DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, April 2, 2014

Hujan: Antara Barakah dan Musibah

Hujan, air jernih dari langit yang setiap titisnya adalah rahmat, membawa rezeki kepada seluruh hidupan di muka bumi. Namun masih ada yang sanggup mengeluh dan membenci. Hujan yang dianggap sebagai penghalang untuk mereka melakukan sesuatu aktiviti luaran.
Kisah Hujan dalam Al Quran - Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana melimpah rezekinya kepada seluruh umat manusia. Kisah Hujan ada ceritakan dalam Al Quran. Seperti yang terkandung dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 22. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit·sebagai atap, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.

Ketika hujan turun... suasana panas akan menjadi dingin. Air yang turun membasahi bumi menyejukkan bahang udara yang panas. Suasana menjadi suram dan kelam. Cahaya mentari dilindungi oleh awan hitam. Kebanyakan aktiviti luaran akan terhenti seketika. Binatang juga tidak terkecuali. Masing-masing perlukan perlindungan dari kebasahan. Dikala inilah masa yang sesuai untuk kita menikmati ketenangan sambil merenung titisan hujan yang turun. Suasana kelam yang dingin dan nyaman memberi rasa kedamaian dan keinsafan.

Masa untuk merenung seketika akan kekuasaan Ilahi... menjadikan hujan, titisan air yang turun dari langit. Menjadikan hujan untuk menyejukkan udara yang panas. Menjadikan hujan, memberikan semua makhluk sumber  air untuk kehidupan. Menjadikan hujan sebagai sumber pertumbuhan pepohon dan tanaman.

Satu kitaran yang kompleks dalam aturan alam... secara ringkasnya, air di bumi meruap naik ke udara lalu membentuk awan dan akhirnya kembali jatuh semula kebumi sebagai hujan... Begitulah juga kehidupan kita di dunia ini, bak air hujan... DariNya kita datang...dan akhirnya kepadaNya jua kita kembali. Begitulah aturannya... Sebagaimana hujan, kita juga mempunyai sebab dan tanggungjawab dalam mengharungi kehidupan ini.

Pabila turunnya hujan... anda renungkanlah seketika. Hujan yang turun memberi seribu Rahmat dari Ilahi buat setiap makhluk dan hidupan di muka bumi ini. Semoga kita sentiasa bersyukur dan menghargai setiap kejadian dan jangan kita lupa... berdoalah. Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW  apabila melihat hujan, baginda berkata: ”Semoga hujan yang bermanfaat.”
Dan ketahuilah ketika hujan adalah satu tempat doa mustajab dari Allah SWT. “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi) Doa ketika hujan: اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا Allahumma Shoyyiban Na’fian - "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari)..

Air Hujan Itu Tawar dan Boleh Diminum.
“Maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendaki , nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?” (Surah Al Waaqiah 56:68-70). “…dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar?” (Surah Al Mursalat, 77:27). “Dialah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya(menyuburkan) tumbuh tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu (Surah An Nahl , 16:10)

Seperti telah kita ketahui, air hujan berasal dari penguapan air dan 97% merupakan penguapan air laut yang masin. Namun, air hujan adalah tawar. Air Hujan bersifat tawar kerana adanya proses fizikal yang telah ditetapkan Allah. Berdasarkan sunnatullah ini, dari mana pun asalnya penguapan air ini, samada dari air laut yang masin, atau dari danau yang mengandung banyak mineral, atau dari dalam lumpur, airnya yang menguap tidak pernah mengandung bahan lain apapun dari asalnya.

Air hujan akan jatuh ke tanah dalam keadaan murni dan bersih, sesuai dengan ketentuan Allah: “….Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.” (Surah Al Furqan 25:48) Maha suci Allah dengan segala kalamNya.

Rahsia Alam di sebalik Hujan - Hujan juga selalu dikaitkan dengan pelbagai erti dan maksud. Namun adakah kita tahu Keistimewaan dan Rahsia Alam di sebalik titisan air dari langit ini. Berikut ialah beberapa Fakta Menarik disebalik Hujan yang jarang diketahui umum.
1. Purata kelajuan jatuhnya titisan air hujan adalah 8-10 km/jam.
2. Air jatuh ke bumi dengan kelajuan yang rendah kerana titis hujan memiliki bentuk Teardrops yang meningkatkan daya geseran atmosfera dan membantu hujan turun ke bumi dengan kelajuan yang lebih rendah. Andai kata bentuk titis hujan berbeza, atau andaikan atmosfera tidak memiliki sifat geseran, akan berlakulah kemusnahan setiap kali turunnya hujan.
3. Ketinggian minimum awan hujan adalah 1.200 meter dan ketinggian maksimum 10.000 meter.
4. Efek yang ditimbulkan oleh satu titis air hujan yang jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan objek seberat 1 kg yang jatuh dari ketinggian 15 cm.
5. Dianggarkan 16 juta tan/saat air dari bumi tersejat ke langit untuk membentuk awan hujan.
6. Dalam satu tahun, dianggarkan berat·kuantiti air yang terlibat dalam kitaran hujan mencapai 505x1012 tan.
7. Butiran air hujan berubah bentuk sehingga beratus kali setiap saat.
8. Jika butiran air hujan itu dibekukan, ia akan membentuk keping kristal yg indah, tidak seperti air biasa yang di sejukbekukan.
9. Setelah hujan turun, tanah, lalang, rerumput akan mengeluarkan bau wangi istimewa yang dinamakan Petrichor.
10. Hujan memiliki kemampuan untuk menghipnotis manusia untuk meresonansikan ingatan masa lalu. Di dalam hujan, ada lagu yang hanya boleh didengar oleh mereka yang rindu.
Ketika hujan juga kita perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dalam kemalangan seperti memandu. Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, Teliti dan perhalusi 7 tips ini;

1. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

2. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

3. Kurangkan memandu di lane/lorong kanan sekali. Kita sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.
4. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

5. Jangan menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

6. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

7. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?

Berhati-hatilah kerana hujan menyejukkan suasana, jangan kita pula memanaskan kembali.

No comments: