Satu
kisah pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Mu'az bin Jabal.
Beliau mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan
berdedikasi. Allah mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata
yang indah. Dipendekkan cerita, pada waktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah,
Mu'az sentiasa berada bersama Rasulullah sehingga dia dapat memahami al-Qur'an
dan syariat-syariat Islam dengan baik. Sehingga akhirnya Mu'az muncul sebagai
seorang yang paling ahli tentang al-Qur'an dari kalangan para sahabat. Mu'az
juga merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan al-Qur'an pada
zaman Rasulullah. Maka, diriwayatkan kisah Mu'az bin Jabal bersama Rasulullah
SAW tentang Israk dan Mikraj:
Apabila
nyawa seorang manusia dicabut oleh Malaikat Maut dengan ketentuan dan perintah
Allah SWT, maka segala amalan soleh akan diangkat ke langit, dan dinilai oleh
Malaikat sehingga melepasi tingkat-tingkat langit. Nilaian tersebut adalah
seperti berikut:
Lapisan
Langit Pertama; MENGUMPAT.
Amalan
soleh dinilai dari nilai-nilai GHIBAH atau MENGUMPAT. Adakah pernah selama
hidup kita, kita mengumpat? Mengumpat pada saudara sendiri, orang sekeliling,
pada binatang pun. Semua yang menjadi makhluk Allah SWT, pernah tak kita umpat
mereka? Mengumpat; bererti berkata-kata sesuatu yang barangkali mereka yang
diumpat itu tidak suka jika dia ketahui apa yang dah katakan. Mengumpat juga
bererti mempersoalkan apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT pada seseorang.
Bukankah kalau kita berkata: 'Erm, dia tu memang. Kuat tidur, sebab tu badan
besar.", ini seolah mempersoalkan kenapa orang tu badannya besar,
sedangkan itu kejadian Allah SWT. Memang, kekhilafan manusia dijadikan alasan
kenapa kita terjerumus dalam maksiat mengumpat ni. Tapi, beranikah kita
berdepan dengan perhitungan Allah SWT di akhirat kelak. Jika kita masih
bersenang lenang dan berasa bangga dengan perbuatan mengumpat itu, tidak
mustahil itu adalah tanda Allah menjarakkan kita dengan rahmat-Nya untuk
merasai nikmat iman dengan merasa bersalah pada dosa yang dah dilakukan. Jika
kita ada merasai gelisah, tersedar atau terdetik sesal di hati, Alhamdulillah
cepat-cepat ucapkan istiqfar, bahawasanya, Dialah yang berkuasa membolak-balik
hati kita, menyedarkan kita dari bisikan syaitan. Namun, mengumpat tu kita kena
selesaikan juga dengan orang yang kita umpat. Soal diri sendiri; 'sanggup tak
nak berdepan dengan orang yang kita umpat dan mengaku kesalahan kita tu?' atau
'sanggup tak kita nak berdepan Allah untuk kita perhitungkan nilai amalan kita
tu?'. Fahamkan, apa maksudnya???
Lapisan
Langit Kedua; Beramal kerana DUNIA.
Melepasi
Lapisan Langit Pertama, Langit Kedua, Malaikat kan menilai amalan kita dari
nilai-nilai matlamat DUNIA. Apa saja yang kita buat, matlamat tu kita kena
tahu, malah kita kena sedar. Sifat manusia adalah pelupa. Nak-nak lagi dalam
cabaran dunia akhir zaman. Cabaran penipuan hasutan syaitan sangat merbahaya.
Adakala, kebiasaan kita menjalani hidup dan pendedahan kita dengan hakikat
hidup yang tak dikaitkan dengan Allah SWT, tidak mustahil boleh menyebabkan
hati kita tak pernah sedar, tak pernah tahu pun yang kita beramal tu
bermatlamatkan DUNIA. Allah SWT kan dah berjanji, setiap amalan yang kita
niatkan selain dari-Nya, tuntutlah balasan dari apa/mereka yang kita niatkan.
