Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan
tergesa-gesa
selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang berada
dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus
berteriak..
"Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk
datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor tak ada
rasa bertanggungjawab ke..??"
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" Saya minta maaf, saya berada di luar
hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan
kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat
kerja saya.."
"Bertenang doktor kata..?! kalau anak
doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor bertenang..??kalau
anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" Saya akan kata bahawa Allah telah
berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan
kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat
seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik utk anak encik.."
"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya
memang senang..!" gumam si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..Tak
lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"Alhamdulillah..anak ecik selamat..!"
Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau encik ada sebarang
soalan..encik boleh tanya jururawat..!"
"Kenapa doktor-doktor sombong sangat..?!
Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan
tentang anak saya..!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir
di pipinya :
"Anaknya meninggal dunia semalam dalam
kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika
kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah pun
menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara
pengkebumian anaknya.."
Pengajaran yang sangat berharga daripada kisah
ini, iaitu jangan mudah menghukum atau menilai seseorang.. hati-hatilah dengan
sangkaan kita , kerana sangkaan yang buruk dan tidak tepat sudah pasti akan
melukakan perasaan individu terbabit.
Akhir Kalam....
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ Allahuakhbar♥♥~
"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU
HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR
MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA
DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN
CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN
AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN CERMIN"
No comments:
Post a Comment