Solat
sunat ialah solat yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan kerelaan hatinya
sendiri, samaada solat itu dikerjakan pada waktu malam ataupun siang. Solat
sunat ini juaga dikenali dengan solat "nafilah" atau solat
"tathawwu" iaitu solat yang tidak wajibkan dikerjakannya. Siapa yang
mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak
berdosa. Namun ia mempunyai pelbagai kelebihan yang sangat besar. Solat sunat
adalah jauh lebih banyak daripada solat fardhu. Kalau solat fardhu hanyalah
dilakukan lima kali sehari, tetapi solat sunat tidak ada hadnya. Pada zaman
dahulu, ramai pra sahabat yang mengerjakan solat sunat sehingga beratus-ratus
rakaat banyaknya. Antara contoh solat sunat ialah solat Istisqa', solat Kusuf, solat
terawih, Solat taubat, solat tasbih dan lain-lain lagi. Selain daripada kepentingan
atau tujuan khusus, kepentingan solat sunat secara amnya ialah:
1.
Melengkapkan kekurangan didalam solat fardhu
Kita
tidak dapat nafikan bahawa kita masih banyak lalai didalam solat. Solat kita
begitu jauh bezanya daripada solat para sahabat dan orang soleh dahulu, apalagi
hendak dibandingkan dengan solat Rasulullah SAW sendiri apabila anggota lahir
kita solat, akal dan hati kita tidak turut sama. Kadang kala, bermacam-macam
perkara dunia yang kita ingat didalam solat. Lebih malang lagi, kalau kita
boleh terfikirkan perkara yang berbentuk maksiat ketika didalam solat. Solat
seperti ini sudah tentulah banyak cacat celanya. Ibarat sehelai kain, ia sudah
koyak rabak. Berlubang disana sini. Sudah tentulah Allah tidak akan menerima solat
seperti itu. Samalah seperti kita hendak memberikan hadiah kepada seseorang,
sudah tentulah dia tidak mahu menerima hadiah kain yang sudah koyak rabak.
kalau pun diterima untuk menjaga hati kita, dia pasti akan membuangkannya
sebaik kita sudah pergi. Untuk menampung kekurangan ini, maka kita perlu
lakukan solat sunat. Solat sunat yang dilakukan dengan baik akan dapat
menampung kekurangan didalam solat fardhu. Ibarat kain yang sudah koyak kenalah
ada kain yang lain untuk menampal kain yang sudah koyak itu. Ia tidak boleh
ditampal dengan keras atau plaster. Jesteru itu, ia mesti ditumpang dengan
solat sunat, bukan amalan sunat yang lain. Setidak-tidaknya, bila sudah
ditampal dengan baik kain itu masih boleh digunakan, walaupun ia tidak akan
menjadi sebaik kain yang sememangnya elok dan tidak koyak.
Solat
yang fardhu tetap tidak disempurnakan dengan solat sunat, maka orang itu tetap
dikira berdosa. dan balasannya ialah neraka. Untuk mengelakkan dari siksaan
nereka, maka bagi kita yang solat fardhu kita masih belum sempurna, hendaklah
membanyakkan solat sunat. Begitu pula puasa sunat dapat menyempurnakan puasa
wajib yang tidak sempurna, sedekah dan derma untuk menyempurnakan zakat yang
tidak lengkap, umrah untuk menyempurnakan haji yang cacat dan seterusnya. Mengikut
kaedah fekah, seseorang yang amalan wajibnya tidak sempurna, maka amalan
sunatnya bukan lagi sunat tetapi menjadi wajib aradhi (wajib mendatang). Sebab
ia boleh menyempurnakan amalan yang wajib. Tetapi hukum ini tidak boleh
diisytiharkan kerana kita tidak tahu siapakah yang amalan fardhunya tidak
sempurna Allah sahajalah yang mengetahui dan dia nanti akan menemtukan siapakah
yang amalan sunatnya sudah jatuh wajib atau sebaliknya. Tetapi, kalau kita rasa
yang solat fardhu kita banyak cacat dan cela maka kita harus merasakan sudah
menjadi wajib bagi kita melakukan sembahyng sunat. Dengan ini, kita tidak boleh
meringan-ringankan solat sunat. Sebaliknya, berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendirikannya.
2.
