Sudah
acap kali rasanya isu penyakit buah pinggang dibicarakan. Setiap kali perkara
ini dibincangkan, inti pati sama diulang kembali.Namun, ia belum dapat
meningkatkan kesedaran masyarakat kerana bilangan pesakit di negara ini terus
bertambah. Hari ini, dianggarkan seramai 13,000 pesakit buah pinggang terpaksa
bergantung kepada mesin hemodialisis untuk terus hidup dan pada masa sama
senarai pesakit baru terus mencanak naik, dengan jumlah kasar 2,500 kes setiap
tahun.
Kegagalan
buah pinggang atau ginjal berlaku tanpa disedari. Ia juga jarang menunjukkan
sebarang gejala hinggalah buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pada ketika
ini baru timbul pelbagai gejala tidak menyenangkan seperti kerap kencing pada
tengah malam, cepat letih, kurang selera makan, kaki bengkak atau kencing
berdarah. Hanya pada peringkat inilah kebanyakan pesakit mula terasa ada
sesuatu yang “tidak kena” dengan badan mereka. Apabila diperiksa, baru
diketahui buah pinggang “organ penting untuk membersihkan darah” sudah rosak
sepenuhnya.
Walaupun
sudah terlewat, pesakit seharusnya tidak putus harap kerana banyak peralatan
perubatan dapat membantu mereka meneruskan kehidupan sempurna seperti orang
lain. Namun sebelum terkena, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Kurang kepekaan terhadap kesihatan diri dan tidak berminat mengetahui penyakit
‘lazim’ dalam masyarakat menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang semakin
bertambah bilangannya. Buah pinggang adalah organ berbentuk kacang lima, setiap
orang ada dua buah pinggang dan berat setiap satu kira-kira 150 gram.
Dalam
buah pinggang yang kecil ini berlaku proses penapisan darah untuk membuang
semua bahan toksin melalui air kencing. Darah bersih akan dialirkan balik ke
dalam badan. Secara umumnya buah pinggang ada empat tugas utama, iaitu membuang
cecair berlebihan dari badan; menuras darah (mengambil balik khasiat yang
diperlukan dan membuang bahan tidak berguna); mengawal tekanan darah, kiraan
sel darah merah dan jumlah mineral dalam badan serta mengekalkan tulang yang
sihat.
Banyak
perkara boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, tetapi paling utama ialah
kencing manis (diabetes mellitus) dan tekanan darah tinggi (hipertensi). Ketua
Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher,
berkata satu pertiga daripada kes kegagalan buah pinggang disebabkan masalah
kencing manis tidak terkawal. Selain itu, penyakit darah yang merosakkan
bahagian penuras buah pinggang dipanggil Glomerulonefritis, Sistemik Lupus
Eritematosus (SLE), kehadiran batu karang dan jangkitan salur kencing juga
boleh menyebabkan kegagalan ginjal. Malah, individu yang ada sejarah keluarga
mengalami penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana mereka juga berisiko
tinggi untuk mendapat penyakit sama.
Justeru,
kata Dr Zaki, setiap orang perlu mengambil berat kesihatan diri dengan
menjalani pemeriksaan kesihatan. Kaedah ini boleh membolehkan kita mengesan
masalah pada buah pinggang dan melengahkan ia daripada mengalami kerosakan
teruk.
Tanda
kerosakan buah pinggang
Proses
kerosakan buah pinggang berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa lama.
Ia lebih kerap berlaku di kalangan berumur (tiga kali ganda berbanding golongan
muda). Justeru, gejalanya sering tidak disedari hinggalah buah pinggang gagal
berfungsi. Ramai tidak sedar perkara ini hinggalah mereka menjalani pemeriksaan
kesihatan.
Antara
tanda yang perlu diperhatikan ialah:
Rasa
tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.
Ø Air
kencing bercampur darah.
Ø Berlaku
perubahan jadual membuang air kecil. Biasanya ia menjadi lebih kerap.
Ø Sakit
belakang.
Ø Kerap
buang air kecil pada tengah malam.
Ø Kaki
membengkak, khususnya di pergelangan kaki.
Ø Sekelip
mata menjadi sembap dan ia berlarutan. Tanda ini lebih jelas pada waktu pagi.
