Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti, Air mata tertahan, Waktu untuk dijatuhkan, Nanti kita kan tahu, Betapa bijaknya hidup, Sepahit apapun ini, Pelajaran yang bererti
DOA
‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'
Ketahuilah
betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun
begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia
merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan
membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan
sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca
surah ini secara terusan.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya
pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya
mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya
sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
Diriwayatkan
pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan
tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah
berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di
dunia dan akhirat. Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap
solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah;
Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani
/ Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya
Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11
kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan
kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai
solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari
tersebut.”
Membaca
surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan
Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan
Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi 10
kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kali pada rakaat kedua,
mendapat keredaan Allah SWT dan Insyallah ada rezekinya pada hari itu.
Bacalah
Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan
hati mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51
kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia
tidak menzalimi manusia, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak minum minuman yang
memabukkan, nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh
50 tahun.”
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari
serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500
kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa
membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah
kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke
pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya
pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”
Sabda
Rasulullah SAW: Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya
dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
Membaca
Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus
dirinya dari neraka.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa
yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi
oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk
perang sabilillah.”
Bacalah
surah ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini
akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Dari Ubay
Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu
kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman
kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan
kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya,
terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya. Diriwayatkan
daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah
SAW tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda SAW:
“Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di
dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah
Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian
melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.
Sebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota
rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah
akan menyahut.
**
Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya
(kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”
Bacalah
Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut: (untuk
menundukkan Orang Zalim) “Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan
sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
Supaya
ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat
rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak
empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.
Pada
rakaat pertama: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada
rakaat kedua: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada
rakaat ketiga:Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada
rakaat keempat: Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah
memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi
50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwata illa billahhil
‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah
berhasil.
Untuk
mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian
dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah
segera sembuh.
Diriwayatkan
bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya
dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan
diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian
sirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.
Sabda
Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah
SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq
dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh
tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.
Jika
dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang,
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah
Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.
Sesiapa
membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali
selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah
ke Jumaat yang berikutnya.
Kata
Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka
bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”
Daripada
Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada
setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca
surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Para
sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya
:”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.” Beliau
melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad”
tertulis disayap Jibril A.S. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S .
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S . “Walam Yakun Lahu kufuan
Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca
“Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Herankah
kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau bersabda
:”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening
Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam
Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu
Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat
Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Diriwayatkan
oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu
Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa
sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan
dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah
yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
Sebuah
kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.
Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu
dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam.
Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga.
Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat
engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab
si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah
Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat
saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda
Rasulullah SAW yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum
engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu
nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4.
Kerjakan Haji dan Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal
ditempat tidur. Selesai Solat, Aisyah pun berkata: “Rasulullah, tebusanmu ibu
dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak
sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ”
Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau
telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada
semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat.
Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka
nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah,
Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah
mengerjakan Haji dan Umrah.”
Pada
suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang
rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi
untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya: ” Apakah mayat ini meninggalkan
hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4
dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang
meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang
seraya berkata: “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman :
“Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya.
Tegaklah, shalatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang
ikut mensolatkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw
pun bertanya: ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril
menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali
Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan
pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu
Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum
mati.
Menurut
Hadis Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa
membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam
syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam
syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana
dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: “Ya, Rasulullah, kalau begitu akan
banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Allah lebih
lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapa pun jumlah istana
itu soal mudah.
Hadis
Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya
dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia,
keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali,
dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka
dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan
darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun.
Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan
kepadanya tempatnya dalam syurga.”
Menurut
Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi
SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah,
saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh
martabat seperti itu? Jibril menjawab: ‘Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca
“Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”
Jiwa
ini sungguh unik sifatnya. Ada saatnya kita rasa sangat bertenaga, bersemangat
dan tabah. Tetapi, di celah-celah perjalanan kehidupan – pasti ada titik-titik ‘down’
kita. Apa perasaan ketika itu? Kita lemah, hilang segala semangat yang pernah
membara dan jiwa terasa amat-amat kosong. Normal kita jika berlaku sedemikian?
