Apa
itu solat ?
1 Selepas
persoalan iman(syahadah),solat merupakan perkara yang kedua penting dalam
kehidupan seorang muslim. Ia merupakan Rukun islam. Diakhirat kelak soalan
pertama yang akan ditanya ialah tentang solat.
2
Ibadah solat telah diwahyukan terus kepada Rasulullah SAW berbeza dengan
perintah perintah lain yang disampaikan melalui jibrail. Itu istimewa nya
solat, Allah SWT turun kepada hambanya.
Masyarakat
Malaysia dengan Solatnya.
Solat
satu ibadah yang sangat mudah dibuat, ia tidak perlu duit hanya masa yang
sekejap (5-10 min) tapi perlu dilakukan 5 kali sehari . Tapi masih ramai orang
islam diMalaysia tidak solat (80 %) dan 20 % daripada mereka solat "part
time" dan yang benar benar tidak tinggal solat mungkin 5 % sahaja.
Golongan yang selalu solat dimasjid mungkin 1 % sahaja. Angka yang sangat
mengejutkan kita! Jika 20 % yang solat berapa peratus pula yang boleh melakukan
secara khusyuk dan berapa peratus pula sah solatnya ? Jika bacaan Al fatihah
tidak betul maka tidak sah solatnya! Jika wudhu nya tidak betul maka sia sia
solatnya. Kalau kita muhasabah diri kita sejak kita mula solat sampai sekarang,
rasanya kita patut menyesal dan sedih kerana tidak berusaha untuk
menyempurnakan solat kita. Lagi sedihnya ibubapa dimalaysia ini jika anak tidak
solat atau solat kadang kadang, tidak pun tegur atau marah ,tapi jika tidak
cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM melentinglah si ibubapa dengan macam macam
kalimah keras dikeluarkan kepada si anak. Mereka (ibubapa sanggup habis ribuan
ringgit untuk cemerlang anak dalam exam tapi tidak sanggup mengeluarkan duit
hantar anak kelas fardu ain supaya pandai baca quran,solat dengan betul.
Akibatnya mereka (sianak) berjaya lah dalam kehidupan dunia tapi gagal
diakhirat destinasi kita yang sebenar.
Kenapa
Solat Sangat Sangat Penting?
Solat
merupakan satu ibadat yang sangat penting kerana ia melibatkan HATI kita dengan
Allah SWT. ("Dirikan solat untuk mengingati KU"). Ibadah lain Allah
suruh kita laku sekali setahun (puasa wajib), ibadah haji (jika mampu), Zakat
(jika cukup nisab dan haulnya). Tapi solat setiap hari 5 kali sehari. Ia seolah
olah bekalan sepanjang perjalanan kita didunia dan ia umpama "talian
Hayat" kepada jiwa kita. Kalau kita hendak tahu Allah bercakap dengan
kita, bacalah Alquran kerana ia wahyu dari langit, tapi jika kita hendak
bercakap dengan Allah solatlah perantaraan nya. Dalam solat itu mengandungi
pujian kepada Allah, selawat kepada Rasulullah, doa, syukur untuk kita, doa
untuk muslimin dan muslimat. Malah untuk berjaya cemerlang pun ada disebutkan
sebanyak 10 kali sehari dalam seruan azan (sebelum solat) ia itu "haiya
alal falah" - mari menuju kemenangan). Rupa rupanya Allah suruh kita
menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat melalui solat! ada kah kita
perasan semuanya ini? Mungkin kita tahu tapi kita tidak sedar betapa tingginya
kedudukan solat ini. Atau sedar buat buat tidak tahu. Dalam solat pun ada juga "kompas"
kehidupan. Kompas ini bukan untuk menentukan arah kaabah tapi kompas untuk
minta "jalan yang lurus" atau hidayah ,sebab itu Allah minta kita
baca nya surah Al Fatihah 17 kali sehari " .Cuba bayangkan tanpa kompas
ini, Allah biarkan kita dalam keadaan sesat tidak tahu arah hendak dituju atau
apa makna hidup didunia ini, kita akan menjadi manusia yang rugi dunia dan
akhirat. Jika kita sesat dalam hutan mungkin kita boleh mati kerana kelaparan atau
dimakan oleh binatang buas, tapi jika adanya kompas, ini mungkin boleh pandu
kita dan memberi kita jalan keluar dari hutan dengan mudah sekali.
Macam
Mana Hendak Khusyuk Dalam Solat.?
