DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, December 24, 2013

Pentingnya Buah Pinggang

Sudah acap kali rasanya isu penyakit buah pinggang dibicarakan. Setiap kali perkara ini dibincangkan, inti pati sama diulang kembali.Namun, ia belum dapat meningkatkan kesedaran masyarakat kerana bilangan pesakit di negara ini terus bertambah. Hari ini, dianggarkan seramai 13,000 pesakit buah pinggang terpaksa bergantung kepada mesin hemodialisis untuk terus hidup dan pada masa sama senarai pesakit baru terus mencanak naik, dengan jumlah kasar 2,500 kes setiap tahun.
Kegagalan buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing berdarah. Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak sepenuhnya.

Walaupun sudah terlewat, pesakit seharusnya tidak putus harap kerana banyak peralatan perubatan dapat membantu mereka meneruskan kehidupan sempurna seperti orang lain. Namun sebelum terkena, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kurang kepekaan terhadap kesihatan diri dan tidak berminat mengetahui penyakit ‘lazim’ dalam masyarakat menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang semakin bertambah bilangannya. Buah pinggang adalah organ berbentuk kacang lima, setiap orang ada dua buah pinggang dan berat setiap satu kira-kira 150 gram.

Dalam buah pinggang yang kecil ini berlaku proses penapisan darah untuk membuang semua bahan toksin melalui air kencing. Darah bersih akan dialirkan balik ke dalam badan. Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang sihat.

Banyak perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi). Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher, berkata satu pertiga daripada kes kegagalan buah pinggang disebabkan masalah kencing manis tidak terkawal. Selain itu, penyakit darah yang merosakkan bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga boleh menyebabkan kegagalan ginjal. Malah, individu yang ada sejarah keluarga mengalami penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit sama.
 Justeru, kata Dr Zaki, setiap orang perlu mengambil berat kesihatan diri dengan menjalani pemeriksaan kesihatan. Kaedah ini boleh membolehkan kita mengesan masalah pada buah pinggang dan melengahkan ia daripada mengalami kerosakan teruk.

Tanda kerosakan buah pinggang
Proses kerosakan buah pinggang berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa lama. Ia lebih kerap berlaku di kalangan berumur (tiga kali ganda berbanding golongan muda). Justeru, gejalanya sering tidak disedari hinggalah buah pinggang gagal berfungsi. Ramai tidak sedar perkara ini hinggalah mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
Ø Air kencing bercampur darah.
Ø Berlaku perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
Ø Sakit belakang.
Ø Kerap buang air kecil pada tengah malam.
Ø Kaki membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
Ø Sekelip mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.

Semua tanda di atas timbul berikutan buah pinggang tidak lagi mampu menyingkirkan bahan toksik dalam darah. Bahan toksik ini lama kelamaan meracuni tubuh pesakit dan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan. Walaupun teknologi perubatan semakin canggih, kegagalan buah pinggang tiada ubatnya. Perkara ini sering disalah anggap kebanyakan masyarakat kita. Untuk terus hidup, kata Dr Zaki, pesakit boleh menjalani dua jenis rawatan iaitu pemindahan buah pinggang atau dialisis darah.

Cara pertama (pemindahan buah pinggang) memerlukan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000 tetapi masalah utama dihadapi pesakit ialah mendapatkan penderma buah pinggang. Pembedahan boleh dilakukan segera jika ada ahli keluarga atau saudara mara sudi menjadi penderma atau daripada penderma lain (yang tiada kaitan darah) dan ia boleh dilakukan di HKL, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau Hospital Selayang. Bagaimanapun, perkara ini bukan mudah kerana bilangan orang yang rela menjadi penderma sungguh terhad.

Cara kedua dan lebih popular ialah dialisis darah, tiga kali seminggu. Walaupun kedengaran leceh, kaedah ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Malah, mereka masih boleh terus menyumbang kepada produktiviti negara. Perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang bukan murah. Seseorang memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan jika menjalani dialisis di hospital swasta. Secara umumnya pesakit membelanjakan RM23,000 setahun untuk dialisis saja. Itu belum termasuk kos ubat.
“Untungnya Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) ada 18 pusat hemodialisis di seluruh negara dengan bayaran yang jauh lebih murah (RM65 setiap sesi) bagi membantu meringankan beban pesakit. Justeru, kita perlu kerap menjalani pemeriksaan kesihatan supaya kegagalan buah pinggang dapat dikesan dan diberikan rawatan awal supaya kerosakan kekal tidak berlaku,” katanya.

Jika buah pinggang didapati rosak, jangan berputus asa. Masa depan masih ada. Pelancaran Kumpulan Sokongan Pesakit Buah Pinggang baru-baru ini membolehkan anda (pesakit, ahli keluarga atau individu perseorangan) mendapatkan maklumat, khidmat nasihat atau sokongan daripada pasukan perubatan dengan menghubungi talian 03-79549048 atau melayari laman web www.nkf.org.my.