Saudara-saudaraku, jika hal ini berlaku kepada kita ketahuilah ia adalah
perkara yang biasa dan usahlah gusar serta terlalu tertekan dengannya. “Iman
itu bertambah, dan berkurang.” “ Jiwa itu ada saat segarnya, dan ada masa
lemahnya.”
Persoalan
di sini, bagaimanakah kita hendak menghadapinya? Sikap proaktif yang
bagaimanakah akan kita cerna dan gerakan ketika menghadapi situasi sebegini.
Suka saya mulaikan perkongsian ini dengan bingkisan jiwa murabbi saya, Abu Umar
berkaitan jiwa kita. Bingkasan Jiwa: Apabila Jiwa Kosong
Apabila
jiwa kosong
maka
kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang
siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan
deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak
ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga
kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.
Jiwa
adalah sarang kebahagiaan,
taman
ketenangan dengan seribu janji senyuman.
Kemanakah
perginya kelazatan
pada
sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari
manakah datangnya kepanasan
di
ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Manusia
tetap manusia,
memerlukan
hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar
dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana
takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan
tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.
Keberanian
untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta
ketinggian untuk memetik buah kebahagian
dalam
rimbunan pepohon keimanan.
Sungguh
sederhana bahasanya serta sentuhan perasaan yang dinukilkan. Tetapi, jika kita
amati jika jiwa kita kosong, hambar, hilang keghairahan serta tiada lagi
manis-manis keimanannya maka yang bertakhta di hati hanyalah kesengsaraan,
kekecewaan, kerisauan dan kesedihan. Apabila dirundum kesedihan sedemikian
rupa, apa sebenarnya yang kita hajati?
Tentunya,
ramai orang hajatkan sebuah hembusan yang bernama ketenangan, kebahagian dan
ketenteraman. Justeru, rawatan pulih itu perlu disegerakan, digerakan,
dilaksanakan dan diamalkan sepanjang hayat kita. Oleh itu, perkongsian saya
kali ini ingin membawa sahabat pembaca kepada ubat yang boleh mengisi
kelompongan yang ada dalam hati kita ini. Rawatan yang harus disegerakan
sepantas kilat yang bercahaya.
Rawatan
Jiwa: Super 10. Super 10? (Baca: Super Ten)
Apa
tu? Super 10 ini hanya nama yang saya letak untuk 10 amalan yang akan
memberikan suatu kesan yang luar biasa sekiranya kita amalkan dalam kehidupan
kita. Ianya hanya bermakna apabila kita buat, amal dan beristiqamah dengannya
dalam bentuk pengamalan dan penghayatan. Apakah elemen-elemen Super 10 ini?
Pertama:
Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya. Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah
Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah
SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis: “ Hendaklah kamu mengerjakan
qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu.
Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir
penyakit daripada tubuh.” (Riwayat At-Tirmidzi). Solat malam merupakan ibadah
yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan
menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar
sentiasa bersih, jernih dan suci!
Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana
ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim. Al-Quran adalah motivasi
terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya? Ya. Ia merupakan pengerak dan
dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala
bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang
bermaksud: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82). Dan satu ungkapan
yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA: “Sekiranya hatimu
itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu (Al-Quran).”
Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh. Solat.Ia
merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat
menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.
Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu
menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Kesempurnaan
solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya.
Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah
cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman
di dalam jiwanya. Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat
bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dan dijadikan
mataku sejuk dalam solat.” ( HR Nasai)
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Rasulullah SAW
bersabda: “Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan
(individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan
mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA) Sejujurnya, kita
akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila
solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau
termiss atau tertinggal walaupun sehari.
