DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Friday, October 4, 2013

Solat Sunat dan Kepentingannya

Solat sunat ialah solat yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, samaada solat itu dikerjakan pada waktu malam ataupun siang. Solat sunat ini juaga dikenali dengan solat "nafilah" atau solat "tathawwu" iaitu solat yang tidak wajibkan dikerjakannya. Siapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa. Namun ia mempunyai pelbagai kelebihan yang sangat besar. Solat sunat adalah jauh lebih banyak daripada solat fardhu. Kalau solat fardhu hanyalah dilakukan lima kali sehari, tetapi solat sunat tidak ada hadnya. Pada zaman dahulu, ramai pra sahabat yang mengerjakan solat sunat sehingga beratus-ratus rakaat banyaknya. Antara contoh solat sunat ialah solat Istisqa', solat Kusuf, solat terawih, Solat taubat, solat tasbih dan lain-lain lagi. Selain daripada kepentingan atau tujuan khusus, kepentingan solat sunat secara amnya ialah:
1. Melengkapkan kekurangan didalam solat fardhu
Kita tidak dapat nafikan bahawa kita masih banyak lalai didalam solat. Solat kita begitu jauh bezanya daripada solat para sahabat dan orang soleh dahulu, apalagi hendak dibandingkan dengan solat Rasulullah SAW sendiri apabila anggota lahir kita solat, akal dan hati kita tidak turut sama. Kadang kala, bermacam-macam perkara dunia yang kita ingat didalam solat. Lebih malang lagi, kalau kita boleh terfikirkan perkara yang berbentuk maksiat ketika didalam solat. Solat seperti ini sudah tentulah banyak cacat celanya. Ibarat sehelai kain, ia sudah koyak rabak. Berlubang disana sini. Sudah tentulah Allah tidak akan menerima solat seperti itu. Samalah seperti kita hendak memberikan hadiah kepada seseorang, sudah tentulah dia tidak mahu menerima hadiah kain yang sudah koyak rabak. kalau pun diterima untuk menjaga hati kita, dia pasti akan membuangkannya sebaik kita sudah pergi. Untuk menampung kekurangan ini, maka kita perlu lakukan solat sunat. Solat sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat menampung kekurangan didalam solat fardhu. Ibarat kain yang sudah koyak kenalah ada kain yang lain untuk menampal kain yang sudah koyak itu. Ia tidak boleh ditampal dengan keras atau plaster. Jesteru itu, ia mesti ditumpang dengan solat sunat, bukan amalan sunat yang lain. Setidak-tidaknya, bila sudah ditampal dengan baik kain itu masih boleh digunakan, walaupun ia tidak akan menjadi sebaik kain yang sememangnya elok dan tidak koyak.

Solat yang fardhu tetap tidak disempurnakan dengan solat sunat, maka orang itu tetap dikira berdosa. dan balasannya ialah neraka. Untuk mengelakkan dari siksaan nereka, maka bagi kita yang solat fardhu kita masih belum sempurna, hendaklah membanyakkan solat sunat. Begitu pula puasa sunat dapat menyempurnakan puasa wajib yang tidak sempurna, sedekah dan derma untuk menyempurnakan zakat yang tidak lengkap, umrah untuk menyempurnakan haji yang cacat dan seterusnya. Mengikut kaedah fekah, seseorang yang amalan wajibnya tidak sempurna, maka amalan sunatnya bukan lagi sunat tetapi menjadi wajib aradhi (wajib mendatang). Sebab ia boleh menyempurnakan amalan yang wajib. Tetapi hukum ini tidak boleh diisytiharkan kerana kita tidak tahu siapakah yang amalan fardhunya tidak sempurna Allah sahajalah yang mengetahui dan dia nanti akan menemtukan siapakah yang amalan sunatnya sudah jatuh wajib atau sebaliknya. Tetapi, kalau kita rasa yang solat fardhu kita banyak cacat dan cela maka kita harus merasakan sudah menjadi wajib bagi kita melakukan sembahyng sunat. Dengan ini, kita tidak boleh meringan-ringankan solat sunat. Sebaliknya, berusaha bersungguh-sungguh untuk mendirikannya.

2. Menjadi benteng kepada solat fardhu
Yang dimaksudkan solat sunat menjadi benteng kepada solat fardhu ialah seorang yang selalu solat sunat akan lebih sukar meninggalkan solat fardhu berbanding seseorang yang hanya melakukan solat fardhu sahaja. Kalau dia terlalu sibuk paling tinggi dia hanya akan mengorbankan solat sunatnya, tidaklah sampai mengorbankan solat fardhunya. Tetapi seorang yang hanya melakukan solat fardhu, dia mungkin akan mudah mengorbankan solat fardhunya ketika dia terlalu sibuk. 

Sunat Isyraq:
Sesudah terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan solat 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq.
Sunat Dhuha:
Waktu sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga sebelum gelincirnya matahari. Dilakukan selepas melakukan sunat Isyraq. Banyaknya sekurang kurangnya 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu salam.

