Solat
Sunat Witir
Merupakan
sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah SAW senantiasa
melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun
ketika bermusafir. Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah
itu Witir (Ganjil/Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad
Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim). Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat,
3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan tiap dua rakaat, lalu salam
dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Ada
riwayat yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir
walaupun sekali. Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah: “Siapa yang tidak berwitir,
maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu
solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik
yaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
Witir
Penutup Solat
Solat
Witir dilakukan setelah solat Isya hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan
sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat
yang dilakukan hingga menjelang Subuh. Rasulullah SAW bersabda: “Akhirilah solat
malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.) Sekiranya
dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus
mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isya. Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya
mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya
mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat
witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para
malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan
Ibnu Majah)
Fadhilah
Solat Witir
1.
Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.
Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.
Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.
Cara
Melaksanakannya
1.
Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
Aku
Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2.
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at
pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at
kedua: Surah Al-Kafiruun
3.
Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
4.
Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
Aku
Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah
Ta’ala.
5.
Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ yaitu:
a)
Al-Ikhlas,
b)
Al-Falaq, dan
c)
An-Naas.
Al-Nasa’i
meriwayatkan daripada Ka’ab r.a, ia berkata: “Rasulullah SAW membaca dalam solat
Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.” (Hadis Sunan At-Termizi
Jilid 1. Hadis Nomer 0461). Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan
kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif
dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat
apa ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca
pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’
pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
Solat
Sunat Rawatib
Rawatib
berasal dari perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu, Solat
Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu
lima waktu. Biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah
(selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya
untuk mencari keridaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan
solat fardhu.
Solat
Sunat Rawatib, Sebagai Berikut:
1.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup
waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah
solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi. Rasulullah
SAW bersabda: “Siapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur
sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu
Daud & Tirmidzi) Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga
Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad
dan At-Tirmizi r.a.)
2.
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat.
Selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang solat
sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”
(H.R. At-Tabrani)
3.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah
sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah.
4.
Pada solat Isya terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat
Ba’diyyah.
5.
Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah). Solat Subuh
tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah, malah makruh solat selepas subuh.
Terdapat
beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang
mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya: Dari Ibnu Umar
bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat
sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai
Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari) Dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa
yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat
(sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat
sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib,
2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi
r.a.)
Solat
Sunat Rawatib yang Mu’akkad
Solat
2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
Solat
2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Jum’at.
Solat
2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Jum’at.
Solat
2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
Solat
2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
Apabila
ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah
tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at saja.
Cara
Mengerjakan Solat Sunat Rawatib
Cara
mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh,
hanya niatnya yang berbeda.
Niat
Solat Rawatib:
a.
Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Aku
menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur/Asar/Isya/Subuh) dua raka’at, kerana Allah
Ta’ala.
b.
Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (setelah).
Aku
menunaikan solat sunat selepas (Zuhur/Maghrib/Isya) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Antara
surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat
1: Surah Al-Kafirun
Rakaat
2: Surah Al-Ikhlas
Peringatan:
Semasa
melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu
Qabliyyah atau pun Ba’diyyah. Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu
Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah. Solat-solat sunat Rawatib ini
tidak dituntut berjama’ah. Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
Qada
Solat Rawatib
Nabi
Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.
Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi
dunia.” (Hadis riwayat Muslim) Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika
masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya.
Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan
mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya. Daripada Aisyah r.a; “Bahwa jika
Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya
selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a) Dari Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’: “Seandainya
terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.” Maka solat
sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.
Solat
Sunat Tahajjud
Solat
Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat
secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan
sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak
meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Firman Allah SWT: “Dan pada sebahagian
malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan
Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79) Rasulullah
SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin
sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai
penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi
penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a)
Tujuan
Solat Tahajjud
Sebagai
petanda perhambaan kepada Allah SWT.
Mendekatkan
seorang hamba dengan Penciptanya
Tanda
kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
Menguatkan
jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
Mendapatkan
ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Cara
Mendirikan Solat Tahajjud
Solat
Tahajjud dilakukan tiada batasan rakaatnya, mengikuti kesanggupan dan kemampuan,
dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua
rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun
sedikit.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
1.
Niat solat Tahajjud:
Aku
menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
2.
Surah selepas Al-Fatihah
Rakaat
pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau
Rakaat
pertama: Surah Al-Kaafirun
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhla
Rasulullah
SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
Kelebihan
Solat Tahajjud
Tahajjud
adalah solat sunat yang paling afdal.
Doa
dimakbulkan Allah.
Memperolehi
ketenangan jiwa.
Merasai
diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan
keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi
pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan
gangguan dan godaan syaitan.
Mencegah
dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi
lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah
SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar
daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati
masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
Allah
SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
Orang
bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
Diberi
keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat
kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan
martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Memudahkan
hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Memudahkan
Solat Malam
1.
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
2.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
3.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah
SAW bersabda: “Siapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan
solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya
itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
Solat
Sunat Dhuha
Solat
Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah
SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan
solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah
pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan
puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada
Abu Dzar r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap
pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah
sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap
takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga
adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat
solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling
banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang
disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah
dua rakaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali
kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu
sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu
Solat Dhuha
Solat
sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan
adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 menit
selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka
masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi. Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan
Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3
meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi. Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW
keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.
Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di
waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim
dan Tirmidzi).
Cara
Mengerjakan Solat Dhuha
Solat
ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi
yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
1.
Niatnya:
“Aku
mengerjakan solat sunat Dhuha dua rakaat
kerana Allah Ta’ala.”
2.
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.
Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/
Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali, atau
ii/
As-Syams dan Ad-Dhuha, atau
iii/
Al-Lail dan Al-Insyirah.
b.
Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/
Solat Pertama: As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/
Solat Seterusnya: Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3.
Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
4.
Berdoa
Fadhilah
Solat Dhuha
Sebaik-baiknya
solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki
dan ketenangan jiwa serta kehidupan.Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha
dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak
buih di lautan.” Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang
dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari
kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan
solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”
(HR At-Tabrani). Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali
engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti
pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” HR. Haklim dan Tabrani).
Solat
Sunat Hajat
Solat
Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika
berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan
daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini
agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai
dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha
Pencipta. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT
atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian
dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi). Imam Ahmad meriwayatkan dengan
sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berwudhu dan
menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, niscaya Allah memberikan
apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Solat
sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan
solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati
atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar
permintaan mudah dimakbulkan. Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau
berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian
sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir)
kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya. Solat Sunat
Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan
paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud
yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan
disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat,
perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
Fadhilat
Solat Hajat
Berasa
tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
Menjadi
lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
Permohonan
dimakbulkan Allah SWT.
Panduan
Solat Hajat
Sekiranya
dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat
Sunat Hajat, hendaklah bersuci dan mandi terlebih dahulu kemudian berwudu bagi membersihkan
diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,“Siapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada
malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan
niat mohon dipenuhi hajatnya.” Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud
terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
Cara
Melakukan Solat Hajat
Dirikanlah
Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun
yang telah disyariatkan itu. Perbedaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
1.
Lafaz dan niat:
Aku
Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2.
Bacaan selepas Al-Fatihah
Rakaat
pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu
la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa
fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih,
ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi
illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa
wa huwal’aliyuul ‘azhiim.” (Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal
lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya
apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah
mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan
Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa
berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha
Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255]
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)
“Qul
huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan
ahad.” (Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan
tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.)
*Sesungguhnya
sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada
setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’..
3.
Membaca Tasbih
Sebaik
sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah
tasbih ini 41 kali: “Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo
li-min.”
(Tiada
Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan
orang yang aniaya) Atau Tasbih berikut 1 kali:
4.
Wirid Selepas Solat Hajat
Sesudah
selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
a.
Istighfar (10/100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah,
Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.” (Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku,
daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.)
b.
Zikir
“Laa-i-la-ha
il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” (Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi
Muhammad utusan Allah)
c.
Salawat (10/100 kali)
“Allaahumma
shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.” (Ya
Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga
penghulu kami Muhamad SAW)
5.
Doa Solat Hajat
Teruslah memohon hajat
yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har
rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal
tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil
‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik,
wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta
min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la
gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah,
wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la
agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah,
wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan
Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka
i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min.
aa-miin
No comments:
Post a Comment