Solat
itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan dosa dan maksiat
ABSTRAK
Solat
merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan
mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah SWT menegaskan bahawa solat
yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada
melakukan dosa-dosa dan kemungkaran .Walau bagaimanapun, banyak orang yang
melakukan ibadah solat, namun tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain
yang disengajakan yang tidak seharusnya berlaku. Solat diertikan dengan doa
atau memohon kebajikan dan pujian. Solat punca ketenangan jiwa. Seorang Islam
yang taat dan dapat menikmati serta memahami solat akan mendapat kekuatan jiwa
juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Solat mengajar dan
mendidik manusia bersifat tenang . Sebagai cara-cara memahami solat ialah
dengan menghayati maksud kalimah yang dituturkan. Ramai yang tahu makna
kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada ijmali atau tafsili namun tidak mampu
menghayatinya. Kesan solat yang khusyuk pula ialah membantu untuk tidak
melakukan perkara maksiat dan mungkar. Selepas mengamati dan menghayati bacaan,
maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri. Secara
kesimpulannya solat adalah tiang agama dan tonggak kepada kehidupan. Elakkan
daripada terjebak dengan perkara yang boleh merosakkkan penumpuan minda ini
boleh mencederakan solat itu. Dengan ini, maksudnya solat tadi tidak tercapai,
sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita
menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi, cara terbaik untuk menghindari
maksiat dan mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap
maksud bacaan tersebut.
PENDAHULUAN
Solat
merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan
mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Termasuk dalam kemungkaran itu
dosa besar contohnya membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan juga
dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus. Allah SWT menegaskan bahawa solat
yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada
melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Walau bagaimanapun, banyak orang yang
melakukan ibadah solat, tetapi tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain
yang disengajakan, yang tidak seharusnya berlaku. Allah SWT menegaskan bahawa solat
itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Seseorang
itu juga perlu memahami kesan solat terhadap pembentukan peribadi. Solat juga
memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu
memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersolat, sama ada dengan cara ijmali
(menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk
memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang
berkenaan. Manusia perlulah berusaha mencari jalan supaya dapat khusyuk dan
memahami solat agar dapat menegah kita daripada melakukan kemungkaran dan juga
maksiat. Orang yang solat kerana malu pada jiran-jiran akan melakukannya ketika
dorongan tersebut wujud. Apabila pendorong itu tidak wujud, ia tidak akan solat
atau melakukannya tetapi dalam keadaan sambil lewa. Orang yang melakukan ibadah
tanpa ikhlas mudah ditipu iblis (al-Hijr: 36-40). Apabila adanya kehadiran
iblis di dalam jiwa seseorang itu, maka mudahlah untuk mereka ditipu dengan
senang oleh iblis. Disebabkan itulah, mereka bersolat namun tidak mendapat
faedah selain mendapat penat sahaja. Allah SWT memerintahkan solat kepada
manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan solat itu agar dapat
mencegah perbuatan keji dan mungkar.
PENGERTIAN
SOLAT
Dari
sudut bahasa, solat sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan
pujian. Dari segi syarak, solat diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan
yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan
beribadah kepada Allah SWT, dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
SOLAT
PUNCA KETENANGAN JIWA
Solat
mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran dan maksiat kerana solat ialah
punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta
memahami solat akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam
menghadapi segala dugaan. Solat mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang.
Hanya dengan ketenangan, seseorang itu dapat menikmati hakikat solat dan
mengejarkannya dengan khusyuk, terutamanya ketika melakukan tamakninah. Solat
tidak sah, tanpa tamakninah. Tegasnya, solat itu mendidik diri supaya bersifat
tenang dan tertib.(Dr Amran Kasimin,11). Apabila kita solat, kita mendekatkan
diri lagi kepada yang Esa, menjadikan setiap amalan yang kita lakukan hanyalah
mengharapkan ampunan dan Redhanya, mengabdikan diri kepadaNya dan perasaan
takut akan azabNya yang tidak terperi. Perasaan inilah yang akan menjadikan
kita jauh dari perkara-perkara mungkar dan maksiat yang dilarang Ilahi.
SOLAT
MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN DOSA
Apabila
solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud solatnya
yang tidak betul. Solat yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari
melakukan perbuatan tidak bermaruah. Jika kita solat dan masih melakukan
perkara terkeji, bermakna solat kita masih lagi tidak betul. Manakala solat yang
betul ialah seperti mana dalam Firman Allah SWT: ‘’Sesungguhnya solat itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut,45). Allah SWT
telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka
perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Kita hendaklah ingat kepada
Allah semasa solat untuk menghayati maksud solat itu sendiri.
MEMAHAMI
BACAAN SOLAT
Manusia
yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak
memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang
tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri. Ramai yang tidak memahami
setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak
ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut. Sebagai seorang manusia yang soleh,
perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat. Memahami bacaan
bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan. Ramai orang tahu makna
kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada secara ijmali atau tafsili, tetapi
tidak dapat menghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap
maksud bacaan itu, dapat memberikan kefahaman dan dengan itu dapat menyumbang
kepada khusyuk dalam solat seperti mana yang perlu setiap muslimin lakukan.
Sebahagian daripada kita tahu kalimah tersebut tetapi tidak tahu makna
disebaliknya. Jadi, dengan itu solat mereka tidak mampu mengelakkan diri mereka
daripada melakukan kemungkaran( Dr Amran Kasimin,117). Maksudnya kita masih
belum lagi memahami setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat, bahkan
kata-kata yang dilafazkan itu masih belum lagi mampu untuk masuk ke hati,
melekat di situ dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri dan
setiap perbuatan kita. Oleh kerana itu, solat 5 waktu sehari semalam tidak
mampu membentuk mereka kerana mereka sendiri yang mengabaikan solat itu dengan
tidak memahami maksud-maksud dan mengamalkan setiap perintah yang diperintahkan
oleh Allah SWT.