Sunat Tahajjud:
Sunat Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari tidur ditengan malam. Adapun bangun diwaktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama. Adakalanya Baginda bangun separuh malam, adakalanya sepertiga malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan kepada ayat al_Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan solat) kurang dari duapertiga malam, ada pula separuh dan sepertiganya.

Sunat Taubat:
Dilakukan jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah, yakni membuat dosa maka mereka menyesal akan perbuatan yang dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi, lantas mahu meminta ampun dari Allah swt. Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam hendaklah memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt, dan ucapkanlah berulang kali, "astaghfirullahal 'azim, alladzii laa ilaaha illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih" (aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya, dan aku bertaubat kepadaNya).
Sunat Istikharah:
Dilakukan jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi sukar untuk memilih yang terbaik.. Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah dibaca surah al-Kafiruun (Qulya aiyuhal-Kafiruun) dan pada rakaat kedua selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas (Qul Huallahu Ahad).

Sunat Hajat:
Jika seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan dalam sesuatu hal dan ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan pada waktu malam selepas tersedar dari tidur dan selepas mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua rakaat dan boleh juga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu salam).

Sunat Witir:
Sesudah melakukan fardhu Isya dan setelah melakukan sunat selepasnya, lakukanlah pula sunat Witir tiap tiap malam. Sekurang kurangnya satu rakaat, sebaik baiknya 3 rakaat dengan dua salam dan seafdhal afdhalnya 11 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam dan satu rakaat terakhir, satu salam (6 salam jumlahnya). Melakukan solat Witir sesudah solat Tahajjud dibahagian akhir malam adalah lebih utama.

Sunat Tasbih:
Solat subat Tasbih adalah solat yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas ibnu Abdil Mutthalib. Dianjurkan solat sunat Tasbih ini kalau boleh tiap tiap malam. Kalau tak boleh atau keberatan, lakukanlah sekali seminggu. Jika masih keberatan, lakukanlah sekali sebulan dan kalau tak boleh juga, lakukan sekali setahun. Jika sekali setahun pun tak boleh juga, setidak tidaknya lakukanlah sekali seumur hidup.
Caranya:
Kalau dilakukan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam. Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah 4 rakaat itu dijadikan dengan 2 salam. Dinamakan solat Tasbih kerana padanya dibacakan tasbih sehingga dalam 4 rakaat itu berjumlah 300 tasbih. Pada tiap tiap rakaat hendaklah dilakukan dengan cara seperti berikut:

1) Sehabis doa Iftitah, Fatihah dan sesudah membaca surah, baca Tasbih 15 kali, kemudian ruku'
2) Selepas tasbih-ruku' bacalah Tasbih sebanyak 10 kali kemudian baru I'tidal
3) Sesudah tahmid-I'tidal, baca Tasbihnya 10 kali kemudian sujud
4) Diwaktu sujud, sehabis tasbih sujud, ucapkan pula Tasbihnya 10 kali lalu duduk antara 2 sujud
5) Sehabis doa pada duduk itu, baca pula Tasbihnya 10 kali, kemudian sujud kedua
6) Pada sujud kedua, sesudah tasbih-sujud, baca 10 kali Tasbih, kemudian sebelum hendak berdiri tegak ke rakaat kedua, kita hendaknya "duduk istirahat" lalu bacakan Tasbih 10 kali kemudian berdiri tegak untuk rakaat kedua.
Dengan demikian rakaat pertama ini bilangan Tasbihnya sebanyak 75 kali. Demikian juga dilakukan pada rakaat kedua dan ketika duduk tahiyat, sebelum membaca tahiyat, kita baca Tasbih 10 kali. Sesudah tahiyat, beri salam dan kemudian ulangi pada rakaat ketiga dan keempat seperti rakaat pertama dan kedua tadi. Jika terlupa membaca Tasbihnya di satu satu tempat, boleh digantikan ditempat berikutnya agar bilangan Tasbihnya berjumlah 300.

Sunat Tahiyatul Masjid:
Tiap kali masuk kemasjid sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, "Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah kamu duduk terus sebelum kamu mengerjakan solat 2 rakaat."

Sunat wudhu':
Dua rakaat sunat wudhu, yakni yang dilakukan selepas mengambil wudhu adalah sangat sangat dituntut kerana mengambil wudhu' itu satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, dan tujuan mengambil wudhu itu adalah kerana hendak solat.
Sunat Rawatib:
Sebelum dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula solat yang disunatkan mengamalkannya. Sunat ini dinamakan sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk diamalkan.
a) 2 rakaat sebelum Subuh
b) 2 rakaat sebelum fardhu Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
c) 2 rakaat sesudah Maghrib
d) 2 rakaat sesudah Isya

2) Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari:
a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
menjadikannya 4 rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah dengan 2 salam yakni 2 y
yang Muakkad dan ditambah lagi dua, Ghair Muakkad)
b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2 salam dan tiada selepasnya
c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat selepasnya selain Muakkad (seperti dzohor)

Selain dari yang tersebut diatas sunat lain yang amat dituntut adalah Sunat Tarawih dan sunat 'Idain (1 Syawal dan 10 Dzhulhijjah).

Sunat sunat yang lain termasuk:
Sunat Nisfu Sya'ban (malan ke 15 Sya'ban)
Sunat Musafir (sebelum bermusafir)
Sunat Nikah (selepas akad nikah)

Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram. Disunatkan juga berpuasa sesuai dengan hadith Rasulullah SAW, "Bahawa hari ini adalah hari 'Asyura, dan tidaklah sampai diwajibkan mempuasakannya dan aku sedang berpuasa. Maka siapa siapa yang ingin puasa, puasalah dan siapa siapa yang tidak sanggup, berbukalah)." Kemudian ditanyakan sahabat akan Rasulullah SAW, bagaimana ganjaran berpuasa pada hari 'Asyura itu. Jawab Baginda SAW, "Menghapuskan dosa dosa kamu yang lalu.

Sunat 'Asyura dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Selepas membaca Fatihah baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada tiap tiap rakaat.

Tempat mendirikan solat sunat
Solat sunat boleh didirikan diman-mana sahaja asalkan tempat itu suci menurut syariat dan dilakukan denagn mendhadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk mengerjakannya ialah dirumah sendiri, melainkan untuk sembahyng sunat yang memang perlu dilakukan ditempat lain seperi solat sunat tahiyyatul Masjid. sunat tawaf atau ihram dan seumpamanya. Perkara ini ialah berdasarkan sepotong hadis Rasullulah yang bermaksud: " Apabila salah seorang kamu solat dimasjid, hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada solatnya, supaya Allah meletakkan kebaikan didalam rumah itu kerana solatnya tadi." Didalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: " Seutama-utama solat ialah solat kamu dirumah kamu, kecuali yang wajib."
Antara hikmahnya Rasulullah SAW menggalakkan perkara ini ialah supaya ketua keluarga boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah. Dan juga apabila ia dilakukan ditempat yang tertutup, ia boleh mengelakkan daripada bersikap ria' (menunjuk-nunjuk) atau ujub (hairan diri). Kalau seseorang itu melakukan amal ibadah dengan perasaan seperti ini maka tidak ada apa-apa ganjaranlah daripada amalan tersebut melainkan sia-sia sahaja. Waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat. Terdapat sedikit perbezaan pendapat diantara imam-imam mazhab mengenai waktu yang dilarang untuk mengerjakan solat sunat.

Pendapat Imam Syafie
Menurut Imam Syafie, adalah makruh tahrim (tidak digalakkan, tetapi tidak berdosa) sekiranya melakukan solat sunat tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu seperti dibawah ini solat yang dilakukan pada waktu tersebut dianggap tidak sah
1. Selepas solat Subuh sehingga matahari terbit setinggi segalah.
2. Ketika matahari terbit sehingga ia setinggi segalah.
3. Setelah melakukan solat asar ( yang dilakukan secara tunai) walaupun ia dijama' dengan zohor pada waktu zohor (jama' taqdim).
4. Ketika matahari berwarna kuning sebelum ia terbenam, sehinggalah terbenam keseluruhannya.
5. Ketika matahari benar-benar berada tegak diatsa kepala pada waktu tengahari sehinggalah ia tergelincir ke barat ( masuk waktu zohor), melainkan waktu Istiwa ( iaitu ketika matahari berada tepat diatas kepala pada hari jumaat).

Walau bagaimanapun, jika solat sunat yang dikerjakan itu mempunyai sebab yang mendahuluinya seperti solat sunat Tahiyyatul masjid (walaupun ketika Khatib sudah naik ke mimbar), solat sunat wudu' dan solat sunat tawaf, maka ia dibolehkan. Begitu juga dengan solat yang perlu dilakukan pada waktu berlakunya sesuatu kejadian seperti solat sunat Istisqa' (solat minta hujan apabila berlakunya kemarau) ataupun solat sunat khusufain (ketika berkalunya gerhana matahari). Solat ini sah dilakukan walaupun diwaktu makruh tahrim seperti tahrim yang disebutkan diatas. Begitu juga adalah makruh melakukan solat sunat ketika bilal beriqamah, melainkan ketika iqamah solat jumaat. Solat sunat yang dilakukan apabila bilal sudah beriqamah pada solat jumaat adalah haram hukumnya.


Selamat beramal...

1 comment:

ghazali said...

Solat fardhu yang tidak sempurna tidak tertampong dengan solat sunat. Sebaiknya yang lebih utama ialah membaiki solat fardhu tersebut. Manakan boleh sempurna solat sunat sekiranya solat fardhu terlebih dahulu tidak sempurna.