Menjadi benteng kepada solat fardhu
Yang
dimaksudkan solat sunat menjadi benteng kepada solat fardhu ialah seorang yang
selalu solat sunat akan lebih sukar meninggalkan solat fardhu berbanding
seseorang yang hanya melakukan solat fardhu sahaja. Kalau dia terlalu sibuk
paling tinggi dia hanya akan mengorbankan solat sunatnya, tidaklah sampai
mengorbankan solat fardhunya. Tetapi seorang yang hanya melakukan solat fardhu,
dia mungkin akan mudah mengorbankan solat fardhunya ketika dia terlalu sibuk.
Sunat
Isyraq:
Sesudah
terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan solat 2
rakaat yang dinamakan sunat Isyraq.
Waktu
sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga sebelum gelincirnya
matahari. Dilakukan selepas melakukan sunat Isyraq. Banyaknya sekurang
kurangnya 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat
dengan setiap 2 rakaat satu salam.
Sunat
Tahajjud:
Sunat
Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari tidur ditengan
malam. Adapun bangun diwaktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, caranya
tidaklah tetap dalam tertib yang sama. Adakalanya Baginda bangun separuh malam,
adakalanya sepertiga malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan
kepada ayat al_Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui bahawa
engkau bangun (mengerjakan solat) kurang dari duapertiga malam, ada pula
separuh dan sepertiganya.
Sunat
Taubat:
Dilakukan
jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah,
yakni membuat dosa maka mereka menyesal akan perbuatan yang dilakukan dan
berazam tidak mengulanginya lagi, lantas mahu meminta ampun dari Allah swt.
Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam hendaklah
memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah swt, dan
ucapkanlah berulang kali, "astaghfirullahal 'azim, alladzii laa ilaaha
illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih" (aku memohon keampunan kepada
Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan
berdiriNya, dan aku bertaubat kepadaNya).
Dilakukan
jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi sukar
untuk memilih yang terbaik.. Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca
Fatihah dibaca surah al-Kafiruun (Qulya aiyuhal-Kafiruun) dan pada rakaat kedua
selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas (Qul Huallahu Ahad).
Sunat
Hajat:
Jika
seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan dalam sesuatu hal dan
ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan pada waktu malam selepas
tersedar dari tidur dan selepas mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua
rakaat dan boleh juga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu
salam).
Sunat
Witir:
Sesudah
melakukan fardhu Isya dan setelah melakukan sunat selepasnya, lakukanlah pula
sunat Witir tiap tiap malam. Sekurang kurangnya satu rakaat, sebaik baiknya 3
rakaat dengan dua salam dan seafdhal afdhalnya 11 rakaat. Tiap 2 rakaat satu
salam dan satu rakaat terakhir, satu salam (6 salam jumlahnya). Melakukan solat
Witir sesudah solat Tahajjud dibahagian akhir malam adalah lebih utama.
Sunat
Tasbih:
Solat
subat Tasbih adalah solat yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas
ibnu Abdil Mutthalib. Dianjurkan solat sunat Tasbih ini kalau boleh tiap tiap
malam. Kalau tak boleh atau keberatan, lakukanlah sekali seminggu. Jika masih
keberatan, lakukanlah sekali sebulan dan kalau tak boleh juga, lakukan sekali
setahun. Jika sekali setahun pun tak boleh juga, setidak tidaknya lakukanlah
sekali seumur hidup.
Caranya:
Kalau
dilakukan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat dengan satu salam.
Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah 4 rakaat itu dijadikan dengan 2
salam. Dinamakan solat Tasbih kerana padanya dibacakan tasbih sehingga dalam 4
rakaat itu berjumlah 300 tasbih. Pada tiap tiap rakaat hendaklah dilakukan
dengan cara seperti berikut:
1)
Sehabis doa Iftitah, Fatihah dan sesudah membaca surah, baca Tasbih 15 kali,
kemudian ruku'
2)
Selepas tasbih-ruku' bacalah Tasbih sebanyak 10 kali kemudian baru I'tidal
3)
Sesudah tahmid-I'tidal, baca Tasbihnya 10 kali kemudian sujud
4)
Diwaktu sujud, sehabis tasbih sujud, ucapkan pula Tasbihnya 10 kali lalu duduk
antara 2 sujud
5)
Sehabis doa pada duduk itu, baca pula Tasbihnya 10 kali, kemudian sujud kedua
6)
Pada sujud kedua, sesudah tasbih-sujud, baca 10 kali Tasbih, kemudian sebelum
hendak berdiri tegak ke rakaat kedua, kita hendaknya "duduk
istirahat" lalu bacakan Tasbih 10 kali kemudian berdiri tegak untuk rakaat
kedua.