Kelima:
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana
ia penyubur kasih sayang. Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia
membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat
kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah
besar dan lumayan. Allah SWT berfirman: “Perumpamaan orang-orang yang
menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat
gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya)
lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2: 261)
Keenam:
Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu’. Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya: “Bahawa
Rasulullah SAW bersabda:” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap
Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di
kala malam yang dingin menusuk tulang.” Saidina Umar Al-Khattab RA: “Sesungguhnya
wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda. Apa itu
istighfar? Maknanya: Proposal atau “Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.” Istighfar
ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan
kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad
yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. “Dan bersitighfarlah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73: 20). Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda: “Sesungguhnya
hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak
seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
Kelapan:
Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT Saban hari,
pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk
ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan
memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat
dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang
yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen
Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh
menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar
kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
Kesembilan:
Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak
sahsiah seorang mukmin sejati. Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu
dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya: “ Senyum itu adalah sedekah.” Senyuman
itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan
membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang
harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang
di bawah naungan Islam. Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara
kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu
disekitarnya. Imam Al-Banna berkata: “ Orang soleh sentiasa meninggalkan
pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
Kesepuluh:
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah
terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT. Ikhlas adalah ibadah hati yang
pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT: “Dan
mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT
mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” (Surah
Al-Bayyinah 98: 5) Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas: “Ikhlas adalah
menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda
memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Penutup:
Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita
terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini.
Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana
sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10
amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.
Mengingati
Allah itu adalah satu kewajipan, bukan pilihan. Namun ramai orang sering
tertanya-tanya, bagaimana untuk mengingati Allah sedangkan kita tidak pernah
melihat-Nya, tidak pernah mendengar-Nya dan tidak tahu bagaimana rupa Allah itu
sendiri. Alangkah sukarnya mengingati satu zat yang kita sendiri tidak dapat
untuk menggambarkannya.
Berbeza
pula dengan kekasih hati kita, dia punyai wajah yang kita suka, punyai sifat
yang kita sayang dan memiliki jasad yang kita cintai. Dengan itu kita lebih
mudah menyayanginya, mencintai dan mengingatinya sepanjang masa. Tidak perlu
dibuat dan tidak perlu disuruh, ingatan dan rindu kepadanya hadir sendiri tanpa
sebarang paksaan.
Kerana
itulah apabila berlakunya perselisihan faham dengan kekasih, kita akan
menangis, sedih, terasa sepi dan hidup seolah-olah tiada ertinya lagi.
Sebaliknya apabila kita meninggalkan solat, terlupa untuk berzikir kepada
Allah, melakukan dosa dan menikmati kehidupan yang bahagia, tidak pula kita
terasa sedih dan menangis samada kerana takutkan dosa atau bersyukur atas
kurniaan-Nya.
Zalimkah
Kita Kerana Tidak Mampu Mengingati-Nya?
Benar!
Sangat zalim! Fikirkan kembali, siapa yang menghidupkan kita? Siapa yang
memberikan jasad kepada kita? Siapa yang memberikan rasa kasih sayang yang kita
curahkan pada kekasih kita itu? Siapa yang mewujudkan kekasih kita itu dalam
dunia ini? Siapa yang menjadikannya secantik itu? Siapa yang memberikan udara
yang sedang kita hirup sekarang? Siapa yang membenarkan kita berpijak pada bumi
ini? Siapa yang memberikan tenaga untuk menggerakkan setiap langkah kaki kita?
Siapa yang memberikan kita mata untuk melihat? Siapa? Siapa dan siapa???
Maka
cukuplah memberi alasan bahawa kita tidak dapat mengingati Allah kerana tidak
dapat menggambarkan Allah itu bagaimana. Lihat sahaja jasad yang kita miliki,
hidup yang kita lalui dan keindahan alam ini, semuanya adalah pemberian dari
Allah. Ingat saja kebesaran dan segala pemberian-Nya, maka kita akan
mengingati-Nya. Antara Firman Allah tentang kewajipan mengingati-Nya:
1).
“Kerana itu ingatlah kamu kepada-KU niscaya Aku ingat (pula) kepadamu dan
bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah mengingkari (nikmat)-KU” (Surah Al
Baqarah (2): 152)
2).
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka
sembahlah Aku dandirikanlah sholat untuk mengingat Aku”. (Surah Taha (20): 14)
3).
“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari
jumaat, maka bersegerahlah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual
beli. Yang demikian itulebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al Jumuah
(62): 9)
Sebenarnya
tidak susah untuk mengingati Allah, hanya dengan bersyukur dan sentiasa ingat
bahawa semua yang ada dalam dunia ini adalah milik Allah. Bukan setakat sesuatu
yang berjisim tetapi nasib dan perjalanan hidup kita itu juga merupakan milik
Allah. Jika kita sedar diri, kita tidak akan rasa sombong dan tidak akan
menghadapi sebarang masalah lagi untuk melihat hidup ini dari kaca mata seorang
hamba-Nya. Sebaliknya jika kita melihat hidup ini seolah-olah diaturkan sendiri
oleh kita, hidup seseorang pula bergantung pada nasib dan semua yang berlaku
atas dunia ini adalah secara semulajadi, maka kita akan lupa kebesaran Allah.
