Saban hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan
doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak
semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak
tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman:
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir:
60)
Disebabkan
perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan,
maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang
sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (riwayat Tirmidzi)
Hakikatnya,
Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa mengotakan janji-janji- Nya.
Namun hamba-hamba- Nya adakalanya gagal untuk memahami hikmah di sebalik segala
keputusan Allah. Kita merasakan apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang
terbaik untuk diri kita sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap
keputusan-Nya itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang
insan.
Ada
ketikanya apabila Allah tidak memperkenankan sesuatu permintaan hamba-Nya disebabkan
kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipinta. Ketika
diri kita menghadapi berbagai macam kegagalan janganlah pernah berputus asa, kerana
berputus asa itu adalah sifat orang-orang yang mudah tewas. Ketika dirimu merasa
dunia tak berpihak kepadamu, maka ingatlah bahwa Allah, Tuhan pemilik Alam Semesta
ini masih berpihak kepada kita.
Jangan
bersedih hati, teruslah berjuang walau rintangan banyak menghadang. Jangan cepat
menyerah dan teruslah berjuang. Perbaiki apa yang kurang dan perbanyak muhasabah
diri. Berkali kita gagal, lekaslah bangkit dan cari akal, berkali kita jatuh, lekas
berdiri dan jangan mengeluh. Orang hebat adalah orang yang selalu belajar dan belajar
dari kegagalan yang dialaminya. Dalam kegagalan itulah kita akan menemukan diri
kita yang sesungguhnya. Ketika kita menemukan diri kita sendiri, maka di sanalah
akan kita temukan bahwa diri kita adalah orang hebat yang belum mendapatkan kesempatan.
Kuncinya hanya satu, terus menerus berjuang dan bersabarlah. Jadikanlah sabar dan
solat sebagai penolong. Dekatkan diri kepadaAllah yang telah menciptakan diri kita.
Jangan pernah keterlaluan
serta berkecil hati dengan diri dan usaha. Kita masing-masing walau selalu diejek,
dicemoh, dan dipandang sebelah mata oleh orang disekeliling kita, yang penting kita
tetap yakin, terus berjuang, tidak pernah putus asa, pasti kejayaan akan tercapai.
Mari
kita mereka-mereka ini sebelum berjaya, apa yang mereka telah lalui. Albert Einstein
pernah dikatakan, “Bolot, tidak suka bergaul, dan senantiasa hanyut dalam khayalan
bodohnya”. Aristotle Onassis semasa bersekolah merupakan seorang yang sangat bodoh
dan bermasaalah, sehingga pernah dikeluarkan dari beberapa sekolah. Akhirnya dia
gagal dalam ujian dan tidak punya ijazah walau diploma sekalipun. Guru Bethoven
menyebut Beethoven sebagai komposer yang tidak mempunyai harapan. Charles Darwin
dianggap oleh semua gurunya (termasuk ayahnya sendiri) sebagai seorang budak biasa
dan mempunyai tingkat kecerdasan di bawah normal. Henry Ford lima kali gagal dalam
bisnis dan jatuh bankrap. Prestasi Isaac Newton amat lemah ketika di sekolah rendah.
Leo Tolstoy, pengarang buku “War and Peace” pernah dikeluarkan dari akademi. Semasa
kuliah, Louis Pasteur adalah seorang mahasiswa sederhana dimana dia mendapat peringkat
nombor 15 dari 22 orang mahasiswa lain dalam mata kuliah kimia. Leon Uris, pengarang
buku terlaris , “Exodus” pernah gagal dalam ujian bahasa inggris sebanyak 3 kali
semasa di sekolah menengah. Pendiri Fedex (Federal Express) pernah diberitahu bahwa
ideanya tidak masuk akal, dan diberi nilai merah (tidak lulus) oleh profesor di
universitinya. Tiga puluh tahun kemudian, Federal Express menjadi sebuah perusahaan
ekspedisi ekspres yang terbesar di dunia dengan 128.000 orang karyawan dan mempunyai
modal lebih dari US$7 mil. Guru Thomas Alfa Edison pernah mengatakan bahwa dia terlalu
bodoh untuk belajar sesuatu. Walt Disney pernah dipecat oleh seorang rediaktor surat
khabar kerana kekurangan idea. Winston Churchill pernah tidak naik kelas enam. Semasa
Silvester Stallone menjalani ujian di Universiti Dexel, dia diberitahu bahwa peluang
masa depannya hanyalah sebagai seorang tukang perbaiki elevator. Dengan demikian
ayahnya yang sering memukul mengatakan bahwa dia adalah seorang anak yang tidak
boleh diharapkan. Woody Allen, seorang penulis, editor, dan penerbit yang telah
mendapat anugerah Academy Award pernah gagal dalam ujian bahasa inggris dan gagal
membuat film di Universiti New York. Akio Morita, pendiri SONY corporation adalah
murid yang bodoh. Ia menempati peringkat terakhir dari 180 murid di kelas ilmu pastinya.
Jadi dimana kita berada, malah kita berada lebih baik dari mereka yang diatas tapi
kenapa kita terus tewas dan berputus asa sedangkan mereka mampu melakar kejayaan
yang amat cemerlang.
Jangan pernah putus asa,
kerana putus asa akan menghalang jalan kita untuk terus ke hadapan. Tatkala perjalanan
kita diganggu dengan ujian, terima lah dengan hati terbuka. Jangan pernah menyerah
kalah, jangan pernah menyesali, jangan pernah berputus asa dan jangan pernah menyalahkan
takdir. Ingatlah Allah menguji hamba-Nya jika hamba-Nya mampu dengan ujian-Nya.
Berdoa dan terus berdoa kerana kuasa doa mampu mengembalikan sesuatu kembali seperti
sediakala. Putus asa merupakan satu sikap yang paling dibenci Allah. Allah tidak
suka pada manusia yang sering putus asa kerana mereka akan mudah melakukan perkara
yang tidak elok. Jangan putus asa, kuat hadapi segala yang datang menjelma dengan
hati yang terbuka kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya dan Allah ingin
memberi pengajaran kepada kita. Positif selalu dan ceria selalu. Semoga kita semua
diberi kekuatan untuk menghadapi ujian hidup.
Seorang
lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan kupu-kupu. Namun Allah memberikannya
kaktus dan ulat. Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada
permintaannya. Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai hamba yang banyak yang harus
diurus, bukan aku saja. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya. “ya cukuplah”,
katanya dalam hati.
Setelah
beberapa waktu, lelaki ini memikirkan lagi permohonan doanya yang telah lama ia
lupakan. Lelaki ini amat terperanjat ketika melihat dari kaktus yang buruk dan berduri
itu tumbuh bunga yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Dan dari ulat yang
terselubung, telah menjadi kupu-kupu nan cantik. Allah selalu melakukan semua urusan
dengan benar. Cara Allah selalu cara yang terbaik, walaupun kelihatannya bertolak
belakang dengan keinginan kita.
Jika
anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pasti Allah senantiasa
memberikan apa yang diminta pada waktu yang sesuai. Allah tidak akan gagal memenuhi
permintaan, teruskanlah berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini… Adalah BUNGA
hari esok!
Adakah
berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan,
sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada
kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan
dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam
menyusun perjalanan kehidupan.
Seharusnya kita mengetahui
erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap
negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana
putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai
diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya.
Pasti kejayaan milik kita
Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang
yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum matinya.
2 comments:
Terima kasih atas artikel ini kerana saya sedang mengalami ujian Allahuakbar saya sampai menangis baca nasihat tuan
Thanks
Post a Comment