Ikhlas.
satu perkataan yg sangat mudah dituturkan, namun sangat payah diukur, dinilai,
malah tak nampak, dan tak tahu bagaimana perasaan itu yang sebenarnya. Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat gelap.
Ianya wujud tetapi sukar di lihat, sesungguhnya ikhlas itu sendiri adalah
rahsia Allah., rahsia dalam rahsia, makin dicari, terasa semakin misteri. Sebagai
umat Islam, kita dituntut melakukan segala amal kebajikan dengan ikhlas. Ini
kerana, hanya amalan yang ikhlas sahaja bakal mendapat pandangan Allah SWT.
Ikhlas
itu antara anugerah istimewa yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba
pilihanNya. Allah sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya yang berusaha
mengikhlaskan hati mereka dalam setiap keadaan dan suasana. Keikhlasan hamba
sentiasa dicuba diwaktu senang dan sudah, tua ataupun muda, lelaki ataupun
wanita. Keihklasan tidak akan datang dengan mudah. Walaupun kita berusaha untuk
ikhlas, sebenarnya Allah jualah yang memberi anugerah itu kepada sesiapa yang
Dia inginkan. Sebagai hamba yang dikurniakan hati nurani, kita boleh merasakan
kehadiran suasana ikhlas dalam diri. Pujuklah hati untuk sentiasa ikhlas. Hanya
bila kita ikhlas pada diri sendiri, mudah untuk kita menerima rahmat Allah,
kerana kehadiran ikhlas itu menandakan keadaan hati kita yang kian bersih.
Berdoalah kepada Allah agar kita dikurniakan keihklasan dalam setiap amalan.
"Dan
tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan
agama kepadanya." (Surah Al-Bayyinah:5). "Allah SWT ada mempunyai
hamba-hamba yang berakal, apabila sudah berakal mereka itu beramal. Apabila
sudah beramal mereka itu berikhlas. Maka ikhlas itulah yang.menarik segala
pintu kebajikan semua sekali" (Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala).
"Hendaklah engkau ikhlas pada ugama nescaya memadai engkau dengan amal
yang sedikit." (Saidina Mu'adz RA). Firman Allah didalam hadis Qudsi yg
bermaksud: "Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku
taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku." Sesiapa
yang berjaya mencapai keikhlasan di dalam beribadat, maka dia merupakan orang
yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Oleh yang demikian, kita perlu
berusaha untuk melakukan amal ibadah seikhlas mungkin walau dengan apa cara
sekalipun.
Bagaimana
caranya?
Seperti
ungkapan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya - Bertudunglah walaupun keadaan
terpaksa..., Solatlah walaupun keadaan terpaksa..., Puasalah walaupun keadaan
terpaksa..., Kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa..., Dari
keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya
hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada Allah SWT. Jika harus menunggu
keikhlasan hati lebih dahulu baru untuk beribadah, sampai bila hendak menunggu.
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. InsyaAllah.... Ia ibarat makanan,
jika disuap, manakan ia masuk ke mulut kalau tidak disuap.
Kadangkala
kita suka membuat alasan dengan isu ‘tidak ikhlas’ sebagai jalan untuk kita
lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu-nunggu ikhlas itu datang
sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya. Bagaimana mencari ikhlas? Ya!
dengan cara kita berusaha mengatasi ketidakikhlasan kita. Di peringkat
permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah.
Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat
ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga..
Ingat,
‘mungkin juga’ ialah refleksi kepada ketidaktekunan dalam mendapatkan sesuatu.
Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya
mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa
ikhlas yang tidak ternilai, Insya-Allah.
Dalam
surah al-Ahzab ayat 70-71, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai
orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah
perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia
menang dengan kemenangan yang agung.” (Al-Ahzab:70-71) Kita selalu beranggapan
bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan
sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah. Lantas kita kaku dan tidak
beramal. Sedangkan Allah SWT membawa perspektif bahawa dengan usaha kita
melakukan sesuatu amal, Allah s.w.t. akan memperbaiki amal tersebut dan
mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas. Setelah kita berusaha
melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah SWT akan menyediakan ganjaran
yang tidak ternilai buat kita.
Ada
orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu
dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihatnya beramal dan
mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dan terus beramal dengan
ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain
atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar
tentang amalnya daripada mulut orang yang melihat. Bolehkah begitu?
Sesuatu
amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas
dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan
ketidakikhlasan. Selagimana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala
perasaan riya’, ‘ujub dan sum’ah terdetik di hati, kita masih dikira sebagai
seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita
larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan
diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian ikhlas.
Seperti
kisah berikut yang perlu kita jadikan iktibar dalam mencari makna ‘keikhlasan
diri’. Kata Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah, “Pada hari kiamat kelak, Allah
SWT akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka semua
(yakni kita semua umat manusia). Setiap umat itu akan berlutut. Tiga golongan
terawal yang akan dipanggil Allah adalah orang alim, orang kaya dan orang yang
berperang di jalan Allah (syahid).” Ramai Umat Islam hari ini menjadikan derma
sebagai salah satu cara untuk menaikkan reputasi diri dalam masyarakat.
Ketahuilah Allah telah menyediakan azab untuk golongan seperti ini.
ORANG
ALIM
Allah
bertanya kepada orang alim itu. “Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang
telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” Allah
kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang
tersebut menjawab.