Ulama kata jika hendak baiki manusia, baiki lah hatinya. Jika hendak baiki
hatinya, baikilah solatnya. Untuk mencapai khusyuk dalam solat sangat sangat
sukar sekali. Mungkin para ustaz yang tahu bahasa arab pun masih ramai yang
belum sampai ketahap khusyuk yang sebenar ini. Dalam solatlah macam macam
ingatan datang, kerja yang tidak siap lah, hal perniagan yang ada untung rugilah,
teringat kepada saham lah, dan paling teruk sekali jika ada masalah dalam
kehidupan. Seorang pakar motivasi berkata GAGAl atau BERJAYA nya kita dalam
kehidupan ini bergantung setakat mana khusyuknya solat kita. Orang yang berjaya
dalam solat akan menjadi manusia mukmin yang berjaya didunia dan juga akhirat.
Ceramah ustazah Bahiyah menyebut jika hendak khusyuk solat, sebelum mulakan
solat ingatkan 4 perkara ia itu Allah melihat kita, malaikat maut dibelakang
kita, syurga dikanan kita dan neraka disebelah kiri kita.
Erti khusyuk ialah akur, tunduk hati, tunduk akal fikiran dan tunduk
pancaindera kepada Allah SWT. Sasaran utama ialah HATI. Khusyuk solat hukumnya
wajib bukan sunat. Terdapat 6 peringkat untuk khusyuk dalam solat ia itu :-
a
Perlu Fahami ,mengerti dan fokus apa yang di baca.
b
Hadir hati supaya rasa kebesaran Allah SWT (hibah)
c
Hadir hati supaya rasa takut dan kagum dengan Allah SWT.(supaya kita lebih
dekat dengan Allah)
d
Rasa harap pada Allah
e
Rasa hina apabila mengadap pencipta alam semesta.
Akibat
Meninggalkan Solat.
Sangat ramai orang islam Malaysia tidak melakukan solat (80 %) dan mereka tidak
merasa apa-apa pun.Tengok sahaja jika ada "show" distadium sama ada
bola ,konsert dengan orang hadir begitu ramai tapi tempat solat dan tempat
ambil wudu' terhad, apa lagi tidak perlu solat lah! Ada juga orang kita tinggal
ditempat sendiri rajin bersolat tapi apabila melancong keluar negara terus
tinggalkan solat (juga tudung kepala menutup aurat pun hilang entah kemana?).
Orang yang meninggalkan solat ertinya "memutus hubungan dengan
Allah". Ini bererti Allah tidak memperdulikan kita lagi, kepada siapa kita
hendak berlindung? Solat ada lah tiang ugama dan islam ada lah cara hidup yang
lengkap bukan merangkumi soal ibadah tapi juga cara hidup lain seperti ekonomi,
muamalat, manakahat, siasah dll. Jadi orang yang tinggalkan solat sudah
semestinya juga meruntuh sistem hidupnya.
Kesan yang ketara dalam masyarakat kita apabila solat tidak lagi jadi tiang
ugama ialah wujudnya Mat rempit, Bohsia, transgender, homoseksual, lesbian, rasuah
dan banyak lagi. Selagi manusia tidak balik kepada Allah masalah demi masalah
timbul dalam kehidupan masyarakat, baik dari segi sosial, ekonomi, perkahwinan,
hubungan silatulrahim dan lain lain lagi.
Apa
Hukuman Allah Terhadap Orang Tidak Solat?
1.
Firman Allah SWT: "Neraka Wail (kecelakaan besar besarlah) bagi
orang-orang yang lalai dari mengerjakan solat mereka"
2.
Firman Allah SWT: "Apakah yang menyebabkan kamu dibuang dan ditempatkan
dineraka Saqar ini?" Maka jawablah penghuninya: Adalah kami orang-orang
yang meninggalkan solat" 3Sabda Rasulullah SAW: "Siapa-siapa yang
meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia menjadi kafir
tulen"
Terdapat
banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat
dan tidak pada ibadah-ibadah lain. Lihat sahaja bagaimana Allah mewajibkan
solat pada baginda Rasulullah. Tidak seperti ibadah lain, ia difardukan oleh
Allah secara langsung kepada Rasulullah SAW di langit iaitu pada peristiwa Isra’
dan Mi’raj. Melalui tajuk ini, 5 sebab utama yang
menjelaskan kepentingan solat kepada manusia sehingga kita perlu melakukannya 5
kali sehari semalam dalam apa jua keadaan dan ketika.
Pertama:
Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.
