DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Sunday, October 6, 2013

Mengawal Diri Ketika Sedang Emosi

Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Salah satu senjata syaitan untuk membinasakan manusia adalah marah. Dengan cara ini, syaitan boleh dengan sangat mudah mengawal manusia. Kerana marah, orang boleh dengan mudah mengucapkan kalimat kekafiran, menggugat takdir, berkata kasar, mencaci habis, bahkan sampai kalimat cerai yang meruntuhkan rumah tangganya. Kerana marah pula, manusia boleh merosakkan semua yang ada di sekitarnya. Dia boleh baling piring, lempar gelas, pukul kanan-pukul kiri, bahkan sampai bertindak membunuh. Di saat itulah, misi syaitan untuk merosak menusia tercapai. Permasalahannya tidak selesai sampai di sini. Masih ada yang hendak membalas dendam dari pihak yang dimarahi. Kita boleh bayangkan, betapa banyak kerosakan yang ditimbulkan kerana marah.
Menyedari hal ini, islam sangat menekankan kepada umat manusia untuk berhati-hati ketika emosi. Banyak motivasi yang diberikan Rasulullah SAW agar manusia tidak mudah terjerat dengan emosi. Diantaranya, beliau menjanjikan sabdanya yang sangat ringkas, “Jangan marah, bagimu syurga.” (HR. Thabrani dan dinyatakan shahih dalam kitab shahih At-Targhib no. 2749) Allahuakhbar, jaminan yang luar biasa. Syurga..dihiasi dengan berbagai kenikmatan, bagi mereka yang mampu menahan marah. Semoga ini boleh memotivasi kita untuk tidak mudah terjerat dengan emosi.

Bagaimana Cara Mengawal Diri Ketika Sedang Emosi?
Agar kita tidak terjerumus ke dalam dosa yang lebih besar, ada beberapa cara mengawal emosi yang diajarkan dalam Al-Quran dan Sunah. Semoga boleh menjadi ubat yang mujarab bagi kita ketika sedang marah.

Pertama, segera memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan, dengan membaca ta’awudz: A-‘UDZU BILLAHI MINAS SYAITHANIR RAJIIM. Kerana punca marah adalah syaitan, sehingga godaannya boleh direjam dengan memohon perlindungan kepada Allah. Dari sahabat Sulaiman bin Surd r.a, beliau menceritakan, Suatu hari saya duduk bersama Nabi SAW. Ketika itu ada dua orang yang saling memaki. Salah satunya telah merah wajahnya dan urat lehernya memuncak. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh saya mengetahui ada satu kalimat, jika dibaca oleh orang ini, marahnya akan hilang. Jika dia membaca ta’awudz: A’-uudzu billahi minas syaithanir rajiim, marahnya akan hilang.” (HR. Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang marah, kemudian membaca: A-‘udzu billah (saya berlindung kepada Allah) maka marahnya akan reda.” (Hadis shahih – silsilah As-Shahihah, no. 1376)

Kedua, Diam dan jaga lisan. Orang marah bila berkata penuh emosi. Sehingga boleh jadi dia berkata sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah. Kerana itulah, diam merupakan cara yang terbaik untuk menghindari timbulnya dosa yang lebih besar. Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian marah, diamlah.” (HR. Ahmad dan Syuaib Al-Arnauth menilai Hasan lighairih). Ucapan kekafiran, celaan berlebihan, mengumpat takdir, dan sebagainya., boleh saja dicatit oleh Allah sebagai himpunan dosa bagi ini. Rasulullah SAW mengingatkan, “Sesungguhnya ada hamba yang mengucapkan satu kalimat, yang dia tidak terlalu memikirkan akibatnya, namun menggelincirkannya ke neraka yang dalamnya sejauh timur dan barat. (HR. Bukhari dan Muslim). Di saat kesedaran kita berkurang, di saat nurani kita tertutup nafsu, jaga lisan baik-baik, jangan sampai lidah tak bertulang ini, menjerumuskan kita ke dasar neraka.
Ketiga, mengambil kedudukan lebih rendah. Kecenderungan orang marah adalah ingin selalu lebih tinggi dan lebih tinggi. Semakin dituruti, dia semakin ingin lebih tinggi. Dengan posisi lebih tinggi, dia boleh menghamburkan marahnya sepuas-puasnya. Kerana itulah, Rasulullah SAW memberikan saranan sebaliknya. Agar marah ini dipadam dengan mengambil posisi yang lebih rendah dan lebih rendah. Dari Abu Dzar r.a, Rasulullah SAW menasihatkan, “Apabila kalian marah, dan dia dalam posisi berdiri, hendaknya dia duduk. Kerana dengan itu marahnya boleh hilang. Jika belum juga hilang, hendak dia mengambil posisi tidur.” (HR. Ahmad 21348, Abu Daud 4782 dan perawinya dinilai shahih oleh Syuaib Al-Arnauth).

