DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Saturday, September 15, 2012

Dalam Mencari Sempurna


Tidak dinafikan bahawa fitrah manusia yang Allah jadikan, sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupannya. Keluarga yang terbaik, kereta yang terbaik, rumah yang terbaik, dan segala-galanya yang terbaik. Dalam kehidupan kita, tanpa kita sedar, kita sentiasa inginkan yang terbaik, padahal yang terbaik untuk kita itu telah pun berada di hadapan mata. Begitu juga dengan pasangan hidup. Kadangkala, manusia mencari yang terlalu sempurna hingga mengabaikan soal-soal yang lebih penting berbanding dengan kesempurnaan itu.
Sesuatu yang perlu kita fahami adalah, tiada manusia yang sempurna selain kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhamad SAW. Hanya Allah yang sempurna. Dan mencari kesempurnaan di saat diri kita juga punya begitu banyak kelemahan adalah sesuatu yang tidak wajar. Kerana menjadi itu lebih baik dari mencari…. Kata-kata ini dikongsikan oleh Ustaz Hasrizal dalam bukunya “Aku Terima Jadi, keperluan menjadi yang terbaik itu lebih penting dari mencari yang terbaik. InsyaAllah. Sahabat-sahabat, Allah juga ada nyatakan dalam al-Quran, bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Maka fikir-fikirkanlah..

“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci, boleh jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Al-Baqarah:216)

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang…. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya…. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. menyayangimu. ..mengasihimu. ..Mengapa kamu berlengah, cuba membandandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan menyesal….. Sungguh, bahawa Allah tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi ia memberi apa yang sebenarnya kita perlukan..

Saidina Umar RA berkata; Ada sepuluh hal yang tidak akan sempurna kecuali apabila didukung sepuluh hal yang lainnya;
1. Akal tidak akan sempurna kecuali jika disertai sifat warak
2. Amal tidak akan sempurna kecuali jika disertai ilmu
3. Kejayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai rasa takut kepada Allah
4. Kekuasaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai keadilan
5. Kemuliaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kesopanan
6. Kegembiraan tidak akan sempurna kecuali jika disertai keamanan
7. Kekayaan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kedermawaan
8. Kefakiran tidak akan sempurna kecuali jika disertai qanaah
9. Kemuliaan keturunan tidak akan sempurna kecuali jika disertai kerendahan hati
10. Jihad tidak akan sempurna kecuali jika disertai taufik

2 comments:

Unknown said...

Sy dh melakukan 1 kesilapan pd sseorg yg sy sygi...dengan mendiamkan diri sy fikir dia akan bertanya mengapa...dan saya berniat untuk berterus terang tentang apa yang tidak suka...tapi silap...dia juga turut mendiamkan dirinya juga.... :'(

ahmad said...

Jangan bimbang dibenci manusia kerana masih ramai yang akan menyayangi kita tetapi bimbanglah bila kita jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah. Percayalah apa saja yang kita laku kerana Allah akan lebih indah kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Semuga Allah permudahkan urusan kamu dunia dan akhirat ... Aaamin