Solat
membentuk hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya melalui kelazatan
munajat kepada Pencipta dan melahirkan pengabdian kepada Allah dengan menyerah
segala urusan kepada-Nya, memohon kedamaian dan keselamatan daripada-Nya. Lihat sahaja bentuk amalan solat yang diajarkan oleh
Rasulullah, bermula dengan qiyam (berdiri), ruku’, i’tidal dan sujud.
Kesemuanya dilakukan dengan tujuan untuk membesarkan Allah, Tuhan yang Maha
Kuasa lagi Agung. Kenapa tidak? Dengan limpah kurniaan dan nikmat yang
dianugerahkan kepada kita baik dari segi kesihatan tubuh badan, zuriat,
suami-isteri, ibu bapa serta keluarga. Tidakkan itu satu nikmat yang tidak
terhingga? Baginda Rasulullah SAW. bukan sahaja mengajarkan cara melakukan
solat tetapi juga mengajarkan kepada kita dengan pelbagai pujian serta doa yang
boleh diamalkan sepanjang kita melakukan dengan ibadah solat iaitu bermula
dengan qiyam atau berdiri sehinggalah sebelum kita melafazkan ucapan salam.
Inilah
yang saya maksudkan sebagai satu peluang untuk kita berinteraksi dengan Allah
secara langsung, menyembah kepada-Nya, memuji dan membesarkan Allah. Ianya
tidak akan berakhir sehinggalah kita mengucapkan salam pada-Nya. Maka tidakkah
rugi bagi kita jika kita tidak mengambil peluang semasa kita mengadap Allah ini
dengan memperbanyakkan doa baik berupa permintaan, permohonan bagi menjauhkan
dari segala bahaya godaan syaitan dan tidak lupa juga iaitu pengampunan kita
kepada Allah.
Kedua:
Peluang Menggandakan Pahala Dan Penghapusan Dosa
Solat
bukan sahaja menjadi penyumbang kepada ganjaran yang berlipat ganda, malah ia
juga dapat menghapuskan dosa-dosa yang yang lalu. Inilah
kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang tidak terdapat pada
umat-umat yang sebelumnya, sehinggakan baginda Rasulullah pernah menyatakan
agama Islam itu mudah. Mengapa tidak? Umat terdahulu seperti pada zaman Nabi
Musa begitu banyak sekali pantang larangnya. Hendak makan daging lembu sebagai
contoh, tidak kesemuanya boleh dimakan begitu sahaja, ada bahagian-bahagian
yang ditegah daripada menjamunya. Kita umat Nabi
Muhammad? Selagi mana ianya disembelih dengan menyebut nama Allah, maka daging
lembu tersebut adalah halal dimakan.
Bangsa
Yahudi pada zaman Nabi Musa juga disyariatkan untuk beribadah pada hari Sabtu
dan tidak dibenarkan melakukan perkara lain. Sehinggakan mereka melakukan tipu
daya bagi mengelakkan larangan ini. Umat nabi Muhammad? Kita bebas melakukan
apa sahaja kerja yang halal pada bila-bila masapun, asal sahaja kita tidak
meninggalkan perintah Allah untuk mendirikan solat Fardu lima waktu sehari
semalam. Bagaimana pula dengan hal pengampunan kepada Allah bagi dosa-dosa
kita? Cukup dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya pada Allah, berazam untuk
tidak mengulanginya lagi dan benar-benar menyesal di atas segala kesilapan pada
masa lalu di samping melakukan perintah yang diwajibkan Allah seperti solat
Fardu dan lain-lain ibadah bagi menampung dosa-dosa kita yang lalu, maka Insha
Allah dosa-dosa kita yang lampau akan diampunkan Allah.
Ini
jelas di mana Nabi Muhammad pernah menyatakan bagi sesiapa yang melakukan solat
Fardu dari satu Jumaat ke satu Jumaat yang lain, maka dosanya di antara kedua
Jumaat tersebut akan diampunkan oleh Allah, begitu juga dengan sesiapa yang
berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka Allah
akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa lalu. Bagaimana pula dengan umat pada
masa yang lalu? Bangsa Yahudi akibat kesilapan mereka menduakan Allah dengan
menyembah sapi, mereka diperintahkan Allah untuk berbunuh-bunuhan sesama
sendiri bagi membolehkan taubat kita diterima Allah. Tidakkah kita merasa
bersyukur sekarang menjadi umat nabi Muhammad?
