Al-Quran
ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air
yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah
(tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa
mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang
ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar
dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
Di
dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar
berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu
manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai
muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan. Al-Quran menjelaskan
juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan
dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya
hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka. Sebelum
Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah
SWT kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab
Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada
nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak
syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi
Allah SWT
Dalam
sebuah hadis, Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi: “Dari Aisyah r.a
telah bersabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai
kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan
kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia”. Al-Quran terpelihara dan
susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun
banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi
kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali
usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan
kuffar. Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek
kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian
daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia
menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji
berpandukan saranan yang diberi oleh Allah SWT.
Dalam
Al-Quran Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya
kebenaran (Nabi Muhammad SAW) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas
nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta
kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan
keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang
benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan
yang betul dan harus.” (Surah Al-Maidah: 14 &15). Firman Allah SWT lagi: “Kitab
Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi
orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 2). Sebuah hadis dari Rasulullah SAW
berbunyi: “Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi
satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda: “Semaikanlah perasaan
taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku
meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia
adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
Kita
dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia
diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat
faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan
lain dalam kehidupan sehari-hari. Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan
zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain.
Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi
daripada ibadat-ibadat yang wajib. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda: “Semulia-mulia
ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).”
Membaca
Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam. Rasulullah
SAW bersabda dalam sebuah hadis berbunyi: “Sesungguhnya Al-Quran ini ialah
hidangan Allah SWT maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang
kamu boleh.” Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk
membersihkan jiwa dan menyinarkannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW
bersabda: “Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda, hati
manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk
menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan
membaca Al-Quran.”
PAHALA
MEMBACA AL-QURAN
Allah
SWT Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca
Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada
ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain. Pahala
tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari
Rasulullah SAW: Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda; Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya
satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan
Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf.
Mengenai
pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang
diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa
yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam
golongan yang lalai.” Sesiapa yang memelihara solat fardu tidak termasuk dalam
golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam
dimasukkan ke dalam golongan yang taat. Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat
daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan
barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
Adapun
pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW
antaranya: Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya
bagi hari itu dipenuhi. Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap
malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya. Selain daripada pahala yang
disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan
berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis
Rasulullah SAW yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
1.
Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus
kebajikan.
2.
Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh
kebajikan.
KELEBIHAN
MEMBACA AL-QURAN
Orang
yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang
tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat
di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran
kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya. Hadis dari Rasulullah SAW yang
berbunyi: “Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung
di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya
akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam
rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang
dirinya sendiri mengamalkan dengannya.”
Al-Quran
juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah SWT
di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi: “Tidak
ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan
malaikat dan sebagainya.” Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari
Rasulullah SAW yang berbunyi: “Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain.”
KERUGIAN
MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Dalam
hadis Rasulullah SAW baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung
membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti
rumah yang kosong dari penghuni. Hadis dari Rasulullah SAW berbunyi: “Sesungguhnya
orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah
yang ditinggalkan kosong.”
ADAB
MEMBACA AL-QURAN
Seseorang
yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah SWT dan bermunajat
kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi
tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah
menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:
1.
Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah
zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.
2.
Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran
Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat
membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat
menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.
3.
Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.
4.
Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan
suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah SAW berbunyi: “Sesungguhnya
mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah
dengan bersugi.” Berkata Yazid bin Abdul Mallek: “Sesungguhnya mulut-mulut kamu
adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.”
5.
Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah
berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah SWT
Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.
6.
Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca
Al-Quran.
7.
Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.
8.
Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca
dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah
harus.
9.
Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah:
(A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim). Kerana memohon perlindungan dari Allah
dari syaitan yang kena rejam.
10.
Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim). Hendaklah
membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.
11.
Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar
daripada Al-Quran.
12.
Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak
langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan
melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa. Firman Allah SWT: “Kami membaca
Al-Quran itu dengan tartil.” (Surah Al-Furqan: 32). “Hendaklah kamu membaca
Al-Quran dengan tartil.” (Surah Al-Muzammmil: 4)
Pengertian
Tartil pada bahasa: Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat
difahami serta tanpa gopoh-gopoh. Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran
dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan
bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya. Saidina Ali k.w berkata: “Pengertian
tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui
wakaf-wakafnya.
13.
Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui
tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman: “Inilah
Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.” (Surah Al-Israi’: 9). Firman Allah SWT:
“Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang
mukminin.”(Surah Al-Isra’: 82) Firman Allah SWT lagi: “Ini adalah sebuah kitab
yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan
ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”(Surah
Sad: 29)
14.
Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana
tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah SAW
berbunyi: “Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada
Rasulullah SAW telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada
Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh
kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
15.
Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara
yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan
mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.
16.
Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana
seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila
menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari
syaitan. Berkata Mujahid: Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka
berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.
17.
Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan
sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda
Rasulullah SAW berbunyi: ‘Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal
tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”
18.
Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik. Sabda
Nabi SAW dalam sebuah hadis: “Telah bersabda Nabi Muhammad SAW, hiasilah
Al-Quran dengan suara-suara kamu.”
19.
Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca: (Sadaqallahul’azim).
20.
Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga
dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah
hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi
sebuah hadis yang berbunyi: “Telah bersabda Nabi Muhammad SAW, sesiapa yang
telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.
SURAH-SURAH
DALAM AL-QURAN
Nombor Surah | Nama Surah | Bilangan Ayat | Tempat Turun Ayat | Tertib Penurunan Ayat |
1 | Al-Faatihah | 7 | Makkiyyah | 5 |
2 | Al-Baqarah | 286 | Madaniyyah | 87 |
3 | Al-Imraan | 200 | Madaniyyah | 89 |
4 | An-Nisaa' | 176 | Madaniyyah | 92 |
5 | Al-Maa'idah | 120 | Madaniyyah | 112 |
6 | Al-An'aam | 165 | Makkiyyah | 55 |
7 | Al A'Raf | 206 | Makkiyyah | 39 |
8 | Al-Anfaal | 75 | Madaniyyah | 88 |
9 | At-Taubah | 129 | Madaniyyah | 113 |
10 | Yunus | 109 | Makkiyyah | 51 |
11 | Hud | 123 | Makkiyyah | 52 |
12 | Yusuf | 111 | Makkiyyah | 53 |
13 | Ar-Ra'd | 43 | Madaniyyah | 96 |
14 | Ibrahim | 52 | Makkiyyah | 72 |
15 | Al-Hijr | 99 | Makkiyyah | 54 |
16 | An-Nahl | 128 | Makkiyyah | 70 |
17 | Al- Israa' | 111 | Makkiyyah | 50 |
18 | Al-Kahfi | 110 | Makkiyyah | 69 |
19 | Maryam | 98 | Makkiyyah | 44 |
20 | Taha | 135 | Makkiyyah | 45 |
21 | Al-Anbiyaa' | 112 | Makkiyyah | 73 |
22 | Al-Hajj | 78 | Madaniyyah | 103 |
23 | Al-Mu'minuun | 118 | Makkiyyah | 74 |
24 | An-Nur | 64 | Madaniyyah | 102 |
25 | Al-Furqaan | 77 | Makkiyyah | 42 |
26 | Asy-Syu'araa' | 227 | Makkiyyah | 47 |
27 | An-Naml | 93 | Makkiyyah | 48 |
28 | Al-Qasas | 88 | Makkiyyah | 49 |
29 | Al-'Ankabuut | 69 | Makkiyyah | 85 |
30 | Ar-Ruum | 60 | Makkiyyah | 84 |
31 | Luqman | 34 | Makkiyyah | 57 |
32 | As-Sajdah | 30 | Makkiyyah | 75 |
33 | Al-Ahzaab | 73 | Madaniyyah | 90 |
34 | Saba' | 54 | Makkiyyah | 58 |
35 | Faatir | 45 | Makkiyyah | 43 |
36 | Yaa siin | 83 | Makkiyyah | 41 |
37 | As-Saaffaat | 182 | Makkiyyah | 56 |
38 | Saad | 88 | Makkiyyah | 38 |
39 | Az-Zumar | 75 | Makkiyyah | 59 |
40 | Al Mu'min | 85 | Makkiyyah | 60 |
41 | Fussilat | 54 | Makkiyyah | 61 |
42 | Asy Syura | 53 | Makkiyyah | 62 |
43 | Az-Zukhruf | 89 | Makkiyyah | 63 |
44 | Ad-Dukhaan | 59 | Makkiyyah | 64 |
45 | Al-Jaathiyah | 37 | Makkiyyah | 65 |
