Pada suatu hari, Saya
bertanya kepada emak, "Mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan
kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya
tercengang..Mak mengukir senyuman. "Pilihan hati mak adalah yang sayangkan
kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak
tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan
kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam
hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari
mak sedangkan sekilas dihati saya pun mak mampu membacanya."Yang paling
tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana
hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun
ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatanNya
tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya
memintas, "Tak faham.." Mak menyambung "Cinta di dalam jalan
Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung
lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu
fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah,
sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap
manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya
ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu,
cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Kakak, mak dulu masa
remaja ada secret admire… Rajin betul dia hantar surat.. Masa tu mak dah tahu
yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu
layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak
yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.
.lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan
membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak,
maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya
merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada
perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah
mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang
pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu… Mak takut pada Allah. Mak
bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. "Mak, seperti kakak.." mak
memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap
rambut di kepala saya.
"Mak anak ustaz
ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok
wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati
mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di
sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan
dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an
dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman
tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut
bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru
besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak
jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah
jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti
kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara
emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan
pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula
setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana
personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak
ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan
menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa
agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak
sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang
serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua
yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan
batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran
saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu
diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta
perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu
keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di
atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan
dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,
jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita
paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba
air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak
meneruskan,
"Allah itu Maha
Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan
yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya
memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu
sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,
kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang
kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas
syariat, itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik,
sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya
dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna
ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha
Allah..
Perbezaannya, dia halal
untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya."
emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa... Tentu kering tekak emak
menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak
kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan
suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai
isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar
baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap
kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta
dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana
itu kita mencintai si dia.
Letakkan Allah sebagai
sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak
abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau
sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian
hal kerana Allah semata-mata.." "Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam
dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.
. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan
Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan
masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu
dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat
bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta
dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,
sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,
hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah
merasai sahaja yang mampu mengerti. " Redha
"Kakak.. Walau
siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang
redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang,
tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang
ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan
dengan kelebihan masing -masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat
mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang
mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada
sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu
bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak
kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..
" Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak
berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat
kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia
pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata
yang mengalir ke bahu saya...
No comments:
Post a Comment