Bercakap
tentang solat pula banyak sekali kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah
seperti dari segi penghapusan dosa. Firman Allah: Dan dirikanlah solat (wahai
Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan
pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya
amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat. Surah Hud (11): 114 Malah Rasulullah pernah
mengumpamakan orang yang mendirikan solat Fardu lima waktu kepada para sahabat
seperti seorang yang mandi lima kali sehari yakni Allah membersihkan sesiapa
yang mengerjakan solat dengan penghapusan dosa-dosa. Di
samping itu dengan solat juga, bukan sahaja kita dapat mendekatkan diri kepada
Allah dengan mengucapkan segala pujian seperti tasbih, tahmid dan juga takbir
ketika melakukan qiyam, ruku’, sujud dan lain-lain perbuatan
tetapi juga dianugerahkan dengan pahala yang tidak terhingga.
Ketiga:
Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat
Pernahkah
kita terfikir pabila kita mendirikan solat bagi menjalankan kewajipan perintah
Allah, kita bukan sahaja menerima pahala yang berlipat ganda dan ditebus segala
dosa-dosa kita yang terdahulu tetapi secara tidak langsung juga kita telah menanamkan
pada diri kita kecintaan dalam melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan
atau jasmani. Dengan melakukan solat juga dapat memperkukuh kesegaran tubuh
badan kita. Solat menuntut agar setiap muslim, bangun pagi seawal mungkin dan
bersemangat dalam menghadapi tugas-tugas harian sejak menjelang terbitnya
matahari.
Menurut
Al-Zahabi: “Dalam solat, faktor fizikal juga terlibat iaitu dalam bentuk
senaman untuk badan selain penumpuan fikiran. Senaman-senaman itu melibatkan
berdiri tegak (qiyam) sujud, ruku’, tumakninah dan penumpuan melalui solat
pergerakan-pergerakan badan berlaku, dan kebanyakan organ dalam keadaan tenang.” Rasulullah SAW melalui sunnahnya telah mengajarkan bahawa
berdiri dalam solat harus dengan tegap dan dalam posisi yang lurus dan tidak
boleh dalam keadaan yang lemah atau malas. Ia juga seharusnya dilakukan dalam
keadaan tenang dan tidak kelam kabut, ini dapat disaksikan dalam perintah
Rasulullah kepada seorang Arab badwi supaya mengulangi solat yang dilakukannya
dengan cara yang tidak teliti dan sempurna.
Dengan
ini solat selain daripada merupakan ibadah ia juga merupakan satu bentuk riadah
tubuh badan harian yang tersusun dengan sedemikian rupa dalam memberikan
kerehatan jiwa dan juga jasmani manusia melalui pergerakan ketika melakukan
ibadah solat seperti amalan ruku’, i’tidal, sujud dan sebagainya seperti yang
disebutkan tadi. Menurut satu kajian yang dibuat oleh
sekumpulan penyelidik Universiti Malaya ke atas sekumpulan peserta mendapati
mereka yang sempurna solatnya lima kali sehari mempunyai nilai komposisi badan
yang lebih sihat berbanding dengan kumpulan peserta yang meninggalkan solat,
selain dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta menghindarkan risiko
penyakit jantung, stres, kolestrol dan lain-lain penyakit.
Keempat:
Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri
Solat
yang dilakukan dengan penuh khusyu’ juga dapat menumbuhkan pada diri mukmin
yang melakukannya kekuatan rohani dan batin yang amat berguna dalam mengharungi
segala kesulitan hidup dan juga ujian dalam kehidupan seharian kita. Al-Zahabi menyatakan dalam kitab karangan beliau Al-Tib: “Ibadah
solat sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, ia dapat mengurangkan
kebimbangan dan mengawal perasaan marah. Ia dapat meningkatkan rasa cinta
kepada kebenaran dan rendah diri terhadap manusia, melembutkan hati, membentuk
kasih sayang dan sifat memaafkan serta membenci dan sifat balas dendam… Seseorang
boleh menemui cara-cara untuk menyelesaikan masaalah-masaalah duniawi dan
rohaniah. Dan seseorang itu boleh memeriksa diri sendiri terutamanya apabila
seseorang itu benar-benar menghayati solatnya. Waktu yang paling baik ialah –
selepas – tengah malam semasa kebanyakan orang sedang tidur dan dalam keadaan
sunyi sepi.” Ini jelas sebagaimana firman Allah: “Hai
orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat, kerana sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar.”