Abu Dzar r.a, sahabat yang meriwayatkan hadis ini, melindungi dirinya ketika marah dengan mengubah posisi lebih rendah. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, dari Abul Aswad Ad-Duali, beliau menceritakan kejadian yang dialami Abu Dzar, “Suatu hari Abu Dzar mengisi timba beliau. Tiba-tiba datang beberapa orang yang ingin mengerjai Abu Dzar. ‘Siapa diantara kalian yang berani mendatangi Abu Dzar dan mengambil beberapa helai rambutnya?’ tanya salah seorang diantara mereka. “Saya.” Jawab kawannya. Majulah orang ini, mendekati Abu Dzar yang ketika itu berada di dekat timbanya, dan mengetuk kepala Abu Dzar untuk mendapatkan rambutnya. Ketika itu Abu Dzar sedang berdiri. Beliaupun langsung duduk kemudian tidur. Melihat itu, orang ramai kehairanan. ‘Wahai Abu Dzar, mengapa kamu duduk, kemudian tidur?’ tanya mereka kehairanan. Abu Dzar kemudian menyampaikan hadis di atas. Subhanallah.., demikianlah semangat sahabat dalam mempraktikkan ajaran Nabi SAW.

Mengapa duduk dan tidur?
Al-Khithabi menjelaskan, Orang yang berdiri, mudah untuk bergerak dan memukul, orang yang duduk, lebih sulit untuk bergerak dan memukul, sementara orang yang tidur, tidak mungkin akan memukul. Seperti ini apa yang disampaikan Nabi SAW. Perintah beliau untuk duduk, agar orang yang sedang dalam posisi berdiri atau duduk tidak segera melakukan tindakan balasan marahnya, yang boleh jadi menyebabkan dia menyesali perbuatannya setelah itu. (Ma’alim As-Sunan, 4/108)
Keempat, Ingatlah hadis ini ketika marah. Dari Muadz bin Anas Al-Juhani r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang berusaha menahan marahnya, padahal dia mampu meluahkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang dia kehendaki. (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan Al-Albani). Subhanallah.., siapa yang tidak bangga ketika dia dipanggil oleh Allah di hadapan semua makhluk pada hari kiamat, untuk menerima balasan yang besar? Semua manusia dan jin menyaksikan orang ini, maju di hadapan mereka untuk menerima pahala yang besar dari Allah SWT. Tahukah kita, pahala ini Allah berikan kepada orang yang hanya sebatas menahan emosi dan tidak melepaskan marahnya. Boleh kita bayangkan, betapa besar pahalanya, ketika yang dia lakukan tidak hanya menahan emosi, tapi juga memaafkan kesalahan orang tersebut dan bahawa membalasnya dengan kebaikan.

Mula Ali Qori mengatakan, “Pujian yang indah dan balasan yang besar ini diberikan kerana sebab menahan emosi. Bagaimana lagi jika ditambahkan dengan sikap memaafkan atau bahkan membalasnya dengan kebaikan. (Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan Turmudzi, 6/140). Satu lagi, yang boleh kita ingat ketika marah, agar boleh meredakan emosi kita: Hadis dari Ibnu Umar, “Siapa yang menahan emosinya maka Allah akan tutupi kekurangannya. Siapa yang menahan marah, padahal jika dia mau, dia mampu melepaskannya, maka Allah akan penuhi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat. (Diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dalam Qadha Al-Hawaij, dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Yang sukar bukan hanya itu. Ada satu keadaan yang jauh lebih sukar untuk disesuaikan sebelum itu, yaitu menenangkan diri kita ketika marah untuk mengingat balasan besar dalam hadis di atas. Umumnya orang yang emosi lupa segalanya. Sehingga kecil peluang untuk boleh mengingat balasan yang Allah berikan bagi orang yang boleh menahan emosi. Siapakah kita dibandingkan Umar bin Khatab r.a. Sekalipun demikian, beliau terkadang lupa dengan ayat dan anjuran syariat, ketika sudah terikut emosi. Dari Ibnu Abbas r.a, beliau menceritakan bahwa ada seseorang yang minta izin kepada Khalifah Umar untuk berkata. Umar pun mengizinkannya. Ternyata orang ini membabi buta dan mengkritik habis Khalifah. “Wahai Ibnul Khattab, demi Allah, kamu tidak memberikan pemberian yang banyak kepada kami, dan tidak bersikap adil kepada kami.” Mendengar ini, Umarpun marah, dan hendak memukul orang ini. Sampai akhirnya Al-Hur bin Qais (salah satu sahabat Umar) mengingatkan, “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah berfirman kepada nabi-Nya SAW: ‘Berikanlah maaf, perintahkan yang baik, dan jangan hiraukan orang bodoh.’ dan orang ini termasuk orang bodoh.” Demi Allah, Umar tidak jadi melepaskan emosinya ketika mendengar ayat ini dibacakan. Dan dia adalah manusia yang paling tunduk terhadap kitab Allah. (HR. Bukhari 4642).

