Kajian
menunjukkan 60 peratus orang yang berusia lebih 60 tahun mengalami masalah kehilangan
pendengaran. Menurut Pakar Pendengaran di Bay Audio Malaysia, Andrew Campbell,
rakyat Malaysia dan penduduk di Asia kurang mengutarakan masalah pendengaran
berbanding di Australia.
"Lebih
kurang 20 peratus pesakit yang mengalami kehilangan pendengaran akan mencari
penyelesaian untuk masalah mereka. Di Malaysia, dianggarkan hanya lebih kurang
0.5 peratus akan melakukan demikian, mungkin disebabkan kurang maklumat di mana
untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di Bay Audio, The Curve,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Pendengaran
sihat tambah Andrew, bunyi diukur dalam unit desibel. Bunyi dari peti sejuk
ialah 45 desibel, perbualan biasa adalah kira-kira 60 desibel, dan bunyi bising
dari lalu lintas bandar yang sibuk boleh mencapai 85 desibel. "Sumber
bunyi yang boleh menyebabkan hilang pendengaran akibat bunyi bising termasuklah
daripada bunyi motosikal, mercun, dan senjata api, yang menghasilkan kekuatan
bunyi daripada 120 hingga 150 desibel," ujarnya. Sementara itu, pendedahan
yang lama atau berulang-ulang terhadap bunyi pada atau melebihi 85 desibel
boleh menyebabkan masalah hilang pendengaran.
Semakin
kuat bunyi, semakin cepat masalah hilang pendengaran akibat bunyi bising
berlaku. "Bagaimanapun, bunyi yang kurang daripada 75 desibel, walaupun
selepas pendedahan yang lama, tidak akan menyebabkan kehilangan
pendengaran," katanya. Ukuran bunyiAndrew menjelaskan, pendengaran diukur
pada tahap kebolehan seseorang mendengar bunyi paling perlahan yang boleh
didengar. Nada bunyi diukur dalam hertz dan kekuatan bunyi diukur dalam bentuk
desibel iaitu daripada 0 ke 140 desibel.
"Kami
telah mencipta alat pemeriksaan pendengaran berinovatif untuk membantu
pelanggan menguji keadaan pendengaran mereka dalam masa lima minit sahaja
melalui skrin sentuh yang mudah. Ujian pendengaran dijalankan dengan peralatan
skrin sentuh selama lima minit menggunakan iPad dan penutup telinga gred 5
(yang digunakan untuk paras kebisingan dalam persekitaran umum). Keputusan
ujian ini membantu kami mengenal pasti jika seseorang itu mengalami masalah
pendengaran yang ringan, sederhana atau teruk," katanya.
Katanya
lagi, berdasarkan keputusan, pelanggan diminta berjumpa pakar pendengaran
sekiranya perlu untuk melakukan ujian pendengaran penuh dalam bilik kedap
bunyi. "Periksalah pendengaran anda. Mungkin anda mengalami masalah
pendengaran tanpa anda sedari. Justeru, ujian seperti ini membantu memperbaiki
kesihatan pendengaran," ujarnya.
No comments:
Post a Comment