Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Sahabat yang saya hormati sekalian. Sebelum saya meneruskan tinta saya, cubalah tanya
diri dan jawab sendiri 2 soalan berikut. Sudah berapa lamakah saya telah
tinggal di dunia ini? Berapa lama lagikah masa yang saya ada untuk tinggal di
dunia ini?
Ingin
saya mulai tulisan saya dengan menyebut Firman Allah dalam Surah Al Ashr (Masa)
yang bermaksud: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian,
kecuali orang orang yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya
mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. Berapa
lamakah kita telah tinggal di dunia ini? 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau
bertahun tahun lamanya?
Apakah
masa yang berlalu itu terisi dengan penuh pengisian yang sebenar benarnya atau
tersia dengan segala macam sia sia? Marilah kita melihat dari sudut yang
berbeza, menilai dan meneliti setiap perbuatan kita adakah kita berada di dalam
golongan yang benar benar dalam kerugian atau tergolong dalam insan yang
beruntung dunia dan akhirat? Betapa hari ini kita melihat setiap orang berkejar
kejar ke sana dan ke sini dengan dua kaki, kereta, train, flight dan lain lain
untuk pelbagai urusan, setiap minit sungguh kita berkira, kita dikejar masa,
makin hari makin terasa kepantasannya hingga tak terkejar.
Berhentilah
sejenak, mari kita berpaling kebelakang mengimbau apakah setiap perbuatan kita
itu ada nilainya? Berkejar-kejar untuk urusan dunia @ berkejar kejar untuk
menunaikan ibadat kepada Allah SWT. Ajak mengajak ke arah kemaksiatan @ ajak
mengajak berbuat kebaikan. Saya juga seperti kalian semua, saya memiliki 24 jam
7 hari seminggu. Setiap masa diperuntukkan semua sama tapi bagaimana kita
memanfaatkan masa supaya kita tidak menjadi bankrupt pada masa akan depan.
Berapa
ramai di kalangan kita meninggalkan solat kerana pelbagai alasan yang tidak
munasabah ;
Tiada
masa kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas
Tiada
masa kerana meeting berjam jam dari pagi hingga ke malam
Tiada
masa ke surau kerana suraunya jauh
Tiada
masa kerana perlu banyak berehat ketika sakit
Tiada
masa kerana mengejar assignment deadline
Tiada
masa kerana sibuk mengelolakan majlis penting disertai VVIP
Dan
banyak banyak lagi alasan yang kita reka sesedap hati.
Adakah
alasan-alasan ini yang akan kita jawab di akhirat kelak?
Tiada
masa…?
Solat
5 kali sehari x10 minit = 50 minit setiap hari. Adakah masa 24 jam sehari itu
tidak mencukupi untuk kita meluangkan masa 50 minit sehari untuk mengerjakan
solat fardu? Hanya 3.5% sehari kita peruntukkan untuk bersolat?
Sahabat,
Kita
ada masa untuk membeli belah di shopping complex berjam jam lamanya
Kita
ada masa menonton rancangan kegemaran di Astro
Kita
ada masa untuk melepak dan bersembang dengan kawan kawan di kedai kopi
Kita
ada masa buat itu dan ini
Tapi
sayang sekali… kita boleh kata tiada masa untuk bersolat!?
Oh
alangkah ruginya hidup kita, terisi tapi hanya sia sia kerana melupakan
tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi.
Pernahkah
kita fikir, bagaimana nanti kita benar benar sudah tiada masa? Waktu nyawa
sudah di kerongkong? Ketika lembaran langit sudah digulung-gulung menutup
tirainya? Pada tika itu, ketahuilah… Segunung emas dan permata sekalipun tidak
mampu membeli masa yang telah berlalu. Bak kata Imam al Ghazali; “Sesuatu yang
paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali.
” Dalam keadaan dunia serba maju semuanya mahu cepat, kita pula diberatkan
dengan pelbagai bentuk tanggungjawab yang kadangkala menghimpit ruang masa
kita.
Sahabat…
Walau
betapa banyaknya tanggungjawab kita, tanggungjawab kita sebagai hamba kepada
Allah swt mesti diutamakan! Insyallah dipermudahkan urusan kita di dunia dan
akhirat. Janganlah kita hidup seperti sebuah robot, siang dan malamnya sama
sahaja, hidup dan matinya hanya untuk berbakti kepada manusia dan hayatnya pula
hanya didunia seketika cuma. Kawan kawan, marilah kita renungi bersama,
Firman
Allah SWT dalam surah al Kahfi ayat 103-106 yang bermaksud: Katakanlah “Apakah
akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang orang yang paling merugi
perbuatannya?” Iaitu orang orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam
kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik
baiknya. Mereka itu orang orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka
dan(kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuskanlah amalan-amalan
mereka, dan Kami tidak akan mengadakan satu penilaian bagi (amalan)mereka pada
hari kiamat. Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan
kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul rasulKu
sebagai olok-olok. 20
tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya, status amalan kita masih
KIV (Keep In View) hingga ke titik terakhir.
Sahabat…
Berapa
lama lagikah masa kita masih berbaki di dunia? Ternyata tiada seorang pun di
kalangan kita mengetahuinya. Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Yang
pasti setiap hari yang berlalu mendekatkan kita pada hari yang nyata iaitu
kematian.
Sekarang,
ketika ini dan di saat ini , kita masih ada masa untuk memperbaiki amalan kita.
Usah disiakan masa yang ada, pergunakan dengan sebaik-baiknya, rancanglah masa
dari sekarang, laksanakan dengan amalan, persiapankan diri untuk masa depan. Semoga
kejayaan menanti kita di hadapan sana.
No comments:
Post a Comment