Istilah
Islam, mukmin dan taqwa ini sering atau kerap kita dengar. Walaupun secara
umumnya ia berkaitan dengan orang yang beragama Islam, namun maksudnya tidak
sama. Terdapat perbezaan di antara orang Islam,orang mukmin dan orang bertaqwa.
Orang yang masuk agama Islam tidak dikatakan masuk iman atau dikatakan orang
mukmin. Orang yang masuk Islam tidak diistilahkan sebagai orang beriman. Lebih-lebih
lagi dia tidak dikatakan orang yang bertaqwa. Istilah yang dipakai ialah dia
orang Islam atau muslim. Secara umumnya, itulah umat Islam. Mereka tidak
dikaitkan dengan iman dan taqwa. Iman dan taqwa adalah perkara yang berbeza.
Iman
dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk mendapat iman dan taqwa. Untuk
menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan
sekadar bersyahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau
orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang bersyahadah tidak
boleh dikatakan kafir. Kalau dia solat, puasa, naik haji dan berjuang, tentulah
dia orang Islam. Untuk menjadi orang Islam, itu mudah tetapi untuk menjadi
orang mukmin, susah. Untuk menjadi orang bertaqwa lebih lagi susah. Sebab itu
masuk sahaja agama Islam, dia dikatakan Islam atau muslim tetapi tidak
dikatakan mukmin atau taqwa.
Di
antara orang mukmin dengan orang Islam sangat jauh bezanya:
1.
Kalau kita hendak buat contoh, bolehlah kita kata Islam itu ibarat sebuah taman
yang indah, yang di dalam taman itu ada pokok buah-buahan, bunga-bungaan dan
sayur-sayuran. Orang yang masuk Islam itu sebenarnya baru masuk dan berada di
pintu taman itu. Dia baru ambil tiket untuk membolehkan dia menjelajah taman.
Syahadah itu ibarat tiket semata-mata. Dia masih belum tahu apa lagi yang ada
di dalam taman itu. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Ada
keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan
lain-lain. Orang mukmin itu, dia sudah menjelajah taman. Sudah round taman. Dia
sudah melihat keindahan taman. Orang bertaqwa pula, dia sudah makan dan merasa
semua buah-buahan dan sayur-sayuran dalam taman itu. Maka orang bertaqwalah
yang paling tinggi.
2.
Sebagai contoh lagi, katalah kita hendak ziarah sebuah zoo. Kita ambil tiket
lalu duduk di pintu. Lepas itu kita balik. Atau di sebuah taman bunga yang
indah, kita ambil tiket dan duduk di kerusi. Lepas itu kita balik. Kemudian
kita cakap kita sudah masuk zoo dan sudah masuk taman. Betullah kita sudah
masuk. Tetapi kita belum tengok dan belum rasa hebat dan cantiknya zoo dan
taman itu. Soal sudah masuk itu satu perkara. Itulah Islam. Soal sudah tengok
dan sudah rasa keindahan dan kenikmatan zoo dan taman, itu satu perkara lain
pula. Itulah mukmin dan taqwa.
3.
Contoh lain, macamlah orang yang hendak masuk ke universiti. Dia baru baftar
nama, belum belajar dan belum pusing-pusing kawasan universiti lagi. Baru
diterima masuk, dia baru ada nama sebagai pelajar universiti. Itulah Islam. Dia
belum boleh dikatakan seorang intelek atau seorang graduan. Intelek dan graduan
itu ibarat mukmin dan taqwa. Cuma selesai pendaftaran, automatik dia menjadi
student. Dia belum dapat ilmu. Jelajah kawasan universiti pun belum.
4.
Atau kalau hendak dicontohkan lagi, Islam adalah ibarat kulit buah iaitu benda
luar, benda lahir atau benda yang nampak. Iman adalah isinya manakala rasa isi
itu adalah taqwa. Soal isi dan rasa, itu soal batin atau soal rohaniah. Kulit
buah itu ibarat Islam, seperti syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Mungkin
tambah lagi dengan sedekah, belajar dan lain-lain. Itu kulit. Itu Islam.
Kalau
kita hendak beli buah, adakah kita hendak makan kulit atau isi? Tentulah isi.
Tetapi perlu ingat, kalau kulit cacat kita tidak akan beli buah itu walaupun
bukan kulit yang hendak dimakan. Kalau kulit tidak elok, kita tidak beli.
Tetapi ada juga buah yang kulitnya cantik dan elok tetapi di dalamnya ada ulat.
Kalau kulit baik, belum tentu isinya baik, tetapi kalau kulit rosak sudah
tentu, confirm yang di dalamnya rosak. Tidak semestinya kulit yang elok
menggambarkan isi yang elok. Begitu juga tidak semestinya kulit yang elok
menggambarkan rasa isi yang sedap. Katalah isi elok, namun belum tentu rasanya
sedap. Kalau isi elok, boleh dimakan tetapi belum tentu rasanya sedap. Isi
elok, itu tamsilan orang mukmin. Rasa sedap, itu tamsilan orang bertaqwa.
Beza
antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Kalau wujud ciri mukmin maka
secara automatik ciri Islam itu wujud. Namum, kalau ciri Islam wujud pada
seseorang, belum tentu ciri mukmin juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Iman
itulah taqwa. Tidak cukup jadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang
mukmin (bertaqwa). Iman adalah hakikat dan Islam adalah syariat. Iman bersifat
rohaniah dan Islam bersifat lahiriah. Yang Tuhan akan nilai di Akhirat nanti
ialah iman. Yang Tuhan akan nilai adalah hakikatnya. Hakikat bertapak pada roh
atau hati. Hatilah yang Tuhan akan nilai, bukan soal-soal lahir. Namum,
kedua-duanya mesti dibuat. Tetapi keutamaannya adalah pada hati. Orang mukmin
dijamin masuk Syurga sedangkan orang Islam tidak dijamin sedemikian.
Ada
satu cerita di zaman Rasulullah SAW. Seorang Arab Badwi masuk Islam. Apabila
bertemu dengan Rasulullah, dia berkata kepada baginda,”Wahai Rasulullah, saya
sudah beriman.” Terus Rasulullah menegur,” Jangan katakan kamu sudah beriman.
Katakanlah sahaja kamu sudah Islam.” Ertinya untuk dapat iman adalah susah.
Untuk menjadi Islam, itu mudah. Syahadah sahaja, sudah Islam. Di sinilah kita
lihat mengapa umat Islam masih jahat walaupun ibadah banyak. Ibadah banyak
menggambarkan kulit atau syariat Islam. Ibadah tidak semestinya menggambarkan
iman dan taqwa.
Katalah
seseorang itu solatnya banyak, puasa sunatnya banyak, rajin mengaji dan
berjuang tetapi dalam masa yang sama dia berbohong, rasuah, hasad dengki, tidak
ada kasih sayang dan tidak pedulikan orang (tidak kira sama ada orang itu ketua
jabatan ke, menteri ke atau kuli sekalipun). Islamnya hebat. Syariatnya pun
hebat, mukaddimah ucapan menggunakan ayat Al-Quran, MasyaALLAH. Tetapi cacatnya
terlalu banyak. Itu petanda hatinya belum benar-benar beriman dan bertaqwa
lebih-lebih lagi nak menunjuk-menunjuk sahaja.
Orang
mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa.
Unik
dan berbeza sangat dengan manusia yang lain.
Dia
berhadapan dengan kehidupan penuh tenang.
Kejahatan
orang tidak dibalas dengan kejahatan.
Bahkan
didoakan orang yang membuat jahat dengannya.
Berhadapan
dengan ujian dia tenang.
Berhadapan
dengan nikmat dia bersyukur.
Jadual
waktunya dengan ALLAH tetap dan istiqomah.
Walau
di dalam keadaan susah dan senang.
Bermesra
dengan orang.
Tetamu
yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya.
Tidak
boleh mendengar orang mendapat kesusahan.
Selagi
tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya.
Merendah
diri adalah budaya hidupnya.
Setiap
orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya.
Pemurah
sangat terserlah di dalam kehidupannya.
Tidak
pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan.
Tapi
dia mengeluh dengan dosa-dosanya.
Atau
mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian.
Rasa
kehambaan tampak kelihatan pada mukanya.
ALLAH
selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya.
Nampak
sangat bahawa ALLAH itu adalah sandaran hidupnya.
Gembira
tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah.
Kesusahannya
tidaklah sampai muram di mukanya.
Lebih-lebih
lagi tidak rasa kecewa dan putus asa berhadapan dengan kesusahannya.
Tawakal,
sabar dan redha adalah menjadi budaya hidupnya.
Ehsan Jalan ke Syurga
No comments:
Post a Comment