DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, March 13, 2013

Mengawal dan Mengurus Emosi


Sudah menjadi kebiasaan, bila kita tidak dapat mengawal emosi, sering kali kita bertindak di luar kawalan. Itu yang menyebabkan kita sebenarnya terlepas pandang dan menghamburkan kata-kata tanpa berfikir panjang meskipun terhadap ibu bapa sendiri dalam sesetengah keadaan. Setiap orang boleh marah, tetapi tahap kemarahan adalah berbeza mengikut individu. Jika kita gagal mengawal emosi negatif tersebut, akibat mungkin merugikan diri sendiri dan keluarga tersayang. Kemarahan boleh menjadi punca membalas-dendam, mengfitnah, membunuh, bercerai atau peperangan. Keupayaan mengawal emosi negatif adalah suatu seni hidup yang sangat berharga dan ia membolehkan seseorang memegang tugas yang lebih mencabar. Sebaliknya, seseorang yang cepat marah sering menjadi mangsa pada persekitaran dan gagal meneroka bidang kerja yang lebih tinggi.
Untuk membolehkan seseorang meningkat daya tahan kemarahan, jiwa seseorang perlu ditenangkan terlebih dahulu. Fikiran yang kusut dan kerunsingan serta ketegangan emosi adalah punca cepat marah. Bila emosi telah menjajah pemikirannya, kewarasan menilai dan membuat keputusan pun hilang. Tidak ada sesiapa yang boleh membantu kita mencari ketenangan iwa jika diri kita tidak berusaha untuknya.

Berikut ini disenaraikan rukun-rukun ketenangan jiwa. Ia membantu kita melegakan jiwa yang bergelora dan bertindak dengan penuh kematangan.

Pertama: Mengenal setiap cetusan emosi diri
Ini bermaksud kita boleh membaca emosi sendiri pada setiap masa. Bila masa kita marah, kita berkata “saya sedang marah”. Bila kita takut, “Kita berkata saya takut”. Bila kita boleh menangkap setiap perasaan kita , kita akan dapat mengawalnya dengan baik. Sering-kali emosi negatif timbul tanpa kita sedari. Akibatnya, kita mungkin melakukan sesuatu yang melulu dan menyesal kemudian. Kita mungkin berkata “Mengapalah saya tidak tahan sahaja emosi saya?” Kata pepatah ” Menyesal kemudian tidak berguna”.

Kedua: Memberi masa bertenang
Setiap pergolakan emosi biasanya reda dalam masa dua jam ke tiga jam. Ada juga individu yang dapat meredakan emosinya dalam masa beberapa hari. Bila kita merasa panas darah dan hendak marah, alihkan diri dari situasi tersebut dan berikan diri kita beberapa jam untuk bertenang. Ini akan membolehkan kita memikirkan kejadian tersebut dengan lebih menyeluruh. Masa bertenang akan membolehkan kita memikirkan punca kemarahan serta mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Ketiga: Saya juga bersalah
Kemarahan biasanya memuncak bila kita memikirkan kesilapan orang lain. Tetapi , jika kita dapat menerima hakikat bahawa diri kita juga perlu memikir tanggungjawab dalam kejadian tersebut , kita tidak akan terlalu menyalahkan orang lain. Katakan dengan diri sendiri , “Saya juga bersalah dalam hal ini. Kalaulah saya ……. kejadian ini tidak akan terjadi.” Bila kita mula sedar dengan peranan dan tanggungjawab kita , kemarahan dapat dikurangkan.
Keempat: Bukan serangan peribadi
Bila kita menerima tekanan atau teguran dari orang lain, jadikan itu sebagai suatu pesanan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri. Beritahu diri kita ,” Syukurkan kerana dia beritahu saya tentang kesilapan saya” “Majukan saya amat mengambil berat dengan prestasi diri saya, itulah sebabnya dia memberitahu saya supaya jangan buat negini.” “Saya gembira dengan pesanan kita, saya tahu kita mahu saya menjadi seorang yang baik.” Semakin kita menghargai sesuatu kejadian, perasaan negatif akan mula hilang.

