Setiap
Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalui oleh setiap
manusia iaitu :
1.
Alam Roh
- Alam dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah dan mengikuti segala
suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2.
Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa
Alam Roh)
3.
Alam Dunia
- Manusia hidup didalam satu alam yang amat-amat singkat tetapi amat-amat
penting untuk alam yang seterusnya. - Hidup purata sehingga 65tahun-75tahun
4.
Alam Kubur
- Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun. 1 tahun bersamaan 1000 tahun didunia. Hadis
Imam At Tirmudzi menerusi Abi'Sa'id ; Rasulullah SAW bersabda :"
Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu
lubang antara lubang-lubang Neraka"
5.
Alam Mahsyar
- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300 tahun. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun
didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh
Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang
kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
-
* Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah
dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang
mati di Mekah/Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau
Madinah sahaja. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.
-
Rasullullah SAW yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah SAWbertanya
pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"
#
Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat
Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :
1.
Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat
memasuki Syurga diperingkat awal.
2.
Abraar (Baik-kebaikan); iaitu orang-orang yang baik-baik mereka ini ialah
golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)
3.
Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah
golongan kiri (golongan celaka/sial).
Kemudian
Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi
kepada tiga golongan juga iaitu;
1.
Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.
Peristiwa
di Padang Mahsyar
-
Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan
masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah
SAW dan Nabi Ibrahim AS diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para
Nabi, Sahabat dan mereka yang beriman). 7 golongan :
1.
Pemimpin yang adil
2. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
3. Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yang taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dengan kata "Aku
takut pada Allah"
6. Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
(Didalam
Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama
perempuan)
Setelah
40 tahun (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".. maka yang
mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana
Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah
larangan di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh,
Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam)
dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Rasullullah SAW memohon kepada
Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat
-
Soal Jawab
- Membaca catatan amalan
- Hisab
*Manakala
orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.
"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan
mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami
akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam
Ayat 68. Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya
mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan).
Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di
titian sirat (iaitu merekayang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan
perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman) . 999 manusia
akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun.
(*Mengikut
Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas
sirat).
*Dan
demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk
rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di
sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat
Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa
"Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam
ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16
*Kesimpulannya
: Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah
benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat
namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika
itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana
manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat
api neraka…… Wallahuwa'lam.
Rujukan
:
Tazkirah Ustaz Zawawi UIA - Kursus Pengurusan Jenazah MAS pada
#
Suka-Duka Roh di Alam Barzah - Abdullah Al-Qari
*Diambil dari Kitab/Al-Quran oleh penulis Dari Abdullah bin 'Amr RA.,
Rasulullah SAW. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
3 comments:
izin copas gambar
izin copas gambar
Izin ya mahu dishare mohon maaf kerana saling berbagi dalam kebaikan dan meninggikan agama Allah itu adalah perkara yang baik
Post a Comment