Setiap
orang perlukan rakan dalam hidupnya. Hidup tanpa rakan dikatakan seperti kera
sumbang. Ada rakan yang hanya sebagai kenalan, kita sekadar beberapa kali
sahaja bertemu atau bercakap dengannya. Ada rakan yang sekadar sahabat biasa,
iaitu seseorang yang kita kenal agak lama seperti rakan sekolah, rakan sekerja,
rakan sekampung dan sebagainya tetapi tidaklah akrab dengan mereka. Ada rakan
maya, iaitu yang kita kenal melalui laman sembang, internet, telefon dan e-mel.
Ada pula rakan karib iaitu seseorang yang kita kenal secara mendalam, tahu hati
budinya, tempat kita mengadu dan berbincang, dan orang yang tahu banyak rahsia
diri kita. Apa yang menariknya, ramai orang apabila semakin akrab hubungan
persahabatannya maka makin sensitif jadinya. Malah makin kita ambil mudah dalam
menjaga hubungan yang terjalin itu dengan alasan rakan sudah memahami kita.
Kesilapan ini akan membawa kepada retaknya sebuah persahabatan dan ia perlu di
atasi segera.Dalam artikel kali ini akan diberikan beberapa petua untuk
menambat hati rakan dalam pergaulan seharian dan semoga hubungan silaturahim
yang sedia terjalin menjadi satu hubungan yang hebat.
Fikir
Sebelum Berkata - Sewaktu diperingkat awal kita berkenalan dengan seseorang
kita sering berfikir terlebih dahulu apa yang mahu dikatakan agar tidak disalah
faham, tidak dianggap kasar dan tidak mengguris perasaan orang lain. Malangnya,
semakin akrab sebuah persahabatan perkara ini dianggap tidak begitu penting.
Kita menjadi sebaliknya iaitu cakap dahulu baru berfikir. Kesannya, kita telah
tanpa niat menyakitkan hati rakan dan yang peliknya kita anggap rakan tidak
akan ambil kisah kerana dia sepatutnya telah memahami perangai kita. Jadi untuk
menambat hati rakan dalam pergaulan fikirkan perkara berikut sebelum
berkata-kata:
Adakah
apa yang diperkatakan ini akan menyinggung perasaannya?
Adakah
masa dan tempatnya sesuai?
Apa
perkataan-perkataan yang mahu digunakan?
Apakah
yang mahu dikatakan ini membawa sesuatu kebaikan?
Adakah
ia penting?
Bolehkan
keadaan rakan membolehkan dia terima gurauan ini?
Ada
atau tidak kemungkinan apa yang mahu diperkatakan itu akan disalah erti?
Bukanlah
bermakna setiap kali mahu bercakap maka semua perkara di atas mesti difikirkan
serentak. Lihatlah keadaannya juga. Namun kerap kali dengan mempertimbangkan
satu atau dua perkara yang disenaraikan di atas itu sebelum bercakap akan
menyuburkan sebuah ikatan persahabatan kita.
Mesra
Dalam Berkomunikasi - Kajian menunjukkan 55% komunikasi letaknya pada fisiologi
iaitu gaya, gerak badan dan mimik muka, 38% kesan komunikasi letaknya pada nada
suara dan hanya 7% sahaja bergantung kepada fakta. Oleh itu bagaimana kita
menyampaikan sesuatu itu adalah lebih penting daripada apa yang disampaikan.
Jadi beberapa perkara yang mesti dilakukan agar komunikasi antara kita dan
rakan sentiasa mesra ialah:
Sampaikan
dalam senyuman
Mulakan
dengan mencari kebaikan kawan
Bercakap
dengan nada suara yang rendah dan lembut
Menjadi
Pendengar Yang Baik
Hikmah
manusia dijadikan dengan dua telinga dan satu mulut ialah agar kita lebih
mendengar dari bercakap. Kerapkali kita gagal memahami apa yang dimaksudkan
oleh rakan kerana tidak mendengar dengan baik dan ini membuatkan mereka rasa
tidak dihargai. Sebagai rakan, kita sering dijadikan tempat untuk mengadu. Bila
kawan dalam bermasalah kitalah jadi pendengarnya. Bila kawan tertekan, kitalah
tempat dia melepaskan tekanannya. Bila kawan dimarahi, kitalah tempat dia minta
dipujuk dan disejukkan hatinya. Oleh itu, peranan kita sebagai pendengar yang
baik sangatlah penting. Untuk menjadi pendengar yang baik, lihat matanya ketika
dia bercakap, angguk dan iyakan tanda kita mendengar, tidak memotong cakapnya,
ulang kata-katanya tanda kita faham, gunakan seni sentuhan sebagai bukti kita
ambil berat, dan memberikan pandangan apabila diminta berbuat demikian.
Memahami
Sebelum Difahami - Orang lain tidak kisah apa yang kita tahu sehinggalah mereka
tahu yang kita memang ambil kisah. Maksudnya, orang lain tidak akan pedulikan
nasihat, teguran, pandangan, kata-kata dan idea kita sehinggalah mereka sedar
bahawa kita sebenarnya ambil berat tentang dirinya. Sebab itulah penting bagi
kita sebagai rakan memahami rakan kita dahulu dan mereka akan ambil langkah
yang sama kelak untuk memahami kita pula. Faham sikapnya, tingkah laku dan
tabiatnya, hobinya, pantangnya, cara fikirnya dan sebagainya.
Ingat
Tarikh Lahirnya - Adakah kita ingat tarikh lahirnya? Sesiapa juga akan bangga
apabila kita ingat tarikh lahirnya dan seterusnya memberikan ucapan kepadanya.
Lebih mesra lagi apabila ucapan disertai dengan kad dan hadiah. Hadiah tidak
semestinya mahal sebab yang berharga itu bukan nilainya tetapi mesej disebalik
pemberian itu.
Akrab
Dengan Keluarganya - Untuk menambat hati rakan maka kenalilah ahli keluarga
terdekatnya seperti ibu bapa, isteri, anak-anak dan adik beradiknya. Lebih
akrab lagi apabila kita ingat nama-nama ahli keluarganya ini dan sesekali
menziarahi mereka. Ada ketikanya, apabila masalah timbul maka ahli keluarga
terdekat inilah yang akan jadi penasihat tentang hubungan persahabatan kita.
Adalah tidak rugi merapatkan hubungan dengan ahli keluarga sahabat kita
sekurang-kurangnya kita tahu latar belakangnya dan dapatlah mengenali diri
rakan itu dengan lebih dekat lagi.
Ketepikan
Soal Remeh Temeh - Dalam pergaulan bersama rakan-rakan banyak perkara-perkara
kecil yang berlaku setiap hari yang sepatutnya tidak perlu disimpan dihati. Lagi
pun tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini termasuk diri kita dan rakan
kita juga. Kita akan lebih berjaya menambat hati rakan apabila kita menerima
diri rakan itu seadanya. Iaitu kita bersahabat dengannya kerana kita tahu
kelemahan dan kekurangan serta kebaikan dan kekuatan yang ada padanya. Kalau
tindakan-tindakan rakan itu bertitik tolak dari kelemahan dirinya yang kita
sedia maklum maka tidak perlulah kita ambil hati sangat. Perkara-perkara yang
remeh seperti sesekali menggunakan barang kita tanpa izin, terlupa hendah
ucapkan terima kasih atas pertolongan kita, terlepas cakap sedikit dan
sebagainya lagi adalah lebih baik tidak dikisahkan langsung. Apatah lagi kalau
semua itu berlaku tanpa disengajakan atau tanpa niat.
Tegur
Secara Membina Dan Berhemah - Untuk menambat hati rakan kita mestilah bersedia
untuk menegurnya untuk kebaikan dirinya sendiri. Tetapi teguran itu bukanlah
bertujuan untuk menjatuhkan maruah, memalukan atau merendah-rendahkannya.
Sebaliknya teguran itu dibuat sebagai bukti bahawa kita ambil berat tentang
diri rakan tersebut. Teguran itu mestilah membina dan disampaikan dengar cara
yang paling baik hingga tidak menyentuh hati dan perasaan rakan.
Bersedia
Memohon Maaf - Ada ketikanya kita melakukan kesilapan sama ada disengajakan
atau tidak. Kesediaan kita untuk memohon maaf akan mengeratkan lagi perhubungan
persahabatan itu. Memohon maaf bukanlah bererti jatuh ego kita sebaliknya ia
membuatkan rakan lebih menghormati kita. Lama kelamaan rakan akan sedar bahawa
kita adalah orang yang tidak hanya mementingkan perasaan dan diri kita sendiri.
Maaf itu pula mestilah disegerakan dan ikhlas datang dari hati. Setelah
permohonan maaf itu dibuat kita pula mestilah sanggup lupakan apa yang telah
berlaku dan tidak diungkit-ungkitkan lagi perkara tersebut dimasa-masa yang
lain.
Berikannya
“Surprise” - Semua orang sukakan ‘surprise’ begitu juga rakan kita. Apa
salahnya tanpa disangka-sangka kita berikannya hadiah, atau belanjanya makan,
atau ajak dia ke tempat yang menarik dan sebagainya. Semua ini dilakukan tanpa
kita mengharapkan apa-apa balasan selain dari usaha untuk menambat hati rakan
agar persahabatan yang sedia terjalin semakin akrab.
Berikan
Ucapan Syabas - Apabila rakan kita mendapat suatu kejayaan atau menerima
sesuatu anugerah maka berusahalah untuk menjadi antara orang pertama dan terawal
mengucapkan syabas kepadanya. Ucapan ini boleh dibuat sama ada secara berdepan
atau melalui telefon, SMS, kad ucapan atau e-mel. Ada juga yang mengiklankan
dalam akhbar ucapan syabas ini agar ia menjadi saat yang tidak dilupakan oleh
rakan tersebut. Jangan pula kita menjadi orang yang cemburu, iri hati dan
dengki atas kejayaan rakan kerana sikap sedemikian tidak membawa sebarang
kebaikan dalam persahabat itu.
Ziarahi
Rakan
Jadilah juga orang
pertama dan terawal yang menziarahinya apabila sahaja kita dengar dia ditimpa
musibah atau jatuh sakit. Ketika inilah rakan memerlukan sahabatnya dan kita
perlu ada di sisinya. Berilah bantuan setakat yang terdaya sama ada dari segi
sokongan moral, masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya. Tolong
uruskan apa yang patut untuknya agar beban yang dirasakan itu terasa
berkurangan. Hari ini hari rakan esok lusa mungkin hari kita pula.
No comments:
Post a Comment