Saya
kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku
pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi
panduan dan peringatan pada kita..
Marahnya
seorang Isteri - “Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor
mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu
macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.” Memang ada isteri begitu… dia tak
pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri
benar-benar marah.
Peringatan
untuk Isteri - Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah
jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika
marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna
lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan
ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja
Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan
syaitan pun akan lari.
Marahnya
seorang Suami - “Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah
pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak
dan cakapnya penuh emosi.”
Peringatan
untuk Suami - Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah..
.renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi
pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis. Suami
yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air
mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata
itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan
melahirkan zuriat untuk kita. Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun
buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita. Rasanya tahap
kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah
seorang Isteri - Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah. “Saya
tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi,
hangat jugak hati dibuatnya.”
Peringatan
untuk Isteri - Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia
rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau
dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah
sekuat hati hingga puas.
Marah
seorang Suami - “Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja,
pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau
diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah
seorang Isteri - Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk
kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di
otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.
Marah
seorang Suami - Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar
jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada
masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
Marah
seorang Isteri - Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi
mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit
ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga
kita.
Marah
seorang Suami - Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula
belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan
pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan
sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau
menolak apa yang kita masak.
Marah
seorang Isteri - Isteri bila marah.. suruh suami tidur kat luar bilik. Kunci
pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar
tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami
ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.
Apa
yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan
pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan
atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan
atau kelemahan. Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan
tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
1 comment:
Assalamualaikum, terima kasih atas posting yang sangat bermanfaat ini..
Post a Comment