(Dengan
nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga,
sahabat dan para pengikut Baginda)
Marilah
kita perhatikan dan hayati ayat Al-Qur'an sebagaimana berikut dan
seboleh-bolehnya disematkan didalam hati sebagai suatu pedoman, panduan dan
bekalan hidup kita seharian: (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Menutup
aurat merupakan suatu kewajipan kita sebagaimana yang difardhukan yang sudah
pun diketahui umum oleh semua umat Islam sama ada LELAKI mahu pun WANITA.
Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan nas dan dalil-dalil daripada
Al-Qur'an, Hadits dan kesepakatan para ulama (Ijma'). Aurat bagi lelaki ialah
antara pusat hingga ke lutut, manakala aurat wanita ialah seluruh tubuh badan
kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka.
Mafhumnya: "Wahai
anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang
berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (Surah Al-A'raf: Ayat 27)
Marilah
perhatian baik-baik apakah yang telah kita ikrarkan (doa Iftitah) semasa kita mendirikan
solat. Apakah hanya dibibir sahaja, atau apakah kita tidak memahaminya. Jika
kita tidak memahaminya marilah kita sama-sama melihat akan maknanya mengenai
ikrar itu:
Mafhumnya: Sesungguhnya
solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah sekelian
alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagi-Nya dan aku dari gologan orang Islam.
Persoalnnya,
dimana diri kita sekarang ini? Apakah ikrar yang kita lafazkan itu hanya suatu permainan
sahaja. Namun pernah kedengaran jika taatkan perintah Allah SWT itu hipokrit'.
"Subhanallah". Marilah kita lintaskan pada hati kita kenapa kita
dijadikan dimuka bumi ini. Lihat Firman Allah SWT dalam Surah az-Dzariat, ayat
56:
Mafhumnya: 'Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.'
Ingatlah
kita semua kita apabila sampai masanya akan kembali (mati) ke hadrat Allah SWT,
maka amalanlah yang akan kita bawa. Akan tetapi ramai umat Islam yang dilihat
di sana sini sangat-sangat mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan
dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahu pun perempuan. Apa
yang menyedihkan ialah cara atau trend oleh sebilangan individu, tidak menepati
dengan cara yang telah digariskan oleh Syara'. Pakaian yang mereka pakai bukan
untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata
agar dipandang cantik dan bergaya khususnya bagi perempuan.
gambar
hiasan - pakaian ketat menampakkan tubuh badan
Gambar hiasan – pakaian non muslim yang digemari Sebahagian lelaki Islam
Lebih
mengecewakan lagi, bagi wanita, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai
apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia telah menutup
auratnya. Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan
menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti Memakai
seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama
ada mereka sedari atau pun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah
mengghairahkan. Bahkancara
bertudung pun masih menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau
disembunyikan.
Ada
pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu
sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti
kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain. Sikap sebahagian sama ada muslim
atau muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar
menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya sebagaimana yang dituntut
oleh syara‘.
gambar
hiasan - pakaian seperti ini disukai oleh lelaki bila tiba hari raya atau
majlis-majlis tertentu sahaja.
TUNTUTAN
MENUTUP AURAT ADALAH PERINTAH ALLAH SWT
Allah
SWT telah mewajibkan lelaki mahu pun perempuan untuk menutup aurat mereka dan
menggariskan cara-cara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah
perintah Allah SWT. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang
digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat
merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula
merupakan suatu kederhakaan.
Tuntutan
menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah SWT
terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan
menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini
ialah laknat Allah SWT. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya
itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh
mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Ada dua golongan ahli
neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki
memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain,
dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian
tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh
agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol
unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu
baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian,
sekian (yang cukup jauh).” (Hadits Riwayat Muslim)
gambar
hiasan - Tidak kira lelaki mahu pun wanita kini dilihat suka tidak menutup
aurat ketika bersukan
Oleh
itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang
disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah SWT, bukannya kerana tuntutan
fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan. Jika berfesyen pun fesyen
yang dikenakan hendaklah memenuhi tuntutan syara'. Jika bersukan pun pakaian
sukan hendaklah disesuaikan dengan hukum syarak.
MENUTUP
AURAT NIKMAT ANUGERAH ALLAH SWT
Allah
SWT telah menurunkan bahan-bahan pakaian di muka bumi dan memberikan manusia
keupayaan menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melalui firmanNya: (Surah
al-A‘raaf: Ayat 26)
Mafhumnya: “Wahai
anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang
berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur)”.
Ayat
tersebut menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah
SWT kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia
Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka. Maka
mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah
orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.
Banyak
kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada kewajipan menutup aurat ini.
Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan
manusia itu sendiri. Tuntutan menutup aurat adalah untuk kebaikan bagi diri
muslimin dan muslimat.
Bagi
kaum wanita, di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus sepertimana
yang dijelaskan dalam Al-Qur'an ialah untuk mereka dikenal sebagai perempuan
yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan
diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan
antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya
perkara yang buruk, umpamanya kes rogol dan sebagai-sebagainya. Oleh itu,
kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri oleh
kita semua, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan yang dikehendaki ini.
BAGAIMANA
CARA MENUTUP AURAT YANG DITUNTUT OLEH SYARA'?
Sebelum
dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana yang dituntut oleh
syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana aurat wanita itu di hadapan
lelaki bukan mahramnya. Secara sepintas lalu bagi wanita, bagaimana aurat perempuan
dalam solat, maka itulah juga auratnya di luar solat. Apa yang boleh nampak di
hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah kedua tapak tangan dan muka
sahaja, manakala keseluruhan anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib
ditutup.
Cara
berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang
dikehendaki Syara‘ itu merujuk kepada Firman Allah Ta‘ala sebagaimana berikut: (Surah
Al-Ahzab: 59)
Mafhumnya: “Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Dalam
ayat di atas itu telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika
keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya.
Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki
oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah RA:
Mafhumnya: “Bahawa
Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah SAW dengan memakai
pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah SAW berpaling daripadanya. Baginda
bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh
(umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil)
Baginda Rasulullah SAW menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits
riwayat Abu Daud)
Berdasarkan
kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup
aurat yang dituntut oleh syara' bagi wanita itu adalah sebagaimana berikut:
1.
Pakaian yang longgar, bukan pakaian yang sempit yang menampakkan susuk dan
bentuk tubuh badan;
2.
Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang
pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki
dan punggung;
3.
Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat daripada kelihatan. Bukan
pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang
tubuh dari luar.
SEPINTAS
LALU PAKAIAN MENUTUP AURAT LELAKI DAN WANITA
CARA
BERTUDUNG MENGIKUT SYARA' BAGI WANITA
Antara
pakaian yang digunakan untuk menutup aurat pada bahagian kepala seperti rambut,
telinga dan sebagainya ialah menutup kepala dikenali sebagai tudung. Tudung
kepala yang dituntut adalah sebagaimana berikut:
1.
Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka.
Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syara‘ jika masih menampakkan
rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya. Manakala
belahan bajuletaknya di kawasan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala hendaklah
juga menutup atau menyembunyikan bahagian dada.
Firman
Allah SWT: (Surah An-Nur:Ayat 31)
Mafhumnya: Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; ...
2.
Tudung hendaklah diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal yang menutupi
warna kulit dan rambut daripada kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau
berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang
lain.
Antara
Ciri-ciri PAKAIAN YANG DILARANG Oleh Syara'
Selain
daripada ciri menutup aurat, pakaian wanita yang dituntut oleh syara‘ hendaklah
juga bukan pakaian yang khusus dipakai oleh kaum lelaki sahaja, umpamanya
pakaian cara Melayu dan baju kemeja. Dalam hal ini Rasulullah SAW telahpun
memberi peringatan sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA
katanya: “Bahawa
Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian (cara) perempuan dan
(melaknat) perempuan yang memakai pakaian (cara) lelaki.” (Hadits riwayat Abu
Daud)
Adapun
maksud laknat itu ialah seseorang itu jauh dari rahmat dan belas kasihan Allah
SWT. Apabila Allah SWT dan Rasulullah SAW melaknat ke atas seseorang itu, maka
menunjukkan orang itu telah membuat suatu dosa besar dan menjadikannya seorang
fasiq.