Semua
tanda di atas timbul berikutan buah pinggang tidak lagi mampu menyingkirkan
bahan toksik dalam darah. Bahan toksik ini lama kelamaan meracuni tubuh pesakit
dan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan. Walaupun teknologi perubatan
semakin canggih, kegagalan buah pinggang tiada ubatnya. Perkara ini sering
disalah anggap kebanyakan masyarakat kita. Untuk terus hidup, kata Dr Zaki,
pesakit boleh menjalani dua jenis rawatan iaitu pemindahan buah pinggang atau
dialisis darah.
Cara
pertama (pemindahan buah pinggang) memerlukan belanja antara RM50,000 hingga
RM100,000 tetapi masalah utama dihadapi pesakit ialah mendapatkan penderma buah
pinggang. Pembedahan boleh dilakukan segera jika ada ahli keluarga atau saudara
mara sudi menjadi penderma atau daripada penderma lain (yang tiada kaitan
darah) dan ia boleh dilakukan di HKL, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
atau Hospital Selayang. Bagaimanapun, perkara ini bukan mudah kerana bilangan
orang yang rela menjadi penderma sungguh terhad.
Cara
kedua dan lebih popular ialah dialisis darah, tiga kali seminggu. Walaupun
kedengaran leceh, kaedah ini membolehkan pesakit menjalani kehidupan normal
seperti orang lain. Malah, mereka masih boleh terus menyumbang kepada
produktiviti negara. Perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang bukan murah.
Seseorang memerlukan kira-kira RM3,000 sebulan jika menjalani dialisis di
hospital swasta. Secara umumnya pesakit membelanjakan RM23,000 setahun untuk
dialisis saja. Itu belum termasuk kos ubat.
“Untungnya
Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) ada 18 pusat hemodialisis di
seluruh negara dengan bayaran yang jauh lebih murah (RM65 setiap sesi) bagi
membantu meringankan beban pesakit. Justeru, kita perlu kerap menjalani
pemeriksaan kesihatan supaya kegagalan buah pinggang dapat dikesan dan diberikan
rawatan awal supaya kerosakan kekal tidak berlaku,” katanya.
Jika
buah pinggang didapati rosak, jangan berputus asa. Masa depan masih ada.
Pelancaran Kumpulan Sokongan Pesakit Buah Pinggang baru-baru ini membolehkan
anda (pesakit, ahli keluarga atau individu perseorangan) mendapatkan maklumat,
khidmat nasihat atau sokongan daripada pasukan perubatan dengan menghubungi
talian 03-79549048 atau melayari laman web www.nkf.org.my.
Kaedah
mencegah penyakit ginjal;
Ø Jalani
pemeriksaan ginjal.
Ø Amalkan
pemakanan seimbang.
Ø Minum
banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Ø Jangan
merokok, lebih baik berhenti terus.
Ø Makan
ubat selepas mendapat nasihat doktor.
Ø Elakkan
ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah
pinggang.
Ø Kekalkan
berat badan seimbang.
Ø Bersenam
sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Kesimpulannya,
Mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit tu.. perkara ini semua
orang tahu, namum masih ramai yang menganggap enteng tentang penjagaan
kesihatan ini, seolah olah meraka itu kebal dari sebarang penyakit kronik ini. Takut
untuk keluarkan sedikit belanja demi kesihatan dan lebih gemar memilih
mengeluarkan belanja puluhan atau ratusan ringgit setahun untuk kos perubatan. Tidak
Gemar Memberi tetapi tidak malu meminta simpati dan sumbangan dari orang ramai
di kala di timpa musibah.. kesana kemari mencari penderma buah pinggang, hati,
darah, jantung dan sebagainya..
Telah
di tegaskan di dalam Al-Quran bahawa tubuh badan kita hanyalah pinjaman dan
wajib kita memeliharanya dengan baik. Maka berdosalah jika kita mengabaikan
amanah tersebut seperti merempit, bermain mercun, bunuh diri, meminum racun,
dan lain lain termasuklah tidak menjaga kesihatan tubuh badan.
Ujian
awal kesan sakit buah pinggang
Ramai
orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani
pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan
berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko
sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam
diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai
melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan
secara percuma.
Sikap
ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu
mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang
gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan
pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan
hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Fenomena
sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa
bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda
perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda
mengalami tanda seperti:
Ø Ketidakselesaan
atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
Ø Darah
keluar bersama-sama air kencing.
Ø Perubahan
pada kekerapan membuang air kecil.
Ø Sakit
belakang.
Ø Kerap
buang air kecil, terutama pada tengah malam.
Ø Bengkak
pada pergelangan kaki.
Ø Sembap
pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Semua
tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah
pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan,
sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang. Risiko kegagalan
buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan
2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan
golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah
pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air
berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh
menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak
dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya
pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000! Justeru, perkara terbaik ialah
menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui
ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain
dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum
halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kaedah terbaik
untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan
kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan
ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera. Semua orang perlu
menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah
atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi,
kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing
manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama
kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung
kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat. Saringan ini sangat mudah. Tiga
parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan
protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit
disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal
kegagalan buah pinggang. Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat
di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan
tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan
darah tinggi.
Kajian
terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling
ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit
muda berumur 30 tahun. Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat
merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu. Kencing manis juga
menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota
badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika
kita turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk
mengubahnya. Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum
membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali. Kegagalan buah
pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
Ø Pemakanan
seimbang.
Ø Minum
sekurang-kurangnya dua liter air sehari.(air yang bersih dari sebarang racun
dan toksid)
Ø Berhenti
merokok.
Ø Makan
ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak
perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
Ø Kekalkan
berat badan seimbang.
Ø Bersenam
setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Tiada
ertinya jikalau anda seorang yang berduit BERJUTA ringgit tetapi anda seorang
yang berpenyakit ! Sekiranya anda ingin mengubah taraf kesihatan anda, apakata
anda boleh dapatkan rawatan semulajadi dengan hanya meminum air BIO AURA dinama
ia mampu meneutral asid di dalam tubuh badan kita..TAK PERCAYA? Untuk
membuktikan khasiat air Bio Aura ini, kami telah membuat kajian iaitu dengan
menguji tahap PH kandungan air ini dan di bezakan dengan beberapa jenis air
yang lain termasuk air mineral dalam pasaran ! Teruskan membaca untuk melihat
perbezaannya.
Mari
kita lihat kualiti air minuman anda! Sekiranya AIR yang Berkarat, Berbau,
disebabkan paip yang tidak berganti, di sertakan lagi dengan Klorin dan Amonia
dalam air minuman kita dan menjadi kegunaan harian DALAM KEHIDUPAN HARI kita..
tahukah anda apakah kesanya? Bayangkan jika anda mengharapkan PENAPIS AIR
SEMULAJADI (BUAH PINGGANG) adakah semuanya berfungsi dengan Baik?, Jika masih
lagi berfungsi, syukur.. Tapi sampai bila Jika setiap hari disajikan dengan
bahan tercemar, mampukah Ianya BERTAHAN lebih lama?
Ehsan MMP
7 comments:
Jika anda perlu untuk menderma buah pinggang anda untuk dana hubungi kami secepat mungkin untuk penderma yang tulen dan asli pembeli, hubungi melalui e-mel: (sathyakidneyhospital@gmail.com) atau hubungi kami +919168752489
Saya rasa masa depan si penderma akan hancur jika si oenderma di biar kan saja selepas menderma dan hanya di beri keselisahan saja di hospital sebap dia sorang penderma.
Ini membunuh nama ya dan bukan menyemehbang kan hidup si penderma dan si penerimah.
Jika ingin menerang kan hidup sorang penderma selepas menderma whtssp la saya di 01137703249 untuk menerang kan sama ada.ada masa depan dapat beranak pinak lagi atau tidak. Bila sudah menderma.
Sebap menderma ini risiko ya dari aoa yang saya lihat sangat tingi.kena kurik kurik puka tu.aduii
Jual buah pingang ke..
We are urgently in need of kidney donor in a very good health condition for the sum of $470,000,00 and we will take properly care of the donor doling the whole process, here you can contact us via email address: ahospital661@gmail.com or phone number-+919677345881 by name Dr Donald Moore.
Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda? Hospital kami mengkhususkan diri dalam Pembedahan / Pemindahan Buah Pinggang dan pemindahan organ lain, akan memerlukan O + ve, A + ve dan B + ve penderma buah pinggang dan kami akan menawarkan anda jumlah kacak. Orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel: georgewinston00@aol.com
Dr. George Winston
WhatsApp: +44 7957 754628
Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com
Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com
Post a Comment