Lebah,
Madu dan Pokok Tualang
Tualang
ialah sejenis pokok hutan tropika yang sangat tinggi. Lebah Tualang yang dikenali
dengan nama saintifiknya “Apis dorsata” membuat sarang di atas pokok ini,
kadang-kadang lebih dari 50 koloni terdapat di atas satu pokok. Spesis ini
adalah liar dan tidak boleh dibela seperti sepsis “apis mellifera” atau “apis
cerana” yang menghasilkan Madu berwarna keemasan. Lebah ini mengambil manisan
(nectar) dari beratusan jenis pokok, tanaman, bunga-bungaan dan herba yang
terdapat dalam hutan, dan kepelbagaian ini menghasilkan lebih banyak
kompoun-kompoun yang memberi menafaat
kepada manusia yang memakan hasil madunya.
“Madu
dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari
sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berkait dengan sumber manisan
bunga (nectar) yang dikutip oleh lebah”. (Ibn Qayyim al-Jawziyya, dalam kitab
At-Tibb Nabawi). Lebah ini menghasilkan madu hutan yang lebih gelap warnanya. Mineral
seperti potassium, klorin, sulfur, besi, manganese, magnesium, dan natrium
(sodium) adalah lebih tinggi dalam Madu yang berwarna gelap. Tetapi sebenar
yang lebih penting ialah kandungan antioksidan iaitu flavanoid dan polyfenol
yang sangat tinggi dalam Madu gelap.
Madu
Tualang sememangnya adalah lebih cair dari madu impot oleh kerana cuaca di
negara kita yang mengalami banyak hujan, namun kualitinya tidak kurang malah
mungkin lebih superior berbanding dengan Madu Arab atau Madu Australia dan New
Zealand yang lebih terkenal. Madu Tualang Sistem An Nisaa datangnya dari Sumatera,
Indonesia dan berwarna sangat gelap sehingga kelihatan berwarna hitam. Semakin
lama Madu ini disimpan, semakin gelap, sedap dan berkhasiat ia menjadi. Madu
yang dipek dalam botol kaca yang bersegi enam menjadikannya lebih baik
seolah-olah ia masih berada dalam sarangnya yang berbentuk begitu juga. Madu
yang disimpan di dalam botol gelap juga melindungi kandungan khasiatnya tidak
terhapus oleh cahaya matahari. Simpan ditempat yang sejuk (bukan peti ais) dan
gelap dan kering seperti almari dapur. Madu tempatan adalah yang terbaik untuk
penduduknya kerana lebah mengambil manisan (nectar) dari bunga-bungaan tempatan
yang mempunyai unsur-unsur perubatan yang terbaik untuk penduduk setempat.
Madu
adalah sangat sesuai digunakan untuk rawatan penyakit rohani dan jasmani, tepat
dengan prinsip perubatan Nabi. Madu yang pelbagai warnanya (An-Nahl 16:69)
adalah penawar bagi pelbagai penyakit kerana tubuh manusia juga bergetar dengan
pelbagai frekuensi warna dalam dan luar tubuh. Madu sangat cepat dan mudah
diserap ke dalam saluran darah (dalam masa tujuh minit) untuk merangsang otak
dan menjadi tenaga. Ia adalah makanan bagi roh maka ia sangat baik untuk
menjana semangat dan jiwa yang kental.
Hidrogen
peroksid merupakan bahan aktif yang memberi madu kesan antibakterianya. Madu
merupakan bahan awet semulajadi (the trustworthy preserver) yang mengekalkan
kesegaran makanan oleh itu makanan di dalam perut tidak cepat reput dan busuk.
Madu menambahkan keaktifan (memangkin) atau menambah tenaga kepada penawar yang
lain. Ia bersifat laxative dan diuretik, mencuci dan menjaga organ hati (liver).
Madu memberi tenaga, kecerdasan otak (untuk yang lemah berfikir dan pelupa),
dan memberi keceriaan dan semangat untuk hidup. Dos atau kuantiti yang sesuai
berbeza di antara setiap orang dan anda perlu peka dengan keperluan tubuh anda
sendiri. Sekiranya madu tidak memberi apa-apa kesan setelah dimakan beberapa
hari, tambahkan sedikit jumlah yang diambil.
Sekiranya
mengambil Madu membuka selera makan lebih dari biasa, bererti kuantiti yang
diambil sudah terlebih dan tidak setimpal dengan jumlah aktiviti fizikal anda.
Samada kurangkan jumlah Madu ataupun tambahkan aktiviti, kerana tenaga tubuh
sudah pun meningkat.
Lebah Apis Dorsata
Rahsia
Menguruskan Badan Dengan Madu
Sekiranya
ingin menguruskan badan, ambil madu setiap pagi. Yang penting, pastikan buat
senaman atau aktiviti fizikal yang akan mengeluarkan peluh sejurus selepas
mengambil Madu. Sekiranya tubuh anda ada banyak toksin, dan anda baru sahaja
mula mengambil Madu, anda akan rasa lesu dan mengantuk selepas mengambil madu.
Jangan rihat atau tidur, lawan dan jalankan senaman atau aktiviti yang patut.
Dalam beberapa hari sahaja anda akan rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan
lebih bersemangat.
Untuk
melangsingkan badan, tambah Cuka Buah pada Madu dengan nisbah 1:1 dan minum setiap hari. Campuran ini
juga akan meningkatkan sistem imun dengan amat ketara sekali. Untuk
mengempiskan perut, rebus sepotong halia sebesar ibujari dengan air selama
sepuluh minit dan bila air rebusan sudah sejuk, tuangkan ke dalamnya sesudu
besar Madu. Buat senaman atau aktiviti fizikal.
Satu
Lagi Rahsia Cara Mengamal Madu
Kaedah
amalan ini terdapat dalam Kitab At-Tibb Nabawi yang ditulis oleh Ibn Qayyim
Al-Jawziyya. Amalan ini dikatakan akan mencegah daripada ditimpa penyakit
kronik. Celupkan jari manis ke dalam Madu asli mentah dan jilat. Ini dikenali
sebagai ma'junat (electuary) dan disaran melakukan ini sebanyak tiga kali dalam
sebulan.
Tiada
keterangan diberi tentang amalan ini tetapi penulis percaya bahawa ada
tindakbalas yang berlaku diantara enzim-enzim pada jari manis, enzim air liur
dan Madu. Juga, satu rakaman data berlaku apabila jari dicelup ke dalam Madu,
dan penawar akan bertindak mengikut keperluan yang ditafsirkan melalui celupan
jari manis tersebut. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya Madu adalah Madu
mentah yang "hidup" kerana mengandungi enzim-enzim yang hidup (raw
honey), iaitu Madu yang tidak dipastur
dan diproses.
Rasulullah
SAW amat gemari minum madu yang dicampurkan dengan air yang sejuk. Air panas
atau suam mungkin menghapuskan enzim-enzim hidup dalam Madu. Enzim-enzim ini
amat penting menjalankan tugas sebagai penawar.
Rahsia
Ketiga Cara Amalan Madu
Untuk
menyejukkan tubuh, masukkan Madu ke dalam gelas. Tuangkan air yang sejuk,
kacau, baca selawat syifa' dan minum. Untuk memanaskan tubuh pula, tuangkan air
sejuk ke dalam gelas. Bubuh Madu ke dalam air, kacau, baca selawat syifa' dan
minum.
Banyak
kajian sedang dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang fungsi
Madu dalam melemahkan gene dan virus penyakit-penyakit keturunan seperti
kencing manis, kanser, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ini juga
termasuk “virus” penyakit-penyakit autoimun, “degenerative” dan virus HIV di
mana sel-sel diserang oleh antibodi dan tisu tubuh sendiri.
Madu
yang tidak dipastur dan diproses (raw honey) bercampur dengan Cuka Buah tanpa
atau dicampur dengan air sejuk adalah penawar semulajadi yang amat berkesan
untuk batuk berkahak, sakit tekak, alahan dan juga amat membantu dalam
membantutkan pertumbuhan sel kanser. Campuran ini mengaktifkan kandungan
potassium yang sangat penting fungsinya iaitu mengawal keseimbangan cecair
dalam dan luar sel.
Madu
dan Cuka buah (epal, tamar, delima, anggur atau mulberry merupakan campuran
yang menjadi penawar yang amat berkesan untuk pelbagai penyakit seperti alahan,
resedung, gangguan pencernaan, gastrik malah mampu juga mengawal pertumbuhan
sel kanser
Madu
juga sangat berkesan dalam rawatan ulser di luar dan di dalam tubuh. Jika ada
ulser dalam perut, minum sesudu besar madu setiap hari, manakala jika ulser
berada dalam mulut, lumurkan madu ke atasnya. InsyaAllah dalam sehari sahaja
kesakitan dan keradangan ulser akan berkurang. Untuk masalah mata, larutkan
madu dengan air zam-zam dan cuci mata. Oleh kerana madu asli bersifat asid,
mata akan terasa pedih sedikit tetapi yakinlah dengan kaedah ini kerana sifat
anti-bakteria dan anti-virus dalam Madu sangat mujarab.
Untuk masalah lemah tenaga batin, amalkan makan Madu Tualang Sistem An Nisaa dan
Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa sekali atau dua kali sehari.
PERINGATAN!
Tiada
ujian di luar makmal yang betul-betul dapat membezakan madu asli dari Madu
tiruan. Madu tiruan sekarang terlalu canggih komposisinya dan dapat lulus semua
ujian seperti ujian mancis, ujian telur, ujian piring putih dan ujian semut.
Hanya ujian makmal sahaja dapat mengesahkan keaslian madu dengan kehadiran
enzim yang tidak dapat diproses/ ditiru. Sesetengah pakar dalam madu juga dapat
membezakan di antara yang asli dan yang tiruan dengan merasa madu itu.
No comments:
Post a Comment