Kata
pepatah Melayu, ´kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana
(binasa)´. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik
boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Lidah
adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi ia sering
disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti
menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat menjatuhkan maruah
orang lain.
Allah
berfirman: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan
dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan
kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10
Justeru,
kita mestilah berhati-hati dalam percakapan sehari-harian. Jika dikhuatiri
mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi
mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain
terasa hati. Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang
lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain
silap mendengarnya. Ini berkait rapat dengan kata-kata ´terlajak perahu boleh
berundur, terlajak kata buruk padahnya´.Satu kesalahan yang paling rapat dengan
lidah ialah penyebaran fitnah dan mengadu domba. Fitnah mendatangkan kesan
bahaya dalam masyarakat kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara.
Allah
mengingatkan manusia mengenai buruknya fitnah. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah
ayat 191: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” Banyak
orang tidak sedar mereka melakukan fitnah kerana amalan itu sudah sebati dalam
masyarakat. Ada yang menganggap melalui fitnah barulah mereka boleh berjaya
dalam kehidupan di dunia sedangkan di akhirat akan berlaku sebaliknya.
Fitnah
boleh berlaku disebabkan pertandingan mendapatkan kuasa, pangkat, menjatuhkan
orang lain dan kekayaan. Apa yang disebarkan untuk memburuk-burukkan individu
atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik
dan layak dibandingkan dengan orang lain. Ia juga menyebabkan nilai agama
musnah daripada menjadi pegangan hidup dalam masyarakat. Apabila nilai agama
yang menjadi tunjang kesempurnaan hidup hilang, maka banyak dosa dilakukan.
Daripada
Muaz bin Jabal r.a (dalam sebuah hadith yang panjang) ...Selanjutnya Rasulullah
SAW bersabda: ''Sukakah engkau hai Muaz!
aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya
serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW
kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah
sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula:
''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''.
Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya
sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah!
Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu
engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan)
ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''. (Hadith Riwayat
Tirmizi)
Usia
dan menginjak dewasa Sesingkat itu kita telah bertemu dengan pelbagai orang.
Ramai dikalangan kita tidak sedar bahawa "mulut" adalah tempat
melakukan dosa jika tersalah guna. Selalunya "mulut" akan melakukan
dosa melibatkan manusia yang lain. Fitnah, mengadu-domba, mengumpat,
mereka-reka cerita, mengaibkan orang lain, menipu, mengkeji, dan lain-lain
semuanya berpunca dari "mulut".
Allah
SWT menciptakan mulut hanya satu. Maka tidak perlulah berkata-kata terlalu
banyak. Menceritakan hal dunia terlalu banyak. Selalu bercerita tentang orang
lain kepada orang lain yang lain. Tidakkah kita sedar bahawa kita sedang
melakukan dosa.
Kini
kehidupan makin maju. Facebook adalah medium meluahkan kata-kata. Selalunya
kita akan membaca status yang baik-baik dari wall seseorang. Walaupun
sebenarnya di alam nyata dia sering menggunakan "mulut" untuk
menyusahkan orang lain. (ini ialah masalah). Di dunia ini kita sering takut
kepada sesuatu yang pada jasadnya kotor, walhal sebenarnya jika pada jasadnya bersih
tetapi dalamannya kotor adalah satu perkara yang amat-amat bahaya.
Disini
nyatakan beberapa contoh untuk pencerahan:
·
"Kamu
tahu tak Ramli tu pemalas orangnya, dia selalu ponteng melakukan kerja",
kata Man kepada Abu. (Adalah lebih baik Man terus menasihati Ramli tanpa
memberitahu Abu)
·
"Tadi
aku bersembang-sembang dengan Joyah, nak tahu tak Joyah cakap apa, Joyah cakap,
ko ni suka mengumpat tentang anak tok ketua kampung sebelah ", kata
Amani kepada Cikyah. (Adalah lebih baik Amani tidak memburuk-burukkan nama
Joyah kepada Cikyah)
·
"Ko
nak tahu tak, bos syarikat kita tu memang tengah gatai dengan pekerja baru dia
tu, dah la cantik, bujang pulak tu, bos kita ni memang tak mengenang jasa
pekerja-pekerja lama macam kita ni", kata Fakrul kepada Wan. (lebih baik
Fakrul bertawakal kerana bukan rezeki itu datang dari bosnya, sebaliknya dari
Allah SWT)
Itu
adalah beberapa contoh kerana "mulut" badan binasa. Jika perkara ini
terus berlaku, kita boleh senaraikan beberapa kesan yang akan terjadi.
Antaranya:
·
Perpecahan.
·
Persengketaan.
·
Salah
faham
·
Bermasam
muka.
·
Tekanan
kerja.
·
Difitnah.
·
"Batu
api" terus bermaharaja lela.
·
Orang
yang tidak bersalah dizalimi.
·
Tidak
harmoni.
·
Sering
bersangka buruk.
Apakah
di antara kesan tidak menjaga tutur kata ?
1-Fakta
yang tidak betul dan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut menyebabkan saudara Muslim berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan umat Islam tercalar
4-Menyukarkan usahasama dalam kalangan umat Islam
5-Fitnah boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar luaskan
dosa dalam kalangan umat Islam
7-Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh
Cara
penyelesaiannya ialah:
·
Jangan
terus percaya kata-kata orang, orang yang mengatakan tentang orang lain, 90
peratus adalah salah. Jadi, terus tanya kepada orang tersebut.
·
Jangan
menyebarkan khabar angin dan membesar-besarkan cerita.
·
Jangan
menyebuk urusan orang lain.
·
Diam
lebih baik dari berkata-kata.
·
Semoga
kita di tempatkan dalam golongan yang tidak lalai dan sering muhasabah diri
sendiri. Sebaik-baik orang adalah orang yang MERENDAH DIRI.
No comments:
Post a Comment