”Dengannya
aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata
kepadanya. “Engkau berdusta”. Allah berfirman. “Engkau hanya ingin dikatakan
bahawa engkau seorang yang alim. Engkau berdusta! Kerana engkau belajar agar
disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)". Dan
sememangnya orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas
wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka
ORANG
KAYA
Kemudian
dipanggil orang kaya. Allah berfirman. ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga
berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab. ”Benar wahai tuhan”. Allah kemudian
bertanya. ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?” Dia menjawab. ”Dengannya
aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.” Allah berfirman kepadanya. “Engkau
dusta”. Malaikat juga berkata begitu. Allah berfirman. ”Engkau hanya ingin
dikatakan bahawa engkau seorang dermawan. Engkau berdusta! Kerana engkau
melakukan agar dikenali sebagai dermawan." Dan sememangnya orang ramai
menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya, kemudian
dicampakkan ke dalam neraka
ORANG
YANG TERBUNUH DALAM PEPERANGAN (SYAHID)
Kemudian
didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah. Maka Allahberfirman.
”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab. ”Telah diperintahkan kepadaku
untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka Allah berfirman
kepadanya. ”Engkau berdusta” Malaikat juga berkata begitu. ALLAH SWT berfirman.
”Engkau
hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani. Engkau berdusta!
Kerana engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani!" - Dan sememangnya
orang ramai menyebut sedemikian rupa. Orang itu lalu diseret atas wajahnya,
kemudian dicampakkan ke dalam neraka
Kemudian
Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah,
ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan
api neraka pada hari kiamat.”
Cara-cara
membentuk hati yang ikhlas;
1-Taat
kepada Allah yang menyuruh hamba-hamba-Nya melakukan amal dengan ikhlas.
2-Yakin
kepada Allah yang menjanjikan balasan baik kepada orang yang ikhlas.
3-Hanya
berharap kurniaan Allah dan keredhaan-Nya
4-Tidak
terpengaruh dengan kesenangan atau kemewahan dunia
5-Melakukan
amal dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh
6-Sabar
dan bijak menghadapi ujian kesusahan dan gangguan
7-Menjauhi
perkara2 maksiat penyelewengan,rasuah dan penipu
8-Banyak
berzikir, berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Tiga
ciri IKHLAS
Pertama:
Tidak terpengaruh atau termakan oleh pujian dan cercaan orang lain. Bagi
mereka segala pujian yang indah atau cercaan yang buruk adalah sama nilainya.
Kedua:
Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran dari amal kebajikan yang pernah
dilakukan, tetapi dia hanya mengharapkan keridaan Ilahi. Rasulullah SAW
bersabda : "Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa, kemudian
dipisah-pisahkan, apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa yang dilakukan bukan
kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka" (Hadis riwayat
Baihaqi).
Ketiga:
Orang yang tidak pernah mengungkit-ungkit kembali segala kebaikan yang pernah
dilakukan. Ertinya, orang yang selalu menyebut tentang kebaikan yang pernah
dilakukan, apalagi menghina dan memburuk-burukkan orang yang pernah diberikan
bantuan, maka sesungguhnya dia sangat jauh dari golongan orang yang ikhlas. Rasulullah
SAW pernah memerintahkan kita agar bersedekah secara diam-diam, jauh dari
penglihatan orang ramai. Umpama tangan kanan memberi sedangkan tangan kiri
tidak mengetahuinya. Sabda Rasulullah SAW : "Bahwa sesungguhnya Allah
tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia hanya melihat kepada hati
kamu." (Hadis riwayat Baihaqi).
Mudah-mudahan
Allah SAW. memberi taufik dan hidayah kepada kita dalam beramal di jalan-Nya
dengan seikhlas hati. Semoga kita menghargai perjuangan orang-orang terdahulu
yang dilanda ujian yang jauh lebih hebat dibanding ujian ringan yang kita rasakan
berat. Namun, mereka masih teguh di atas kebenaran. Bagaimana dengan kita?Moga
dipermudahkan. Amin.
5 comments:
Mohon share
Alhamdullilah, silakan, apa saja dalam blog ini boleh dikongsi dan memang tujuannya untk berkongsi ilmu
Alhamdulillah, tulisan yang bagus, spesifik dan mudah dipahami,.. jujur saya mendapatkan ilmu yang bermanfaat setelah membacanya,.. terima kasih banyak!
محمد احلام فردوس بن عبد الله جيك:
Assalamualaikum wrth.
Kepada,
Tuan/Puan
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas
2.Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah chek(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
dalam bidang Syariah
3.Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.
4. Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.
5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.
6.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.
Sekian,wassalamualaikum wrth.
Yang benar,
(Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
Pelajar Tahun akhir,
Syariah muamalah
UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
No.Tel : +60174005735/0139955368
No akaun bank:7035820229/cimb bank
محمد احلام فردوس بن عبد الله جيك:
Assalamualaikum wrth.
Kepada,
Tuan/Puan
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas
2.Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah chek(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
dalam bidang Syariah
3.Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.
4. Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.
5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.
6.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.
Sekian,wassalamualaikum wrth.
Yang benar,
(Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
Pelajar Tahun akhir,
Syariah muamalah
UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
No.Tel : +60174005735/0139955368
No akaun bank:7035820229/cimb bank
Post a Comment