Setiap orang mempunyai naluri untuk mencari yang sempurna dan terbaik
dalam hidup ini. tak kiralah dalam apa pekara sekalipun. Semua orang nakkan
kehidupan yang terbaik dan selesa. Ada kereta besar, rumah yang cantik.
Mempunyai anak-anak yang soleh, dan mempunyai ayah dan emak yang mithalli.
Pendek kata semualah yang sempurna dan terbaik menjadi keutamaan dalam hidup
setiap orang. Andai kesempurnaan itu belum tercapai maka semua orang akan
berusaha dan berlumba-lumba untuk mencapainya dan akan jadilah persaingan
hidup. Seperti pokok-pokok di hutan yang bersaing untuk mendapatkan cahaya
matahari. Tetapi ingat segala-galanya kalau bukan kehendak Allah, maka segala
yang kita inginkan tidak akan tercapai dan perlu juga di ingat ada hikmah di
sebalik apa yang berlaku di dalam kehidupan kita. Tidak semestinya apa yang
kita nak sangat-sangat itu terbaik untuk kita. Ada kalanya apa yang hadir dalam
hidup kita suka mahupun duka, itulah yang terbaik tanpa kita tahu apa hikmah di
sebaliknya.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada
di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara
mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8). Ayat ini menjelaskan
bahawa tujuan Allah SWT mendatangkan pelbagai ujian ke atas hambaNya adalah
untuk menilai siapakah di antara hamba-hambaNya yang terbaik. Yang terbaik
amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah. Ujian yang Allah datangkan
kepada hamba-Nya tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan
semata-mata.
Mencari
yang terbaik antara yang terbaik dalam kehidupan kita menjadi idaman setiap
orang, semua orang inginkan yang terbaik tetapi pada hakikatnya sekarang adakah
kita yang terbaik, mari kita muhasabah dan tanya diri kita sendiri sudah cukup
baikkah kita? Baikkah kita disisi Allah? Baikkah kita terhadap ibu bapa kita? Baikkah
kita dengan isteri dan anak-anak? Baikkah kita dengan orang sekeliling? Fikirkan
dan renungkan sedalam-dalamnya manfaatkan dengan muhasabah agar diri kita
sentiasa dalam proses untuk jadi yang lebih baik dari semalam atau sebelumnya.
Kita
perlu mencari jalan dan mencari ilmu untuk membaiki diri kearah yang lebih
baik, memang bukan mudah untuk kita buang tabiat-tabiat buruk yang telah
melekat atau menyerap dalam diri kita tetapi sekiranya kita ada azam yang
tinggi untuk membuangnya InsyaAllah, ianya akan hilang dengan mudah dan bersih
sekali. Mengapa sukar kita nak buang tabiat buruk kita? Sebab kita sendiri yang
mencintainya dan menyayangi tabiat itu dan dengan sebab itu tabiat itu sendiri
sukar untuk melepaskan diri kita ini. Nak jadi baik??? Cari sifat-sifat positif
atau sifat-sifat mahmudah agar dapat mengubah hidup kita dari yang kurang baik
ke yang terbaik. Carilah dan carilah walaupun berkurun lamanya... carilah
walaupun beribu batu jauhnya.... kerana ada perumpamaan mengatakan bahawa jauh
perjalanan, luas pandangan, maka banyaklah pengetahuan. Maka cari lah, sekiranya
kita di utara, berhijrahlah ke timur atau kemana saja demi mampu menjadikan
kita yang terbaik. "Berhijrah" adalah satu kata kunci yang tepat untuk
kita menjadi yang terbaik, berhijarahlah kemana sahaja janji dapat satu tanda
yang akan ubah kita.
Semua
orang di atas muka bumi nak jadi baik tapi kebanyakkan kita hanya hangat-hangat
tahi ayam sahaja, kerana kita nak jadi baik sebab orang lain jadi baik dan
bukan atas dasar kehendak sendiri oleh itu ianya susah untuk menjadi amalan
harian kita seharian. Sebab bukan kemahuan kita tapi disebabkan oran lain. Nak
berubah biarlah atas kehendak sendiri bukan disuruh atau dipaksa kerana jarang
berkesan sekiranya sebegitu, biarlah kita jujur dan ikhlas melakukannya. Melalui
pengalaman yang pernah ditempuhi, pelbagai kursus, kem bina diri , motivasi telah
disertai tetapi hakikatnya sampai sekarang adakah kita masih macam biasa,
berjaya? Renungkan!!!! Allah telah bagi peluang kepada kita, maksud kecemerlangan
yang kita milikki.... sijil penyertaan kursus atau seminar yang kita ikuti,
banyak tapi kita masih tak dapat menjadi yang terbaik.. kenapa? Sebab bukan
kemahuan kita tetapi kemahuan orang... selain itu semangat juga main peranan
penting untuk berubah, bukannya semangat hangat-hangat tahi ayam tapi biarlah
ia istiqamah dan tawakkal...
Fahamilah
nak jadi baik ada cara yang lebih pantas dan cepat... iaitu cari keredhaan Allah
InsyaAllah kita akan menjadi yang terbaik, kerana islam sentiasa mengajar kita
untuk menjadi baik dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa... oleh itu
sentiasalah mendekati diri dengan Allah dan rajin-rajinlah bersujud. berubahlah
sebelum kita tidak sempat berubah!!!!!! satu langkah untuk berubah melakar
seribu pengalaman!!!! selamat berubah demi kebaikan hidup masa depan dan diri
sendiri kerana kita mahu menjadi warga jannah!!!
Ada satu dailog antara Pensyarah dan anak muridnya tentang “ mencari
yang terbaik ”. Bertanya si murid tadi kepada Pensyarahnya “ Tuan, macam mana
kita nak dapatkan pasanggan yang terbaik dalam hidup kita?”…. Lalu Pensyarah
pun mengarahkan anak muridnya tadi pergi ke padang.” Ok sekarang kamu pergi
cari rumput yang terbaik dan bawakannya kepada saya, dengan syarat kamu perlu bermula
dari padang sebelah kanan dan terus ke kiri dan tidak boleh berpatah balik,
hanya satu yang saya nak” Dan di suruhnya mencari satu rumput yang terbaik,
tercantik yang ada di atas padang tersebut.
Si murid tadi bersetuju dan terus mencari satu rumput yang terbaik di
atas padang tersebut. Bermulalah pencarian anak murid tadi untuk mendapatkan
sehelai rumput yang tercantik. Tiba-tiba matanya tertarik dengan sehelai rumput
yang bersinar cantik , warnanya kehijauan dan segar, lalu di petiknya. “ Hah
dah dapat, dah dapat.” Bisik hatinya dengan gembira. Tiba-tiba matanya melihat
nun jauh ke kehadapan melihat masih jauh perjalanan dan masih banyak
rumput-rumput di hadapatnya untuk di nilai. Bisik hatinya “ mungkin ada lagi
yang cantik dari ini di hadapan sana “ lalu dia membuang rumput yang di
petiknya tadi dan terus mara kehadapan dengan harapan akan bertemu dengan
rumput yang lebih cantik, lebih bersinar dan lebih segar dari rumput tadi.
“Hah ini dia dah dapat “ wajah gembira terpancar di mata nya. Tiba-tiba
di lihatnya ruput tersebut ada tompok kekuningan di sebelah bawah, hati dan
fikiranya kembali memikirkan rumput yang sebelum ini. dengan kata mudah rumput
ini tak mampu menandinggi kecantikan rumput sebelumnya. Dengan perasaan
tersentap dengan apa yg bermain di fikiranya, dia pun meninggalkan rumput
tersebut dan menerukan mencarian dengan harapan yang sama, mencari rumput yang
terbaik dari rumput pertama. Setelah berjumpa dengan rumput yang ketiga,
keempat dan kelima. Semuanya senasib dengan rumput yang kedua. Dalam hatinya
begitu menyesal mengenangkan rumput yang pertama dan sudah pasti rumput itu
akan mati setelah di petik. Nak saja dia pergi dapatkan balik rumput yang
pertama tadi, tetapi bila teringatkan syarat Pensyarahnya “ tidak boleh berpatah
balik” dia menjadi begitu kecewa.
Setelah selesai mencari rumput yang terbaik di padang, dia pun terus
meningalkan padang dan menuju kepada Pensyarahnya yang menanti tanpa membawa
sehelai rumput pun, di tanganya konsong.
Soal Pensyarah “ dah jupa rumput yang saya cakapkan tu”
“Ya, dah jumpa Tuan “ jawanb anak murid tadi dengan suara yang lemah.
“Bak sini, saya nak lihat “ minta Pensyarah tersebut
Jawabnya sambil duduk lemah di atas sebuah kerusi“ saya dah buang “
wajah kecewa jelas di wajahnya.
Pensyarah pun tersenyum dan melihat telatah kecewa anak muridnya tapi. berkata
Pensyarahnya “ Apa yang Allah anugerahkan kepada kita adalah yang terbaik dan
kita wajib bersyukur keatas-Nya. Lihat orang-orang di sekeliling kita,
merekalah yang terbaik untuk kita. Jangan sia-siakan mereka yang hadir dalam
hidup kita, merekalah yang terbaik
Untuk kita menjadi terbaik, marilah kita amalkan perkara dibawah ini
agar kita terpelihara dari azab api neraka;
1.Sesiapa yang
berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya Allah berikan kebaikan dunia dan
akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.Sesiapa yang
berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insyaallah, akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
4.Berselawat 33 kali
sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.Allah akan
hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali
selesai menunaikan solat fardu.
6.Sewaktu menghadapi
hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat,
kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, Insyaallah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.Sesiapa yang
berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik &
wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya – Imam Ahmad.
9.Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih
dihargai oleh orang lain..
10.Uthman bin Affan
riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya
-Tirmizi
11.Nabi tidak pernah
mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan
- Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12.Sahabat
meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim.
Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
13.Menurut Sayyid
Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya
kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
14.Setiap penyakit
ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. Insyaallah,
perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15.Perbaharui wuduk
tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa
yang berwuduk dalam keadaan suci, Allah catatkan 10 kebaikan baginya - Abu
Dawud.
16.Sesiapa yang
mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17.Nabi SAW sering
menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat
wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18.Allah akan
hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali
tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang
& mudahkan penghadaman.
20.Menurut Syihab
Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan
Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
21.Nabi sering
beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia
juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22.Setelah bersolat
Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali -Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23.Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, Allah akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
24.Apabila Nabi
tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan,
cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
25.Amalan berselawat
secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan
Allah segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
26.Tika Nabi tidur,
ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta
menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNya) - Bukhari.
27.Membaca selawat
10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta
dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
28.Wuduk dahulu jika
ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan
bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29.Munurut As-Shawi,
sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
30.Silangkan kaki
jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu
kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
31.Sesiapa yang membaca
selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal
mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
32.Adakalanya Nabi
SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas
(mudah) - Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33.Menurut Al-Hafiz
Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34.Setelah bersolat
Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat
yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35.Nabi seorang yang
berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk
menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
36.Ada riwayat yang
menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari
Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
37.Menutup mulut dan
rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan
tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
38.Jiwa yang gelisah
dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin
kerana Allah itu Maha Luas rahmatNya.
39.Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka
ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
40.Nabi tidak pernah
menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya
- Bukhari.
41.Sesiapa yang
sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat
dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
42.Selalu memilih
yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya -
Muttafaq Alaih.
43.Berdiri apabila
melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang
diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
44.Ulamak
berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, Insyaallah dihindarkan daripada taun & wabak penyakit
berbahaya yang lain.
45.Bersujud syukur
jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang
menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap Allah - Abu Dawud.
46.Membaca selawat
1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa
dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
47.Beri salam hingga tiga kali sahaja.
Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali -
Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
48.Menurut para
ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49.Melakukan
pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan
terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
50.Para ulamak
berpendapat, Allah sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40
hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
No comments:
Post a Comment