Kelima: Mengenal perasaan orang lain
Bila kita mempertahankan pendirian diri, kita akan gagal memahami mengapa orang lain berbuat sesuatu yang menyakitkan kita. Setiap individu mempunyai sebab yang tersendiri waktu dirinya melakukan sesuatu. Jika kita gagal menilai makna di sebalik perbuatannya, kita akan terus menuduh dan menyalahkan orang lain. Dalam hal ini, masalah bukan sahaja tidak diselesaikan; sebaliknya permusuhan dan rasa tidak puas hati akan berlarutan. Bila kita tahu masalah yang melkita dirinya, kita akan berkata “tidak apa, saya maafkan kita”. Saya tahu kita buat begini dalam keadaaa yang terpaksa dan saya faham diri saya juga mungkin akan melakukan perkara yang sama jika diri saya terjebak dalam keadaan yang sama.”

Keenam: Mendekatkan diri kita dengan agama
Setiap agama menyeru umatnya untuk berdamai dan bersahabatan antara satu sama lain. Jika diri kita mengenang kembali setiap seruan agama, kita akan lebih mudah menerima sikap individu yang kurang menyenangkan. Sebenarnya, tiada manusia yang dikatakan sempurna. Kalau diri kita hendakkan insan yang memuaskan emosi dan hasrat kita sahaja, kita tidak akan mempunyai kawan. Yang penting, kita mencari kelebihan dan kesamaan setiap insan dunia. Akhirnya, dirinya juga akan terpedaya oleh kesopanan dan kemuliaan kita. Kata pepatah “Setiap corak komunikasi yang kita dapat adalah suatu gambaran dari komunikasi diri sendiri.” Bagaimana kita melayan orang , begitu jugalah orang lain akan melayan dengan diri kita.

Ketujuh: Kemarahan membawa restu
Sebenarnya kemarahan mempunyai kebaikan jika kita mengolahkan dengan nilai-nilai yang mulia. Contohnya, guru memarah pelajar dengan tujuan untuk menyedarkan dirinya dari kesilapan. Guru akan selitkan unsur-unsur pendidikan yang membawa kebaikan kepada masa depan anak. Sebaliknya, kemarahan yang hanya dengan tujuan untuk mengoyakkan air muka kawan tanpa sebarang unsur pendidikan adalah suatu yang membawa keruntuhan. Cuba arahkan kemarahan kita kepada jenis yang positif dan elakkan sama sekali corak kemarahan negatif. Bila kita dapat mengenal makna disebalik kemarahan, kita akan mula menghargainya. Sememangnya, kemarahan bukannya satu cara yang wajib dalam pendidikan , tetapi ia merupakan salah satu pendekatan yang boleh diamalkan bila keadaan mengizinkan.
Kelapan: Elakkan individu yang bermasalah
Cara terbaik untuk mengelakkan diri kita dari kemarahan ialah dengan mengasingkan diri kita dari individu yang tidak seiras dengan perjuangan kita. Contohnya, jika kita merasai seseorang mempunyai nilai hidup dan sikap yang memang bercanggahan dengan citarasa kita, elakkan sahaja. Jangan rosakkan perasaan kita. Jika diri kita masih kecil dan kita tidak dapat melarikan diri dari sikap ibu bapa yang bermasalah, belajar memaafkan mereka. Ingat, setiap individu yang bermasalah adalah cermin kepada hidup kita sendiri. Katakan dengan diri sendiri , saya tidak mahu menjadi orang sepertinya. Kita juga boleh berdoa, “Semoga orang yang bermasalah ini akan sedarkan diri suatu hari. Kalau tidak, hidup dirinya juga tidak akan sampai ke mana.” Rasakan bangga kerana kita mempunyai keperibadian yang jauh lebih mulia darinya.

Kesimpulan
Jadikan kemarahan sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita dan berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi kita adalah guru yang paling baik’. Setiap perasaan memberitahu kita tentang kualiti hidup kita sendiri, samada yang baik atau yang jahat. Amalkan semua pendekatan diatas dan kita akan dapat mengawal hidup lebih lebih berkesan. Dengan erti kata lain, kita adalah tuan pada hidup kita sendiri. Ilmu pengawalan emosi juga dikenal sebagai Ilmu Penguasaan Diri (Self Mastery). Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin tinggilah kualiti motivasi hidup kita.

10 TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA
1. Selalu berfikiran positif,dan logik.
2. Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon.
4. Membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
5. Sentiasa memaafkan orang lain.
6. Selalu berdoa.
7. Elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. Selalu bersenam.
9. Elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.Mempunyai rehat yang cukup.
Dapatkah kita amalkan? Cubalah, kita pasti akan merasai kesan positifnya. Selamat mencuba semuga kita mampu melalui kehidupan ini dengan mudah dan penuh kemuliaan.

No comments: