Allah SWT telah memerintahkan
seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk
memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.
Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai
peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa
Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar
menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka
segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau
jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan
pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta
disiksa dengan azab yang amat keras."
Demi mendengar sahaja kata Malaikat
yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap
Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya
dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi
salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka sembah
Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab
salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi
dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk
baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam
a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan
sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang
sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan
perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar
sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah
menanggung sengsara akibat hasutan engkau.
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu
sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak
hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah
Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak
engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah
tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan
hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya
hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi
Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan
sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."
Maka Iblis pun bersumpah menyebut
nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang
sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu." Apabila
mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya,
inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh
sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian
umatku.
Soalan Nabi (1): "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan
bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar
di antara segala musuh hamba di muka bumi ini." Maka Nabi pun memandang
muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, "Ya
Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian
manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah
sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah
oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba
menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan
berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama
Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau
munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan
yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama
hamba."
Soalan Nabi (2): "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk
Allah?"
Jawab Iblis: "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang
merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya
hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya
meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba
lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya,
tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga
ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan
sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak
itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta
dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki
hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah
mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka
teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan
galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya
menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya,
datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada
lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba
goda mereka setiap saat."
Soalan Nabi (3): "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat
melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat
yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah!
Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang
menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang
memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis: "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha
Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi
sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun
menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari
satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini
beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman
Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun
membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian
Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.
Oleh itu Allah murka kepada hamba
dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan
hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga
dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian
bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat
juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu
keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan
kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa
orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya
Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan
hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba
dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan
yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.
Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa
yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan
berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke
dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta
mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu
langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar
dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba
yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka
besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas
hasutan."
Soalan Nabi (4): "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan
manusia?"
Jawab Iblis: "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya
kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya.
Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala.
Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"
Soalan Nabi (5): "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah,
bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah
badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh
iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas
sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia
yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya -
matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang
bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan
orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau
duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu
semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda
manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat
hukuman."
Soalan Nabi (6): "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah
rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa
terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari
daripadanya."
Soalan Nabi (7): "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana
rasa engkau?"
Jawab Iblis: "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang
hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."
Soalan Nabi (8): "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal
engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar
bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah
cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.
Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan
digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama
dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi;
yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam
mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa
ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka
ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan
angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam
syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah
sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin,
syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai
serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang
lain telah menunggu kami." "Setelah habis umat tuan berpuasa barulah
hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan
sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan
bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan
biasa."
Soalan Nabi (9): "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada
engkau?"
Jawab Iblis: "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar -
besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang
dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang,
"Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut
mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq
sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula
setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan
hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika
ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan
lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua
tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak
menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba
pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam
dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang
sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan
telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh
menggantikan aku", kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai
membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba
tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia
penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan
sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi
hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan
mengatakan, "Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab
atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala
Usman mati syahid." Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut
kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim
orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua
mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama
memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang
berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan
juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu
dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan,
lagilah hamba ngeri kepadanya."
Soalan Nabi (10): "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Umat tuan itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan
iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah
Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s, "Ulama itu
adalah pelita dunia dan pelita akhirat."
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan
redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta
dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam
badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana
sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan
tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak
mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya
dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal,
tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila
umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan
hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama
Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk
jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."
Soalan Nabi (11): "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan
membenci orang belajar agama Islam."
Soalan Nabi (12): "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,
pemungkir janji."
Soalan Nabi (13): "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak
membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke
badannya tanpa dia sedari."
Soalan Nabi (14): "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya
serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak
hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba
dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada
pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu
bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba
yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa
kenyang."
Soalan Nabi (15): "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya
engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat
kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah
mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi (16): "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau
mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ
lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada
bulu itu."
Soalan Nabi (17): "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik
di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga
terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba
beratkan hatinya untuk solat."
Soalan Nabi (18): "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah
dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan
solat tengah malam."
Soalan Nabi (19): "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di
dalamnya"
Soalan Nabi (20): "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar
kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah
bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'"
Soalan Nabi (21): “Hai Iblis ! Apa pula yang dapat merantai engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu orang yang berjual atau berniaga dengan betul
timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya”.
Soalan Nabi (22):“Hai Iblis ! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain,
bagaimana keadaan engkau ?”
Jawab Iblis: “Apabila bertemu dua orang di tengah perjalanan memberi
salam dan dijawab oleh rakannya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka
hambapun meratap kerana keduanya mendapat keampunan apabila kedua-duanya
berpisah untuk urusan masing-masing”
Soalan Nabi (23):“Hai Iblis ! Siapa pula sahabat yang paling hampir dengan
engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu orang yang meminum arak, tuak atu dadah kerana
bahayanya telah jelas membawa pepecahan, perkelahian dan perceraian”.
Soalan Nabi (24):“Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan
dengan engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka
hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu , hamba hiaskan mukanya
dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya
maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang
bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba
hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya,
lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara
hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang
tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya”.
Soalan Nabi (25):“Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?”
Jawab Iblis: “Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb.
Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati
mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat
tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan
bertapa nipisnya iman mereka”.
Soalan Nabi (26):“Hai Iblis ! Di mana tempat perhimpunan engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat menari dan
seumpamanya seperti tempat percampuran di antara lelaki dan perempuan”.
Soalan Nabi (27):“Hai Iblis ! Aku lihat engkau mengintai-intai di dalam
masjid, apakah yang engkau buat ?”
Jawab Iblis: “Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang solat di situ,
tetapi hamba sangat tkut kepada seorang yang sedang tidur di situ”. Maka tanya
nabi : “Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang solat padahal dia dalam
solat dan bermunajat kepada Allah SWT. Mengapa engkau takut kepada orang yang
tidur di sebelahnya, padahal dia di dalam lai dan tidak memandang suatu apapun
(tidak sedar) ?”
Jawab Iblis: “Orang yang sedang solat itu bodoh dan jahil, jika hamba
hendak rosakkan solatnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat
alim. Hamba takut ketika hamba mengoda dan merosakkan solat orang jahil itu,
kalau-kalau orang alim itu tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil
tersebut”.
Soalan Nabi (28):“Hai Iblis ! Apakah puji-pujian engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu suara orang yang menyanyi-yanyi dan berpantun seloka
dan suara bunyi-bunyian (muzik) kecuali orang yang menyanyi, berpantun memuji-muji
Allah seperti bernasyid dan berselawat”.
Soalan Nabi (29):“Hai Iblis ! Siapakah yang sekaum dengan engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak
yatim dan makan riba”.
Soalan Nabi (30):“Hai Iblis ! Dengan sebab apakah engkau gelapkan hati
manusia ?”
Jawab Iblis: “Iaitu dengan sebab mereka makan dan minum dengan rezeki
yang haram kerana mereka gelap mata (tidak nampak) pada mencari harta dengan
cara yang halal dan mereka yang membanyakkan tidur meninggi hari sehingga
terlepas solat Subuh serta mereka yang memenuhkan perutnya dengan kekenyangan”
Soalan Nabi (31):“Hai Iblis ! Siapa yang menyukai hati engkau ?”
Jawab Iblis: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan
zakat kepada orang yang dhaif tetapi zakatnya dihantar kepada orang lain
padahal kaumnya miskin. Sesungguhnya bakhil itu adalah musuh Allah dan orang
yang tidak mengeluarkan zakat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling
bawah bersama-sama denganku”
Soalan Nabi (32):“ Hai Iblis ! Siapakah yang menyuburkan badan engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu orang yang hasad dengki, orang yang tidak belajar
etika dan ajaran Islam, segala perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang
mencabulkan dirinya serta menjualkan maruahnya”
Soalan Nabi (33):“Hai Iblis ! Jika mati seorang ulama’ bagaimana perasaan
engkau ?”
Jawab Iblis: “Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan
hamba”
Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa
berdukacita atas kematian seorang ulama’, maka dituliskan oleh Allah pahala baginya
1000 alim dan 1000 syuhada”. Sabda Rasulullah SAW lagi : “Akan ada umatku yang
menjauhkan dirinya daripada para ulama’ atau setiap orang yang benci kepada
orang yang mengajar agama dan ulama’ akan mendapat 3 bala daripada Allah SWT ;
1.
Diangkatkanberkat daripada rezekinya
(prndapatannya)
2.
Didatangkan kepada mereka seorang
ketua @ pemerintah yang zalim
3.
Dimatikan dalam keadaan tidak
beriman
Soalan Nabi (34):“Hai Iblis ! Jika umatku solat berjemaah, bagaimana keadaan
engakau ?”
Jawab Iblis: “Sesungguhnya mereka itu terlepas daripada tipudaya hamba” Sabda
Rasulullah SAW : “Hai sahabtku sekelian ! Barangsiapa solat berjemaah 5 waktu,
maka ia akan dikurniakan 5 perkara :
1.
Tidak ditimpa kemiskinan
2.
Dilepaskan dari siksa kubur
3.
Diserahkan kitab catatan di sebelah
kanan
4.
Melalui titian sirat pantas seperti
kilat menyambar
5.
Dimasukkan ke dalam syurga tanpa
hisab
Sabda Rasulullah SAW lagi : “Adalah
solat lelaki yang berjemaah itu terlebih baik daripada solat 40 tahun di
rumahnya seorang diri, solat berjemaah itu mendapat 27 darjat dan seseorang
yang solat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isteri mendapat pahala haji
dan umrah”
Soalan Nabi (35):“Hai Iblis ! Jika umatku membaca selawat ke atasku,
bagaimana keadaan engkau?”
Jawab Iblis: “Muka hamba akan terbelah sebeb mereka ingat kepada tuanku”
Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang membaca selawat ke atasku, para
malaikat memintakan keampunan baginya dan dia adalah ahli Syurga”
Soalan Nabi (36): “Hai Iblis ! Jika umatku solat Hariraya ke masjid bagaimana
hal engkau kerana Allah SWT telah berfirman : ”Hai sekelian Malaikat ! Saksikan
olehmu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa seluruh umat Muhammad,
lelaki dan perempuan”. Apabila selesai solat dan khutbah maka firman Allah SWT
: “Hai umat Muhammad ! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku
telah ampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa
kamu itu dengan kebajikan”
Jawab Iblis:: “Ya Rasulullah ! Apabila umat tuan hamba pergi solat
hariraya, maka hamba sangat dukacita dan menyesal. Maka hamba pun bersorak,
datanglah bala tentera hamba dan mereka berkata : “Hai raja kami ! Siapakah
yang tuan murkakan ? Adakah ia dari langit atau bumi ? Arahkan kami sekelian
pergi membinasakan apa yang di langit dan di bumi” Maka sahut hamba : “Hai bala
tenteraku ! Yang menyebabkan aku ini dukacita ilah kerana Allah SWT telah
mengampuni umat Muhammad pada hari raya ini. Wahai sekelian tenteraku ! Apakah
kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menerima puasa umat Muhammad ? Dan
Allah sangat kasih dan sayang kepada mereka dengan rahmatnyanya diperkenannya
segala doa mereka serta diampunkan segala kesalahannya”. “Hai tenteraku !
Hendaklah kamu goda mereka itu supaya mereka malas untuk beribadah dan supaya
bimbang dengan berjalan ke sana ke mari , asyik berjudi dan bersukaria
masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya
datang kemurkaan Allah dan diturunkan bala ke atas mereka yang tentu akan
menyenangkan hatiku”. Maka pergilah sekelian tentera Iblis mengacau umat
Muhammad”.
Soalan Nabi (37):“Hai Iblis ! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana
keadaan engkau ?”
Jawab Iblis: “Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang
tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa ayang sedikit sahaja, maka
lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya
diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi”.
Soalan Nabi (38):“Hai Iblis ! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana
keadaan engkau ?”
Jawab Iblis: “Ya Nabi Allah ! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa
yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya
dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu
membaca doa ini”
Soalan Nabi (39):“Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?”
Jawab Iblis: “Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika
berbuatdosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian
manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya
hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah
hamba dengan sebab ucapannyanya itu”. “Lagi satu keuntungan yang besar kepada
hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba,
kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul
dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan”.
Soalan Nabi (40): “Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di
atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamtkan
sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada
terang-benderang”.
Jawab Iblis: “Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah
katanya : “Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk memarik sekelian anak Adam kepada
berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka
itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba
mencelah di dalamnya”
Maka firman Allah SWT : “Hai Malaun
(yang dilaknat - Iblis) ! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku
sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun
kepadaKu”.
Maka kata Rasulullah SAW : “Ya
Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian
hamba Allah.
1.
Mereka itu mengaju kasih kepada
Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2.
Mereka sangat marah kepada hamba
tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : “Hai Maaun !
Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua
kebahagiaan ;
o
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan
kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka
o
Marah mereka kepada engkau (IBLIS)
Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu”
Setelah itu Rasulullah SAWpun
menghalau Iblis. Dia pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya
telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.
SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI
SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT
ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA...............
No comments:
Post a Comment