Dengan
demikian rakaat pertama ini bilangan Tasbihnya sebanyak 75 kali. Demikian juga
dilakukan pada rakaat kedua dan ketika duduk tahiyat, sebelum membaca tahiyat,
kita baca Tasbih 10 kali. Sesudah tahiyat, beri salam dan kemudian ulangi pada
rakaat ketiga dan keempat seperti rakaat pertama dan kedua tadi. Jika terlupa
membaca Tasbihnya di satu satu tempat, boleh digantikan ditempat berikutnya
agar bilangan Tasbihnya berjumlah 300.
Sunat
Tahiyatul Masjid:
Tiap
kali masuk kemasjid sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita mengerjakan sunat
Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat sesuai dengan sabda Rasulullah SAW,
"Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah kamu duduk terus sebelum kamu
mengerjakan solat 2 rakaat."
Sunat
wudhu':
Dua
rakaat sunat wudhu, yakni yang dilakukan selepas mengambil wudhu adalah sangat
sangat dituntut kerana mengambil wudhu' itu satu amalan untuk mendekatkan diri
kepada Allah swt, dan tujuan mengambil wudhu itu adalah kerana hendak solat.
Sebelum
dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula solat yang disunatkan
mengamalkannya. Sunat ini dinamakan sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu:
1)
Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk diamalkan.
a) 2 rakaat sebelum Subuh
b) 2 rakaat sebelum fardhu Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
c) 2 rakaat sesudah Maghrib
d) 2 rakaat sesudah Isya
2)
Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari:
a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Dzohor dan dua rakaat sesudahnya
menjadikannya 4 rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah dengan 2 salam yakni 2
y
yang Muakkad dan ditambah lagi dua, Ghair Muakkad)
b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2 salam dan tiada selepasnya
c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat selepasnya selain Muakkad (seperti
dzohor)
Selain
dari yang tersebut diatas sunat lain yang amat dituntut adalah Sunat Tarawih
dan sunat 'Idain (1 Syawal dan 10 Dzhulhijjah).
Sunat
sunat yang lain termasuk:
Sunat
Nisfu Sya'ban (malan ke 15 Sya'ban)
Sunat Musafir (sebelum bermusafir)
Sunat Nikah (selepas akad nikah)
Sunat
Hari 'Asyura (10 Muharram. Disunatkan juga berpuasa sesuai dengan hadith
Rasulullah SAW, "Bahawa hari ini adalah hari 'Asyura, dan tidaklah sampai
diwajibkan mempuasakannya dan aku sedang berpuasa. Maka siapa siapa yang ingin
puasa, puasalah dan siapa siapa yang tidak sanggup, berbukalah)." Kemudian
ditanyakan sahabat akan Rasulullah SAW, bagaimana ganjaran berpuasa pada hari
'Asyura itu. Jawab Baginda SAW, "Menghapuskan dosa dosa kamu yang lalu.
Sunat
'Asyura dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Selepas membaca Fatihah
baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada tiap tiap rakaat.
Tempat
mendirikan solat sunat
Solat
sunat boleh didirikan diman-mana sahaja asalkan tempat itu suci menurut syariat
dan dilakukan denagn mendhadap kiblat. Tetapi tempat yang lebih afdhal untuk
mengerjakannya ialah dirumah sendiri, melainkan untuk sembahyng sunat yang
memang perlu dilakukan ditempat lain seperi solat sunat tahiyyatul Masjid. sunat
tawaf atau ihram dan seumpamanya. Perkara ini ialah berdasarkan sepotong hadis
Rasullulah yang bermaksud: " Apabila salah seorang kamu solat dimasjid,
hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada solatnya, supaya Allah meletakkan
kebaikan didalam rumah itu kerana solatnya tadi." Didalam hadis yang lain
pula Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: " Seutama-utama solat ialah
solat kamu dirumah kamu, kecuali yang wajib."
