Tekanan
darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari
tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak
mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.
Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama
otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor
yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam
menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang
boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan dan infeksi.
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah
adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada
beberapa jenis penyakit seperti stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata,
pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala
Tekanan Darah Rendah
Bagi
penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka
mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau
tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan
berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa
dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, defresi dan cepat haus. Sekiranya
seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan
terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku
komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab
Tekanan Darah Rendah
Tekanan
darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh
jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat
beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan
volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak
boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam
badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan
jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot
yang lemah.
Cara
Mengatasi Tekanan Darah Rendah
Setiap
ubat biasanya akan diberikan jika kita dapat mengetahui penyebab sebenarnya.
Tekanan rendah juga tidak terkecuali dan pengubatannya bergantung pada faktor
penyebab. Secara umum, tekanan darah rendah dapat ditingkatkan dengan membuat
perubahan tertentu dalam gaya hidup seseorang dan makanan yang biasa dimakan.
1.
Minum banyak air - Jika seseorang mengalami keadaan pening kerana dehidrasi,
sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum banyak air. Jumlah cairan
yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah, yang seterusnya akan
meningkatkan tekanan darah. Minum minuman bertenaga seperti 100 plus, revive
juga disarankan kerana ia dapat membekalkan tubuh dengan natrium dan kalium,
yang akan membantu meningkatkan tingkat tekanan darah dengan cepat. Pada kes serious
cairan dimasukan akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.
2.
Meningkatkan pengambilan garam - Banyak orang yang akan membataskan pengambilan
garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya dia diserang
tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus
ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu
banyak garam juga sangat berbahaya.
3.
Banyak makan makanan kecil - Tekanan darah rendah setelah makan atau turunnya
tekanan darah secara tiba-tiba boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang
rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih
banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan,
sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Mengurangkan pengambilan makanan
yang bertepung seperti kentang, pasta, makanan yang dipanggang, dan lain-lain
juga disarankan. Duduk setelah makanan juga akan membantu mencegah menurun
tekanan darah. Hal ini umumnya dapat dilihat pada orang tua.
4.
Mengenakan stoking - Mengenakan stokin elastik membantu meningkatkan tekanan
darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah,
dan ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.
5.
Meninggikan posisi kepala - Menggunakan bantal untuk menyokong kepala seseorang
ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti dan mencegah darah
terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa
pening ketika bangun di pagi hari.
6.
Bangun secara perlahan - Jika kita merasa pening ketika bangun dari posisi
istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh kita lakukan adalah
kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama sampai kita berasa lebih
baik. Orang yang menderita hipotensi ortostatik harus selalu bangkit perlahan
dari posisi istirahat mereka, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari.
Selain itu, berdiri lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba
harus dihindari.
7.
Minum jus segar - Jika kita mengalami tekanan darah rendah, minum jus segar
setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah kita. Minum dua kali sehari selama
hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jus delima dipercayai sangat membantu.
8.
Makan kismis dan badam - Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan dimakan
setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan baik. Minum air
bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya dalam bentuk yang lain,
cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan susu hangat, rendam badam
semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar
(blender). Campur dengan susu hangat dan minum.
Bentuk ringan dari
latihan/olahraga juga disarankan, namun perlu diingat latihan yang berat
haruslah dihindari. Orang yang menderita tekanan darah rendah kerana kehilangan
darah, harus dibawa ke klinik atau hospital dengan segera. Sebelum mencuba
sebarang ubat, pastikan berjumpa dengan doktor yang mengetahui tahap
No comments:
Post a Comment