Contoh; kita suka orang tu sebab dia baik dan suka tolong dia sebab nak tunjuk
kita baik. Amalan tu dah sangat baik, tapi balasan dari Allah tak ada. Sebab
Allah kan suruh kita minta dan tuntut balasan dari apa yang kita niatkan iaitu
dari kawan kita tu. Faham kan?? Sama saja dalam hal-hal lain. Bekerja, belajar,
buat kebajikan. Cuba nilai semula apa tujuannya?? Kalau nak lepas Lapisan
Langit Kedua ni, berusahalah untuk sentiasa teguh dengan niat Lillahitaala. Tersalah
letak matlamat kadang-kadang bukan menjadi penutup segala usaha untuk
membetulkan niat. Itu tanda Allah nak uji supaya kita sentiasa bergantung harap
dengan-Nya. Indah bukan??
Lapisan
Langit Ketiga; SOMBONG.
Selesai
penilaian Lapisan Langit Kedua, bergerak pula ke Lapisan Langit Ketiga.
Bertambah lagi debaran. Lepas ke tak ni?? InsyaAllah kalau kita dijauhi
daripada sifat SOMBONG atau BANGGA DIRI, tak da masalah. Oleh kerana, syaitan
tu dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s. Jadi, dia akan cuba
sedaya upaya, sehalus mungkin dengan perancangan jahatnya yang adakala kita tak
sedar pun itu satu bentuk hasutan syaitan. Jika kita tak berpegang dengan
Tauhid Allah, tak amalkan apa yang disyariatkan Allah dan tak berakhlak mulia,
mudah kita tertipu dengan agenda syaitan tadi. Orang selalu cakap dunia ini
selalu menipu, buat apa nak sombong. Sebenarnya dunia ini milik Allah, dia tak
pernah nak bantah pun perintah Allah, apatah lagi nak menipu. Jadi yang menipu
tu syaitan. Sombong, bangga diri. Sifat yang terang-terang kelihatan. Contoh;
seorang ternama dan ramai pula sukakannya. Apabila dah popular dan tidak bersyukur
dengan nikmat Allah, sifat sombong dan bangga diri pun terserlah. Maka, mulalah
timbul rasa bangga pada diri. Beringatlah wahai hati, sifat SOMBONG itu kan
ciri-ciri syaitan laknatullah. Sombongnya dia melawan perintah Allah hanya
kerana dia diciptakan dari api. Jangan melawan TUAN kerana SOMBONG itu adalah
hak mutlak Allah. Buktinya, banyak ayat-ayat al-Qur'an; 'Akulah yang
berkuasa" dan sebagainya. Jangan pula cakap; 'Akulah yang paling popular!'.
Pendek kata jangan sombong. Orang yang menolak ayat-ayat kebenaran Allah SWT
juga adalah orang yang sombong. Sama-sama kita mohon perlindungan Allah SWT.
Lapisan
Langit Keempat; UJUB.
Setelah
berjaya melawan sifat sombong dan bangga diri, amalan soleh itu berjaya
diangkat ke Lapisan Langit Keempat. Malaikat akan menilai unsur-unsur UJUB.
Sifat inilah paling merbahaya. Bila kita tahu akan sifat-sifat sombong yang
jelas kelihatan dan sekaligus menampakkan kerendahan akhlaknya terhadap nikmat
yang Allah SWT berikan padanya. Jadi, kita perlu mahu berakhlak baik dan
berusaha tidak sombong dengan apa yang kita ada. Namun, syaitan tetap memainkan
peranannya dalam merosakkan akhlak anak cucu Adam a.s. Lalu dia bisikkan dalam
hati; 'Cantik juga ya kalau kenakan tudung ni. Saya tak sombong, saya cuma mahu
kelihatan cantik. Nanti pasti orang sukakan saya'. Tahukah kita bahawa,
perlakuan itu bukan lagi sombong tapi ia adalah sifat ujub. Ia wujud diam-diam
dalam hati. Ujub adalah sifat keji yang sangat halus. Berbeza dengan sombong
tadi. Sifat ujub tidak terang-terang kelihatan seperti sifat sombong. Jadi,
nampak macam baik sikit dari sombong. Tapi, sifat inilah yang menjadi punca
penyakit hati. Bahayanya kerana orang tak tahu, kalau orang tahu, senang orang
nak tegur, perli, kritik atau apa saja. Sehingga akhirnya, tuan punya badan pun
tak tahu yang itu adalah penyakit ujub. Subhanallah. Macamana ciri-ciri sifat
ini ya? Cirinya, kita berasa hairan diri. Kita hairan yang kita boleh buat,
kita hairan dengan apa yang kita ada. Ada juga halnya yang menyebabkan perkara
ini berlaku adalah disebabkan orang lain. Contoh yang paling ketara kita boleh
lihat pada penggunaan facebook. Rata-rata ustaz, ustazah dan ilmuan juga
pendakwah sudah pun mengeluarkan kenyataan teguran dan pesanan kepada pengguna
facebook. Pesanan supaya tidak mengeluarkan dan menayangkan gambar-gambar
'cantik' mereka di facebook. Sungguh! Memang tak ada sifat sombong, yang terang
ada tertulis komen pada photo tersebut. Tapi, komen-komen mesra tuan photo
bersama teman-teman (lebih-lebih lagi berlainan jantina) sedikit sebanyak
menyumbang kepada timbulkan perasaan UJUB ini. Ia terlalu subjektif dan halus
untuk dibuktikan. Anda nilailah sendiri. Bagaimana pula kita yang menjadi
penyumbang yang menyebabkan orang lain pulak berasa hairan pada dirinya
sendiri?? Fikir-fikirkan.
Lapisan
Langit Kelima; HASAD DENGKI.
Baiklah,
apabila amalan soleh itu bebas daripada sifat ujub, Malaikat di Lapisan Langit
Kelima ini akan menilai amalan soleh tadi dari sifat HASAD dan DENGKI. Hasad
dengki adalah perasaan khianat seorang kepada orang lain dan berusaha untuk
mehilangkan nikmat itu daripada orang yang dikhianatinya. Contoh; Kita belajar
berkumpulan dalam satu kelas. Apabila ada kawan kita melebihi kita, kita mula
merasa tidak senang dengan kelebihan itu. Bukan takat tak senang, fikir pula
bagaimana nak buat orang itu jatuh. Orang yang berhasad dengki ini
terang-terang dah kalah dengan hasutan syaitan. Dan kita fikir perkara yang
memulakan seorang itu boleh timbulnya hasad dengki adalah daripada perasaan
syak wasangka atau bersangka buruk pada seseorang atau sesuatu. Ia diibaratkan
anai-anai yang makan kayu. Diam-diam, habis roboh rumah.
Ada
satu kisah, dalam sebuah majlis ilmu, ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama
para sahabat, tiba-tiba baginda berkata,"Wahai para sahabatku, sebentar
lagi akan datang seorang ahli syurga." Telah diyakini kata-kata Rasulullah
adalah wahyu Allah, dan benar lagi dibenarkan. Maka para sahabat tertanya dan
tertunggu-tunggu siapakah ahli syurga itu. Kemudian datanglah Sa'ad bin Abi
Waqash, pemuda yang dimaksudkan oleh Baginda. Maka, lahirlah perasaan 'cemburu'
dan ingin tahu seorang sahabat ini. Kenapa Rasulullah mengatakan pemuda itu
adalah ahli syurga? Apakah amalannya? Maka dia pun mohon izin untuk bermalam di
rumah Sa'ad bin Abi Waqash. Apa yang dilihat oleh sahabat ini adalah Sa'ad bin
Abi Waqash tidak mempunyai ibadah istimewa yang dilakukannya. Yang ada cuma,
ibadah yang wajib sahaja, solat malam pun tak ada. Lalu sahabat pun bertanya
kepada Sa'ad bin Abi Waqash. Maka, beliau pun berkata, "Mungkin yang
menjadikan aku sebagai ahli syurga seperti yang dikatakan oleh Rasulullah
kerana aku tak pernah sedikit pun hasad dengki bahkan tiada niat untuk hasad
dengki. Setiap malam aku akan memaafkan kesalahan semua orang sebelum aku
tidur." Bermakna, tak ada pun waktu yang dia nak bersangka buruk pada
orang lain. Seronokkan?
Lapisan
Langit Keenam; TIADA BELAS KASIHAN pada orang lain.
Amalan
soleh itu suci bersih daripada sifat hasad dengki, terus melepasi ke Lapisan
Langit Keenam. Pada lapisan ini, Malaikat akan menilai amalan soleh dari nilai
BELAS KASIHAN. Jika amalan itu tiada belas kasihan, maka tiadalah sifat kasih
sayang pada orang lain. Hatta pada binatang juga. Maka berlakulah zalim
mengzalimi. Macamana amalan soleh itu dapat melepasi 5 lapisan yang dinilai
bermacam-macam nilai mazmumah tadi, tidak mengumpat, tidak sombong, tidak ujub
apatah lagi tidak berhasad dengki. Tapi, apabila sampai pada lapisan keenam ini
amalan yang dibawa itu tiada sifat belas kasihan. Pelikkan? Inilah keindahan
Islam. Islam yang syumul. Sebagai contoh; beribadat, bermujahadah melawan
nafsu, berpuasa sepanjang tahun, solat sepanjang malam dan siang, zuhud,
qana'ah dan macam-macam lagi. Tapi, apabila seseorang alim ini cuma kisahkan
tentang hidup dan amalannya saja. Sebenarnya, dia sudah terlepas dari sifat
belas kasihan ini. Berusahalah dia untuk sentiasa jadi baik, maka
bermujahadahlah dia melawan nafsu sendirian. Pada masa yang sama, dia tidak
hiraukan masalah orang lain disekelilingnya, ahli keluarganya yang barangkali
tak pernah ada peluang nak berusaha atau nak ada ilmu untuk bermujahadah lawan
nafsu 'dunia'. Bukahkan ini zalim namanya? Maka, kalau inilah caranya nak
melawan segala sifat-sifat mazmumah yang di atas-atas tadi, amalan soleh itu
tidak akan berjaya sampai ke Lapisan Langit yang terakhir. Alangkah ruginya.
Lapisan
Langit Ketujuh; KEMAHSYURAN.
Berjaya
melawan segala bentuk cabaran untuk melepasi Lapisan Langit Terakhir. Tak
mengumpat, tak sombong, tak ujub, tak hasad, tak matlamatkan dunia, dan penuh
belas kasihan dan kasih sayang, akhirnya amalan soleh dinilai oleh malaikat
dari nilai-nilai KEMAHSYURAN. Apakah ini? RIAK! Ini pun masalah yang cukup
besar. Kalau tadi ujub tersembunyi dalam hati, nampak baik. Tapi riak pulak
lain caranya. Semua sudah cukup, sempurna! Tetapi, menyedari akan kasih sayang
Allah itu meliputi segala bentuk nikmat-Nya. Kaya dan miskin. Senang dan susah.
Payah dan mudah. Maka, nak jadi baik, IKHLAS kerana Allah SWT, tak semudah
seperti yang dibicarakan. Amalan soleh.. Adakah masih ada sifat riak padanya?
Sesungguhnya manusia itu tidak pernah lepas dari bisikan syaitan kecuali dengan
pertolongan Allah. Seperti yang diceritakan, Nabi Adam a.s. ketika dia
diturunkan dari syurga ke bumi juga kerana kelalainya pada Allah dan kalah
dengan bisikan syaitan. Syaitan cuba membisikan 'cerita yang baik' sebagai
hasutannya yang paling halus. "Tuhan kamu tidak melarangmu daripada
mendekati pohon ini melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau
menjadi orang yang kekal (dalam syurga). Dan dia (iblis) bersumpah kepada
keduanya, "sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang memberi
nasihat." (Al-A'raaf:20-12)
Sedangkan
Nabi Adam a.s di dalam syurga Allah takdirkan terpedaya dengan hasutan syaitan,
apatah lagi kita ini manusia biasa. Mampukah kita bertahan dan berjuang
memelihara segala amalan soleh daripada diketahui ramai sehingga boleh
menimbulkan riak? Jangan bersedih. Allah kan ada. Kembali berharap kepada Allah
dan yakinlah dengan Rasulullah SAW.
Setelah
amalan soleh berjaya melepasi ketujuh-tujuh lapisan langit tersebut, ia
diiringi oleh ribuan malaikat pergi menghadap Allah SWT. Amalan soleh itulah
adalah terbaik kerana berjaya melepasi kesemua lapisan langit, namun kebaikan
pada amalan tersebut akan tetap dinilai oleh Allah SWT kerana Dia lebih
mengetahui. Maka Allah akan menilai amalan soleh tu dilakukan adalah
benar-benar IKHLAS demi Allah. Setelah benar-benar dilakukan IKHLAS kerana
Allah SWT dan dengan Rahmat-Nya, akhirnya Allah mengizinkan pahala diberi dan
dimasukkan ke dalam syurga. Alhamdulillah.. ..Ehsan BPR
No comments:
Post a Comment