Padahal tiada sesuatu pun atas dunia ini akan berlaku melainkan dengan
izin-Nya.
Mungkin
sekarang kita sedang membaca artikel ini, tetapi percayalah tanpa izin Allah kita
tidak akan dapat membaca artikel ini. Allah boleh pilih siapa yang akan membaca
dan siapa yang tidak akan membaca artikel ini. Justeru itu bersyukurlah dipilih
oleh Allah untuk membaca sesuatu yang ditulis untuk mengingati-Nya. Dan
‘syukur’ itu adalah satu cabang dari langkah-langkah untuk kita sentiasa
mengingati Allah. Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Quran: “Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar Ra’du: 28) Itulah
langkah yang paling baik untuk mendapat ketenangan dalam hidup. Dengan
mengingati Allah, si kaya akan merasa syukur, tidak berlagak, tidak sombong dan
sering menolong orang lain. Semua kekayaan miliknya dirasakan hanyalah sekadar
pinjaman. Semua adalah milik Allah. Manakala si miskin pula sentiasa redha.
Usaha diteruskan demi memperkukuhkan hidup, apa yang diperolehinya itulah
rezekinya. Hidupnya tenang, aman dan damai.
Orang
yang dizalimi pula merasa tenteram. Dirinya sedar semua itu adalah ujian dan
dia ada Allah untuk melindungi dirinya. Orang yang dijulang pula merasa rendah
diri. Kurniaan Allah kepadanya membuatkan dirinya diangkat tinggi oleh
masyarakat. Namun dirinya sedar semua itu adalah hak Allah, dia cuma
meminjamnya untuk memimpin masyarakatnya ke arah kebaikan. Tapi bagaimana untuk
mewujudkan keyakinan bahawa semua ini adalah milik Allah? Tak kenal maka tak
cinta. Untuk mengenal Allah tidak sama seperti kita mengenal manusia. Allah itu
Tuhan yang Maha Esa. Tidak boleh dipandang dan dibuat andaian tentang jasad dan
kekuasaan-Nya. Jika ingin mendekati seorang raja terdapat pelbagai adab dan
tertib, maka untuk mengenali Raja kepada semua raja dan Tuhan seluruh alam
sudah tentulah terdapat adab dan tertib yang lebih sempurna. Hati kita perlu
dilatih untuk yakin dan sentiasa mengingati-Nya. Antara latihan yang perlu kita
lakukan ialah:
Zikrullah
- Berzikirlah kepada Allah sepanjang masa. Setiap detik apabila kita
keseorangan, sewaktu tidak bercakap atau dalam keadaan apapun, sebutlah di
dalam hati ‘Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar’. Ini adalah latihan seumur
hidup. Pada awalnya mungkin kita akan sentiasa terlupa untuk sentiasa
menggetarkan hati menyebut kalimah-kalimah ini, tetapi setelah lama kita
amalkan, InsyaAllah kita akan rasa bersalah dan sedih apabila meninggalkannya.
Solat
- Sesiapa yang tidak meninggalkan solat dalam keadaan apapun pasti akan resah
gelisah apabila sekali tertinggal amalan wajib ini. Sebaliknya siapa yang acuh
tak acuh menunaikannya akan leka dengan dunia. Jangan salahkan Allah jika kita
tidak berjaya mengingati-Nya sedangkan kita sendiri sambil lewa saja
mengamalkan perintah-Nya. Bagi mereka yang cinta kepada Allah, tentunya
sentiasa seronok menunaikan solat. Malah ditambah pula dengan amalan
solat-solat sunat yang lain.
Membaca,
Mempelajari dan Mengamalkan Al-Quran. - Al-Quran adalah kalam Allah, tidak ada
perkara yang paling dekat antara kita dengan Allah melainkan Al-Quran. Jika
kita tidak menghampiri Al-Quran dengan membaca, mempelajari dan mengamalkan apa
yang disarankan di dalamnya, apa lagi bukti kita ingin mengingati Allah?
Bersyukur
dan Yakin Dengan Pertolongan Allah - Rasa syukur itu hadir apabila kita yakin
dengan kekuasanan Allah. Yakin semua yang kita ada dalam dunia ini adalah milik
Allah. Jika keyakinan itu masih kurang, maka pedulikanlah rasa itu, teruskan
dengan rasa yakin itu biarpun kadang-kadang terasa gundah. Hati kita perlu
dilatih. Keyakinan yang goyang itu hadir dari syaitan semata-mata. Abaikan
hamba Allah yang derhaka itu.
Renung
Tanda-Tanda Kebesaran Allah - Dunia ini sudah cukup luas dan menakjubkan untuk
kita merenung dan meneliti kehebatan dan kebesaran Allah. Sesekali lihatlah
keindahan alam. Tak perlu keluar rumah, dalam internet seperti youtube pun
boleh tengok video-video kebesaran Allah. Tonton, renungkan dan hayatilah
kesemua video-video yang baik itu.
Allah
tidak akan sesekali mengabaikan orang yang ingin mendekati-Nya. Selangkah kita
cuba mendekati Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita. Namun rasa
hampir itu hanya wujud dalam hati dan ia hanya dapat dirasai antara kita dengan
Allah. Alangkah bahagianya jika seseorang berhasil meraih dan menggapai cinta
Allah SWT. Sebab, bila seseorang berhasil mendapatkan cinta Allah, maka
hidupnya akan dituntun dan dibimbing oleh Allah SWT. Allah akan membimbing
penglihatannya tatkala dirinya melihat; Allah akan membimbing pendengarannya,
manakala ia mendengarkan. Sebaliknya, betapa menyakitkan bila kita merasa
mencintai dan dicintai oleh Allah, akan tetapi cinta kita hanya bertepuk
sebelah tangan. Kita merasa mendapatkan kecintaan Allah, akan tetapi sebenarnya
kita tidak pernah mendapatkan kecintaan dari Allah SWT.
Betapa
banyak orang sibuk mengerjakan perbuatan-perbuatan tertentu untuk mendapatkan
kecintaan dari Allah SWT. Ada diantara manusia yang menyendiri di tengah hutan,
jarang makan-minum, bahkan mandi; menjauhi anak-isterinya dan sanak
keluarganya. Ia beranggapan bahwa dengan cara ini ia akan mendapatkan kecintaan
dari Allah SWT. Kita juga menyaksikan ada diantara manusia yang melakukan
ritual-ritual tertentu untuk mendapatkan kecintaan dari Allah SWT. Ada yang
berpuasa tiga hari tiga malam tanpa putus-putus; bahkan ada yang sampai 40 hari
40 malam. Ada pula yang sibuk membaca kalimat-kalimat dzikir, mengunjungi
kuburan para nabi dan wali, membaca riwayat hidup Rasulullah SAW, dan
sebagainya.
Akan
tetapi, apakah dengan cara-cara seperti itu mereka akan mendapatkan kecintaan
dari Allah SWT? Lalu, bagaimana cara kita meraih dan menggapai kecintaan dari
Allah SWT; agar cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan dan tidak hanya
sebatas merasa mencintai Allah SWT, namun Allah sama sekali tidak mencintai
kita. Allah SWT telah memberikan petunjuk yang sangat jelas, bagaimana cara
mendapatkan kecintaanNya. Allah SWT telah berfirman: “Katakanlah: ‘Jika kamu
(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs.
Ali-Imran [3]: 31).
Imam
Ibnu Katsir dalam tafsir Ibnu Katsir menyatakan, “Ayat ini merupakan pembukti,
‘Siapa saja yang mengaku mencintai Allah SWT, namun ia tidak berjalan sesuai
dengan jalan yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW, maka orang tersebut
hanya berdusta saja. Dirinya diakui benar-benar mencintai Allah, tatkala ia
mengikuti ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW, baik dalam perkataan,
perbuatan, dan persetujuan beliau.” Jika teruji bahwa ia benar-benar mencintai
Allah, yakni dengan cara menjalankan seluruh ajaran Muhammad SAW, maka Allah
akan balas mencintai orang tersebut. Rasul SAW bersabda: “Barangsiapa
mengerjakan suatu perbuatan yang tidak kami perintahkan maka perbuatan itu
tertolak.” [Muttafaq ‘alaihi].
Para
ahli hikmah telah menyatakan, “Perkara yang hebat bukanlah kamu [merasa]
mencintai Allah, akan tetapi, kalian benar-benar dicintai (oleh Allah SWT).” Imam
Hasan al-Bashriy pernah berkata, “Ada suatu kaum merasa bahwa mereka telah mencintai
Allah SWT, lalu, Allah SWT menguji mereka dengan firmanNya, “Katakanlah: ‘Jika
kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs.
Ali-Imran [3]: 31).Imam Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits dari ‘Aisyah
ra, bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Bukankah agama ini adalah cinta dan
benci kerana Allah SWT?” Imam Ibnu Katsir juga menjelaskan, “Jika kalian
mengikuti sunnah Rasulullah SAW, maka kalian akan mendapatkan keberkahan hidup.”
Atas
dasar itu, jika kita hidup sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW, maka kita pasti
akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT, dan kita juga pasti akan mendapatkan
ampunan dari Allah SWT. Dari uraian Imam Ibnu Katsir di atas jelaslah bagi
kita, jika seseorang ingin meraih dan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT,
kita mesti berbuat dan berperilaku sesuai tuntunan Islam. Jika kita berjalan
sesuai dengan ajaran yang dibawa Muhammad SAW, tentu kita akan dicintai oleh
Allah SWT. Sebaliknya, meskipun kita merasa mencintai dan dicintai Allah SWT,
kita tidak akan mendapatkan kecintaan dari Allah SWT, selama tidak berjalan
sesuai dengan ajaran Muhammad SAW.
Atas
dasar itu, kita tidak boleh membuat tatacara atau ritual tersendiri untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Ajaran ataupun ritual apapun yang tidak
dicontohkan oleh Rasulullah SAW tidak mungkin mengantarkan kita untuk meraih
cinta Allah SWT. Hanya dengan menjalankan ajaran Islam secara konsisten dan
konsekuen. Kita akan mendapat kecintaan dari Allah SWT. Jelaslah kini, hanya
ada satu cara untuk mendapatkan kecintaan dari Allah SWT; yaitu, selalu menjaga
keimanan dan berperilaku sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW.
Seorang yang mencintai Allah SWT akan berusaha dengan segenap tenaga untuk
menerapkan aturan-aturan Allah SWT, baik yang berhubungan dengan masalah
ekonomi, politik, dan sosial budaya.
Sayangnya,
saat ini kita tidak mampu lagi menerapkan aturan-aturan Allah SWT dikeranakan
tidak ada institusi yang menjaminnya. Penerapan syari’at Islam dalam bingkai
negara masih jauh di atas kenyataan. Padahal, penerapan syariat Islam secara
utuh dan menyeluruh merupakan bukti kecintaan kita kepada Allah, sekaligus
jalan pembuka untuk meraih cinta Allah. Bagaimana kita boleh merasa dicintai
Allah SWT sementara itu kita mencampakkan aturan-aturannya dan menerapkan
pranata-pranata kufur? Pastinya, bukan kecintaan yang kita dapat, akan tetapi
laknat dan kebencian yang akan kita sandang. Na’udzu billahi min dzaalik.
Dalam
sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah jika mencintai seorang hamba, Ia memanggil Jibril dan berkata kepadanya:
Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan maka cintailah ia. Lalu Jibril ikut
mencintainya, kemudian berseru di langit: Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan
maka cintailah ia. Lalu penduduk langit turut mencintainya, kemudian diturunkan
rasa cinta kepadanya di bumi. Dan jika Allah membenci seorang hamba, Ia
memanggil Jibril dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Aku membenci si Fulan maka
bencilah ia. Lalu Jibril ikut membencinya, kemudian berseru di langit:
Sesungguhnya Allah membenci si Fulan maka bencilah ia. Lalu penduduk langit
turut membencinya, kemudian diturunkan rasa benci kepadanya di bumi."
Toksik
dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran
makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja
kimia dalam aktiviti pertanian. Kesihatan manusia menjadi teruk apabila
menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan
tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit
seperti barah, migrain dan sebagainya.