Kaedah mencegah penyakit ginjal;
Ø Jalani pemeriksaan ginjal.
Ø Amalkan pemakanan seimbang.
Ø Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Ø Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
Ø Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor.
Ø Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
Ø Kekalkan berat badan seimbang.
Ø Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Kesimpulannya, Mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit tu.. perkara ini semua orang tahu, namum masih ramai yang menganggap enteng tentang penjagaan kesihatan ini, seolah olah meraka itu kebal dari sebarang penyakit kronik ini. Takut untuk keluarkan sedikit belanja demi kesihatan dan lebih gemar memilih mengeluarkan belanja puluhan atau ratusan ringgit setahun untuk kos perubatan. Tidak Gemar Memberi tetapi tidak malu meminta simpati dan sumbangan dari orang ramai di kala di timpa musibah.. kesana kemari mencari penderma buah pinggang, hati, darah, jantung dan sebagainya..

Telah di tegaskan di dalam Al-Quran bahawa tubuh badan kita hanyalah pinjaman dan wajib kita memeliharanya dengan baik. Maka berdosalah jika kita mengabaikan amanah tersebut seperti merempit, bermain mercun, bunuh diri, meminum racun, dan lain lain termasuklah tidak menjaga kesihatan tubuh badan.

Ujian awal kesan sakit buah pinggang
Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
Ø Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
Ø Darah keluar bersama-sama air kencing.
Ø Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
Ø Sakit belakang.
Ø Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
Ø Bengkak pada pergelangan kaki.
Ø Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang. Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000! Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera. Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat. Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang. Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun. Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu. Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika kita turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali. Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
Ø Pemakanan seimbang.
Ø Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.(air yang bersih dari sebarang racun dan toksid)
Ø Berhenti merokok.
Ø Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
Ø Kekalkan berat badan seimbang.
Ø Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Tiada ertinya jikalau anda seorang yang berduit BERJUTA ringgit tetapi anda seorang yang berpenyakit ! Sekiranya anda ingin mengubah taraf kesihatan anda, apakata anda boleh dapatkan rawatan semulajadi dengan hanya meminum air BIO AURA dinama ia mampu meneutral asid di dalam tubuh badan kita..TAK PERCAYA? Untuk membuktikan khasiat air Bio Aura ini, kami telah membuat kajian iaitu dengan menguji tahap PH kandungan air ini dan di bezakan dengan beberapa jenis air yang lain termasuk air mineral dalam pasaran ! Teruskan membaca untuk melihat perbezaannya.


Mari kita lihat kualiti air minuman anda! Sekiranya AIR yang Berkarat, Berbau, disebabkan paip yang tidak berganti, di sertakan lagi dengan Klorin dan Amonia dalam air minuman kita dan menjadi kegunaan harian DALAM KEHIDUPAN HARI kita.. tahukah anda apakah kesanya? Bayangkan jika anda mengharapkan PENAPIS AIR SEMULAJADI (BUAH PINGGANG) adakah semuanya berfungsi dengan Baik?, Jika masih lagi berfungsi, syukur.. Tapi sampai bila Jika setiap hari disajikan dengan bahan tercemar, mampukah Ianya BERTAHAN lebih lama?

Ehsan MMP

7 comments:

Dr Sathya said...

Jika anda perlu untuk menderma buah pinggang anda untuk dana hubungi kami secepat mungkin untuk penderma yang tulen dan asli pembeli, hubungi melalui e-mel: (sathyakidneyhospital@gmail.com) atau hubungi kami +919168752489

Unknown said...

Saya rasa masa depan si penderma akan hancur jika si oenderma di biar kan saja selepas menderma dan hanya di beri keselisahan saja di hospital sebap dia sorang penderma.
Ini membunuh nama ya dan bukan menyemehbang kan hidup si penderma dan si penerimah.
Jika ingin menerang kan hidup sorang penderma selepas menderma whtssp la saya di 01137703249 untuk menerang kan sama ada.ada masa depan dapat beranak pinak lagi atau tidak. Bila sudah menderma.
Sebap menderma ini risiko ya dari aoa yang saya lihat sangat tingi.kena kurik kurik puka tu.aduii

Unknown said...

Jual buah pingang ke..

Apollo Hospital said...


We are urgently in need of kidney donor in a very good health condition for the sum of $470,000,00 and we will take properly care of the donor doling the whole process, here you can contact us via email address: ahospital661@gmail.com or phone number-+919677345881 by name Dr Donald Moore.

ahmed hassen said...

Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda? Hospital kami mengkhususkan diri dalam Pembedahan / Pemindahan Buah Pinggang dan pemindahan organ lain, akan memerlukan O + ve, A + ve dan B + ve penderma buah pinggang dan kami akan menawarkan anda jumlah kacak. Orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel: georgewinston00@aol.com

Dr. George Winston
WhatsApp: +44 7957 754628

Dr Nico Scott said...


Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com

Dr Nico Scott said...


Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com