DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Thursday, May 8, 2014

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

Dosa-dosa besar
Pengertian Dosa
·   Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah SWT. dan meninggalkan suruhan-Nya.
·   Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.

Dua Jenis Dosa:
·   Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
·   Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia

Faktor Manusia Melakukan Dosa
·   Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
·   Ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
·   Angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
·   Memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
·   Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
·   Melawan percakapan mereka
·   Meninggikan suara ketika bercakap
·   Tidak dengar nasihat dan teguran mereka
·   Melayan mereka dengan kasar

Menipu Dan Berbohong
·   Menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
·   Berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
·   Menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen

Mencuri Dan Merompak
·   Mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
·   Merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
·   Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
§ Masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
§ Dipandang hina oleh orang
§ Dipulau dan disisihkan masyarakat
§ Timbul pergaduhan dan permusuhan
§ Negara tidak aman dan tenteram
Riba
Riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya

Jenis2 Riba
·   Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
·   Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran

Hikmah Pengharaman Riba
·   Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
·   Mewujudkan kestabilan ekonomi
·   Melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
·   Mencegah sifat pentingkan diri sendiri

Makan Harta Anak Yatim
·   Anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
·   Menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
·   Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
§ Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
§ Mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
§ Mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
§ Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta

Lari Dari Medan Perang
·   Perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
·   Setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
·   Orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
·   Akibat Lari Dari Medan Perang
§ dipandang hina
§ umat Islam ditindas
§ balasan neraka
§ merendah martabat agama dan umat

Mengumpat Dan Memfitnah
·   Mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
·   Memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
·   Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
§ ingin lihat orang menderita dan susah
§ tidak mahu mengakui kelebihan orang
§ takut persaingan hidup
§ sikap buruk sangka terhadap orang

Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
·   dibenci dan dipandang hina
·   berlaku pergaduhan dan permusuhan
·   masyarakat Islam mundur
·   hidup menderita dunia dan akhirat

Cara Mengatasinya
·   menyemai kasih sayang sesama Islam
·   reda dengan ketentuan Allah
·   sentiasa muhasabah diri
·   meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh
Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat

Minum Arak Dan Menagih Dadah
·   Arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
·   Faktor Minum Arak
§ arak mudah didapati
§ terpengaruh dengan rakan yang liar
§ tiada penguatkuasaan undang-undang
·   dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
·   hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
·   Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
§ menjaga kewarasan akal fikiran
§ elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
§ kekalkan kesihatan fizikal dan mental
§ mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya

Langkah Pencegahan
·   menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
·   ibu bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
·   kempen tentang bahaya arak dan dadah
·   amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya

Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
·   membazir wang, masa, harta
·   menjatuhkan maruah diri dan keluarga
·   terdedah kepada jenayah
·   lalai daripada mengingati allah

Terhadap Negara Dan Masyarakat
·   menjadi mundur dan tidak tenteram
·   banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
·   hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
·   terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
Zina
Zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah

Faktor Zina
·   kurang pendidikan agama
·   pergaulan bebas lelaki dan perempuan
·   mengunjungi tempat maksiat
·   membaca dan menonton bahan lucah

Kesan Zina
·   menjatuhkan maruah diri dan keluarga
·   mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
·   penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
·   lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya

Hukuman Penzina
·   penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
·   penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan

Menuduh Zina (Qazaf)
·   menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
·   hukumannya 80X sebatan

Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
·   berakal
·   baligh
·   atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
·   mengetahui haramnya qazaf
·   bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Liwat Dan Musahaqah
·   liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
·   musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)

Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
·   terpengaruh dengan budaya liar
·   membaca dan melihat bahan lucah
·   tiada undang-undang tegas
·   kurang didikan dan pengetahuan agama

Akibat Liwat Dan Musahaqah
·   institusi perkahwinan runtuh
·   dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
·   dapat balsan azab di akhirat
·   maruah diri, masyarakat, agama tercemar
Membunuh Diri
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri

Punca Bunuh Diri
·   kecewa dengan rahmat Allah
·   anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
·   tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup

Cara Mengatasi Bunuh Diri
·   hendaklah yakin dengan rahmat Allah
·   berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
·   memberi pendidikan agama sejak kecil

·   mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi

No comments: