Jiwa
ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat
dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan – pasti ada titik-titik
down kita. Apa perasaan ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang
pernah membara dan jiwa terasa amat-amat kosong. Normal kita jika berlaku
sedemikian? Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia
adalah perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya.
“
Iman itu bertambah, dan berkurang.”
“
Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa lemahnya.”
Persoalan
di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Sikap proaktif yang
bagaimanakah akan kita cerna dan gerakan ketika menghadapi situasi sebegini.
Suka saya mulaikan perkongsian ini dengan bingkisan jiwa murabbi saya, Abu Umar
berkaitan jiwa kita.
Bingkasan
Jiwa: Apabila Jiwa Kosong
Apabila
jiwa kosong
maka
kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang
siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan
deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak
ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga
kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa
adalah sarang kebahagiaan,
taman
ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah
perginya kelazatan
pada
sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari
manakah datangnya kepanasan
di
ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia
tetap manusia,
memerlukan
hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar
dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana
takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan
tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian
untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta
ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam
rimbunan pepohon keimanan.
Sungguh
sederhana bahasanya serta sentuhan perasaan yang dinukilkan. Tetapi, jika kita
amati jika jiwa kita kosong, hambar, hilang keghairahan serta tiada lagi
manis-manis keimanannya maka yang bertakhta di hati hanyalah kesengsaraan,
kekecewaan, kerisauan dan kesedihan. Apabila dirundum kesedihan sedemikian rupa,
apa sebenarnya yang kita hajati?
Tentunya,
ramai orang hajatkan sebuah hembusan yang bernama ketenangan, kebahagian dan
ketenteraman. Justeru, rawatan pulih itu perlu disegerakan, digerakan,
dilaksanakan dan diamalkan sepanjang hayat kita. Oleh itu, perkongsian saya
kali ini ingin membawa sahabat pembaca kepada ubat yang boleh mengisi
kelompongan yang ada dalam hati kita ini. Rawatan yang harus disegerakan
sepantas kilat yang bercahaya.
Rawatan
Jiwa: Super Ten (Super 10)
Apa
tu? Super 10 ini hanya nama yang saya letak untuk 10 amalan yang akan
memberikan suatu kesan yang luar biasa sekiranya kita amalkan dalam kehidupan
kita. Ianya hanya bermakna apabila kita buat, amal dan beristiqamah dengannya
dalam bentuk pengamalan dan penghayatan. Apakah elemen-elemen Super 10 ini?
Pertama:
Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya.
Solat
Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah
kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad
SAW bersabda dalam hadis: “ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana
qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan
diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” (
Riwayat At-Tirmidzi). Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia
lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada
riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih
dan suci!
Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana
ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.
Al-Quran
adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Kita percaya? Ya. Ia merupakan
pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk
melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT
dalam Firmannya: “ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82) Dan satu ungkapan
yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA:“ Sekiranya hatimu
itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”
Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.
Solat.Ia
merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat
menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.
Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu
menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Kesempurnaan
solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya.
Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah
cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman
di dalam jiwanya. Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat
manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Dan
dijadikan mataku sejuk dalam solat.” ( HR Nasai)
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Rasulullah
SAW bersabda: “ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang
perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya
dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA). Sejujurnya,
kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian
apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa
janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.
Kelima:
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana
ia penyubur kasih sayang.
Sedekah
adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang
mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya
di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman: “ Perumpamaan
orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji.
Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha
Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
Keenam:
Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu’.
Imam
Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW
bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil
berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang
dingin menusuk tulang.” Saidina Umar Al-Khattab RA: “Sesungguhnya wudhuk yang
baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Apa
itu istighfar? Maknanya: Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.” Istighfar
ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan
kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad
yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. “ Dan bersitighfarlah
kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20). Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda: “
Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam
sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
Kelapan:
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Saban
hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai
bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan
memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat
dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang
yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen
Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh
menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar
kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
Kesembilan:
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah
seorang mukmin sejati.
Rasulullah
SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan
ungkapannya: “ Senyum itu adalah sedekah.” Senyuman itu akan membahagiakan
sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit
kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi
melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan
Islam. Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan
meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna
berkata : “Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun
ia pernah berada.”
Kesepuluh:
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya
nilai amalan di sisi Allah SWT.
Ikhlas
adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas
utamanya. Firman Allah SWT: “Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk
beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh
ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5) Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas
: “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan
ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada
selain-Nya.”
Penutup
: Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi
Andaikata
sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah
kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan
apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.
Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam
rangka menjadi hamba Allah SWT.
SUMBER
---- langitilahi
No comments:
Post a Comment