Solat
Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi
menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki
masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain. Sabda
Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki
masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”(Hadis
Riwayat al-Bukhari, Muslim). Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika
salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga
mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sekiranya
sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka
memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat (solat sunat rawatib) sebelum
fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat
qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid. Jika seseorang itu meninggalkan Solat
Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat
wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu
‘mendirikan solat dua rakaat’. Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka
adalah sewajarnya seseorang itu melakukanSolat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan
yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.
Tujuan
1.Sebagai
cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2.Memupuk
sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3.Menggalakkan
umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.
Tertib
Sebaik-baik
sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:
1.
Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:
2.
Berniat iktikaf.
3.
Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati
dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:
Cara
Melakukan Solat Tahiyatul Masjid
Sebelum
duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at.
Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.
1.Niatnya
:
2.Bacaan
surah selepas Al-Fatihah:
Raka’at
pertama – Al-Kafirun.
Raka’at
kedua – Al-Ikhlas.
3.Zikir
Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid
a.Kemudian
selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;
b.Selepas
itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau
sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.
Fadhilat
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1.Melatih
masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
2.Menyuburkan
perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
3.Dapat
meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
4.Mendidik
diri lebih berperatuan dan berdisplin.
5.Memperolehi
pahala yang berlipat kali ganda.
Ulama
hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk
dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid,
kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid.
Permasalahan
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1.
Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka
tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
2.
Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a.
Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus
solat.
b.Jika
terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan
bangun bersolat.
3Sekiranya
masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan
tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yangdikira
sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
4.
Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang
dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum
duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang
wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid
kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.
Dari
Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada
hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus
duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah
dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda:
“Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang
berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan
seringkasnya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari)
5.
Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan
sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk
sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:‘Subhanallah
Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’ Dari Abu Hurairah r.a., Nabi
SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi,
kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)
6.Sekiranya
seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para
jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat
tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:
“Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat
fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim). Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka
hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga
salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
7.
Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di
padang atau kaki lima.Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam
mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan
pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.
8.Bagi
mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah
melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat
Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.
9.Mereka
yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu
dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat
Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.
Sekiranya
sesuatu tempat itu dinamakan surau, adakah kita disunatkan juga untuk solat
tahiyatul masjid seperti kebiasaan kita solat sunat tahiyatul masjid di masjid?
Sebelum kita mengenalpasti hukum solat sunat tahiyatul masjid di surau, marilah
kita melihat terlebih dahulu pengertian solat tahiyatul masjid. Solat tahiyatul
masjid: Solat dua rakaat yang dilakukan bagi setiap orang yang memasuki sesebuah
masjid. Hukumnya sunat berdasarkan hadith Nabi SAW: “Jika salah seorang
daripada kamu memasuki masjid, maka tidaklah dia duduk sehingga dia menunaikan
solat dua rakaat.” (Muttafaqun ‘Alaih).
Solat
ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat ketika orang tersebut
memasuki masjid.
Masjid
dari segi bahasa bererti : Tempat untuk kita bersujud/ tempat solat. Masjid
dari segi istilah pula digariskan ulama sebagai: Tanah yang diwaqafkan oleh
pemiliknya untuk manusia menunaikan solat di dalamnya (tempat solat awam). Berdasarkan
takrif tersebut dapatlah kita fahami bahawa bukanlah menjadi syarat sesebuah
masjid itu hendaklah tempat yang didirikan padanya solat jumaat, cukup ianya
memenuhi dua syarat sahaja iaitu berdiri di atas tanah wakaf serta didirikan
padanya solat lima waktu.
Surau
pada masyarakat Malaysia ialah tempat solat awam sepertimana masjid cumanya
kebanyakan surau tidak didirikan padanya Solat Jumaat di dalamnya. Juga
kebanyakkan surau di taman-taman perumahan diMalaysia kebiasaannya dibina di
atas tanah wakaf sumbangan pemaju perumahan dan berdaftar dengan Majlis Agama
Islam Negeri masing-masing. Melihat kepada kefahaman serta suasana yang wujud,
hakikatnya sebahagian surau-surau di Malaysia mempunyai fungsi yang sama
seperti masjid serta sudah memenuhi ciri-ciri untuk menghukumkannya sebagai
masjid. Maka hukum beriktikaf, solat sunat tahiyatul masjid dan apa-apa hukum
lain yang ada terhadap masjid wujud ke atas surau-surau tersebut. Cumanya
timbul persoalan berkenaan surau-surau dalam bentuk yang lain seperti di tempat
kerja dan pasaraya-pasaraya besar. Apakah status surau ini? Adakah surau-surau
tersebut turut mengambil hukum masjid dan sunat untuk kita melakukan solat
tahiyatul masjid?
Jawapannya
adalah tidak, ini kerana sifatnya adalah berbeza dengan masjid iaitu pada sudut
surau dalam bentuk ini tidak sentiasa dilakukan solat lima waktu berjemaah
secara tetap, ianya bergantung kepada kehadiran Jemaah pada waktu solat
tersebut. Juga sifat binaan surau tersebut yang tidak berdiri di atas tanah
wakaf berbeza dengan masjid. Surau dengan kefahaman ini lebih selari dengan
istilah “mushalla” pada kefahaman bangsa arab. Atas dasar kefahaman inilah
Jawatankuasa Fatwa di Negeri Sarawak pada tahun 2002 (sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/menaikkan-taraf-surau-kepada-masjid-jamaah-1)telah
membincangkan hal ini. Dalam fatwa tersebut, mereka telah mencadangkan supaya
istilah surau yang diberikan terhadap surau yang berdiri atas tanah wakaf serta
didirikan solat lima waktu keatasnya diubah menjadi istilah “masjid Jemaah”. Cadangan
ini adalah dengan tujuan supaya masyarakat tidak keliru tentang
persoalan-persoalan yang timbul berkaitan masjid seperti solat tahiyatul
masjid, iktikaf dan lain-lain. Mereka juga telah menggariskan beberapa syarat
yang mesti ada pada surau tersebut supaya boleh dinaik taraf menjadi masjid
Jemaah iaitu:
dikurnia
oleh kerajaan
1.Tapak tanah
untuk mendirikan sebuah surau mempunyai surat hak milik sama ada diwakafkan
atau dikurnia oleh kerajaan
2.Mempunyai
jawatankuasa pengurusan yang dilantik penduduk setempat dan diiktiraf oleh
Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
3.Mempunyai
pegawai-pegawai surau yang tetap
4.Mendirikan
sembahyang 5 waktu berjemaah dan;
5.Mempunyai
keupayaan, menjaga kemuliaan dan kebersihan surau
Jadi
boleh kita simpulkan bahawa di Malaysia terdapat dua jenis bentuk surau. Yang
pertama iaitu yang didirikan solat 5 waktu berjemaah serta binaanya berdiri di
atas tanah wakaf ianya dihukumkan seperti sebuah masjid. Ada pun yang kedua
tidak dihukumkan seperti masjid maka tidak boleh dilakukan solat tahiyatul
masjid di atasnya. Wallahu a’lam.
1 comment:
Assalamualaikum tuan, info tentang Solat Sunat Tahiyatul Masjid dipetik dari buku apa ye?.. saya sdg mencari sumbernya.. terima kasih
Post a Comment