Air
sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia
maklum mengenainya. Dan semua pasti dan tahu 70% daripada kandungan badan kita
terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam
memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1.
Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Kita
ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan kita dan
membantu untuk kita berasa kenyang. Tukarkan air manis yang kita sering minum
kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan kita merasa
lebih kenyang dengan cepat. Kita juga pernah mengalami perkara yang sama
apabila kita makan diselangi dengan air. Kita akan rasa cepat kenyang daripada
biasa. Apabila kita minum air yang sejuk, badan kita akan cuba untuk
meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses
tersebut.
2.
Air membantu meningkatkan tenaga kita.
Apabila
kita berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan kita mengalami
dehidrasi dan ia menyebabkan kita merasa letih. Terutama sekali ketika kita melakukan
senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan
air sekiranya kita berasa haus. Sekiranya kita mempunyai cukup air, jantung kita
tidak perlu bersusah payah untuk pam darah kita keseluruh badan.
3.
Air mampu mengurangkan stres.
Seperti
yang disebutkan, 70% hingga 80% badan kita terdiri daripada air. Sama juga
seperti otak. Apabila kita mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan
minda kita juga turut stres. Apabila kita berasa haus sahaja, itu memberikan
signal yang kita mengalami dehidrasi. Untuk memastikan kita kurangkan stres,
sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4.
Bentuk otot kita dengan air.
Minum
air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila
kita minum air dengan cukup, kita mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan
lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5.
Mencantikkan kulit kita.
Jika
kita perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai
tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika kita perasan setiap kali
mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama
mereka. Tidak kira masa. Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan
mempunyai kulit muka yang licin dan bersih. Apabila kita dehidrasi,
garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap
meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka kita nampak lebih muda
dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah
dan menjadikan kulit kita lebih bersinar dan bersih.
6.
Air melancarkan proses penghadaman.
Selain
serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan
buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. Apabila
kita mengalami dehidrasi, badan kita akan menyerap semua air tersebut dan
menyebabkan usus besar kita menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk kita
keluarkan sisa buangan badan.
7.
Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar
pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum
air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana
garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu
karang. Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat
dan cair. Jadi, kurangkan risiko kita dengan minum banyak air!
Adakah
kita minum air dengan cukup?
Melalui
saranan pakar pemakanan, kita harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap
hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang kita minum bukanlah air
yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Sekiranya kita kuat
bersenam, keperluan kita untuk minum air juga turut bertambah.
Penting sangat kah air kosong
didalam badan kita? Mari kita andaikan sistem badan kita ibarat sebuah engin
kenderaan, apabila tangki air radiotar kenderaan kering, sertamerta overhetaing
akan berlaku. Begitulah sebaliknya. Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas
setiap hari? Ramai yang tak tahu Mengapa 8 gelas? Dari mana datangnya nombor
ajaib ini? Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States
Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus
diambil setiap hari. Ia mencadangkan pengambilan air yang digalakkan bagi seorang
dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari. Jumlah 2.5L ini berdasarkan
kiraan mL air diperlukan untuk setiap kalori makan yang diambil. (Kita memerlukan
kira-kira 2500 cal setiap hari).
Mengapa air sangat perlu? Ketika
kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam
perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman. Air yang diminum digunakan untuk
mjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan
dihantar ke usus untuk tujuan serapan. Jika kita tidak cukup minum air, sistem
pencernaan akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yg
hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.
Boleh kah kita bayangkan apa akan
terjadi kepada sistem badan kita jikalau air tak mencukupi? Penunjuk terbaik
adalah warna air kencing; sama ada KUNING cair atau PEKAT. Antara tanda
kekurangan air termasuk
* Cepat letih, kanak-kanak jadi
kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau
tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening
Pada keadaan lebih serius, individu
terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak
kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan
Pemilihan
air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat
daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu
perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis.
Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa
fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah
ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
No comments:
Post a Comment