Dengan
ini solat menjadi institusi pendidikan akhlak yang amali dan berdisiplin yang
dapat mengasuh sifat-sifat benar, amanah serta mencegah perbuatan keji dan
mungkar. Firman Allah SWT: Bacalah serta ikutlah (wahai
Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat
(dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; Surah al-‘Ankabut (29): 45
Kelima:
Memberi Keupayaan Mental Dan Kekuatan Dalaman Yang Tinggi
Selain
dari faedah kerohanian yang dapat diraih melalui amalan solat yang dapat
membantu mukmin untuk sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan
serta menjauhi perkara maksiat dan juga mungkar, dengan mengerjakan solat juga
akan dapat mengukuhkan moral dan mental seorang mukmin.
Ini kerana ia akan dapat menanamkan dalam hati, kesedaran adanya pengawasan Ilahi,
memelihara aturan-Nya, menjaga disiplin waktu, gentar akan ancaman dan seksaan
Nya serta sanggup mengatasi sifat-sifat kemalasan dalam memperturutkan hawa
nafsu dan sifat-sifat kelemahan manusia yang lainnya.
Antara
contoh sifat kelemahan manusia yang berkaitan dengan mental ialah penyakit
kegelisahan atau ‘Anxiety’. Menurut Al-Quran ianya boleh diubati dengan
melakukan solat.
Firman
Allah: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil
kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila
ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang
mengerjakan solat – Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya; Surah
al-Ma’arij (70): 19-23 Daripada ayat ini, dapat disimpulkan bahawa solat adalah
salah satu daripada cara merawati kecelaruan kegelisahan. Ibadah solat merangkumi
pelbagai aspek zikrullah seperti doa, tasbih, takbir dan tahmid. Melalui zikrullah
yang dibaca secara berulang-ulang ini berdasarkan perasaan rindu kepada-Nya
dapat mendidik jiwa manusia ke arah kebaikan serta menjauhkan jiwa dari
kejahatan selaras dengan kehendak Islam. Selain itu, ibadah solat juga dapat
mendidik jiwa manusia supaya sentiasa mencintai Allah dan Rasul-Nya. Cinta yang
mendalam ini akan membuat jiwa seseorang itu tenang dan sentiasa mengingati
Allah serta takutkan kebesaran-Nya.
Melalui
ibadah solat juga mempraktikkan amalan berdoa kepada Allah, dengan cara ini
dapat memberi peluang kepada manusia untuk berinteraksi secara peribadi dengan
Tuhan, selain dari dapat meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati
mereka melalui doa yang dipanjatkan kepada Allah. Ia juga sebenarnya menepati
kaedah kaunseling atau ‘Psycho Therapy’ kerana mencurahkan perasaan yang
menghantui diri pada orang kedua akan membantu meringankan bebanan yang
dihadapi. Adapun dengan meninggalkan solat akan menyemarakkan
kecintaan pada syahwat, buruk dari segi akhlaknya, begitu juga jika solat
dilakukan denga gerakan-gerakan anggota badannya tanpa disertai kehadiran akal
dan kekhusyukan hati tidak akan memberi kesan atau impak yang mendalam dalam
pembangunan mental seseorang. Berbeza jika solat
dikerjakan dengan bersungguh-sungguh dan khusyu’ dapat memperkuatkan jiwa
daripada pengaruh cinta pada dunia, serta mengangkat diri daripada keinginan
nafsu terhadap kebesaran, harta dan kekuasaan.
Malah
menurut kajian, seseorang yang memahami bacaan semasa solat dengan baik
mempunyai komposisi badan yang lebih sihat dan pemikiran yang lebih tenang
selepas solat berbanding dengan seorang yang tidak faham sepenuhnya bacaan
semasa solat.Selain menjauhkan jiwa seseorang daripada bersifat
lalai yang boleh memesongkan kita ajaran agama Islam. Firman Allah: Orang-orang
yang beriman dan hati mereka tenang kerana dzikir kepada Allah. Ketahuilah
sesungguhnya dzikir kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang Surah
al-Ra’ad (13): 28 Begitu juga sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah :
Menurut riwayat Ahmad, apabila Rasulullah SAW. mengalami sesuatu perkara yang
mendukacitakan, Baginda mengatakan, “Berdirilah Wahai Bilal, damaikan kami
dengan solat.”
Apa yang dapat
disimpulkan ialah ibadah solat yang khusyu’ ini mempunyai pelbagai kelebihan
serta kekuatan mental serta ketenangan jiwa seterusnya dapat merawati segala
kekusutan yang menghantui jiwa seperti penyakit gelisah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment