Nama-nama Allah adalah ibarat batu-batu permata
yang menghiasi makhkota atau puncak keimanan dalam islam. Tentang ini hadith
riwayat Bukhari menyebutkan: Allah Yang Maha Tinggi mempunyai 99 Nama dan
sesiapa yang mempelajarinya akan masuk syurga. Mempelajari nama-nama
Allah dan menghafalnya di dalam zikir siang dan malam adalah menjadi satu tugas
utama bagi setiap manusia. Setiap satu dari nama Allah ini mengandungi makna
yang berlainan. Di dalamnya tersebunyi rahsia yang antaranya diketahui oleh
orang-orang yang beriman, ada pula cuma diketahui oleh para rasul dan ada pula
yang menjadi rahsia mutlak Allah SWT sahaja. Diriwayatkan bahawa
sekurang-kurangnya satu dari nama-nama Allah ini hanya diketahui oleh
Rasulullah SAW. dan Allah sahaja.
Di dalam Al-Quran Allah berfirman: Katakalah:
Serulah Allah atau serulah Yang Maha Pemurah. Dengan nama apapun engkau
memanggilNya, Dia memiliki Nama-nama Yang paling Indah. (Bani Israil:110)
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT mempunyai banyak nama dan orang-orang yang
beriman boleh memuji Allah dengan menyebut mana-mana satu daripadanya. Semua
nama-nama Allah ini mengadungi sifat-sifat Allah dan jester menjadi kewajipan
bagi setiap muslim untuk mempelajari dan memahami nama-nama Allah ini. Asma
ul Husna yang pertama ialah Bismillah Hir Rahman Nir Rahim yang bermakna Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Kita membaca Bismillah Hir Rahman Nir Rahim untuk
memulakan apa-apa jua perbuatan. Bila bangun tidur, sebelum makan, sebelum
berjimak, sebelum memulakan pekerjaan, sebelum berucap dan sebagainya hendaklah
kita mulaka dengan Bismillah. Cara yang terbaik untuk memulakan hari
kita dengan membaca Auzubillahhi Minasy syaitan Nirrajim, Bismillah Hir Rahman
Nir Rahim. Ia akan membantu mensucikan hati kita dan menenangkan jiwa seta
Allah akan dekat dengan kita da Dia akan melindungi kita. Dia
mengurniakan keberkatan kepada isteri atau ibu yang berkata Bismillah.sebelum
mula masak, sebelum menghidang dan sebelum makan. Kita mestilah membaca
Bismillah…agar kita Berjaya di dalam setiap pekerjaan kita.
Orang islam membaca Bismillah…setiap kali mereka
memulakan pekerjaan kerana mereka melakukan sesuatu dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.
ZIKIR ASMA UL HUSNA - Cahaya Penawar,
Pelindung Dan Pencapai Hasrat Keperluan Harian.
INI kisah tentang seorang tua. Kampungnya telah
dikepung oleh pengganas. Penduduk berasa amat takut dan bimbang. Sambil berdoa
dan mengharap pertolongan Allah, mereka terus mengucap “La ilaha illallah”.
Sesuatu yang aneh berlaku dan kadaan tiba-tiba berubah. Orang tua yang
telah menjangkau 65 tahun itu mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan
dari luar. Malam itu mereka bertolak. Mereka terkejut kerana musuh tidak ada di
luar pintu keluar. Namun mereka masih berjaga-jaga mana tahu akan diserang
hendap pula, lalu mereka membaca Ya Khaliq sambil memohon bantuan Allah.
Dengan Kuasa Allah SWT, mereka melihat beberapa orang lelaki yang berpakaian
serba putih dan menunggang kuda putih tebang kearah mereka.”Malaikat datang
membantu kita, ” kata lelaki tua itu. Ketika itu juga mereka melihat pasukan
musuh dimusnahkan oleh ‘farishta (Malaikat)’ itu.
Dalam pada itu, ketua penjahat telah menemui
orang tua dan kumpulannya. Bila hampir sahaja, dia menghunus pedang kepada si
tua itu, tetapi tindakannya membuatkan orang tua itu lebih kuat darinya. Sambil
membaca Ya Qahhar dia menusuk pedang sepenuh tenaga sehingga darah keluar dari
tangan ketua penjahat itu. Kisah benar ini berlaku 60 tahun yang lalu
dan yang menceritakan kisah ini ada bersama kumpulan itu. Dari pengalaman ini,
beliau yakin nama-nama Allah mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit,
memenuhi keperluan dan melindungi muslim dari bahaya, insya Allah.
ALLAH (TIDAK ADA YANG LAIN MELAINKAN DIA)
NAMA Allah adalah nama yang teragung bagi Pencipta
segala makhluk dan tuan alam semesta ini. Nama ini adalah nama umum bagi ALLAH
SWT dan dengan nama inilah ALLAH memperkenalkan diriNya kepada manusia.
Allah SWT telah memberi ilmu kepada manusia bahawa Dia adalah Esa dan segala
pujian hanya layak untukNya. Perkataan ‘Allah’ adalah keterangan secara kasar
tentang zarah/zat Allah SWT Roh manusia dan jasad manusia semuanya adalah zat.
Jiwa atau roh megembara dari bumi ke punca kejadian selepas matinya anak adam
itu dalam bentuk zat ‘tenaga’. Dengan cara yang sama perkataan Allah
menerangkan kandungan zat pencipta kita.
Mulakan dengan Bismillah. Bila menyebut
atau membaca nama-nama Allah, hendaklah seseorang itu memulakan dengan menyebut
Asma ul Husna yang pertama iaitu Bismillah hir rahman nir rahim. Setelah
menyebut nama-nama Asma ul Husna, bacalah selawat keatas Nabi sekali lagi dan
selawat seharusnya dibaca sekurang-kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca
Asma ul Husna. Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat,
malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila kita
terlupa untuk berselawat, pesanan itu tertinggal di dunia. Selawat ini
hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca
nama-nama Allah yang terbaik ini.
Doa dimakbulkan. Sesiapa yang membaca Ya
Allah 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk, insyaAllah apa sahaja yang
diinginkan atau dipinta akan dimakbulkan. Nama Allah SWT boleh dibaca
5000 kali untuk mendapat rezeki atau kekuatan jiwa dan mental. Malah dikatakan
siapa yang menyebut Ya Allah setiap hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan
terhadap Allah SWT, kekayaan akan datang mencurah-curah dari setiap penjuru.
Namun pastikan perbuatan anda selari dengan doa anda kepadaNya.
AR RAHIM (MAHA PENYAYANG)
AR-RAHIM, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah Yang Pengasih penuh dengan kasih saying kepada makhlukNya. Di akhirat
kelak sifat Ar-RahimNya akan dinikmati oleh orang-orang mukmin dengan cara yang
tidak dapat mereka gambarkan sekarang.
Melembutkan hati. Bacalah Ya Rahim 100
kali sehari jika mampu, 100 kali selepas setiap solat fardu. Insya Allah, hati
anda akan menjadi lembut dan anda akan menyayangi orang lain.
Menjauhi bahaya. Sesiapa yang takut
sesuatu menimpa yang buruk akan menimpanya, baca Ya Rahman Ya Rahim 100 kali,
insya Allah ia akan dilindungi dari perkara yang tidak diingini.
Ketika memerlukan pertolongan. Selepas
solat Asar pada hari Jumaat, baca Ya Rahman Ya Rahim secara berterusan di
tempat yang sama dimana anda megerjakan solat Asar tadi. Bacaan hendaklah
diteruskan sehingga 10 atau 5 minit sebelum masuk waktu Maghrib dan kemudian
mintalah doa untuk menyelesaikan kesusahan yang anda sedang hadapi atau
pertolongan yang sangat-sangat anda kehendaki, insya Allah akan dimakbulkan.
Nota: Selagi anda sedang membaca kalimah
Ya Rahman YaRahim ini secara berterusan, anda tidak boleh bercakap dengan
sesiapa dan pandangan anda hendaklah tertumpu ke tempat sujud sahaja
Sakit yang tidak sembuh. Baca Ya Allah Ya
Rahman Ya Rahim dari Asar ke Maghrib selama 41 hari, kemudian hembus kepada
orang yang sakit atau sendiri jika anda mengidap sakit yang tidak boleh sembuh
Insya Allah sakit itu akan sembuh.
AL-MUHAIMIN (MAHA PELINDUNG/PENJAGA)
AL MUHAIMIN, Yang Maha Mengambil Berat atau
Menjaga atau melindungi. Ertinya Allah SWT mentadbir dan menjaga segala sesuatu.
Membersihkan perwatakan. Sesiapa yang
mengamalkan solat sunat 2 rakaat atau sunat nafil (terutama di tengah malam)
kemudian membaca Ya Muhaimin 100 kali, jiwa dan jasadnya akan dibersihkan.
Hatinya akan menjadi suci dengan cahaya keimanan bersinar di wajahnya. Ertinya
cahaya yang bersinar di hatinya akan terpancar dari wajahnya.
Kuat ingatan. Baca Ya Muhaimin 145 kali
selepas solat Isyak, insya Allah anda akan memperolehi daya ingatan yang kuat.
Mereka yang lemah daya ingatannya hendaklah sentiasa membaca kalimah ini145
kali supaya daya ingatan dan hafalannya bertambah baik, insya Allah.
Pelindung diri. Selepas berwuduk atau
mandi sunat untuk solat jumaat, kerjakan solat sunat 2 rakaat dan baca Ya
Muhaimin 115 kali, insya Allah anda akan dijauhi perasaan bimbang sehingga
jumaat yang berikutnya.
Mempelajari rahsia illahi. Allah SWT
mengajar kita rahsiaNya jika kita membaca Ya Muhaimin di sebarang waktu atau
hari, insya Allah dan jika anda membacanya 101 kali bila-bila masa ketika anda
inginkan sesuatu, insya Allah keinginan anda tercapai.
AL-JABBAR (MAHA PERKASA)
AL-JABBAR, Penguasa Yang Mutlak, Penguasa Yang
Agung, Yang Maha Mempunyai Kuasa. Yang Maha Perkasa tidak mempunyai sebarang
kekurangan dan melakukan sesuatu mengikut janjiNya. Al-Jabbar juga membaikkan
keadaan khalifahNya di muka bumi. Al-Jabbar yang Maha Berupaya dan Berkuasa
melakukan apa yang dikehendakiNya memulihkan sesuatu yang telah rosak dan
mengembalikannya kepada rupa asal mereka.
Menahan dari melakukan perkara-perkara terlarang.
Bila Ya Jabbar dibaca, ia menghalang anak adam itu melakukan sesuatu yang haram
atau telarang.Baca kalimah ini bila rasa ingin melakukan sesuatu yang ditegah
syariah. Bila keinginan itu menjadi kuat, bacalah Al-Jabbar berkali-kali
dengan penuh keyakinan dan khusyuk, insya Allah ia akan membantu apabila iman
kita lemah.
Bacalah kalimah ini juga membantu anda
menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak anda sukai, dan anda
tidak akan terdedah kepada keganasan, kesukaran dan keburukan. Menghukum
pesalah Siapa yang membaca Ya-Jabbar 206 atau 226 kali di waktu pagi dan
petang setiap hari, insya Allah orang jahat tidak akan mempengapakannya dan
Allah SWT akan menghukum mereka yang berniat jahat.
Pelindungan dari musuh. Murid tuan-tuan
guru biasanya membaca Al-Jabbar 100 kali selepas solat asar untuk melindungi
diri dari musuh dan kuncu-kuncunya. Pembacanya juga akan disayangi orang.
Menghindari sumpahan. Jika takut orang
melakukan sumpahan tanpa sebab terhadap anda, baca Ya-Jabbar 206 kali dan insya
Allah anda akan terlindung darinya. Jika membaca kalimah ini 216 kali, anda
akan terselamat dari orang jahat didalam urusan perniagaan atau kehidupan
harian.
Menghendaki kemuliaan. Tulis Ya-Jabbar di
atas sekeping kertas dan pegangnya di tangan kanan. Bila bertemu orang untuk
urusan penting, anda akan dimuliakan. Boleh ditulis di atas jam ataupun cincin
anda.
AL-KHALIQ. (MAHA MENCIPTA)
AL-KHALIQ, Pencipta Yang Maha Kuasa. Yang
mencipta dari tiada kepada ada. Yang tidak wujud tiba-tiba saja menjadi wujud.
Dialah yang mencipta segala sesuatu di ala mini tanpa bantuan atau tanpa
rujukan.
Bantuan malaikat. Bila membaca Ya-Khaliq
di tengah malam, Allah SWT akan menghantar malaikat untuk membantu anda memilih
jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari kiamat. Anda juga akan mendapat
ganjaran yang tinggi bagi amalan yang dilakukan malaikat itu. Tegasnya, Allah SWT
menciptakan malaikat untuk membantu anda, allamdulillah.
Mendapat barang yang hilang. Baca Ya
Khaliq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi, insya Allah
barang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.
Menahan marah. Jika anda mempunyai rakan
sepejabat yang khianat kepada anda dan membuat anda marah kepadanya, baca Ya
Khaliq untuk menamatkan persengketaan ini. Baca sebanyak mana yang anda suka
antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh, insya Allah kebenaran akan
tiba dan adalah yang memperoleh kemenangan.
Mendapat makanan dan zuriat. Bagi mereka yang
tidak mempunyai makanan atau anak, bacalah Ya Khaliq 125 kali selama yang perlu
(sebanyak mana hari yang perlu) insya Allah anda akan mendapat apa saja yang
dihajatkan. Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh.
Terselamat dari bahaya. Untuk dilindungi
dari sebarang bahaya, baca Ya Khaliq 100 kali bila anda rasa terancam. Insya
Allah, anda akan selamat. Ini juga akan membantu membersihkan diri anda.
Membersihkan jiwa Di tengah malam ketika
semua orang tidur, bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali, insya Allah jiwa
dan jasad anda akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan memancar di wajah
anda.
AL-QAHHAR (MAHA MENUNDUKKAN)
AL-QAHHAR, Yang Maha Agung memiliki segalanya di
dalam kekuasanNya. Memerintahkan khalifahNya. Menakluki seluruh alam. Tidak
semua orang dapat menggunakan nama Allah ini kerana mereka yang berniat jahat
tidak akan mendapat manfaat bagi dirinya sendiri. Al-Qahhar ermaksud
penguasa yang menguasai segala-galanya.
Menghapuskan keinginan dunia. Baca
Ya-Qahhar 306 kali dan Allah SWT akan membunuh kecintaan anda terhadap
perkara-perkara keduniaan. Malah anda akan memuja dan mengagungkan Allah SWT
sahaja setiap masa. Anda juga akan dilindungi dari musuh.
Dukurnikan hajat. Jika berhajat sesuatu,
baca Ya-Qahhar 100 kali kemudian angkat tangan ke langit dan mintalah apa-apa
yang dihajatkan, insya Allah doa anda akan dimakbulkan.
Menghentikan perbuatan buruk. Orang yang
mempunyai niat jahat atau sentiasa mengerjakan amalan jahat hendaklah sentiasa
membaca Ya-Qahhar sepanjang siang atau malam, insya Allah ini akan menyekatnya
dari meneruskan perbuatan jahatnya.
Kecintaan untuk mengerjakan solat. Mereka
yang tidak menunaikan solat fardhu lima waktu kerana ikatan mereka kepada
urusan dunia boleh menyembuhkan diri dengan membaca Ya-Qahhar 100 kali setiap
hari. Insya Allah ia akan mempunyai masa dan keinginan untuk beribadah dan
akhirnya dapat menyelesaikan masalah ini.
AL-FATTAH (MAHA PEMBUKA)
AL-FATTAH, membuka rahmatNya kepada semua
hamba-hambaNya. Membuat kejayaan dan kemenangan mudah dengan rahmatNya. Dia
Maha Membuka jalan.
Menghindari cinta dunia. Selepas solat
Subuh, letakkan tangan di dada dan baca Al-Fattah 71 kali setiap hari. Insya
Allah, hati akan dibersihkan dari perkataan-perkataan jahat. Kecintaan kepada
dunia akan berkurangan dan ini menjadikan urusan anda sangat mudah.
Supaya terbuka hati. Untuk membuka hati
(tidak bersikap terbuka atau meyembunyikan sesuatu yang patut diketahui dan
untuk merasa yakin dan tetap iman) bacalah Ya-Fattah.
Berjaya di mahkhamah atau dalam peperiksaan.
Selepas solat fardhu Isyak, lakukan solat sunat hajat 2 rakaat dan kemudian
baca Al- Fattah 489 kali. Insya Allah anda akan berjaya.
AL- HAQ (MAHA BENAR)
AL-HAQ, Yang Maha Benar. Kebenaran Allah adalah
yang abadi dan tidak akan berubah hingga bila-bila.
Bertambah keimanan. Bacalah Ya-Haq setiap
hari dan iman anda akan bertambah. Innsya Allah.
Mencari barang hilang. Baca Ya-Haq
beberapa kali dan baca 21 kali di dalam doa, insya Allah anda akan menjumpai
semula barang yang hilang.
Menghindari penjahat. Siapa yang takut orang akan
berbuat jahat kepadanya, bacalah Ya Haq 21 kali setiap hari dan insya Allah
anda akan dilindungi.
AL-HAYYU (MAHA HIDUP)
AL-HAYYU, Yang Maha Hidup. Kehidupan Allah SWT
adalah abadi, tiada mula dan akhir. Dia tidak bergantung kepada sesuatu pun
untuk hidup. Sebagaimana makhluk yang bergantung kepada makanan, minuman, udara
dan sebagainya.
Agar umur panjang. Baca Ya Hayyu 3000 kali
sehari setiap hari dan anda akan diberkati dengan umur panjang. Insya Allah.
Berlindung dari kemurkaan Allah SWT Ertinya:
Ya Allah! Bila semua telah mati, Engkau tetap hidup! Bila yang mati
dibangkitkan, Engkau masih tetap hidup! Aku bermohon hanya kepadaMu Ya Allah!
Apabila Allah SWT sedang menurunkan kemarahanNya, bacalah doa diatas. Nabi
Yunus a.s dan pengikutnya membaca doa di atas tatkala awan hitam menurunkan api
ke atas mereka, lalu Allah SWT memerintahkan awan menurunkan hujan lalu hujan
pun turun.
Melakukan pekerjaan merbahaya. Baca Ya
Hayyu 11 kali di tempat kerja dan insya Allah anda akan dilindungi dari
kemalangan dan sebagainya.
Menghindari sifat munafik. Agar tidak
terjurumus kepada kesesatan, munafik, berperasaan hasad dengki, tamak dan
bongkak, bacalah Ya Hayyu sebanyak yang termampu setiap hari. Insya Allah anda
akan mendapat cahaya kebenaran illahi dan iman akan menjadi semakin kukuh.
Ya Hayyun Ya Qayyum Baca Ya Hayyun Ya
Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara
I. Orang akan mendengar kata-kata anda dan
mengikut perbuatan anda
II. Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
III. Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat
mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Dapat membantu orang lain melupakan
kesedihan mereka.
Ketika sangat memerlukan atau dalam kesusahan.
Sentisa baca Ya Hayyun Ya Qayyum Birahmatika Astikhizu. Ertinya: Wahai
Yang Maha Hidup, Yang Kekal dan Yang Tidak bergantung. Dengan limpah rahmatMu,
berilah aku pertolonganMu.
AL-QAYYUM (MAHA BERDIRI SENDIRI)
AL-QAYYUM, wujud dengan sendirinya. Nabi Isa a.s
membaca Ya Qayyum dan menghidupkn Lazarus yang mati.
Meningkatkan martabat. Baca Ya Qayyum di
sekitar tiga per empat malam, insya Allah anda akan menjadi orang yang sangat
dihormati.
Memperolehi kemenangan. Baca Ya Qayyum
banyak kali ketika sujud, Allah SWT akan memberi anda kemenangan, insya Allah.
Nabi Muhammad s.a.w. membaca Asma ul Husna ini banyak kali dalam sujud ketiks
Perang Badar.
Menghilangkan rasa malas. Baca Ya Qayyum
17 kali dan anda akan mendapat tenaga dan semangat untuk bekerja disamping
semua kerisauan akan hilang, insya Allah.
Diberi kebahagiaan. Bila duduk
bersendirian, bacalah Ya Qayyum beberapa kali, insya Allah anda akan beroleh
kebahagiaan hidup. Boleh dibaca ketika sedang melakukan pekerjaan atau seumpamanya.
Dihormati orang. Baca Ya Hayyu Ya Qayyum
1000 kali setiap hari, anda akan dihormati orang, rezeki dan nasib anda akan
bertambah baik, orang akan mendengar kata anda dan anda akan disukai dan
dilindungi dari bahaya, insya Allah.
Ehsan Oleh: Mohamad Sukri B Mohd Mabror
1 comment:
Salam. Dah baca dan minta izin copy yer..tq
Post a Comment