“Allah
telah menulis jodoh setiap hambaNya semenjak dia berusia empat bulan di dalam
rahim ibunya”
Soal
jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan kerana
kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari. Allah berfirman :
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir.”(Surah Ar-Rum: 21)
Dalam
kehidupan masyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya
adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan
merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan
bahtera kehidupan. Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal
maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan
sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang
terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha
“Jodoh
di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai
dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.” Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah
aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada
cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:
a.
Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas
persetujuan anak.
b.
Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin
bergantung kepada orang tua.
c.
Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi
keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d.
Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta
menentukan sendiri perkahwinannya.
Andai
itu jodoh kita dan tidak lama lagi anda akan mengikat tali pertunangan atau
mungkin membina satu mahligai bahagia untuk selamanya, 10 petanda berikut
mungkin perlu ada pada diri anda dan dirinya. Dibawah dikongsikan 10 petanda
yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.
Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakun. Cuma perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang
selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakun drama bersiri. Kadang-kadang,
kita dapat mengesan yang dia sedang berlakun. Tetapi, apabila dia tampil
bersahaja dan tidak berbuat-buat, maka dia adalah calun hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.
Senang Bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa
tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan
dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya
terasa sedikit kehilangan.
3.
Terima Kita Seadaanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga
tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekrang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil
hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga setia
berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.
Sentiasa Jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang
boleh dilakunkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagian menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila
dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetian membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik
pilihan.
5.Saling
Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan
ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tanganya? Bagi mereka
yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul
dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi,
kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti
cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang
memperoleh kedua-duanya.
6.
Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasam melalui hidup ini. Kita dan
kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remah
ataupun sukar.
Segala
kerja dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas
masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini
dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukan bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjsama,
pasti sukar untuk kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.
Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita
sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur lara.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang
situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk
kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang,
"lidah sendiri tergigit, inikah pula suami isteri". Pepatah ini juga
sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup
ini di kala suka dan duka, dia saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai
menjadi pasangan hidup kita.
8.
Tampilkan Kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika orang yang mengaku dia insan
yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan
dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia
tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah
tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.
9.
Kata Hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita
dapat saling tahu persaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada
situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita. tanyalah sekali
lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengan kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.
Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
perasaan sebagai pelakun, diberi melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang
mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon
supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjukNya. Jadi dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak,
tolaklah dia dengan baik. Semuanya yang kita lakukan ini adalah bagi mendapat
kebahagia hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya
dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di
akhirat adalah kekal selamanya.
.jpg)
Mengikut
ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas,
iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan
di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi
anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun
kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati
mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Walaupun
perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu
sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa
diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam
menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman.
Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan
sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.
6 comments:
mohon ampun dan maaf..sy snap gmbr kata2 di atas. begitu terkesan di hati.
sy doakan smga bhgia dunia dan akhirat..
mohon share di blog saya...
terima kasih
thanks .. amat bermakna sekali ketika saya membaca entry blog ini. semua allah memberikan kebaikan terhadap kita semua.
thanks,,,,,youre my motivation in my life
ilmu yang sangat bermenafaat..tqvm
Saya lelaki yang masih bujang umur saya sekarang41 beragama kristian tapi kenapa saya masih tiada jodoh
Post a Comment