Yang penting, kita jangan berputus asa, kerana semua boleh dilatih. Belajarlah untuk mengingat peringatan Allah, dan ikuti serta laksanakan. Boleh juga kita minta bantuan orang di sekitar kita, suami, isteri, anak kita, pegawai, dan orang di sekitar kita, agar mereka segera mengingatkan kita dengan janji-janji di atas, ketika kita sedang marah. Pada perkara sebaliknya, ada orang yang marah di masa Rasulullah SAW. Beliaupun meminta salah satu sahabat untuk mengingatkannya, agar membaca ta’awudz, A-‘udzu billahi minas syaithanir rajim.. “Salah satu temannya mengingatkan orang yang sedang marah ini: ‘Mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan!’ Dia malah berkata: ‘Apakah kalian sangka saya sedang sakit? Apa saya sudah gila? Pergi sana!’ (HR. Bukhari 6048).
Kelima, Segera berwudhu atau mandi. Marah dari syaitan dan syaitan terbuat dari api. Padamkan dengan air yang dingin. Terdapat hadis dari Urwah As-Sa’di r.a, yang mengatakan, Sesungguhnya marah itu dari syaitan, dan syaitan diciptakan dari api, dan api boleh dipadamkan dengan air. Apabila kalian marah, hendaknya dia berwudhu. (HR. Ahmad 17985 dan Abu Daud 4784) Dalam riwayat lain, dari Abu Muslim Al-Khoulani, beliau menceritakan, Bahawa Amirul Mukminin Mu’awiyah r.a pernah berkhutbah di hadapan masyarakat. Dan ketika itu, gaji pegawai belum diserahkan selama dua atau tiga bulan. Abu Muslim-pun berkata kepada beliau, ‘Hai Muawiyah, sesungguhnya harta itu bukan milikmu, bukan milik bapakmu, bukan pula milik ibumu.’ Mendengar ini, Muawiyah meminta hadirin untuk diam di tempat. Beliau turun dari mimbar, pulang dan mandi, kemudian kembali dan melanjutkan khutbahnya, ‘Wahai manusia, sesungguhnya Abu Muslim menyebutkan bahwa harta ini bukanlah milikku, bukan milik bapakku, bukan pula milik ibuku. Dan Abu Muslim benar. kemudian beliau menyebutkan hadis, Marah itu dari syaitan, syaitan dari api, dan air boleh memadamkan api. Apabila kalian marah, mandilah. Lalu Muawiyah memerintahkan untuk menyerahkan gaji mereka. (HR. Abu Nuaim dalam Hilyah 2/130, dan Ibnu Asakir 16/365).

Dua hadis ini dinilai lemah oleh para ulama. Hadis pertama dinilai lemah oleh An-Nawawi sebagaimana keterangan beliau dalam Al-Khulashah (1/122). Syuaib Al-Arnauth dalam takliq Musnad Ahmad menyebutkan sanadnya lemah. Demikian pula Al-Albani menilai sanadnya lemah dalam Silsilah Ad-Dhaifah no. 581. Hadis kedua juga statusnya tidak jauh beza. Ulama pakar hadis menilainya lemah. Kerana ada perawi yang bernama Abdul Majid bin Abdul Aziz, yang disebut Ibnu Hibban sebagai perawi Matruk (ditinggalkan). Ada juga ulama yang belum memastikan kelemahan hadis ini. Diantaranya adalah Ibnul Mundzir. Beliau mengatakan, Jika hadis ini sahih, perintah yang ada di dalamnya adalah perintah anjuran untuk meredakan marah dan tidak mengetahui ada ulamayang mewajibkan wudhu ketika marah. (Al-Ausath, 1/189).

Kerana itulah, beberapa pakar tetap menganjurkan untuk berwudhu, tanpa diniatkan sebagai sunah. Terapi ini dilakukan hanya dalam rangka mereda panasnya emosi dan marah. Dr. Muhammad Najati mengatakan, Hadis ini mengisyaratkan rahasia dalam ilmu kedoktoran. Air yang dingin, boleh menurunkan darah bergejolak yang muncul ketika emosi. Sebagaimana ini boleh digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kerana itulah, di masa silam, terapi mandi digunakan untuk terapi psikologi. (Hadis Nabawi wa Ilmu An-Nafs, hlm. 122. dinukil dari Fatwa islam, no. 133861) Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kalimat haq ketika redha (sedang) dan marah [Doa Rasulullah SAW dalam solatnya – shahih Jami’ As-Shaghir no. 3039]

Ditulis oleh ustadz Ammi Nur Baits

No comments: