DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Wednesday, September 28, 2011

MENCARI YANG TERBAIK

Perancangan Allah adalah yang terbaik, malah ketentuan Nya menjadikan kita akur Kebesaran, Keagungan dan Kemuliaan pada zatNya. Sebaik mana kita merancang, setepat mana kita melakukannya tetap Allah menjadi pemutus pada apa yang kita mahukan. Berdoa adalah jalan terbaik untuk memohon limpah perkenanNya agar apa yang kita harap dapat dikurniakan sebaik mungkin.
Berdoa

Hari ini sebahagian dari kita masih tercari-cari haluan hidup samada positif atau sebaliknya. Ramai yang gagal kerana silap pengkiraan mahupun tersasar. Namun ada yang berjaya tapi masih gagal menghadapi kenyataan kerana masih ada yang tidak kena. Hakikatnya kita lupa sifat kehambaan yang ada pada diri lantas membelakangi Allah dengan lupa bersyukur atas nikmatNya. Mari kita renung kembali perkara2 yang dibawah untuk kita ambil iktibar dimana kesilapan yang telah kita lakukan atas sebab diluar kesedaran kita lantas kita mula menyalahkan yang lain;

1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan
Dua perkara ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi. Dan kebanyakan perkara yang kita khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi. It’s all only in your mind. Suamiku ada perempuan lain ka? Kita yang mereka-reka idea dalam kepala, takut tak tentu pasal, lama2 kita percaya idea yang kita sendiri reka dan berlakulah perbalahan kita suami isteri…

2. Buanglah dendam
Kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut tenaga dari diri kita dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa kita. Buang sahaja! Orang yang paling baik akhlak ialah yang memaafkan orang sebelum tidur. Kita akan jadi tenang dan kurang datang penyakit2 darah tinggi, stress dan sewaktu dengannya. Kalau ada silap sikit, jangan berdendam... mereka pun manusia biasa macam kita, apakah kita tak berbuat silap???

3. Berhentilah mengeluh
Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada. Secara tidak sedar, kita telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat. Ada insan ni mengeluh TAK TAU nak makan apa tengahari ni… Ya Allah kat Somalia ada orang yang TAK ADA apa nak di makan hari ni dan esok hari… Kalau hari ni kita dapat rezeki RM5 ja, pun syukur sebab ada orang yang tak dapat apa2 pun hari ni… kalau hari ni kita sakit lutut tak boleh nak bergerak, syukur sebab dah 42 tahun Allah beri kita kemudahan bergerak ke sana ke mari… Allah tarik nikmat bergerak 1 hari ja.. Dapat suami malas tak tolong kita di rumah, jangan mengeluh... sekurangnya suami kita tak panas baran, sepak terajang kita atau paksa kita jadi jalang... BERSYUKURLAH

4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu
Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam perkara sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar. Lelaki ni nampak macam tenang macam tak dak masalah, tapi sebenarnya kepala berserabut berselirat urat2 otak.. jadi kalau kita boleh selesaikan masalah, kita cuba dulu... satu persatu... InsyaAllah semua akan beres. Kita bukan ‘Superman’ yang boleh selesai semua masalah dalam sehari... kalau dah buntu baru la minta tolong dari yang sepatutnya...

5. Tidurlah dengan nyenyak
Semua masalah yang timbul tidak perlu di bawa ke bilik tidur. Bila bincang masalah atas katil... perang dingin mula berlaku maka tidurlah kita dalam keadaan suami marah maka malaikat pun melaknati kita sepanjang malam. Perkara tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai. Besar mana pun masalah, esok ja la bincang, malam2 peluk dan gengam tangan suami erat2... kasih sayang pun bercambah, dosa pun gugur celah2 jari...

6. Jauhi urusan orang lain
Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya melainkan orang meminta pertolongan kita kalau tidak tak payah meyibuk. Kekadang mereka tak mau kita tahu masalah mereka. Begitu juga suami kadang2 kita tau dia banyak masalah, jangan kita paksa dia kongsi dengan kita, InsyaAllah dia akan cerita juga tapi biar dia ambil masa dia untuk mula bercerita.

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu
Nikmati masa lalu sebagai kenangan. Janganlah bergantung padanya. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang kita miliki adalah saat ini, bukan kelmarin dan bukan esok. Kalau kita asyik mengenang peristiwa lampau kita tak boleh maju ke hadapan. Kenanglah walaupun setahun lagi ia tetap akan jadi kenangan dan kita MEMANG dah tak boleh nak ubah apa2pun, kalau kita dah buat silap kita jadikan iktibar, sempadan atau tauladan supaya tidak diulang kesilapan. Yang penting hari ini, manfaatkan sebaiknya dalam mencari redha Allah kerana esok belum pasti…mungkin kita mati esok. Jadi berbaktilah pada keluarga kita sebaiknya hari ni.

8. Jadilah pendengar yang baik
Ketika menjadi pendengar, kita akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain. Kalau kita menyampuk orang tengah bercakap, tengoklah tentu lepas ni dia tak mau kongsi masalah dia dengan kita lagi...

9. Berfikirlah positif
Rasa tertekan/tension adalah dari fikiran negatif. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif. Semua yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Allah tidak pernah buat kerja yang sia2 atau menyusahkan hambaNya. Kita hanya boleh merancang, Allah yang tentukan.. tak semua yang kita rancang atau idamkan akan menjadi milik kita…



10. Bersyukurlah
Bersyukurlah atas perkara-perkara kecil yang membawa kita pada perkara-perkara yang besar. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang kita terima, akan menghasilkan perkara-perkara yang besar dan selalu membawa kita kepada KEBAHAGIAAN saat kita sedang bersyukur. Kalau hari ni suami kita bawak balik ikan masin, dah lama kita makan ayam dan daging, sesekali tukar selera.... Alhamdulillah sekurang2nya kita masih diberi nikmat makan dan rezeki makanan…Kalau dapat suami tak berapa hensem, syukur berbanyak2 sekurang2nya kurang sikit kerisauan perempuan lain nak goda suami kita... yang paling penting syukur sekurang2nya kita ada suami, ada orang sampai sekarang masih mencari2...

Carilah yang terbaik dari yang terbaik dan jadilah hamba yang tahu serta sentiasa bersyukur .....



No comments: