DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Friday, October 5, 2012

Amalan Murah Rezeki


Murah Rezeki atau Rezeki Murah? Kita selalu diajar untuk berdoa, "Ya Allah murahkan rezeki ku" Memang doa ini biasanya tidak ketinggalan dimasa beribadat terutama selepas solat. Intipadi daripada doa kadang kala kita tidak ambil kisah sangat kerana doa yang kita lakukan sekadar menjadi satu tradisi untuk setiap kali beribadat atau dalam mana-mana majlis yang berciri majlis agama. Rezeki adalah pemberian Allah, kadang kala kita dapat lebih dan kadang kala kita dapat kurang. Ada juga yang tak dapat hingga kebularan. Ada peribahasa menyebut rezeki dalam mulut harimau sekali pun boleh diambil. Betul makanan yang dah masuk dalam mulut kita belum lagi dijamin menjadi rezeki kita, selagi kita belum telan. Dah telan pun boleh keluar semula kalau Allah tak takdirkan itu bukan rezeki kita. Kekayaan, kesenangan dan bahagia itu adalah hak Dia.
Kali ini saya berkongsi dengan anda semua mengenai petua-petua murah rezeki. InsyaAllah, petua-petua ini mampu menarik energi rezeki anda agar lebih lancar.
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Amalan Murah rezeki;
1.Menyempatkan diri beribadah
2.Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
3.Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
4.Tinggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
5.Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
6.Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
7.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
8.Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri
9.Banyak berselawat
 10.Buat kebajikan banyak-banyak
11.Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
12.Menjalin silaturrahim
13.Melazimi kekal berwuduk
14.Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
15.Amalkan solat malam (tahajud) - Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
16.Amalkan solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
17.Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7) Allah berfirman lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)
18.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
19.Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
20.Berikhtiar sehabisnya - Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
21.Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.

Zikir Yang Patut Diamalkan
Bismikallahumma nada`u, Fi ghuduwiw wa rawah, Laka minna kullu hamdin, Fi masaiw wa sobah, Hablana minka roshadah, Wahdiina subulasolah, Inna taqwa Allahi nurun, Wa toriqul lil falah. - Dengan nama mu Ya Allah, kami meminta pada waktu pagi dan petang, bagi mengisi segala pujian, pada waktu pagi dan petang, kurniakan kepada kami dari sisiMu petunjuk, tunjukkan kami jalan kebaikan, sesungguh nya ketakwaan kepada Allah, cahaya dan jalan kejayaan. (In the name of Allah, we pray,in the morning and evening, for u all the praise, in the morning and evening, give us the guide, show us the right path, truly, taqwa to Allah, is the light and way to success)

Doa Murah Rezeki
1) Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”
- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

4 comments:

Liburan murah ke Bali said...

Assalammu alaikum
keren banget artikelnya
moga bermanfaat bagi saudar-saudara muslim kita
amien

ahmad said...

silakan

fendijr said...

16.Amalkan solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:??


17.Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:??

Salam. Kerja yang tidak lengkap. Maaf.

ahmad said...

Subhanallah, Terima kasih fendijr atas semakan, memang saya tertinggal dan saya telah masukkan kembali. Terima kasih sekali lagi.