Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Wednesday, October 23, 2013
Menangis dan Bukan Ditangisi
Perhatikan
keadaan manusia di sekeliling kita, pasti kita terjumpa mereka yang menangis.
Kenapa mereka menangis? Ada yang menangis kerana pasukan bola yang dicintai
kalah dengan pasukan lain. Ada yang menangis kerana kononnya dikecewakan oleh
kekasih yang dicintainya. Ada juga mungkin yang menangis ketika melihat
anak-anaknya atau ibu bapanya yang tercinta melakukan perkara-perkara salah dan
tak ikut syariat. Ada yang menangis kerana mendapat memberikan sumbangan atau
menerima penganugerahan yang sangat dicintai dan yang paling sayu bila orang
yang disayangi pergi menyahut panggilan Illahi
Jadi,
kalau kita perhatikan semula semua kes yang disebutkan satu per satu tadi,
terlalu banyak sebab kenapa seseorang itu menangis. Cuma, daripada kita sibuk
membicarakan tentang masalah orang lain 'kenapa mereka menangis'. Adalah lebih
baik jika kita tanyakan pada diri kita sendiri, "Kenapa kita
menangis?" Adakah tangisan kita itu merupakan tangisan yang memadamkan api
neraka dan akhirnya membawa kita ke syurga, atau sebenarnya tangisan itu ialah
tangisan-tangisan murahan yang mengheret kita ke neraka. Tanyakan pada diri
kita sekarang. Kenapa?
Bibir
tersenyum...hati menangis... Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang
harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Allah. Sesekali
menangis.... hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang
lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar
dan redha.. Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur
dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita
rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk diujiNya..
Hakikatnya
kita sekarang terlalu sukar untuk menangis, betul? Sekurang-kurangnya kita
pasti lebih banyak ketawa daripada menangis. Bagaimana kita mahu menangis
sedangkan di dalam hati kita penuh dengan berkeinginan kepada dunia. Kekayaan
harta, kecantikan rupa, kemasyhuran nama dan kemewahan benda, semua ini telah
menjauhkan kita dari merasa perlunya menangis. Nabi kita
Muhammad SAW banyak sekali menangis. Sahabat-sahabat baginda juga demikian.
Pengikut-pengkut mereka yang sedikit terkemudian juga serupa. Namun perbuatan
menangis pada zaman ini sudah menerima sudut pkitang yang berbeza. Atau
sekurang-kurangnya sudut penerimaannya yang berbeza. Kita masih bertanya
mengapa perlu menangis?
Rasulullah
SAW telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut
kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.” (Maksudnya
hampir mustahil kerana susu tidak akan kembali ke tempat asalnya).
Ada
3 perkara yang boleh menyebabkan kita menangis bagi orang yang beriman iaitu:-
1.
Nikmat Kehidupan Sempurna Yang Telah Diberikan Oleh Allah SWT; Kita tentu akan
merasa insaf jika kita fikirkan dengan kehidupan yang sempurna yang telah
diberikan oleh Allah kepada kita jika dibandingkan dengan penderitaan yang
dihadapi oleh golongan manusia yang lain di dunia ini yang berdepan dengan isu
kelaparan, bencana alam dan sebagainya.
2.
Bila Memikirkan Kehidupan Di Alam Kubur. Kehidupan dan suasana di alam kubur
tidaklah sehebat kehidupan kita di dunia iaitu mungkin kita mempunyai rumah
yang luas dan besar serta disinari cahaya lampu yang terang benderang,
mempunyai sanak saudara atau rakan-rakan yang sering menemani kita atau harta
yang mengunung. Tetapi di alam kubur; tempat tinggal kita ruangnya sempit dan
suasana yang gelap gelita, tiada lampu yang menerangi kita. Kita hanya ditemani
oleh cacing dan mungkin binatang berbisa dan tiada harta kemewahan yang
menemani kita. Dan suasana ini kekal sehingga kita dibangkit semula pada hari
kiamat. Bagaimana hidup pada malam pertama di alam kubur?, Mampukah kita
menjawab soalan bocor yang akan ditanyakan oleh Malaikat Munkar dan Nankir ;
hanya amalan kita di dunia yang akan membantu kita menjawab soalan yang telah
kita ketahui di dunia lagi. Kehidupan malam pertama di alam kubur tidaklah
semanis kehidupan malam pertama di dunia iaitu selepas kita bernikah.
3.
Bila Memikirkan Nasib Kita Di Padang Mashyar Nanti. Tentu kita akan menangis
bila segala amalan baik kita yang telah kita buat di dunia diberi kepada orang
yang kita umpat, yang kita caci dan hina. Dan dosa-dosa yang dibuat oleh orang
yang kita umpat dan caci itu diberikan kepada kita. Sia-sia sahaja amalan baik
dan pahala yang telah kita perolehi jika kita suka mengumpat, memburukkan serta
mencaci seseorang kerana kita akan perolehi sebaliknya.
Kata
Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1)
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2)
Menangis kerana rasa takut.
3)
Menangis kerana cinta.
4)
Menangis kerana gembira.
5)
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6)
Menangis kerana terlalu sedih.
7)
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9)
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10)
Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan
bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm :
43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab
tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata
mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah
kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang
mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung
banjirlah dunia ini.
Tangis
tercela atau terpuji ? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi
mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada
pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa
Allah.
Tangisan
dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah SAW bersabda : Tidaklah mata
seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api
neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan
terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka
kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan
balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka."
Air
mata taubat Nabi Ada AS Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke
langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia
bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air
matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,
"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung
itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar
dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya
pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air
mata yang tiada di tuntut, janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita
bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah
menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah
menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan
tetapkan.
- Janganlah
menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan
menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah
buat amalan.
- Janganlah
menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian
Tuhan.
Dari
itu, simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melkita diri, segala dosa-dosa
yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk
menerima hidayah dari Allah SWT. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di
balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih
kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya jua.
Junjungan
Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang
menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah SWT dan 2 biji mata yang
menjaga pasukan fisabillah di waktu malam." "Di antara 7 golongan
manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang
berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT lalu
bercucuran air matanya." "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana
takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari
pepohonan kering."
Berkata
Salman Al Faarisi RA, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :
1)
Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabat.
2)
Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut
nyawanya.
3)
Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air
mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1)
Apabila dahi nya berpeluh.
2)
Airmatanya berlinang.
3)
Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana
hal hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.(riwayat dari
Salman al Faarisi)
Sucikanlah
4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu
dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa
yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Berikut
adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita:
1.
Membantu penglihatan - Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi
bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah
dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2.
Membunuh bakteria - Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi
sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan
lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang
tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang
mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.
3.
Meningkatkan mood - Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress
kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang
dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein
albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak
dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4.
Mengeluarkan racun - Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan
beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari
hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah
anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa
racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5.
Mengurangkan stress - Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata
ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali
sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level
stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh
stress seperti tekanan darah tinggi.
6.
Membangun komuniti - Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh
membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis
setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh
memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan
juga bersosialisasi seseorang.
7.
Melegakan perasaan - Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa
bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya
akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan
jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa
lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis.
Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.
Jangan
menangis bila kita hilang keseronokan dunia. Ingatlah tangisan terindah itu
apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita
begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita
soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikitkah?
Banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni
dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat
kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan
hati lalu memadam nur hidayah yang diidami.. Sama-sama kita renungi diri kita
ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi.
InsyaAllah, semoga Allah redha ke atas kita semua.
No comments:
Post a Comment