KESAN
SOLAT YANG KHUSYUK
Terdapat
banyak kesan-kesan solat yang khusyuk kepada kehidupan setiap umat Islam.
Antaranya ialah dapat mengawal diri. Orang yang solat sentiasa mengawal hati,
pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi
rukun qauli, qalbi dan fi'li. Jika ada membuat gerakan besar tiga kali
berturut, maka solatnya boleh terbatal. Jika fikiran dan hatinya melayang maka
ingatan, hubungan dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan
terus berusaha untuk mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya. Berdasarkan
kesan tersebut, maka terbuktilah solat mampu mengawal perasaan dan hati
daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat di kalangan orang Islam. Selain
itu, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah
dikira sia-sia belaka, kerana orang tersebut tidak akan merasa gerun ketika
malakukan perkara keji dan mungkar. Solat yang khusyuk membantu manusia untuk
tidak melakukan perkara mungkar dan maksiat. Selepas mengamati dan menghayati
bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri.
(Tuan Guru Haji Nik Abduk Aziz Nik Mat, 2)

SOLAT
ADALAH UNTUK KEMASLAHATAN MANUSIA
Allah
SWT memerintahkan solat kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana
tujuan solat itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Tidak sedikit
orang di antara kita nampaknya iltizam mengerjakan solat tetapi masih
bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran. Dengan itu, jelaslah bahawa solat
membentuk diri seseorang muslim yang cemerlang dunia akhirat. Bagi mereka yang
bersolat namun masih melakukan maksiat dan kemungkaran, itu bermakna solat
mereka masih lagi belum sempurna untuk membentuk peribadi yang unggul di sisi
Allah SWT.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesiapa tidak terhalang kerana solatnya dari perbuatan keji dan
mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah” Maka,benarlah bahawa solat
orang yang lalai tidak mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mereka ini
sememangnya dalam kerugiaan kerana mereka semakin jauh dari pencipta dan akan
menanggung akibat perbuatan mereka itu di dunia atau di akhirat kelak. Rasullullah
bersabda: ‘Ramai sekali orang mengerjakan solat, tetapi bahagian yang
diperolehi dari solatnya hanyalah penat dan letih’ Orang yang dimaksudkan
Rasulullah ialah orang yang lalai dalam solatnya. (Ahamad Nahari,35)
KESIMPULAN
Secara
kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu permohonan
serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya. Sebab itu doa memerlukan
persemadiannya yang penuh. Dalam ibadat-ibadat lain kita tidak perlu begitu
berhati-hati. Oleh kerana itu, adalah mustahak bagi kita supaya penuh
berhati-hati semasa bersolat kalau tidak solat kita adalah seumpama seseorang
yang mengigau dalam tidur, tetapi sungguhpun solat kita tidak sedarjat dengan
solat orang-orang yang soleh, maka janganlah pula kita meninggalkan solat itu.
Tidaklah betul sama sekali kalau kita memikir bahawa tidaklah berfaedah
bersolat kalau tidak dikerjakan dengan sempurnanya. Solat dengan kurang
kesempurnaanya adalah lebih baik dari tidak bersolat langsung kerana akibatnya
ialah seksa yang paling pedih di akhirat kelak. Sebab itu adalah jelas
sejelas-jelasnya bahawa kita sekalian mesti berusaha dengan seikhlas-ikhlasnya
untuk bersolat dan berdoa ke hadirat Allah SWT supaya Ia memberi kepada kita
taufiq dan hidayah supaya dapat kita bersolat seperti mana orang-orang yang
soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada
pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah SWT. Di dalam solat satu
penumpuan minda yang jitu bagi mengingati keagungan dan kebesaran Illahi
dimestikan. Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan
penumpuan minda ini boleh mencederakan solat itu. Dengan ini, maksud solat tadi
tidak akan tercapai. Apabila maksud solat tidak tercapai sukar untuk seseorang
itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan
maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik untuk menghindari maksiat atau mungkar
ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap bacaan tersebut. Oleh
itu, kita sebagai hamba Allah SWT mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar
menjadi sempurnA. Sesungguhnya orang-orang yang tidak berusaha untuk
memperbetulkan amalannya ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.

RUJUKAN
1.
Dinie Publishers, Dr. Amran Kasimin (1992).Bagaimana Mencegah kejahatan Melalui
Solat, Jilid 1, No 20 Jalan 6c/7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor : Jiwamas
Printers Sdn Bhd.11, 117
2.
Jasmin Enterprise, Ahmad Nazhari (2002), Neraka Bagi Orang Yang Solat, Jilid 1,
P.O Box no 12649 50786 Kuala Lumpur, : Jasmin Enterprise.
3.
Akrab, Abdul Syukur Abdul Rahman (1996), Solat Cara Rasulullah, Jilid 1, Kuala
Lumpur : Tinggi Press Sdn Bhd , 1
4.
Darul Nu’man, Muhammad Imran (1995), Dosa Tanpa Nikmat, Jilid 1. Kg Baru, Kuala
Lumpur : Darul Nu’man, 136
5.
Jahabersa, Syeikh Muhammad bin Salleh Al-Uthaimin (2003), Hukum-Hukum Fiqh
Mengenai Thaharah, Solat, Puasa dan Mengurus Jenazah, Johor Bahru : Perniagaan
Jahabersa, 18
No comments:
Post a Comment