Rukun solat adalah perkara
yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat
secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada beberapa
bahagian. Kategori itu ialah rukun qalbi, fi'li dan qauli.
Kategori rukun
·
Rukun qalbi ( يبلق - iaitu berasal daripada
perkataan بلق - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada
hati.
·
Rukun fi'li ( يلعف - iaitu berasal daripada
perkataan لعف - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan
kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh
itu memerihalkan rukun tersebut.
·
Rukun qauli ( يلوق - iaitu berasal daripada
perkataan لوق - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan
kepada sebutan dan bacaan.
Rukun-rukun
Niat
Niat dalam solat merupakan rukun
qalbi tetapi turut termasuk dalam rukun fi'li (lihat Takbiratul ihram). Niat
solat mempunyai tiga bahagian yang disyaratkan dalam solat fardhu tetapi hanya dua
sahaja bagi solat sunat manakala untuk solat sunat mutlak (tiada sebab dan
bila-bila masa), hanya satu daripadanya disyaratkan.
Bahagian niat mempunyai tiga
bahagian iaitu:
1. Qasad ( دصق ) - Menyengajakan
solat
2. Ta'ridh ( ضرعت ) - Menyengajakan
fardhu
3. Ta'yiin ( نييعت ) -
Menyengajakan waktu
Untuk melihat bahagian-bahagian
yang diaplikasikan dalam niat solat, berikut adalah contoh:
Solat fardhu:
ىلعت هلل ءادأ رهظلا ضرف ىلصا
Sahaja aku solat
fardhu Zuhur tunai kerana Allah Ta'ala
Solat sunat:
ىلعت هلل نيتعكر ىحضلا ةنس ىلصا
Sahaja aku solat
sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Solat sunat
mutlak:
ىلعت هلل نيتعكر ةنس ىلصا
Sahaja aku solat
sunat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Berdiri betul
Berdiri betul atay berdiri tegak
adalah diwajibkan dalam solat bagi mereka yang berupaya untuk beridir tegak.
Bagi yang tidak upaya, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk mereka
sama ada untuk solat dalam keadaan duduk (hanya jika tidak mampu berdiri),
mengiring pada rusuk kanan sambil mengadap kiblat (hanya jika tidak mampu
berdiri dan duduk), atau jika tidak mampu berdiri, duduk mahupun mengiring,
orang yang ingin mengerjakan solat itu dibenarkan baring menelentang dengan
kaki dan perut dihalakan ke kiblat.
Syarat bagi rukun ini hendaklah
ditegakkan tulang belakangnya dan tidak bleh bongkok ke depan atau ke belakang
(jika mampu).
Takbiratul ihram
Takbiratul ihram ( مارحلإا ةريبكت
) ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat.
Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun
terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana
sebutan takbir iaitu Allahu Akbar ( ربكأ هللا ) adalah wajib bagi
mereka yang boleh menuturkannya. Bagi mereka yang tidak boleh menuturkannya
ataupun tidak dapat mempelajarinya, dia diharuskan untuk menyebutnya dengan
terjemahan dalam bahasa yang lain. Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan
niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu.
Muqaranah ( هنراقم ) atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua
bahagian iaitu:
·
Muqaranah Urfiyyah ( هيفرع هنراقم
) - Menyertai niat kepada sebahagian daripada takbiratul ihram iaitu
berniat ketika mula ataupun akhir bahagian takbiratul ihram
·
Muqaranah Haqiqah ( ةقيقح هنراقم ) -
Menyertai niat kepada keseluruhan takbiratul ihram iaitu berniat dari mula
sehingga akhir takbiratul ihram
Bagi kebanyakan orang awam,
adalah lebih mudah mengerjakan muqaranah urfiyyah kerana muqaranah
haqiqah mudah dihinggapi rasa syak atau was-was kerana penyertaan niat mengambil
masa keseluruhan takbiratul ihram itu. Adalah disunatkan untuk membaca doa
iftitah atau tawajjuh selepas takbiratul ihram.
Di namakan Takbiratul Ihram
kerana dengan melakukannya, kita mengharamkan ke atas diri kita perlakuan yang
akan membatalkan solat. Sebagai contoh, pada kebiasaannya bercakap sesame manusia
adalah halal. Akan tetapi, bercakap dalam solat akan membatalkan solat.
Maka,apabila kita membuat Takbiratul Ihram sebagai tanda memulakan solat,
bercakap adalah satu halangan untuk kita selagi mana kita masih mengerjakan
solat. Seperti dalam Haji, apabila kita memakai Ihram, kita diharamkan
melakukan beberapa perkara yang pada kebiasaannya adalah halal bagi kita.
Membaca Surah
al-Fatihah
Dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan
satu-satunya surah yang diwajibkan. Surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat
dan bacaannya hendaklah tertib mengikut susunan ayat yang betul dan hendaklah
dijaga tajwidnya. Bacaan basmalah diwajibkan kerana ayat itu juga sebahagian daripada
surah berbanding isti'azah yang tidak diwajibkan. Setiap ayat surah ini wajib
dibaca secara berturutan dan tidak diselangi oleh apa-apa perbuatan ataupun
ayat yang lain mahupun diam yang agak lama yang cukup untuk memutuskan bacaan
al-Fatihah itu.
Bagi mereka yang tidak tahu atau
tidak berupaya untuk membacanya dengan sempurna kerana baru memeluk agama
Islam, maka hendaklah dia membaca tujub ayat Quran yang berturutan atau tujuh
ayat yang tidak berturutan (atau berasingan) yang tidak kurang bilangan huruf
dalam al-Fatihah. Jika masih tidak mampu membaca mana-mana ayat Quran, dia
dikehendaki membaca zikir yang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah.
Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa bacaan Fatihah
itu sendiri.
Bilangan ayat dalam surah
al-Fatihah ialah tujuh ayat yang kesemuanya mempunyai dua puluh lima perkataan
bersama bilangan huruf sebanyak 156 huruf. Maka, zikir yang diriwayatkan oleh baginda
Nabi Muhammad s.a.w. digunakan bagi menggantikan bacaan untuk orang yang tidak berupaya
atau tidak tahu membaca ayat Quran.
نكي مل ءاشي ملامو − ناك للها ءاشام
− للهاب لاإ ةوق لاو لاوحلاو − ربكأ للهاو − للها لاإ هلإ لاو − لله دمحلاو − للها
ناحبس
Subhanallah -
Walhamdulillah - Wa la ilaha illallah - Wallahu akbar - Wa la haula wala quwata
illa billah - Ma sya Allahu kana - Wa maa lam yashaa u lam yakun
Ayat tersebut hendaklah dibaca
dua kali untuk menyamai bilangan huruf surah al-Fatihah.
Ruku’
Perbuatan ruku’ adalah membongkok
ke hadapan dengan sekurang-kurangnya hingga tapak tangannya mencapai ke lutut.
Ruku’ yang sempurna ialah menyamakan belakangnya dan tengkuknya pada satu garis
lurus dan meluruskan kakinya (iaitu betis dan peha) dan memegang kedua lututnya
dengan menjarangkan antara jari-jari tangan. Bagi mereka yang solat secara duduk,
memadai Ruku’ itu dengan membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan kepala
lututnya. Untuk lebih sempurna bagi solat duduk, Ruku’nya adalah membongkok ke hadapan
hingga dahinya selari dengan tempat sujud.
Ruku’ adalah salah satu rukun
yang disertakan dengan tama'ninah. Tama'ninah dalam Ruku’ adalah dalam keadaan
tetap semua anggota badannya hingga cukup masa untuk membezakan perlakuan
membongkok dan bangun daripadanya.
I'tidal
I'tidal adalah kembali daripada
keadaan Ruku’ kepada berdiri tegak iaitu keadaan asal ketika solat. Jika
keadaan asalnya ialah duduk menegak, maka hendaklah orang itu kembali duduk menegak.
Tama'ninah turut disertakan dalam perbuatan i'tidal. Maka, untuk melengkapkan i'tidal,
hendaklah tama'ninah dengan menetapkan anggota badan pada keadaan sebelum Ruku’
dalam masa yang cukup untuk membezakan keadaan selepas bangun dari Ruku’
sebelum turun untuk sujud.
Sujud
Sujud adalah satu perbuatan yang
amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat
(atau satu Ruku’) adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.
Sujud adalah memadai dengan
sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau
lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan
dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka tapak tangan dan
jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya (iaitu muka hujung jari-jari
kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap
keadannya. Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan
kedua-dua lutut dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di
tempat sujud.
Adalah sunat untuk menghalakan
kesemua jari ke arah kiblat Bagi lelaki, disunatkan juga meregangkan kedua
lutut dan dua tapak kaki, menjarakkan perut daripada peha dan menjauhkan sedikit
siku daripada rusuk. Bagi perempuan pula, sunat untuk merapatkan kedua-dua
lutut dan kaki, merapatkan perut dengan peha dan siku ke rusuk.
Wajib tama'ninah pada sujud iaitu
tetap seluruh anggota badan dalam keadaan sujud untuk satu jangka masa yang
cukup untuk membezakan perbuatan turun dan naik daripada sujud. Sujud itu tidak
sah jika sujud di atas tempat yang boleh bergerak jika orang itu bergerak
seperti tilam.
Duduk antara dua
sujud
Duduk antara dua sujud adalah
perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus
berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat
untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan
(atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan
berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk
meletakkan jari di atas lutut. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh
jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun,
tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.
Duduk tahiyat
akhir
Duduk ketika membaca tahiyat
akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk,
bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan
kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika
membaca selawat dan salam.
Membaca tahiyat
akhir
Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan)
atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri
daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat. Bacaan tersebut
hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad SAW
Selawat kepada
nabi dalam tahiyat akhir
Salam
Ucapan atau lafaz salam adalah
sebahagian daripada rukun solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum
مكيلع مالسلا "- "sejahtera kepada kamu semua") tetapi untuk lebih
sempurna, ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah ( - هللا ةمحرو
مكبلع مالسلا "sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati
Tuhan"). Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat
juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi
salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan
iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.
Tertib
Tertib adalah rukun yang
merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun
berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang dahulu didahului serta yang
kemudian, dilakukan kemudian.
No comments:
Post a Comment