Setiap
hari syaitan tidak pernah berhenti dari menggoda diri seorang yang bergelar anak
adam untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Sesiapa yang tidak melakukan
suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, maka teman rapatnya adalah bersama
syaitan. Syaitan itulah yang telah menghalang mereka dari melakukan kebaikan
dan tidak mencegah kemungkaran. Dalam diri seorang manusia ada beberapa pintu
keburukan yang boleh menyebabkan syaitan mudah masuk kedalam dirinya.
1.
Pintu kemarahan
Apabila
seseorang itu marah maka syaitan akan lebih mudah untuk menguasai dirinya.
Kerana sifat marah itu menyebabkan seseorang itu dikawal oleh nafsu marah dalam
diri. Cara untuk kurangkan marah adalah dengan mengambil wudhuk kerana air
wudhuk dapat memadamkan api kemarahan.
Semua
orang mencintai dunia kerana keindahan yang ada padanya. Tidak salah untuk kita
mengejar dunia cuma jangan sampai ia boleh melalaikan kita dari mengingati
Allah dan hari akhirat.
3.
Kebodohan(malas menghadiri majlis ilmu)
Tingkatkan
ilmu dalam diri kerana ilmu dapat menyelamatkan diri manusia di dunia dan juga
akhirat. Dengan ilmu juga dapat menjadi benteng kepada diri manusia dan memberi
kekuatan dalam diri seorang manusia. Janganlah kita menjadi malas menuntut ilmu
kerana malas itu adalah sifat yang datang dari syaitan.
4.
Rakus dan tamak
Orang
yang bersifat rakus dan tamak akan mudah didampingi oleh syaitan. Ini kerana
sifat buruk ini boleh menjadikan seorang manusia itu lalai kerana terlalu
mengejar harta kekayaan
dunia. Sifat ini juga boleh menjadikan seseorang itu pentingkan diri sendiri
dan tidak bersyukur atas nikmat yang diberikan. Semoga sifat ini dapat
dijauhkan.
5.
Merasa suka pada dosa
Apabila
melakukan dosa sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri manusia maka tiada lagi
perasaan takut kepada perbuatan dosa itu lagi. Ia menunjukkan orang yang sering
melakukan dosa itu suka melakukan dosa yang sering dilakukannya.
Beberapa
pintu keburukan yang di terangkan ini ada dalam diri manusia dan ianya mesti
dibuang supaya hidup kita akan lebih baik dan diberkati oleh Allah. Jika ianya
masih ada dalam diri kita, semakin mudahlah kita sebagai manusia akan dapat
digoda oleh syaitan untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Sama-samalah
kita membuang sifat buruk ini. - Layar sukses
No comments:
Post a Comment