Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa
mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat,
kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup
kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya
mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa kita lemah
tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus. Amat menyedihkan bila
kita tewas pada keadaan yang kita mampu mengembalikan kekuatan diri tetapi kita
akur oleh kerana kekuatan yang ada tidak cukup kuat.
Apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri kita,
bagaimana hendak cari kekuatan dalam diri kita dan bagaimana hendak ubah
kelemahan menjadi kekuatan? Kita perlu tutup kelemahan untuk kita kekalkan
kekuatan kita
Mencari kekuatan diri bagi menghadapi bisikan syaitan
yang mengajak untuk menjauhkan diri dariNya.
Mencari kekuatan diri untuk sentiasa istiqamah dalam
beribadah kepadaNya.
Mencari kekuatan diri bagi merubah diri ini ke arah yang
lebih baik.
Mencari kekuatan diri untuk terus bersemangat meneruskan
kehidupan kita sebagai pelajar di institut ini.
Mencari kekuatan diri bagi menghadapi cabaran hidup
bersama kawan-kawan dan teman-teman, tanpa emak ayah di sisi memberikan panduan
dan semangat.
Mencari kekuatan diri untuk berhadapan dengan hamba Allah
di sekeliling kita yang punya bermacam-macam ragam.
Mencari kekuatan diri bagi menghadapi hari ini dan hari
seterusnya yang pasti akan ada dugaan menanti buat diri kita.
Mencari kekuatan diri bagi menjadi Syahiirah yang dulu
dan digabungkan dengan Syahiirah yang sekarang.
Mencari kekuatan diri bagi menerima semua kenyataan yang
cukup menyeksa jiwa ini.
Mencari kekuatan diri bagi menyedarkan diri ini bahawa
diri ini tidaklah sempurna. Ada lompang sana sini dari semua segi.
Mencari kekuatan diri bagi menundukkan pandangan.
Mencari kekuatan diri untuk tidak berputus asa dalam
pelajaran.
Mencari kekuatan diri bagi menyedarkan diri ini sudah
besar, sudah dewasa dan tahu untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
Mencari kekuatan diri untuk berdikari.
Mencari kekuatan diri untuk lebih berhati-hati dalam apa
saja perkara yang kita lalui
Kekuatan amatlah penting dalam kehidupan setiap
individu, keluarga dan komuniti sebagai satu umat. Oleh itu mereka dituntut
untuk menyediakan dan mempersiapkan segala bentuk kekuatan untuk mendepani
segala cabaran. Allah SWT berfirman: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka
(musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja
yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu
dan kamu tidak akan dianiaya.” [ QS al-Anfal: 60 ]
Dalam
mengharungi hidup yang serba mencabar, kita memerlukan kekuatan dalam diri
untuk kita tempuhi sebarang perkara yang tidak kita duga hadir dalam berbagai
emosi. Kadang-kadang emosi sedih datang secara tiba-tiba apabila kita teringat
kembali masa lalu yang mengguris perasaan. Terasa lebih sayu bila kita tidak
dapat berkongsi kesedihan yang dirasai dengan orang lain. Orang lain di sini,
sama ada kawan baik kita yang boleh kita percayai atau mungkin ibu kita atau
sesiapa saja yang boleh kita bercerita masalah kita kepadanya, yang boleh kita
sandarkan dibahu mereka untuk kita letak sebentar beban yang kita tanggung. Mungkin
mereka berada beribu-ribu batu jauhnya daripada kita atau mungkin ada sebab
lain yang menyebabkan kita tidak dapat menghubungi mereka. Apa pun apabila
melalui saat-saat sukar dalam kehidupan kita seorang diri ingatlah Allah
sentiasa ada si sisi kita
Inilah perjalanan kita untuk capai impian kita.
Sentiasa ada
halangan. Semua kejayaan memang ada harga yang hendak dibayar.
Hadiah atau kejayaan yang besar, harganya pun besar. Nabi pernah berkata nak
masuk Syurga bukan senang. Kena lawan nafsu lawan kehendak, lawan kemalasan
untuk melakukan ibadah. Kalau nak masuk neraka tak susah mana , jadi malas dan
ikut nafsu sahaja.
Jadi untuk cari kekuatan diri, ilmu penting.
Bukan sekadar ilmu sekolah tetapi ilmu penghayatan. Ada orang belajar dari
penghayatan. Contoh dia lihat sesuatu benda yang ada depan mata dia. Bagaimana
nak mencari kekuatan diri dan keluar dari masalah yang sering kali
mengecewakan. Nabi pernah bersabda, kejarlah
akhirat maka seluruh isi dunia akan ikut. Kekuatan yang tiada
tolok banding lagi untuk kita bangkitkan potensi diri kita ialah memahami
maksud Kejayaan Akhirat pastinya mendatangkan kejayaan masa hidup. Jalan yang
mesti dilalui untuk menjana kekuatan diri. ‘Bersungguh-sungguhlah terhadap
perkara yang memberi manfaat kepada kamu’ memberi isyarat betapa perlunya
individu mencari sumber kekuatan dirinya.
Antara sumber kekuatan yang boleh disebutkan di sini ialah:
Pertama,
mengikhlaskan niat dalam segala tindak tanduk. Keikhlasan akan memberi kekuatan
dan memudahkan kita melaksanakan perintah Allah SWT. dan menjauhi segala
larangan~Nya.
Kedua, menafikan semua kekuatan
selain dari kekuatan Allah. Inilah yang sering dilafazkan oleh seorang mukmin
dengan zikirnya: La haulawala quwata illabillah
Ketiga,
melengkapkan dengan ilmu terutamanya ilmu al-Qur’an, tafsir, hadis, tauhid dan
sirah. Termasuk juga dalam sumber kekuatan ialah ilmu-ilmu yang membantu kita
membangunkan sumber insan dan menguruskan kehidupan dunia.
Keempat,
melakukan amalan soleh sama ada dalam bentuk ibadat atau memberi khidmat kepada
masyarakat, atau menunaikan kewajipan terhadap Allah, diri sendiri dan juga
kepada orang lain. Amalan soleh mempunyai makna yang luas merangkumi setiap
perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan mendatangkan
keredaan~Nya. walaupun berbudi kepada tanah atau belas kasihan kepada haiwan.
Kelima, tidak
merasa lemah dalam menghadapi apa-apa situasi.
Keenam, mencari
sumber rezeki yang halal supaya tidak bergantung dengan orang lain. Dengan
mempunyai pendapatan dan pencarian hidup yang sendiri, seseorang itu dapat
menghindarkan diri dari meminta-minta dan meraih simpati daripada orang lain.
Semuanya itu bertentangan dengan sifat kekuatan yang dikehendaki oleh hadis
ini. Mencari rezeki bererti menunaikan hak diri sendiri, ahli keluarga yang
kita wajib menyediakan nafkah perbelanjaan untuk mereka. Dengan mempunyai harta
kita dapat menunaikan hak-hak kehartaan seperti zakat, sedekah dan memberi
pinjaman kepada orang yang memerlukan iaitu al-qardh al-hasan. Selain itu, kita
dapat menyelamatkan diri kita dari harta yang tidak halal kerana itu akan
menjejaskan hubungan kita dengan Allah yang maha kuat dan perkasa, tempat
kembali segala kekuatan dan tidak kekuatan yang sebenarnya melainkan
kekuatan~Nya.
Satu lagi amalan yang
amat baik kita lakukan, yang sering kita tinggalkan ialah bangun untuk
mendirikan solat subuh kerana waktu subuh adalah waktu yang amat payah kita
lakukan kecuali mereka yang punya kekuatan yang tinggi, yang mampu menyertai
malaikat siang dan malaikat malam yang sedang berkumpul. Hanya orang-orang kuat
yang mampu solat subuh dalam susana hening dan penuh pengharapan, agar amalnya
dilapurkan para malaikat itu ke langit dalam khabar yang menggembirakan. Tentu,
Allah Maha tahu apa yang terjadi pada-hamba-Nya. Di waktu subuh yang dingin itu
ada perjumpaan denganpara malaikat. Di
sini kita bersama-sama dengan malaikat. Tiada hari yang lebih menyenangkan,
melebihi hari di mana kita bersama-sama dengan malaikat, memohon keampunan dan
memohon kekuatan dari Allah SWT.
Sumber kekuatan harian
itu bermula dari sini. Waktu subuh itu satu-satunya waktu yang kita uruskan
untuk bertarung menempuhi kehidupan ini bakal mengharungi keseluruhan harian.
Dan setiap hari pula kita memasuki dunia baru, hidup baru, masalah baru,
suasana baru, dan tentangan baru. Maka setiap hari kita perlu kekuatan baru,
kesegaran baru, semangat baru untuk mengawali segala tentangan yang baru.
Sumber kekuatan harian itu dimulai dari sini. Di solat subuh yang amat bening
bagi menjana seleluruh kekuatan diri. Perlawanan terbesar dalam hidup dimulai
dari sini. Dari perlawanan kita terhadap diri sendiri di subuh yang dingin dan
menenggelamkan. Setelah itu segalanya menjadi mudah.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha
Berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan
nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan umat Islam
khususnya Malaysia, sebagai negara yang maju dan sejahtera. Jesteru kami pohon
kehadratMu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan
ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,
kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami
daripada ujianMu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak
penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,
negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Wahai Tuhanku Yang Esa.
Ampunilah hambamu. Berikanlah ku kekuatan. Mengharungi ujian dan cabaran dalam
hidup ini. Ku pohon restu hidayah dariMu. Rahmatilah hidup ku, berikanlah
kekuatan buat ku. Terimalah taubat ku, terlalu banyak dosa dan noda yang pernah
terpalit dalam kamus hidupku. Aku tidak mampu menanggung dosa silam yang
sentiasa menghantui diri ini. Justeru, hapuskanlah segala dosa ku, agar aku
dapat menjalani kehidupan ini dengan seadanya. Sesungguhnya deruan ombak yang
menghempas pantai, bergelora dipukul badai suatu tamsilan kehidupan ku ini. Tetapi
ibarat himpunan buih di tepian, ia tidak akan berkekalan akan terburai jua buih
itu akhirnya Begitulah kehidupan ku. Berikanlah kekuatan. Ya, kekuatan untuk
mengharungi hidup ini. Aku rindu pada MU Allah.
No comments:
Post a Comment