Pengertian
solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya
mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada
isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat
daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2
rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar
diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90
kilometer)
Hendak
lah kita perhatikan apakah niat kita sebelum memulakan satu perjalanan atau
bermusafir dan cara solat yang mana yang kita pilih ketika hendak bermusafir
kerana itu lebih memudahkan agar niat kita tidak berubah-ubah yang kemudian
menyusahkan diri sendiri. Adakah pilihan kita hendak solat qasar, solat jamak
taqdim dan takhir atau solat jamak taqdim
dan takhir qasar. (Memahami niat itu
lebih mudah untuk kita membezanya).
Seseorang
yang bermusafir atau dalam satu perjalanan diharuskan mengqasharkan solat. Contoh
memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat tetapi solat mahgrib dan subuh
hendak dikerja seperti lazim dan tiada diringkaskan. Sesuai dengan firman
Allah: "Sekiranya kamu melakukan perjalanan (bermusafir )dimuka bumi
ini,maka tiada halangan untuk kamu mengqasharkan solat jika kamu takut akan
ditakuti oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh kamu
yang jelas lagi nyata.(Surah An-Nisa :4;101)
Menurut
mahzab Asy-Syafi"i mengqasar solat bagi orang-orang yang bermusafir yang
memenuhi syarat amat digalakkan; Dari Ibnu Umar R.A beliau berkata Rasulullah
SAW pernah bersabda 'Sesungguhnya Allah SWT menyukai segala kelonggaran yang
diberikan olehnya diterima dan dilaksanakan, sebagaimana Allah memurkai segala
kemaksiatan terhadapnya dilakukan oleh kamu"(Hadis riwayat Ahmad)
Sahnya
solat jamak dan qasar bagi seseorang itu ialah;
1.Perjalanannya
melebihi 90 kilometre.
2.Perjalanan bukan bertujuan maksiat
3.Solat yang boleh diqashar (diringkaskan)hanya solat yang 4 rakaat
4.Meniatkan solat itu dengan solat Qashar semasa melafazkan takbiratul ikram
5.Tidak berimam kepada orang yang bermukim(orang tempatan)
Tempuh
sah sebagai musafir mengikut para ulama hanya 3 hari dan 2 malam
sahaja.Sekiranya lebih daripada itu maka tidak harus jika ia
mengqasharkan solat kerana dianggap telah bermukim.
Pembahagian
Solat Jamak
Jamak
Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan
maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat
maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak
Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak.
Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan
isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
Hikmah
dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah
solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan
kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami
masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka
dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar
solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan
solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada
orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak
menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu
buatpun tidak menjadi masalah.
Syarat
Jamak Taqdim
Solat
pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
Niat
jamak pada waktu solat yang pertama.
Berturut-turut
antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan
lain dari solat.
Diselangi
dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
Berkekalan
musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat
Jamak Takhir
Berniat
untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat
pertama.
Berkekalan
musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat
Qasar
Musafir
hendaklah tidak bertujuan maksiat.
Perjalanan
tidak kurang dari dua marhalah.
Solat
yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
Hendaklah
diniatkan qasar dalam niat solat.
Tidak
boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
Berkekalan
perjalanan sehingga sempurna solat.
Dia
tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat
Solat Jamak dan Qasar
i).
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asar
أصلي
فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar
tunai kerana Allah Taala”.
أصلي
فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai
kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyak
أصلي
فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana
Allah Taala”.
أصلي
فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib
tunai kerana Allah Taala”.
ii).
Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي
فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur
tunai kerana Allah Taala”.
أصلي
فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai
kerana Allah Taala”.
iii).
Isyak-Maghrib
أصلي
فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib
tunai kerana Allah Taala”.
أصلي
فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sahaja
aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah
Taala”.
Cara
Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Cara
mengerjakan solat jamak dan qasar:
Solat
zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir
hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
Berdiri
lurus mengadap kiblat.
Berniat
hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak
takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
Setelah
itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
Kemudian
berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
Berniat
untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
Kerjakanlah
solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau
qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka
hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja
tanpa menyebut qasarnya.
1 comment:
It's not actually 'sengaja' it's supposed to be 'sahaja'
Post a Comment