Tidak dinafikan bahawa fitrah manusia yang Allah
jadikan, sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupannya. Keluarga yang
terbaik, kereta yang terbaik, rumah yang terbaik, dan segala-galanya yang
terbaik. Dalam kehidupan kita, tanpa kita sedar, kita sentiasa inginkan yang
terbaik, padahal yang terbaik untuk kita itu telah pun berada di hadapan mata.
Begitu juga dengan pasangan hidup. Kadangkala, manusia mencari yang terlalu
sempurna hingga mengabaikan soal-soal yang lebih penting berbanding dengan
kesempurnaan itu.
Sesuatu yang perlu kita fahami adalah, tiada manusia
yang sempurna selain kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhamad SAW. Hanya Allah
yang sempurna. Dan mencari kesempurnaan di saat diri kita juga punya begitu
banyak kelemahan adalah sesuatu yang tidak wajar. Kerana menjadi itu lebih baik dari mencari…. Kata-kata ini dikongsikan oleh
Ustaz Hasrizal dalam bukunya “Aku Terima Jadi,
keperluan menjadi yang terbaik itu lebih penting dari mencari yang terbaik.
InsyaAllah. Sahabat-sahabat, Allah juga ada nyatakan dalam al-Quran, bahawa
hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Maka fikir-fikirkanlah..
“Diwajibkan
atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci, boleh
jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah:216)
Jika kamu menadah
air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …Apabila sekali ia
retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang…. Sedangkan
jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….Begitu
juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu
terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah
dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi
kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu
akan terus hingga
ke akhirnya…. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik
untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. menyayangimu. ..mengasihimu.
..Mengapa kamu berlengah, cuba membandandingkannya dengan yang
lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia
menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan menyesal….. Sungguh, bahawa Allah tidak memberi apa yang kita
harapkan. Tapi ia memberi apa yang sebenarnya kita perlukan..
Saidina Umar RA berkata; Ada sepuluh hal yang tidak akan
sempurna kecuali apabila didukung sepuluh hal yang lainnya;
1. Akal tidak akan sempurna kecuali jika disertai sifat warak
2. Amal tidak akan sempurna kecuali jika disertai ilmu
3. Kejayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai rasa
takut kepada Allah
4. Kekuasaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai
keadilan
5. Kemuliaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai
kesopanan
6. Kegembiraan tidak akan sempurna kecuali jika disertai
keamanan
7. Kekayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kedermawaan
8. Kefakiran tidak akan sempurna kecuali jika disertai qanaah
9. Kemuliaan keturunan tidak akan sempurna kecuali jika
disertai kerendahan hati
10. Jihad tidak akan sempurna kecuali jika disertai taufik
2 comments:
Sy dh melakukan 1 kesilapan pd sseorg yg sy sygi...dengan mendiamkan diri sy fikir dia akan bertanya mengapa...dan saya berniat untuk berterus terang tentang apa yang tidak suka...tapi silap...dia juga turut mendiamkan dirinya juga.... :'(
Jangan bimbang dibenci manusia kerana masih ramai yang akan menyayangi kita tetapi bimbanglah bila kita jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah. Percayalah apa saja yang kita laku kerana Allah akan lebih indah kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Semuga Allah permudahkan urusan kamu dunia dan akhirat ... Aaamin
Post a Comment