Antara
hikmahnya Rasulullah SAW menggalakkan perkara ini ialah supaya ketua keluarga
boleh mengajak semua ahli keluarganya beribadah. Dan juga apabila ia dilakukan
ditempat yang tertutup, ia boleh mengelakkan daripada bersikap ria'
(menunjuk-nunjuk) atau ujub (hairan diri). Kalau seseorang itu melakukan amal
ibadah dengan perasaan seperti ini maka tidak ada apa-apa ganjaranlah daripada
amalan tersebut melainkan sia-sia sahaja. Waktu-waktu yang dilarang mengerjakan
solat sunat. Terdapat sedikit perbezaan pendapat diantara imam-imam mazhab
mengenai waktu yang dilarang untuk mengerjakan solat sunat.
Pendapat
Imam Syafie
Menurut
Imam Syafie, adalah makruh tahrim (tidak digalakkan, tetapi tidak berdosa)
sekiranya melakukan solat sunat tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu seperti
dibawah ini solat yang dilakukan pada waktu tersebut dianggap tidak sah
1.
Selepas solat Subuh sehingga matahari terbit setinggi segalah.
2.
Ketika matahari terbit sehingga ia setinggi segalah.
3.
Setelah melakukan solat asar ( yang dilakukan secara tunai) walaupun ia dijama'
dengan zohor pada waktu zohor (jama' taqdim).
4.
Ketika matahari berwarna kuning sebelum ia terbenam, sehinggalah terbenam
keseluruhannya.
5.
Ketika matahari benar-benar berada tegak diatsa kepala pada waktu tengahari
sehinggalah ia tergelincir ke barat ( masuk waktu zohor), melainkan waktu
Istiwa ( iaitu ketika matahari berada tepat diatas kepala pada hari jumaat).
Walau
bagaimanapun, jika solat sunat yang dikerjakan itu mempunyai sebab yang
mendahuluinya seperti solat sunat Tahiyyatul masjid (walaupun ketika Khatib
sudah naik ke mimbar), solat sunat wudu' dan solat sunat tawaf, maka ia
dibolehkan. Begitu juga dengan solat yang perlu dilakukan pada waktu berlakunya
sesuatu kejadian seperti solat sunat Istisqa' (solat minta hujan apabila
berlakunya kemarau) ataupun solat sunat khusufain (ketika berkalunya gerhana
matahari). Solat ini sah dilakukan walaupun diwaktu makruh tahrim seperti
tahrim yang disebutkan diatas. Begitu juga adalah makruh melakukan solat sunat
ketika bilal beriqamah, melainkan ketika iqamah solat jumaat. Solat sunat yang
dilakukan apabila bilal sudah beriqamah pada solat jumaat adalah haram
hukumnya.
Selamat
beramal...
3 comments:
Solat fardhu yang tidak sempurna tidak tertampong dengan solat sunat. Sebaiknya yang lebih utama ialah membaiki solat fardhu tersebut. Manakan boleh sempurna solat sunat sekiranya solat fardhu terlebih dahulu tidak sempurna.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Mohon lebih penjelasan. ... macam conflict pula pernyatakan dibawah ni ttg waktu. kalau pukul tujuh waktu Isyraq. bukankah matahari sedang naik. kalau ikut imam syafei. solat tidak dikira sah.
Sunat Isyraq:
Sesudah terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan solat 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq.
Pendapat Imam Syafie
Menurut Imam Syafie, adalah makruh tahrim (tidak digalakkan, tetapi tidak berdosa) sekiranya melakukan solat sunat tanpa sebab pada waktu-waktu tertentu seperti dibawah ini solat yang dilakukan pada waktu tersebut dianggap tidak sah
1. Selepas solat Subuh sehingga matahari terbit setinggi segalah.
2. Ketika matahari terbit sehingga ia setinggi segalah.
Di tanya kpd imam malik r.a apa itubsolatvsunat isyraq beliau menjawab iyulah dhuha, imam syafie pula tdk mendirikan solat sunat isyraq tetapi berpada dan istiqamah dgn solat sunat dhuha, sementara imam hamad bin hanbal pula menjrlaskan bhw sunat isyraq adalah afdhol kpd sesiapa yg tibadh yakni tidak pulang ke rumah sesusah subuh, jd apa bila terbit matahari meteka ini d bolehkan solat sunat isyraq dan selepas itu bolrh lah balik utk jalankan urusan kehidupan tanpa perlu berhenti utk solat dhuha lagi, semntara orang ug balik selepas subuh eloklah ia ditikan solat dhuha dahulu sblum memulakan pekerjaan..
Post a Comment