekat pada orang yang kembali padaNya, insyaaAllah!
5. Tidak menyayangi apa yang ada di tangan manusia lebih dari apa yang ada di sisi Allah SWT.
Sama-sama kita renungi firman Allah SWT dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud.... " Sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal..." Surah Al- Ala' 16-17. "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." Surah Al- Mukminun :39

"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; Surah As-Syuraa: 36

Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya? Surah Al-Qasas :60

Banyak lagi ayat-ayat Al Quran yang menegaskan tentang apa yang ada disisi Allah SWT itulah yang terbaik dan kekal abadi. Inilah yang kita nak rebut didunia ini sementara hayat kita masih ada. Janganlah kita terleka dengan kehidupan dunia yang menipu, dengan kesenangan hidup dunia yang melalaikan kita dari mengingati Allah SWT. Ingatlah bahawa dunia ini adalah ladang akhirat tempat kita menuai hasil kita nanti. Maka jadilah kita seorang peladang dunia yang yang berjaya yang sentiasa peka dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil tuaian kita supaya berlipatganda kelak.

Sematkan dijiwa kita selalu semua yang ada disisi kita di dunia ini akan kita tinggalkan kecuali amal soleh kita yang berterusan iaitu, sedekah jariah kita, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang kita ajarkan kepada orang lain. Sementara hayat masih ada, fikirkan bagaimana kita nak tingkatkan hubungan kita dengan Allah SWT, tingkatkan amal soleh dan bermanfaat pada manusia! Janganlah apabila usia semakin bertambah, dunia semakin dekat di hati, semakin lalai dengan Allah, semakin banyak dosa dan maksiat, semakin tidak sensitif dengan peringatan Allah SWT. Nauzubillahiminzalik. Allahu Rabbi.
Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan penghujung usia kita lebih baik dari awalnya dan kita mendapat husnul khatimah di akhir hayat kita. Perbanyakkanlah istighfar kita memohon ampun dari Allah SWT diatas semua kekhilafan kita pada Allah SWT. Banyaknya tanggungjawab kita pad aAllah SWT yang masih belum tertunaikan! Mudah-mudahan Allah SWT tempatkan kita dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat kemuliaan disisiNya. Aamiin. Ya Rabbal A'lamin. - Serikandi Annur