Lafaz
merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan
maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan
penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati
atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz
akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia
tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita
lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.
1.
LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD
NIKAH)
Pengantin
lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca: “Adalah
saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah
menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin
(nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat
setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku
selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”
Kemudian
dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca
‘Basmalah’ dan doa berikut: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan
kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada
keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”
2.
LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah
selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa
di dalam hati: “Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan
pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”
Kemudian
barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin: “Adalah saya (nama
pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh
kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya
akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi
kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan
nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga
perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah SWT”
3.
PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA
PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan
oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah
pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut: “Adalah saya
(nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat
ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang
dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami
yang sah. Semoga diberkati oleh Allah SWT ke atas kamu dan orang yang di bawah
tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin”
4.
PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
“Anakku
(nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan
perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah
ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu
seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk
melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah
dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang
mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan
ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku
terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah
Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan,
ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas
segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”
5.
TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
“Wahai
ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan
berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum
saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala
cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang
yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan
kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”
Kemudian
salam dan cium tangan ibu ayah.
6.
LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)
“Dengan
ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin
perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam,
kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat
bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima
tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan
akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami
seperti berikut:
1.
Memberi nafkah zahir dan batin.
2.
Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3.
Keselamatan yang terjamin.
4.
Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
aya
mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu
bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”
Moga
pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas
agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan tugas dan
tanggungjawab mereka di alam rumahtangga.
No comments:
Post a Comment