Pakaian
yang dituntut oleh syara‘ juga ialah pakaian yang bukan dipakai untuk
bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, kerana memakai pakaian dengan tujuan
sedemikian adalah dilarang dalam Islam sebagaimana hadits yang diriwayatkan
oleh ‘Abdullah bin ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang
memakai pakaian yang megah ketika di dunia, maka Allah akan memakaikannya
pakaian kehinaan pada hari Qiamat, kemudian dinyalakan api di dalamnya (pakaian
tersebut).” (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Kesedaran
tentang tanggungjawab menutup aurat perlu bermula dari individu itu sendiri.
Untuk menyuntik kesedaran ini, perlu ada kefahaman tentang maksud
sebenar-benarnya menutup aurat. Apabila kaum wanita memahami maksud sebenarnya
menutup aurat sebagai satu bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan juga satu
nikmat yang wajib dan perlu disyukuri dan dipelihara, mereka tidak akan
bersikap mencuai-cuaikan dan menangguh-nangguhkan kewajipan ini atau
memilih-milih waktu dan tempat untuk melaksanakannya.
Sebaliknya
mereka akan istiqamah dan bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan memenuhi
ciri-ciri pakaian sebagaimana yang dituntut oleh Syara‘. Termasuk dalam misi
perlaksanaan perintah menutup aurat ini, para ibu-bapa, suami dan keluarga
mesti turut berperanan malahan bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing dan
menasihati anak, isteri, ibu dan anggota keluarga yang lain supaya
sentiasa melaksanakannya.
Firman
Allah SWT: (Surah Asy-Syu‘ara’: 214)
Mafhumnya:
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”
Tanggungjawab
dan kewajipan menyuruh menutup aurat itu tidak terkecuali digalas juga oleh
ahli masyarakat. Sikap tegur-menegur dan saling menasihati adalah tuntutan agama
Islam. Maka setiap seorang daripada kita juga bertanggungjawab dalam sama-sama
menjauhkan perkara-perkara dosa dan maksiat. Perkara ini berdasarkan kepada
firman Allah SWT: (Surah
al-Ma’idah: 2)
Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai
bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke
Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan
mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari
limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari
keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu
telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali
kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari
masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya)”
Dengan
kesedaran kaum Muslimin dan Muslimat sekelian tentang tanggungjawab dalam
menunaikan kewajipan menutup aurat serta peranan yang dimainkan oleh semua
pihak, akan terbentuklah masyarakat yang berpakaian benar-benar menepati
kehendak syara‘.
Mahukah
anda digelar 'MUKMIN' atau setakat 'ISLAM SAHAJA'. Marilah kita semua
berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Sesungguhnya" aurat wanita sangat mudah diperkatakan tetapi sukar untuk
dilaksanakan, oleh yang demikian wanita yang menjaga aurat adalah merupakan
wanita solehah, bagaikan berlian yang bersinar dan sukar didekati kerana duri
yang melingkarinya. Maka balasan wanita yang menjaga auratnya adalah
SYURGA".
"Kepada
semua pihak: Ketua-ketua Masyarakat di dalam organisasi sama ada awam (Kementerian,
Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan) mahu pun swasta,
PARTI-PARTI SIASAH, Ketua-ketua Kecil dalam masyarakat, Ketua-ketua Kampung,
Imam-Imam, Pengetua-pengetua atau Guru-Guru Besar Sekolah, para ustaz dan
ustazah, para-para suami dan setiap lelaki dan perempuan Islam yang kesemuanya
telah diamanahkan untuk memakmurkan muka bumi ini maka hendaklah sentiasa dan
sering (berulang-ulang kali tanpa ada perasaan jemu) menyeru, menegur bagi
mempastikan anak-anak buah, kakitangan, saudara-mara, rakan dan taulan, jiran,
ibu, isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan menutup aurat dengan cara yang
betul sebagaimana telah diperintah oleh Allah SWT. Kepada pelawat laman web ini
sebar-sebarkanlah kepada umat Muhammad SAW dengan cara yang berhemah.
Apabila
hati kita ikhlas disulami dengan cara hidup mengikut hukum syarak, maka
mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan umur kehidupan kita
sentiasa diredhai oleh Allah SWT.
1 comment:
Assalamualaikum. Nk tanya.. Adakah wanita memakai baju yg menampakkan bentuk badan itu haram? Terima kasih
Post a Comment