DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Tuesday, October 22, 2013

Menjadi Insan Yang Baik

# Memulakan memberi salam apabila bertemu.
Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.
# Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

# Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.

# Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.
Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek.

# Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

# Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.
Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.
# Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.
Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

# Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pada mereka.
Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.

# Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.

# Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.
Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? Allah bersama orang yang ikhlas.
# Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak.
Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.

# Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.
Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.

# Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

# Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.
Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.

# Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.
Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?

# Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah. Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.
Motivasi: Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita?

# Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.
Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.

# Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.
Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur.

# Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.
Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.
# Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita.

# Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.
Motivasi: Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.

# Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.
Motivasi: Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 


Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah. Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

Whatsapp(0196135660)