46 | Al-Ahqaaf | 35 | Makkiyyah | 66 |
47 | Muhammad | 38 | Madaniyyah | 95 |
48 | Al-Fat-h | 29 | Madaniyyah | 111 |
49 | Al-Hujuraat | 18 | Madaniyyah | 106 |
50 | Qaaf | 45 | Makkiyyah | 34 |
51 | Adz-Dzaariyaat | 60 | Makkiyyah | 67 |
52 | At-Tuur | 49 | Makkiyyah | 76 |
53 | An-Najm | 62 | Makkiyyah | 23 |
54 | Al-Qamar | 55 | Makkiyyah | 37 |
55 | Ar-Rahmaan | 78 | Madaniyyah | 97 |
56 | Al-Waaqi'ah | 96 | Makkiyyah | 46 |
57 | Al-Hadiid | 29 | Madaniyyah | 94 |
58 | Al-Mujaadalah | 22 | Madaniyyah | 105 |
59 | Al-Hasyr | 24 | Madaniyyah | 101 |
60 | Al-Mumtahanah | 13 | Madaniyyah | 91 |
61 | As-Saff | 14 | Madaniyyah | 109 |
62 | Al-Jumu'ah | 11 | Madaniyyah | 110 |
63 | Al-Munaafiquun | 11 | Madaniyyah | 104 |
64 | At-Taghaabun | 18 | Madaniyyah | 108 |
65 | At-Talaaq | 12 | Madaniyyah | 99 |
66 | At-Tahriim | 12 | Madaniyyah | 107 |
67 | Al-Mulk | 30 | Makkiyyah | 77 |
68 | Al-Qalam | 52 | Makkiyyah | 2 |
69 | Al-Haaqqah | 52 | Makkiyyah | 78 |
70 | Al-Ma'aarij | 44 | Makkiyyah | 79 |
71 | Nuh | 28 | Makkiyyah | 71 |
72 | Al-Jinn | 28 | Makkiyyah | 40 |
73 | Al-Muzzammil | 20 | Makkiyyah | 3 |
74 | Al-Muddaththir | 56 | Makkiyyah | 4 |
75 | Al-Qiyamah | 40 | Makkiyyah | 31 |
76 | Al-Insaan | 31 | Madaniyyah | 98 |
77 | Al- Mursalaat | 50 | Makkiyyah | 33 |
78 | An-Naba' | 40 | Makkiyyah | 80 |
79 | An-Naazi'aat | 46 | Makkiyyah | 81 |
80 | 'Abasa | 42 | Makkiyyah | 24 |
81 | At-Takwiir | 29 | Makkiyyah | 7 |
82 | Al- Infitaar | 19 | Makkiyyah | 82 |
83 | Al-Mutaffifiin | 36 | Makkiyyah | 86 |
84 | Al-Insyiqaaq | 25 | Makkiyyah | 83 |
85 | Al-Buruuj | 22 | Makkiyyah | 27 |
86 | At-Taariq | 17 | Makkiyyah | 36 |
87 | Al-A'laa | 19 | Makkiyyah | 8 |
88 | Al-Ghaasyiyah | 26 | Makkiyyah | 68 |
89 | Al-Fajr | 30 | Makkiyyah | 10 |
90 | Al-Balad | 20 | Makkiyyah | 35 |
91 | Asy-Syams | 15 | Makkiyyah | 26 |
92 | Al-Lail | 21 | Makkiyyah | 9 |
93 | Adh-Dhuha | 11 | Makkiyyah | 11 |
94 | Al-Insyiraah | 8 | Makkiyyah | 12 |
95 | At-Tiin | 8 | Makkiyyah | 28 |
96 | Al-'Alaq | 19 | Makkiyyah | 1 |
97 | Al-Qadr | 5 | Makkiyyah | 25 |
98 | Al-Bayyinah | 8 | Madaniyyah | 100 |
99 | Az-Zalzalah | 8 | Madaniyyah | 93 |
100 | Al- 'Aadiyaat | 11 | Makkiyyah | 14 |
101 | Al-Qaari'ah | 11 | Makkiyyah | 30 |
102 | At-Takaathur | 8 | Makkiyyah | 16 |
103 | Al- 'Asr | 3 | Makkiyyah | 13 |
104 | Al- Humazah | 9 | Makkiyyah | 32 |
105 | Al- Fiil | 5 | Makkiyyah | 19 |
106 | Quraisy | 4 | Makkiyyah | 29 |
107 | Al- Maa'uun | 7 | Makkiyyah | 17 |
108 | Al- Kauthar | 3 | Makkiyyah | 15 |
109 | Al Kaafiruun | 6 | Makkiyyah | 18 |
110 | An Nasr | 3 | Madaniyyah | 114 |
111 | Al- Masad | 5 | Makkiyyah | 6 |
112 | Al- Ikhlaas | 4 | Makkiyyah | 22 |
113 | Al- Falaq | 5 | Makkiyyah | 20 |
114 | An- Naas | 6 | Makkiyyah | 21
|
PERINGATAN
1.
Pembacaan Bismillah diambilkira sebagai ayat dalam surah AL-FAATIHAH.
2.
Surah At-Taubah pada asalnya tidak dimulakan dengan Bismillah.
3.
Jumlah Surah ialah 114
5.
Jumlah Surah Makkiyyah ialah 86
6.
Jumlah Surah Madaniyyah ialah 28
7.
Jumlah ayat ialah 6239
Pengenalan Al Quran
1 comment:
Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.
Post a Comment