Senarai
Makanan Dan Hikmahnya
Roti
yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak
kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi SAW.
pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu
dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan
Manis (anisun)
Jintan
manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan
aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga
boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi
menguatkan pandangan mata.
Epal
(tuffah)
Epal
yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ
hati.
Asparagus
(hiyawn)
Asparagus
berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran
anak.
Pisang
(mawz)
Pisang
boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli
berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.
Selasih
(manis rayhan, Basil)
Selasih
berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu
kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega
(zubdah)
Mentega
khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega
yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa
mengidam pada perempuan hamil.
Bunga
kubis (qunnabit)
Sayuran
ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile
(babunaj – sejenis tea)
Kegunaan
chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna
untuk memanaskan badan.
Lobak
merah
Kegunaannya
memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Sebagai
ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan
menimbulkan kebijaksanaan.
Biji
hitam (habb al sauda)
Dilaporkan
bahawa Nabi SAW. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah
dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah
hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat
'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan
penyakit selesema.
Ayam
(dajaj)
Memudahkan
penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta
mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh
menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak
bertelur.
Kulit
kayu manis (darchini)
Kulit
kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk
menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang
digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau
kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi
Muhammad SAW. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat
menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan
melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun
(qitta')
Yang
masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma
dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan
putih (kammun)
Jintan
putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam
air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar
kering (tamr)
Nabi
SAW. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang
tiada bermakanan". Nabi SAW. sendiri pernah menanam kurma atau tamar.
Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak
diingini.
Terung
(badhijan)
Terung
hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan
hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur
(baydah)
Khasiat
telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak
atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur
atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
"Endive"
(hindiba, salad bunga)
Khasiat
hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling
baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan
"makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada
satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek
(Hulbah, Halba)
Nabi
SAW. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka
pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).
Buah
Ara fig (fin, Buah Tin)
Fin
kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan
dan rasanya enak. Nabi SAW. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah
datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga".
Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan
pirai.
Ikan
(samak)
Khasiat
ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan
lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam
dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang
putih (thum)
Bawang
putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi
SAW pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak
sapi (samn)
Minyak
sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan
dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia
(zanjabil)
Halia
disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.
Inai
(hinna)
Terdapat
banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam
pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada
kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi
pengantin baru.
Madu
lebah(a'sal)
Madu
lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi SAW.,
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang
itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar
darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).
Kekacang
(a'das)
Semua
kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan
sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada
hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang
simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
(khass)
Meskipun
ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh
yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan
tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging mengandungi
banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari
berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan
daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan.
Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik
ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang
paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa.
Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik
dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang
pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan
menyangkuk.
Sumber: Association of Malaysian Students at
University of Southern California
No comments:
Post a Comment