Kini
tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksik dalam badan. Bayangkan
jika seseorang yang tidak pernah membuang toksik sejak lahir sehingga umurnya
mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan
akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu
membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit
gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. Toksik terdapat pada seluruh
organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang
tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya.
Antara penyingkiran toksik secara semulajadi adalah perkumuhan seperti
pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksik
juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan. Toksik yang
tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.
Mengapa
kita perlu membuang toksik? Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan
beribu jenis toksik dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati
didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksik
ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita.
Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit,
menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi
kesan-kesan buruk. Dengan mengurangkan jumlah toksik di dalam tubuh badan akan
menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.
Sistem
limpa memainkan peranan penting didalam system imunisasi untuk menyingkirkan toksik.
Apabila sistem limpa terhalang cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan
sistem limpa bertoksik. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk
mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia
juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksik, menghantar nutrien
kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme. Terapi rendaman kaki ion dengan
garam laut mati secara berterusan boleh memperbaiki kulit dan melambatkan
proses penuaan. Rendaman terapi ion dengan garam laut mati sesuai untuk kita
disebabkan garam laut mati itu sendiri kaya dengan bahan galian dan mengandungi
21 Mineral yang berfungsi untuk membuang toksik dari badan dan merawat penyakit
kulit.
Penyakit
yang sering terjadi akibat lebihan toksik di dalam badan!
Apakah
simptom yang menunjukkan toksik berlebihan dalam badan? Toksik boleh memberi
kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara. Simptom ini adalah terlalu
banyak untuk disenaraikan. Antara simptom utama adalah keletihan melampau,
kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh. Disini adalah senarai
simptom penyakit yang disebabkan oleh toksik berlebihan;
Acid
Reflux Disease (GERD) or ( Perut Memulas)
Indigestion
- ( Sakit Perut )
Irregularity
- Constipation - Hard Stools - ( Buasir )
Low
Energy - Loss of Mental Clarity - ( Kekurangan Tenaga/keletihan)
Tidak
kira bagaimana kita menjaga kesihatan , kita masih terdedah pelbagai toksik terkumpul
didalam kehidupan moden. Sungguhpun kita boleh mengurangkan atau menyahtoksik
melalui senaman yang berterusan , makan makanan organik, pembersihan hati,
pembersihan ginjal, pembersihan usus besar, kadangkala ia masih tidak
mencukupi. Fakta yang sebenar adalah sesetengah orang boleh mengawal jumlah toksik
memasuki tubuh dan sesetengah orang lagi tidak boleh mengawalnya. Semua ini juga
dipengaruhi kadar metabolisme tubuh badan seseorang. Ada orang sentiasa sihat tidak
kira apa jua makanan dan minuman dan ada juga orang yang sakit walaupun mengamalkan
pelbagai jenis diet.
Semua
orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak
berguna daripada badan. Walaubagaimanapun badan kita sebenarnya seringkali
dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak
berkhasiat. Ditambah lagi pertambahan toksik-toksik dalam badan yang diambil
secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan
kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan,
namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah
yang terbaik!
1)
Aloe Vera - Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan
tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksik dari badan, selain
daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum
secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan
merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.
2)
Dandelion - Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai
sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion
segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang
terbaik!
3)
Kale - Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini
sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli
Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya,
kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.
4)
Artichoke - Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk
detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi
toksik dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia
juga membantu menguraikan lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.
5)
Coriander - Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksik
serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang
terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang
sistem pencernaan dengan lebih baik.
6)
Halia - Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksik
dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap
metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun
minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.
7) Broccoli - Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada
setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk
menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam badan.
Sayuran
hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksik
dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi
proses pembuangan toksik daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal
sekarang!
Petua
mudah dan murah ini bolehlah dicuba sekurang-kurangnya untuk mengurangkan
pengumpulan bahan toksik dalam badan tanpa perlu berbelanja besar membeli
produk nyah-toksik yang sangat mahal di pasaran.
Bahan:
1
biji epal
Daun
seleri
Cara:
1.
Kisar epal hijau dengan daun seleri untuk dijadikan jus.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.
Nota:
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi
sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat
baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.